Bekas Kekasih

Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera Warga FS , Aku Zara . Aku nak share tentang diri aku sendiri pada tahun 2013 . Kisah Dendam Ex BF aku .

Aku jenis seorang yang suka tidur dalam bergelap , even lampu bilik air pun aku akan tutup . Masa tu aku duduk rumah teres 2 tingkat , 4 bilik , 2 bilik air , 3bilik kat atas 1lagi kat bawah , bilik air 1atas 1bawah . parents and adek aku jenis suka tidor depan TV so dorang akan tidor dibawah , jadi aku sorang je yg tidor kat bilik . Pada malam tu aku tidur macam biasa . Dalam pukul 3 pagi aku terjaga sebab aku mimpi , dalam mimpi tu Pocong Baling Aku budak dalam keadaan Pocong . Aku terus bangun seperti teperanjat . Tapi lepas tu aku ignore sebab aku ingat takde pape . Lepas aku mimpi tu . Aku terus jadi seorang yang sangat penakut even disiang hari , aku rasa diperhatikan . Tapi aku tetap gigih dan terus ignore kan bende tu .

Ada satu bulan tu aku tak datang “bendera jepun” jadi aku macam buat tak tahu jela . Sampai aku nak kencing , kencing tu cuma setitik , bila kau kuar bilik air dan nak kencing lagi still kuar setitik . Sampai ibu aku heran . Keesokan hari aku telalu takot sampai aku suruh ibu aku pulang kerja . Dan masa tu aku tidor didepan pintu rumah . Ibu jadi pelik sebab aku bukan seorang yang penakot . Sebab selalunye hari bekerja memang tinggal aku sorang je kat rumah .

Ada satu malam tu , aku bergayut dengan kawan aku , biasalah memalam begayut sampai kawan aku tegur “ eh rumah kau bila masa ade budak kecik?” Aku masa tu dah cuakkk ! Aku pon cakap mana ada budak kecik , lagi pon aku sorang je pun kat atas . Nak kata budak kecik jiran sebelah memamg ade budak kecik tapi dah tengah malam budak kecik menangis takde . Takan dia dengar aku tak dengar ape-2 ? Aku terus decide matikan kol then aku terus tidor .

Ibu amek keputusan untuk cerita dekat ayah aku . But ayah aku ni paling susah nak percaya bende bende macam ni , then ada satu hari tu dia nak solat asar , lepas solat asar tu dia terus ajak pergi berubat . Ibu aku pon pelik sebab yela dia kn susah nak percaya . Ibu aku pun tanye lah ? Dia bagitahu masa dia berdoa dia sebut nama aku , automatic bulu roma dia meremang tetibe . Start tu dia decide bawak aku g berubat .

Masa aku dalam keadaan yang tak sihat ni, aku tak boleh dimarah. Kalau dimarah aku mesti mengamuk walaupun dengan ibu ayah aku. So masa nak pergi berubat ni . Pakcik cakap just ganguan biasa . Amek air apa semua . Dalam sebulan tu takde perubahan langsung dekat aku . So kiteorg berubat kali ke 2 dan yang ke 2 orang yang berlainan , masa sampai kat rumah pakcik tu . Awal-2 lagi dia dah cakap , dia tak mampu nak tolong , dia cakap dengan ibu aku “ akak kene pergi berubat cara islam saya tak boleh “ ibu aku pon cam pelik . Ikhtiar punye ikthiar .

Jumpe ustaz ni dekat kota masai . Masa malam tu ustaz tu suruh duduk , dia amek tasbih dia letak kat muka aku dan dia bertanye pada ibu aku “ apa yang ade dalam rahim and tengkuk aku “ dan masa tu aku automatic menangis . Sambil tu ustaz suruh aku ekot dia baca surah al-fatihah . Dan ustaz cakap ngan ibu ayah aku “ esok pagi awak kene datang , saya nak mandikan dia , mak ayah kene ade untuk amin kan doa untuk dia “

Keesokkan harinye , dah masok ke taman rumah ustaz , kiteorg tak jumpe jalan . Ayah decide keluar balik dari taman rumah ustaz , ayah baca doa dan selawat Alhamdulillah jumpe . Masa aku sakit tu , perut aku sakit yg terlalu sakit . Masa aku dah sampai . Sesiap nak mandi , masa mandi tu aku diam je , lepas siap mandi laungan terakhir ustaz ALLAHUAKBHAR ! tetibe perut aku xsakit .

Jadi aku cakap ngan ibu dah tak sakit . Ustaz pon cakap , lepasni awak boleh pergi ke rumah kakak saya untuk berurut , so jarak rumah ustaz ke rumah kakak dia ade lah dalam 5KM . So sampai je rumah kakak dia , tunggu turn nak berurut tu tetibe aku aku punye bunga basah then aku pegang , korang tahu ape ? Darah ! Ye darah ! Aku terus cakap kat ibu and tunjuk kat ibu , ibu pon teperanjat .

Masa nak berurut tu kakak ustaz tu cakap , yang betenggek dekat aku tu pontianak . Wehhh so maknanya selama aku sakit ni , aku berdamping dengan pontianakk wehh .

Lepas aku tahu pendamping Aku pontianak , jadi lepas berubat aku fikir bende tu abis kat situ . Yela umur baru 19 Tak fikir bende bende macam tu sangat . Jadi lepas tu aku terus jadi makin teruk . Makin teruk yg tak boleh kene marah . Ada satu hari tu ibu aku suruh aku sapu sampah , jadi aku jawab suruh adek aku yang sapu .

Sampai ibu aku paksa and marah . Aku terus marahhh dan menangis , aku ingat lagi masa tu nak magrib . Kebetulan abg aku pon menyirap agaknya dia baling aku speaker tv yang besar tu , korang tahu aku rasa ape ? Aku tak rasa pape ! Aku rasa kebas ! Tak sakit langsung . Malam tu jugak ibu ayah bawak pergi rumah ustaz balik . Ustaz tu bilang sama ibu aku “ masa saya mandikan dia , apa yang ada dalam badan , saya dah buang abis , naluri dalam badan dia dah kosong , jadi dalam badan dia kosong macam bebudak , kalau dia main sesorang atau buat apa jangan kacau dan biarkan dia . “ lepas tu family aku jenis biarkan aku .

Sampai satu hari tu perut aku terlalu sakit yang teramat . Aku bilang sama ibu . Ibu call kakak ustaz , dan kakak ustaz suruh datang esok bawak telur ayam kampung beserta kelapa muda yang tak jatuh tanah lagi . Esok aku dan ibu ke rumah akak ustaz berserta barang yg disuruh . Aku baring dan dia baca surah sambil gelek telur itu atas perut dan lepas tu minum air kelapa muda . Korang tahu telor yang digelek tu jadi ape ? Jadi bentuk janin dan bedarah . Satu rumah akak ustaz bau bangkai .

Dan last akak ustaz tu tanye ade gaduh dengan sesiapa tak ? Cuba sebut nama yang awak pernah gaduh . Sekali aku sebut dan terus sebut and second last aku sebut nama ex aku , dan dia kata iyaaa ini orang yang buat . Sebab mak tiri dia indon . Ya mak tiri dia indon aku tahu . Tapi aku tak fikir bende ni dia boleh buat kat aku . Padahal dia rapatkan ibu aku . Siapa sangkakan ?

Dan sepanjang aku sakit ni , aku tidor dengan ibu and ayah aku . Aku tidor tetengah . Sedih 4bulan sakit ibu ayah ulang alik dari nusajaya ke pasir gudang sebab berubatkan aku . Dan alhamdulillah kalau apa-2 kami sekeluarga akan berurusan dengan ustaz tu . Terima kasih jugak Team FS sebab publishkan cerita aku . Sorry korang kalau terlalu panjang sangat cerita aku ni . Assalammualaikum ~

Zara
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

24 comments

  1. MasyaAllah….menakutkan sihir orang sakit hati ni. Kalau benar dan ikhlas sayangkan kita kenapa la buat macam tu. Kena redho jodoh dan ajal hanya Allah yang berkuasa. Amal Bismillah 5. Cantikkan solat wajib dan cuba solat hajat selalu mohon syifa’ dari Allah sendiri.
    Jangan terlalu bergantung dengan sesama makhluk. Hati dan jiwa kena bersambung terus dengan Allah. Saya doakan kamu selalu dilindungi Allah dan sembuh dari sihir itu.
    Terima kasih kongsi pengalaman ya.

  2. semoga awak terus sihat ye. selalu zikir semoga dapat dijauhkan dari benda2 mcmtu. kita sama2 doa smoga kita semua terpelihara

  3. Rasa simpati pada pembaca FS ni.. Setiap kali story pasal berubat ada je yang tanya no telefon ustaz tu.
    Ramai rupanya yang sakit. Harap cepat sembuh dan dapat contact number ustaz yang betul2 boleh mengubatkan. InsyaAllah..

  4. haii .. sy pun ddk kota masai , tapi sy xpenah thu pun ad ustz yg boleh rawat cara islam . maafkn sy ustz . boleh thu ustz tu ddk taman ape? mne thu dkat dgn umh sy , sy boleh pegi sbb sy pun sakit mcm awk .

  5. Saya pun ada akak ipar yang terkena macam awak, once dah dibuang, badan dia jadi senang dimasuki benda2 lain.macam tempat singgah makhluk halus.cuma dia banyak ke kuliah agama, ada amalkan zikir dan hizib untuk kurang kesan tersebut.saya juga ada baca, benda nie tak boleh hilang, tapi kebergantungan pada Allah..solat jangan tinggal, dan bibir sentiasa basah dengan zikir.semoga Allah permudahkan urusan awak.saya doakan.bye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.