Assalamualaikum semua. Terima kasih pada admin kerana memilih kisah aku ini untuk menjadi hiburan bacaan para pembaca FS. Nama aku Cha, bukan nama sebenar. Nama-nama yang akan aku paparkan dalam cerita ini pun bukan nama-nama yang sebenar. Terlebih dahulu, aku ingin memohon maaf sekiranya cerita aku ini kurang seram. Tetapi percayalah, aku yang mengalaminya pada ketika itu rasa macam nak mati dah. Begini kisahnya…
Ianya berlaku lebih kurang 5 tahun yang lalu. Pada waktu itu, aku bekerja di sebuah lapangan terbang terkemuka di dunia. Aku hanya seorang pegawai biasa. Sebagai seorang pegawai, aku ditugaskan untuk mendaftar masuk penumpang-penumpang untuk dua syarikat penerbangan besar. Pekerjaan ini sangat menyenangkan aku kerana memang minatku. Sehinggalah pada suatu hari, aku dan rakanku Fuza terlambat datang ke kaunter tugasan masing-masing.
Pada hari tersebut, aku dan Fuza ditugaskan di kaunter yang berasingan. Aku di kaunter untuk syarikat penerbangan A, Fuza pula di kaunter penerbangan B. Yang hairannya, Fuza tidak dimarahi oleh pengurus yang bertugas di kaunternya, Kamil. Tapi aku pula dimarahi oleh pengurus di kaunterku, Am. Aku telah berkali-kali memohon maaf atas kesalahan aku tapi tidak dipedulikan. Akhirnya, aku telah disuruh bertukar kaunter dengan Fuza. Aku hairan. Bukankah kami sama-sama lambat? Kenapa tukar dengan Fuza dan bukan yang lain? Tapi, aku hanya berdiam diri dan menerima “hukuman” tersebut. Bagiku, dimana-mana pun sama.
Setelah itu, aku dijadualkan untuk pergi berehat selama sejam. Waktu rehat ni kita dibolehkan untuk makan, shopping atau tidur di pejabat. Aku dan kawan-kawanku yang lain pun membuat temujanji. Setelah usai waktu rehat, kami pun kembali ke kaunter masing-masing. Sedang aku berbual dengan seorang rakanku, Grace, tiba-tiba pengurusku, Kamil, datang menghampiri kami.
“Cha, kau kena tulis report tau. Nanti email pada Bob eh.” kata Kamil. “Tulis report? Pasal apa?” tanyaku. “Oh, pasal kejadian petang tadi antara kau dengan Am.” jawab Kamil. Huh? Kenapa Am tak cakap sendiri? Kenapa kena suruh Kamil untuk cakap kat aku, sedangkan kaunter Am ada dibelakang aku? Kenapa pula kena tulis report pada Bob, boss besar syarikat ni? Semua soalan itu bermain difikiranku.
Keesokan hari, aku bertekad untuk bertemu Bob dan menerangkan hal sebenarnya. Tak perlu lah tulis report, kata hatiku. Bila aku dapat bertemu dengan Bob, boss besar ku, aku mula bercerita tentang perilaku si Am kepadanya. Bob setuju untuk aku tidak tulis report. Dia pun berjanji akan bertemu dengan Am. Aku pun kembali ke kaunter dan memulakan kerja seperti biasa. Hari itu, aku bekerja dengan Am lagi sekali. Seperti hari sebelumnya, aku dijadualkan untuk pergi berehat sejam.
Sekembalinya aku dari rehat, aku nampak seorang kawanku yang aku panggil Abang Jai sedang duduk di kaunter sambil sedap mengunyah kacang. “Amboiii Abang Jai! Makan kacang tak kongsi eh!” aku cebik. “Nah ambil lah!” pelawa Abang Jai. “Siapa punya ni..?” Tanya ku. Abang Jai yang sedang seronok kunyah kacang hanya menunjuk ke kanan. Aku cuba meninjau dan ternampak Zaid dan Man. Dalam fikiranku, oh ni mesti Zaid dan Man punya ni.
Tanpa bismillah, aku pun makan. Lama-lama aku mula rasa sesak nafas. Aku jenis orang yang tiada alahan dengan makanan apa pun, jadi tak mungkin aku alah dengan kacang. Aku mula rasa bimbang dan terus memberitahu Abang Jai yang aku ingin ke klinik. Aku menyuruhnya untuk beritahu Am sekiranya dia bertanya. Sewaktu aku keluar dari kaunter, aku sempat menoleh ke belakang. Aku melihat Am seolah-olah tersenyum sinis kepadaku.
Dan bermula lah segala penderitaanku. Aku mula batuk, muntah darah, muntah entah apa-apa benda lagilah keluar dari mulutku. Kadang-kadang ternampak di antara benda-benda yang aku muntahkan itu seperti ada bulu-bulu halus. Aku mula mengesyak yang aku ni sakit kanser. Apa lagi penerangan saintifik yang aku boleh syak selain itu? Dengan batuk berdarah yang berbau hanyir lagi! Tapi setelah menjalani ujian xray, aku didapati sihat. Bebas kanser. Selama 6 bulan aku sakit tanpa dapat mengetahui apa sakitnya. Yang aku tahu, hari-hari aku takut.
Bila ke kerja, aku nak balik rumah. Bila dirumah, aku akan menyendiri di bilik. Nangis sendiri, kadang-kadang ketawa sendiri. Aku seolah-olah telah menjadi separuh gila. Aku hanya tahu satu benda, aku akan mati jika tidak bertemu penawar. Sudah berpuluh doktor aku jumpa, namun semua mengatakan aku sihat. Terakhir sekali, aku berjumpa dengan seorang doktor pakar.
Pakar ini, selain mengatakan bahawa secara saintifik aku memang sihat, dia juga berkata muka aku sangat pucat. Melihat keadaanku yang lemah, dia menyarankan supaya aku berjumpa seorang ustaz. “Awak ni sakit, tapi bukan dalam kepakaran saya. Awak cari lah mana-mana ustaz yang boleh tolong awak.” Kata doktor itu.
Aku dan keluarga mula misi mencari ustaz yang pakar dalam perubatan secara Islam. Pelbagai rintangan dan sangkak yang kami sekeluarga alami. Kerana aku seorang yang sakit, satu keluargaku mendapat tempiasnya. Mama, ayah dan adikku juga mula sakit. Setelah 2 bulan lebih kami mencari, akhirnya kami dipertemukan dengan seorang ustaz. Cara perubatannya amat mudah ; hanya dengan Ruqyah.
Maka aku diruqyahkan berkali-kali selama seminggu. Aku juga diberi air untuk diminum dan juga untuk mandi. Aku mula beransur sembuh setelah selama 9 bulan aku menderita. Ustaz itu memberitahu aku telah disantau. Orang yang melakukannya inginkan aku mati dan seandainya aku tak bertindak cepat aku boleh mati. AKU DISANTAU DAN AKU SEPATUTNYA MATI! Siapalah yang benci sangat dengan aku ni? Kenapalah kejam sangat? Apa dosa aku? Setelah diselidik, lama-kelamaan aku dapat tahu siapa dalangnya.
Akhir sekali, setelah aku sembuh, aku mendapat khabar berita bahawa anak si dalang tu pula dapat penyakit yang sama dengan apa yang aku pernah alami. Sebenarnya, banyak lagi perkara yang aku lalui selama 9 bulan aku sakit. Adik aku pernah ternampak aku jadi macam pocong bila tidur sebelah dia. Aku pernah di balut seperti pocong dengan kain putih yang entah datang dari mana. Ada juga sekali itu ayah aku menemui aku sedang duduk ditepi tingkap seolah-olah aku ingin bunuh diri. Cobaan mambang! Sekian saja lah cerita aku. Nanti bila-bila aku cerita lagi pengalaman yang lain.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Ok. Best. Cuma kurang perincian terhadap perkara-perkara mistik. Cuba details kn sikit.
Xkan si Am tu berdendam disebabkan hal.dtg lewat+report tu??
Krg detail jd hakak ni krg menghayati cerita ni…
Huhuhuhuuu…
What ??? Geram je bace cite mcm nie . X detail .
Cerita smpi hbs la lenkli..adoi
Lima tahun lepas, bukanlah satu masa yang dah berkurun lamanya, tapi masih juga ya manusia durjana mengamalkan amalan santau-santau ni. Nauzubillahiminzalik. Kalau lebih terperinci cerita ni, rasanya lagi ummphhhh!!!
cuba bagi tahu exact details kenapa dia nak santau?
entah karang bukan manusia tu yg buat kot apa. dah org sangka bukan2 wlaupun tak kenal.
cerita apa ni? napa makin lama makin banyak ceria dak best
cite x detail…adeh