Rumah Di Johor Bahru

Salam, nama aku Mia. Terima kasih jika cerita aku disiarkan. Kisah yang aku ingin kongsikan mungkin tak seseram cerita lain tapi pada yang mengalaminya sendiri, mungkin akan faham.

Pada awal tahun 2005, kami sekeluarga terpaksa berpindah ke Johor Bahru sebab tertentu. Ketika itu umur aku baru sahaja 14 tahun. Rumah sewa yang bakal kami duduki agak jauh dari jalan besar. Kawasan sekitar lebih dikelilingi hutan kecil yang lalangnya meninggi sehingga setinggi ketinggian lelaki dewasa. Pada kali pertama kami menjejakkan kaki kerumah itu, kami adik beradik merungut sebab dari tinggal di bandar kuala lumpur yang boleh dikatakan lengkap serba-serbi, kini kami terpaksa tinggal dirumah yang bukan sahaja jauh lebih kecil dari rumah kami di KL tetapi jauh dari tempat tumpuan orang ramai.

Rumah kami rumah teres satu tingkat. Didalamnya terdapat 2 bilik dan satu bilik air. Ketika kami mula-mula sampai, rumah kami dalam keadaan bersih, tiada langsung tanda-tanda seperti tidak berpenghuni. Diluar beranda rumah, tiada satu pun sampah mahupun daun-daun kering padahal kawasan sekeliling rumah kami dipenuhi dengan pokok-pokokyang merimbun. Susun atur rumah juga kemas. Mungkin pemilik sudah bersihkan sebelum kami sampai. Kami agak beruntung kerana rumah sewa ini dah dilengkapi perabut termasuk tv, kerusi dan meja, peti ais dan sebagainya. Semua dari peninggalan penyewa sebelum ni mungkin.

Aku berkongsi bilik dengan kakak aku yang berusia 16 tahun. Manakala adik bongsu aku, tidur bersama ibu dan ayah di bilik utama. Malam pertama aku dirumah baru, aku langsung tak dapat melelapkan mata. Mungkin sebab tak biasa dengan tempat baru. Badan aku bergolek kekiri dan kekanan cuba melelapkan mata. Sesekali menjeling kearah kakak yang sudah lena dibuai mimpi.

Tiba-tiba, wajah kakak disimbah cahaya seperti disuluh sesuatu. Serta merta aku pandang kearah pintu. Kami berdua tidur beralaskan tilam nipis dan tidak berkatil kerana bilik kami kosong sewaktu mula-mula masuk. Jadi aku boleh lihat dengan jelas dari bawah ruang kecil antara pintu dan lantai ada sepasang kaki yang berlegar-legar diruang tamu beserta lampu yang disuluh ke kiri dan kekanan seperti mencari sesuatu.

Disaat lampu itu berhenti kaki itu juga berhenti. Dada aku berdegup kencang. Risau jikalau sesiapa sahaja diluar boleh nampak aku yang belum tidur. Aku yakin itu bukan ibu atau ayah sebab pintu bilik utama kuat bunyinya. Kalau mereka keluar, mesti aku akan dengar bunyi pintu tu. Lagipun kenapa ibu atau ayah tak nak bukak lampu, siap pakai lampu suluh. Hati aku mula mengesyaki pencuri.

Walaupun takut menguasai diri, mata aku masih tak lekang dari melihat bawah pintu. Dan ketika itu lah aku terlihat sepasang biji mata yang putih keseluruhannya tanpa mata hitam turut menjenguk dari bawah pintu itu. Aku terus menarik selimut menutupi muka aku dan menggigil ketakutan. Aku cuba juga menjerit tapi tiada suara yang keluar. Aku singgul kakak aku disebelah cuba kejutkannya walaupun aku tahu kakak tak akan bangun walaupun ada bom meletop kat sebelah dia.

Keesokan paginya aku ceritakan pada ibu, tapi ibu hanya anggap aku mengigau. Kisah menakutkan tak berhenti setakat itu saja, hampir setiap hari kami didengari dan dinampakkan dengan perbagai hal misteri. Sampai kami makin lali dengan kejadian-kejadian aneh dirumah itu.

Pernah satu hari aku menyapu di beranda rumah, sedang aku tunduk ingin menyapu dibahagian bawah rak kasut, ada satu kepala tanpa badan berada di tingkat dua arak kasut sedang merenung aku dengan muka yang pucat. Tercampak penyapu tu dibuatnya.

Pengalaman ibu pula setiap kali kami kesekolah, bilik air tak pernah kering walaupun tiada sesiapa yang menggunakannya. Kadang-kadang akan kedengaran shower terbukak sendiri dan tertutup sendiri seperti ada yang sedang mandi. Rumah kami sentiasa terasa seperti ada ramai orang padahal masing-masing dah kesekolah atau kerja. Ibu lah yang paling cekal terpaksa tinggal berseorangan. Barang-barang dirumah tu pun selalu hilang dan bila dijumpai pasti ditempat-tempat yang kami sudah dua ke tiga kami cari dan adakalanya tak masuk dek akal.

Setiap kali lepas maghrib, kami akan dengar bunyi orang ramai mengaji. Rumah kami jauh dari jiran-jiran tapi suara-suara mengaji tu kedengaran sangat jelas. Aku syak mungkin yang duduk sekali dengan kami ni islam sama seperti kami. Itu membuatkan kami jadi kurang takutlah. Adik lelaki aku yang berusia 8 tahun ketika itu selalu bermain dan bercakap sendirian. Disebabkan dia seorang saja lelaki dalam adik beradik aku jadi dia jarang bermain dengan kami. Kalau dulu masa di kl dia selalu merungut kalau kami tak nak main dengan dia tapi lepas pindah tu dia tak pernah sekali pun ajak kami bermain.

2 tahun lepas tu, bos lama ayah panggil dia kerja balik dan kami berpindah semula ke kl. Orang yang paling seronok aku lah dan yang paling sedih semestinya adik lelaki aku sebab dia kata nanti tak ada orang nak main dengan dia. Bila kami dah meningkat dewasa, aku tanyakan semula hal tu pada adik aku tapi dia langsung tak ingat apa-apa tentang rumah kami di JB tu. Bahkan dia siap tanya, “kita pernah duduk jb ke?”..

Sampai disini saja perkongsian cerita aku kali ini… InsyaAllah ada masa aku akan kongsikan kisah-kisah seram yang lain..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment