Diganggu Roh Si Penipu

Assalamualaikum saya Rina bukan nama sebenar, umur 34 tahun, dah tua tapi masih layan kisah horror.
Kisahnya macam ni, 6-7 tahun lepas saya ada hire seorang kontraktor untuk renovate rumah saya, silap saya tak buat agreement dah dapat bayaran terus lesap. Memang bengang tak terkata sebab puluh-puluh ribu lesap macam tu sahaja. Call dahlaa tak angkat, whatsapp pun tak dibaca-baca, haha ternyanyi pula. Lama-lama malas dah nak fight pun last-last ambil kontraktor baru. Oh ye, kontraktor yang tipu saya ni abang pada kawan saya, kawan saya masa tu rasa bersalah sangat sebab recommend kan abangnya. Saya dan dia kawan macam biasa tapi selepas beberapa tahun kami berkahwin dan dah tak rapat sangat sebab terikat komitmen masing-masing.
Suatu hari saya nampak kawan saya post abangnya terlibat dalam kemalangan maut. Ramai yang ucapkan al fatihah dan takziah. Saya pulak masih sakit hati dan tak halalkan lagi duitnya yang dikebas. Mendengar berita kematian langsung tak mengundang simpati malah rasa sakit di hati datang kembali.
Malam tu saya tidur macam biasa lepas tidurkan anak. Dalam terlelap saya nampak sekujur tubuh mengengsot ke arah saya, saya cuba tengok wajahnya tapi penuh dengan d***h, dia terus mengengsot dan memegang kaki saya merayu minta dimaafkan dan dihalalkan hutangnya.
Terperanjat saya yang pegang tu arwah abang kawan saya yang tipu duit saya tu.
Pagi tu saya bangun macam biasa. Tetiba kawan saya whatsapp saya padahal dah bertahun kami tak berwhatsapp.
Katanya arwah abangnya mencari saya dalam mimpi dan dia nampak dalam mimpi tu arwah abangnya peluk kaki saya sebijik macam mimpi saya.
Tapi saya cool je, saya cakap mimpi tu.

Malam tu saya nak tidur lepas solat isya saya dengar orang menangis. Merintih-rintih sahaja dia meminta tolong
“Tolong, tolong saya, saya rasa terseksa” saya toleh. Masha Allah muka arwah abang kawan saya kali ni bukan mimpi. Bau hanyir dan loya dan saya terus pengsan.
Bila sedar saya ada di atas katil, suami saya pelik kenapa saya baring terbongkang di sejadah. Saya tak fikir apa-apa melainkan mungkin mimpi sahaja.
Dan selama itu saya diganggu dengan mimpi kelibat rohnya datang merayu-rayu dan saya lihat separuh badannya terbakar dan mencair. Waktu tak tidur pula saya kerap berhalusinasi seolah-olah ada orang mengekori saya dan sering terdengar orang lelaki merintih sayu.
Saya dah tak tahan. Saya pergi jumpa ustaz. Saya rasa ada suatu yang tak kena..
Ustaz kata mungkin semasa hayat arwah buat sesuatu yang saya sangat marah dan menyebabkan dosanya tak diampunkan. Saya jawab ya tapi hati masih keras nak maafkan. ustaz suruh saya banyakkan amal ibadat, baca quran jadi lebih pemaaf dan halalkan hutang arwah, part halalkan tu saya macam susah sikit lah..
Setelah beberapa bulan saya banyakkan amal ibadat kurang dah saya jumpa dia dalam mimpi.
Tapi kawan saya whatsapp katanya isteri arwah nak jumpa saya
Saya pun okay juga.
Rupanya isteri arwah bagitau arwah nak jumpa saya nak minta maaf, bukan sahaja saya je ditipu tapi ramai lagi, arwah dah bertaubat taknak menipu dan ingin menebus kesalahan dia. Arwah sempat membiat senarai orang yang perlu dia minta maaf dan beri pada isteri sekiranya apa-apa berlaku pada dirinya. Dan arwah meninggal dalam perjalanan nak bertemu saya.
Isterinya bertanya apa kesalahan arwah, saya pun buka cerita yang saya ditipu dan jumlah ditipu, isteri arwah keluarkan satu kotak isi barang kemas..
Ambillah dan gadaikan saya tak perlu emas ini sebab memang ini amanat arwah jika saya tak dapat langsaikan hutangnya selepas dia m**i.
Saya berasa simpati dan dalam hati saya, saya redha dan dah boleh maafkan arwah dan halalkan hutangnya.

Sejak itu hati saya lebih tenteram dan segala gangguan tu makin lama berkurangan, cuma pernah sy mimpi rohnya masih terseksa sekali sekala dengan buih berapi keluar dari mulutnya mungkin di 0ramai yang dia tipu masih tak boleh maafkannya.
Bila benda macam ni berlaku kat saya, saya rasa satu pengajaran untuk kita yang masih hidup agar tak mengkhianati sesama manusia kerana sekuat mana kita bertaubat tetapi jika tiada pengampunan dari orang yang kita aniaya maka azabnya amat pedih sekali.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3.5]

31 thoughts on “Diganggu Roh Si Penipu”

  1. Yup. maafkan dan halalkan je la. Redha je, kita pun tak tau apa akan jadi di hari pengakhiran kita. Saya penah pinjamkan rm50 je kat sorang kwn dah dah bertahun2 tak contact. Sy bagi rm50 je yg sy mampu masa tu. Dia kata dia ada kanser tapi tak cite detail, dia dah berenti kerja so takda duit. Tiba satu hari saya sesak sangat nak guna wang. Try mintak balik kat dia tak reply2 berapa kali jugak la sebab tengah sesak sangat tapi dia still tak reply, tengok fb ade je update like page komen apa semua. Lepas tu saya redho je la takda rezeki, fikir balik takpa la rm50 je. Lepas beberapa tahun dia wasap tanya saya ada pinjam duit ke? saya cakap takpa la dah lepas dah kira halal je la. Sekali ahli keluarga dia yg guna fb tu bagitahu dia dah meningggal dunia. Ahli keluarga nak bayarkan hutang arwah. Sebab dah halakan takda apa pun nak ungkit. Semoga dipermudahkan urusan dia disana.

    Reply
    • sama mcm kwn saya. masa nak pinjam bukan main nak cepat. duit tu utk adik dia sbb sakit. skrg adik dia dah sihat, saya minta balik 50 ringgit sbb saya nak guna. saya minta baik baik. lepastu dia tak reply pun. tapi boleh pula berseronok dgn pakwe dia kesana sini. dah kerja kan, takkan tak boleh bayar. sampai skrg saya tak halalkan. jumpa saya bayar la balik. haih tak fhm la knp susah sgt nak bayar. saya bkn marah pun kalau bayar lambat. ni dia takde nak chat saya pun. setahun dah berlalu.. rasa nak mencarut je rasa

      Reply
      • Xpe la setakat 50.. Say a.. Lawn pinjam sampai 500.kata ayah sakit la.. Esok tehok post selfie ngan kekawn do makan sedap sedap. kata nak byar. Nie dh 2tahun x bayar lagi. Lepas tu pinjam lg 150.. Sy jwb xdpt. Tapi sekarang dia jauhkan diri dari saya…

        Reply
    • mcm sye mmber pnjam rm200.. kate nye nk buat byar duit moto. dye dh berhenti kerja so xde duit nk byar. ingt lgi mse bru berapa minggu kawen. bincang dgn suami, lepastu sye pn bgi la pnjam sbb katenye urgent. lpastu senyap. berapa bulan lepas tu chat dia sbb nk mintak duit mcm2x alasan bgi .. bz la ape la .. amik mse 3 hari jgak utk dye bank in duit tu pn rm100 .. skrg dh msok thun ke3 kawen lgi rm100 xbyar2x lgi. bile tnye katenye xkerja lgi buat kerja dri rumah je .. tpi bole g kluar berjalan dgn kwn2x.. rse mls dh nk mintak. lantak kau la nk jadi ape.. mmg rse nk maki

      Reply
    • yang kata emas kelantan tak laku apasal pulak?jgn percay cikin.tu cuma fitnah semata2.blh je g tny kedai emas tuk pengesahan.anyway crita ni mmg bagus dn bermanfaat

      Reply
      • ipar , mak mertua abang aku kat segamat sanggup kirim 20k nak emas kelantan pior kaler lebih gelap ada value.
        bukan emas korea atau zulian tu.
        ko tahu apa beza emas kelantan dgn negeri lain.
        negeri lain kira gram kelantan kira rial. (1 rial = 3 gram +/- )
        cuba dulu baru tahu.
        dengar org cakap nak jadi apa?
        kalau nak lagi baik terus masuk golok emas thai lagi tinggi value dari emas kelantan.
        setakat lawan komen xpayah tunjuk hebat . bawak emas korang datang jumpa aku kita bawak sama2 pegi pajak gadai tgk sapa punya lebih value.
        bawah ada email
        alamt kempas denai jb, johor.
        ada berani datang.

        Reply
  2. saya pun penah ditipu skim emas. pisang emas ke pe jadah namanya. berjuta2 duit dia sebat termasuk duit dari lain2 mangsa. saya harap datuk (dan anak2 dia) ni mampos, azab mcm cerita di atas. nak dtg jumpa dlm bentuk mayat pun xpe.

    Reply
  3. Aku pun pernah kena tipu berjemaah pasang grill kt kuarters guru maluri kl. Harap yg menipu diazab sehebat2 oleh allah.

    Ingat, walau kita halalkan..dosa kita dia akan ambil dan digantikan dgn pahala.

    Tu dia..allah maha adil. Ko tgg jelah ye mamat yg dok kt melaka tu..

    Reply
  4. Cerita elok dijadikan pengajaran. Kalau kita tengok, zaman skrg ni ramai yg dah x kisah halal haram. Asal dpt duit cara mana pun x kisah. Buktinya, kes scam jual/beli online, scam telefon, hutang x nak bayar, scam MLM/saham/bitcoin/umrah berleluasa. Semua tu majoriti yg terlibat Melayu muslim. Mgkin diorg anggap mangsa2 mereka redha kot? Aku doakan semoga kita & keluarga kita x terlibat dgn perbuatan keji mcm tu.

    Reply
  5. Benda yg plg teman seriau sgt adalah DUIT @ WANG…kalo dh berhutang…wajib jelaskan…tp kalo mmg dh terdesak…nk bt mcm mn kan…doakan shj agar kita dijauhkan dr keterhutangan yg melampau…insyaallah

    Reply
    • Xpe la setakat 50.. Say a.. Lawn pinjam sampai 500.kata ayah sakit la.. Esok tehok post selfie ngan kekawn do makan sedap sedap. kata nak byar. Nie dh 2tahun x bayar lagi. Lepas tu pinjam lg 150.. Sy jwb xdpt. Tapi sekarang dia jauhkan diri dari saya…

      Reply
  6. kak su pun kena tipu main kutu ratus aje tapi memang x halalkan.. gigih membayar bila turn akak ramai yg x bayar sebab kak su yg last.. nanti tunggulah hari pembalasannya..

    Reply
  7. Sorry guys. Im chinese. Dlu ada ni satu melayu pinjam duit sama gua. Kawan dr kecik. Sy kasi pinjam mah 40k because rmh dia mau kena lelong. Last2 dia taici sama gua. Saya pun xmau halal itu duit sama dia,anak dia sama bini dia. Biar masuk neraka semua. Mampus lg bagus itu orang melayu. Xde guna punya orang. Ckp sembayang allah tapi apa lanjiao pun xboleh. Biar allah kasi kongkek sama itu melayu family dkt neraka. Baru mau cari sama gua nnt

    Reply
    • Hahaha. My dogs name is allah.. hahaha. I always beat the shit out of him just like i will do to allah. Furthermore u dont deserve to call names of my god. U know what we chinese name islam as kuku. Someting similar to kafir. Bcos islam is noy even a religion and your ass hole nabi did his own religion which is islam but before that he took all the teachings from christianity. Copy paste. This is fact. So all islam ppl is christians. Tq dumb ass allah

      Reply
      • surah Al Anfaal verse 80-86
        ‘The most beautiful names belong to Allah: so call on him by them; but shun such men as use profanity in his names; for what they do they will soon be recruited. Of those We have created are people who direct (others) with truth. And dispense justice therewith.Those who reject Our signs, we shall gradually visit with punishment, in ways they perceive not;Respite will I grant unto them for My scheme is strong (and unfailing).Do they not reflect? Their companion is not seized with madness: he is but a perspicuous warner.Do they see nothing in the government of the heavens and the earth and all that Allah hath created? (Do they not see) that it may well be that their term is nigh drawing to an end? In what message after this will they then believe?To such as Allah rejects from his guidance, there can be no guide: He will leave them in their trespasses; wandering in distraction.’

        For your information George. The religion Christian comes from the name Jesus Christ. Created by human being.Giving names after Christ but Islam does not come from any names nor anybody. Christians existed after the existence of jesus Christ BUT Islam existed from the prophet Adam to prophet Muhammad (peace be upon him)

        Reply
    • lai wern baik u sediakan bukti yg dia pinjam duit u..nnt bl dia m**i terus kemukakan bukti 2 kpd family dia..or buat je report polis…

      Reply
  8. Peringatan kat semua..jgn ingat hutang2 antara manusia je yg korunk kena selesaikan..hutang keta hutang bil2..hutang semua la kena selesaikan…

    Reply
  9. Manusia sekarang komen tak ingat ada yg di Atas sedang menilai. Sedih hakak.. Untung kita Umat Nabi, Nabi minta jangan diazab di dunia. bagi peluang untuk bertaubat.

    Jom la tambah ilmu lagi. Hakak bace FS nak ilang stress.. awat adik² komen hakak jadik stress mikir zaman kita la niii yobb.. Sobbb sobb..

    Reply
  10. Dear George,
    Malay is a race, Islam is a religion. If some malay are bad, it is because of their own fault, not because Islam. Islam never teach their believers to be rude or bad. If you really want to know the difference between Islam and Christian, then you should study about Al-Quran and Bible. There are so much knowledge in Al Quran which is created by Allah that a man like Nabi Muhammad cannot explain it. For example, Al-Quran tell us how human is created. Nabi Muhammad is not a scientist. It means that Al-Quran is created by Allah and Nabi Muhammad is a messenger of Allah. Islam is a true religion. Christian is actually Islam. But after Nabi Isa or Jesus (in Bible version), the believers cannot accept Nabi Muhammad as Nabi. So they twisted the Bible. The actually correct one is Al-Quran. Correct me if I’m wrong..

    Reply
    • St.Paul have mention that no other prophet , if you mention that both same mean both religion adapt jews culture, even in solat.One thing all our date of birth, day calender is after A.D. Does its mystery right, the way God make people be, the other believe in Muhammad while the other believe through Christ we can fix the broken bridge of sin that was made by Adam and Hawa.

      Reply
  11. good point amalina. I’ve read about one professor conclusion about all of the siries of the bible. not every points i remember, just the importants. he said that the first siri of the bible, christian can not touch the pig, but, they’ve changed that facts, latest siries of the bible, christian can touch the pig. other evidence is alcohol; the first edition of the bible, christian for sure can not drink it, but the latest edition? christian can drink it(alcohol)…

    Reply
    • It supposed to be all same feet animal like pig cannot be eaten, but i dont take porky because its too much parasit on it. Alchohol will be a sin if you drunk because of it, thats why better dont if you cannot control it

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.