Amukan Taman Baiduri

Menurut daripada perbualan aku dan Pak Teh, aku difahamkan bahawa Pak Teh atau sapaan mesranya ‘Pandak’ pernah mula menyewa rumah Banglo di Taman Banduri di Kemaman pada tahun 1994.

Banglo tu kalau dilihat dari waze ataupun google maps, rumahnya memang dekat sekali dgn stesen pam ESSO serta Pasaraya Samamaju. Juga, rumah sewanya memang cukup dekat untuk ke Pantai ntah ape nama. Tapi memang dekat lah jugak.

Ceritera bermula semasa Pandak mula-mula tiba di rumah tersebut bersama tuan rumah. Masa tu kata Pandak memang susah nak cari rumah sewa yang berdekatan dengan kawasan Kerteh sebab masa tu memang tak banyak rumah sewa yang diiklankan. Sebenarnya Pandak memang nak sewa kt Kerteh tapi rezeki takde. Takpelah.

Bila Pandak sampai saja depan perkarangan rumah banglo tersebut, Pandak mula berasa tak berapa sedap hati sebab; pertama, dia ternampak ada 2 busut kembar dipenjuru halaman kanan rumah. Yang keduanya, semak samun yang tumbuh meliar sekeliling halaman rumah membuatkan Pandak lagi rasa tak senang tengok. Itu cuma luaran. Bila Pandak menjengah kedalam rumah pula, Pandak tercium senafas bau hanyir di bahagian ruang tamu. Tambahan pulak Pandak terlihat ada selonggok kain kuning kotor terkumpul di depan laluan bilik-bilik rumah tersebut. Tapi Pandak cuma berdiam bahasa aja. Pendek kata, dalam rumah tu memang berselerak habis. Macam tak terjaga dibuatnya.

  • BERSIUL WAKTU MALAM –
    Insiden ini mula berlaku setelah Pandak duduk disitu lebih daripada 4 bulan cenggitu. Masa tu Pandak tengah tidur didalam biliknya. Dalam tidurnya tu, dia boleh tertangkap bunyi ‘Orang Bersiul’ dari arah ruang tamu. Bunyinya memang jelas sebab Bilik Pandak dengan Ruang Tamu cuma bersebelahan aje. Pandak pun bangun dari tidur dan Pandak berjalan keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Bila dia jejak ke ruang tamu, dia ternampak ada ‘Lembaga Hitam’ berupa budak kecik tengah duduk kat sofa ruang tamu sambil mencoret-coret sesuatu. ‘Benda’ tu macam tengah menulis something. Sekali…
    Dia “PUSING” sekilas tepat kemata Pandak!!! Matanya merah menyala macam Hantu Raya. ‘Benda’ tu mula menyengai bunyi suara “Ayam Hutan’ sambil-sambil Pandak terasa lehernya disentuh oleh ‘Hantu’ lain. Mujurlah takde apa-apa buruk yang jadi pada Pandak. Rezeki dialah tu.

  • TETUJU BERLEGAR ATAS ATAP RUMAH –
    Masa ni Pandak baru pulang dari solat Maghrib kat Masjid Besar Kemaman berhampiran medan selera lama Kemaman & Stesen Bas lama Kemaman. Kata Pandak, dia terserempak ‘Tetuju’ secara spontan dari atas atap rumah masa Pandak tengah unlock mangga pagar rumah. Tetuju tu tengah pusing berlegar-legar melewati atap rumah. Namun, kelibat Tetuju tu cuma muncul dalam 3 kali sahaja selama Pandak tinggal disitu.

  • MINTAK TOLONG –
    Kejadian berlaku sewaktu Pandak pulang kerumah sewanya setelah selesai merayakan Aidilfitri bersama keluarga & sanak saudara di Kuala Lumpur. Masa tu Syawal yang ke-6. Pandak selamat tiba dirumah pada sebelah Petang. Pandak sebenarnya dah berjanji nak beraya dengan jiran sebelah rumahnya bila dia balik kesini. Sebelum tu, Pandak masuk kedalam rumah untuk mengemas pakaian dan mandi petang bila Pandak tiba-tiba terdengar ‘suara’ orang dijerut memintak tolong dari bilik tengah!!! Pandak jadi terkujat kejap bila dia terdengar. Dia tau. Tu memang bukan orang. Memang benda lain. Sah! Pandak dengan berani suam-suam kuku menolak daun pintu dan dia ternampak ‘Hantu’ menyerupai orang mengantung dirinya di kipas!!! Hantu tu sempat membalas senyuman seram pada Pandak! Pandak kemudiannya terus langkah seribu keluar daripada rumah tanpa berkunci. Pandak lari menuju kerumah ‘Makcik Jah’, jiran Si Pandak dan bertandang dirumah jirannya. Pelbagai perihal aneh dirumah sewa diceritakan oleh Pandak kepada Cik Jah sekeluarga sambil2 menjamu makanan hari raya. Pengakhirannya, Pandak beserta ahli keluarga Cik Jah dan beberapa penduduk jiran disitu pergi ke rumah Pandak semula untuk melakukan ‘Ruqyah’ pada rumah tersebut.
    Dan, Pandak baru dapat tahu something pasal rumah yang disewanya. Dulunya, ada seorang penyewa disitu yang bunuh diri di bilik tengah rumah sewa yang Pandak duduk sekarang dengan cara menggantung dirinya di kipas.

  • HILAIAN ‘KAK’ PONTI –
    Pandak kadang-kala terdengar hilaian Pontianak dari arah dapur bila pukul 1 pagi keatas. Benda ni terjadi semenjak Pandak ternampak ‘Hantu’ gantung diri dalam bilik tengah. Tak cukup dengan tu, kadang-kadang Pandak sampai siap dengar Pontianak mengilai depan pintu biliknya lagi! Cuma, gangguan hilaian ini kebiasaannya hanya berlaku pada hari khamis malam jumaat.

  • GANGGUAN LAIN-LAIN –
    Sebelum Pandak nak berpindah menyewa di Kerteh, Pandak banyak kali mendapat gangguan “Special” daripada hantu-hantu haramjadah ni. Pandak pernah kena usap diubunnya sewaktu dia sedang tidur. Bunyi radio terpacul kuat dari ruang tamu semasa Pandak menunaikan solat Maghrib walhal Pandak takde simpan radio langsung. Bunyi orang berlari dalam rumah. Bunyi orang tengah bancuh air dekat dapur. Tapi yang paling gila sekali Pandak pernah bagitau aku, Pandak pernah terasa seperti seseorang sedang memeluk tubuhnya dari belakang masa dalam tidur. Bila Pandak toleh je, HANTU SI MATI TU TENGAH BARING KAT SEBELAH PANDAK!!!!! Pandak sampai jadi ‘blackout'(pengsan).

Pandak akhirnya selamat berpindah daripada Taman Baiduri ke Kertih setelah dia menyewa disitu hampir 2 tahun setengah. Walaupun Pandak dah duduk Kerteh, dia masih datang lagi menyinggah Taman Baiduri sekali-sekala untuk melawat Keluarga Cik Jah. Dalam berborak-borak tu, Cik Jah sempat jugak cakap pada Pandak yang semenjak Pandak pindah keluar daripada situ, cuma ada 2 penyewa sahaja yang masuk menyewa rumah tu tapi tak sampai sebulan lebih semuanya lari keluar. Dan kata Cik Jah juga, Pandak lah merupakan satu-satunya penyewa yang paling lama bertahan menyewa di rumah Banglo tersebut! Pucat muka Pandak bila dengar. Kesian!

55 thoughts on “Amukan Taman Baiduri”

    • Kalau tak salah, Hantu@Syaitan pun ada tingkatnya jugak. Ada yg dalam kategori bawah. Ada yg kategori atas. Kalau yg bawah2 ni mungkin senang nak dilawan tapi yg atas pulak mungkin payah sikit nak lawan.

      Reply
  1. Jalan cerita yang bersahaja. Penulis membahagi-bahagikan cerita mengikut kategori dan jenis gangguan berbeza. Mudah difahami. Memang menjadi kebiasaan rumah yang ada tragedi bunuh diri, pasti tak akan tenteram. Kepada Pandak, anda sangat berani.
    Keseraman: 7/10
    Penulisan: 7/10
    Keseluruhan: 7/10

    Reply
    • Salam. Saya pun dah lama tak bertanya khabar dengan Pandak. Semenjak Pandak menikah dgn orang Kg.Sura Gate, Dungun. Tapi kalau ada apa2 perkembangan nnt sy PM disini. Terima kasih kerana sudi membaca karangan saya.

      Reply
  2. Yang mangko sgt tu dh kenapa. Kan penulis dh bg tau kalau tgk melalui waze @ google maps. Nk komplen tp npk sgt x paham waktu membaca mangko betoi!!! Apa pun kipidap pada penulis dan terus kn lg hasil karya anda. Abai kn kaki komplen yg mangko2 mcm tu 😝

    Reply
    • Sabar bro. Tenang. Hal kecik je tu. Apapun, aku ucapkan terima kasih banyak2 sbb sudi meluangkan masa utk membaca karanganku. Kalau nak baca coretan yg lama2, boleh rujuk dalam ruangan komen ni. Aku ada pos.

      Reply
  3. Pandak da memang heartless ke cmne hahaha.,serius talk pandak memang ‘hati kering’ tak smua org berani mcm tu slalu dah ‘move on’ awl2 dah,,btw kisah yg menarik,teruskn berkongsi ya!

    Reply
    • Terima kasih atas kesudian anda membaca karangan sy. Bagi mendapatkan kisah2 karangan sy yg lama, tuan boleh merujuk disini:

      Pengalaman Asrama PLKN (Pertama)
      2 Pak Long ku
      Pengalaman di Pasaraya Terkemuka
      Pengalaman Rumah Sewa
      Sedulang Paku Karat
      Amukan Taman Baiduri
      Kronologi Terakhir (akan datang)

      *Tuan boleh rujuk nama Pena saya sekiranya tuan terjumpa dua tiga cerita yg sama tajuk dgn cerita saya diatas. Sekian.

      Reply
  4. Penulis bukannya nak menipu. Beliau cuma nak relatekan tahun 94 dengan zaman sekarang yang kalau dilihat guna waze dapat dilihat di mana banglo atau tempat kejadian itu berlaku. Bacalah bagi habis, baru komen.

    Reply

Leave a Comment