Sedulang Paku Karat

Assalamualaikum W.B.T. & salam sejahtera semua. Ramai yang komen dalam ruangan cerita aku yang lalu; kemana perginya “Don”? Dh tak berkarya lagi ke? Bila nak keluar cerita baru? Tenang. Aku sebenarnya tengah berehat jap daripada dunia Fiksyen Shasha sebab ada banyak kerja. Tapi kali ni aku nak buka satu kisah baru yg aku lalui masa aku belajar di kolej dulu. Aku mohon maaf kiranya cerita aku ada terlebih atau terkurang. Bismillah.

Aku mula menjejakkan kaki kedunia pelajar pada tahun 2013 selepas aku memohon kemasukan di sebuah institusi kemahiran terkemuka, iaitu NSSDC, yg terletak di pekan Mantin, Negeri Sembilan. Aku merupakan bekas pelajar bidang Automotive Engineering (Batch berape aku x ingat). Apabila urusan pendaftaran pengajian usai diuruskan, maka aku telah ditempatkan di sebuah asrama oleh pihaj Kolej yg terletak berhampiran kawasan Penjara Lama Seremban (hostel tu sebenarnya berupa rumah flat kerajaan). Lagipun memang aku tak ada pilihan lain selain menerima offer hostel drpd Kolej yg aku belajar. Bermulalah kisah seramku sejurus aku mula bertapak disitu.

Hostel aku pada dasarnya adalah sepangsa yg dibahagikan oleh 4 tingkat aras dan tiap2 aras tu ada 16 buah unit rumah jumlahnya. Juga, kolej telah memecahkan 4 aras tingkat menjadi 3 tingkat aras bagi pelajar lelaki & pelajar perempuan. Perempuan setingkat tingkat dan lelaki 2 tingkat. (tingkat 4 saja x dibuka. Nnt aku cerita kenapa). Aku tiba di perkarangan hostel tersebut selepas habis sesi pendaftaran di kolej waktu tengah hari tadi. Waktu tu program taklimat belum dijalankan lagi pasal kemasukan pelajar baru belum lg ramai.

Setibanya aku disitu, ramai pelajar2 baru sekali dgn aku berpusu2 keluar drpd bas kolej lalu kami membuat beberapa barisan dihadapan parkir motor berhampiran pintu masuk hostel. Aku mengamati sekeliling bangunan hostel kejap. Rupanya cukup suram. Bangunan lama. Biasalah. Warden muncul didepan barisan kami beberapa minit kemudian. Lalu, dia menyapa kami semua dengan ramah sambil diselang dgn sedikit taklimat ringkas tentang aturan-aturan pelajar di hostel. Cik Bahar namanya. Orang cukup peramah. Usai taklimat, aku diberi kunci hostel. Warden mengarahkan aku supaya naik ketingkat 3. Aku pun geraklah ketingkat 3 sorang diri tanpa ada geng housemate sedangkan pelajar2 lain masing2 dah dibagi geng housemate. Sekejap aja penuh seluruh hostel di tingkat 3 sebelum maghrib menjelma. Oh ya, aku masuk berseorangan waktu tu.

Nak dijadikan cerita, hari pertama tu aku tak berapa banyak keluar berjalan sebab aku pun dh tak tau nak keluar kemana. Lagipun hari dah makin gelap. Penyudahnya, aku lepak je sensorang dalam hostel sambil hisap rokok dan layan phone. Mujurlah aku sempat mengemas sikit tadi satu rumah sebelum masuk waktu maghrib. Waktu tu jam 11.30 mlm kalau tak salah. Aku lepak dalam bilik belakang masa tu. Mcm biasa, aku leka bermain phone sampailah ada satu masa bila tiba-tiba aku terdengar bunyi ketukan pintu dari arah bilik depan. Mulanya aku sangkal perasaan sendiri dan yakinkan diri bahawa itu bunyi pintu dari rumah depan. Tapi bunyi ketukan tu semakin jelas bila kali kedua. Aku dpt rasakan yang itu memang bunyi pintu bilik depan kena ketuk! Sah! Lagilah bertambah kucar bila aku terdengar pulak bunyi serpih barang terjatuh atas lantai luar bilik! Baru hari pertama masuk… Dah kena…

Besoknya tu, bila aku baru bangun tidur dan keluar daripada bilik, aku nampak banyak butir paku karat berselerak atas lantai luar. Darah aku naik seriau dgn tak semena-mena. Aku cuma buat tak endah aja. Lepas tu, aku terus keluar drpd hostel. Masa aku tengah makan kat kedai mamak, aku tertanya2 jugak diri sendiri. Entah dari manalah datangnya paku tu pun aku tak taulah. Ah lantaklah! Malas nak pikir!

Setibanya aku naik atas sampai ke tangga tingkat 3, aku ternampak pintu hostel aku terbukak. Rupa-rupanya ada 2 orang student baru sampai kesini. Aku pun tegurlah diaorang. Firman dan Along namanya. Dorg berdua ni datang dari Kelantan. Masa aku sibuk tolong mengangkat beg2 dorg, aku sempat bertanya pada si Firman pasal paku karat yang aku nampak kelmarin berselerak atas lantai rumah. Kalau-kalau dia ada perasan. Tapi Si Firman pulak jawab dia tak nampak sebijik pun paku. Along pun jawab benda yg sama. Aih…Takkanlah pulak??? Habis je Si Kelantan 2 org ni berkemas, aku ajak diaorang berborak depan bilik. Aku mula bukak topik pasal kes kelmarin. Diaorang terkedu diam bila aku cerita semuanya.

Semenjak sebulah lebih kami tinggal bersama, memang ada beberapa kali kitaorang terdengar bunyi pintu depan diketuk atas pukul 2 pagi. Kalau kami bernasib baik, dapatlah jugak dengar bunyi paku berterabur atas lantai depan.

Itu baru sikit. Firman, si roomate aku kena ganggu lagi keras. Pernah sekali kakinya kena tarik dari katil sampai terjelepuk kawan tu waktu dia tengah tidur seorang dalam bilik. Bila tersedar, keadaan sekeliling kosong je. Tak nampak apa-apapun. Yang Si Along pulak pernah kena ganggu sampai ada sekali tu dia terdengar suara kawannya panggil dia dari celah tingkap bilik tengah. Ajak lepak kat tangga tingkat 4 katanya. Si Along pun keluarlah dari rumah pergi naik ke tingkat 4. Bila dia sampai sana, mata Along terus jadi segar. Gila wei! Tingkat 4 mana ada penghuni. Gelap pulak tu. Dia terus pecut lari balik ke hostel.

Tapi, kes yang paling teruk pernah terjadi sepanjang aku tinggal sana bila ada satu hari tersebut dimana hampir kesemua pelajar perempuan tingkat 1 terkena histeria. Sampaikan benda tu menyambut ke sebelah blok kolej kami iaitu blok Kolej Yayasan Negeri Sembilan. Demi Allah! Hari tu malam jumaat.

Adalah jugak dekat 20 Pelajar perempuan yang terkena malam tu. Ramai pelajar lelaki daripada kolej aku dengan kolej Yayasan datang ke dewan makan Blok Kolej Yayasan untuk baca Yassin beramai-ramai. Sesudah kes histeria tersebut beransur, ada sorang kawan perempuan aku bukak cerita atas disebalik kejadian tersebut. Kejadian histeria tu rupanya bermula bila ada sorang pelajar perempuan ternampak kelibat pelajar yang bunuh diri dari tingkat 4 tengah bertenggek depan katil dia! (Itulah alasannya kenapa tingkat 4 tak dibukak) Apapun, sampai ke hari ni aku masih lagi tak dapat nak paham dengan kes aku. Apa kena-mengena ‘paku karat’ tu dengan aku sebenarnya?

-Don-
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

14 comments

    1. Terima kasih atas nasihat akak buat sy. InshaAllah. Kalau akak nak baca posting cerita lama2 saya, boleh rujuk di bawah nnt. Setiap penceritaan saya akan dihuraikan pada penghujung cerita. Sy akan menceritakan segala2nya apa kaitan kesemua cerita tersebut dgn cerita terakhir.

      1.Pengalaman asrama PLKN (yg pertama)
      2.Paklong ku
      3.Pengalaman di Pasaraya terkemuka
      4.Pengalaman di Rumah sewa
      5.Sedulang Paku serpih(sekarang)
      6.Amukan Taman Baiduri (akan datang)
      7.Kronologi terakhir (akan datang -final chapter)

    1. Salam. Ini adalah link untuk cerita2 lama aku. Setiap cerita ni akan didedahkan degna dlcerita terakhir aku yg bertajuk “kronologi terakhir”. Nanti korang akan faham segala pencerahan yg aku sampaikan kelak. Terima kasih banyak2 ye sebab sudi baca karangan aku.

      Pengalaman asrama PLKN (yg pertama)
      2.Paklong ku
      Pengalaman di Pasaraya terkemuka
      Pengalaman di Rumah sewa
      Sedulang Paku serpih(sekarang)
      Amukan Taman Baiduri (akan datang)
      Kronologi terakhir (akan datang -final chapter)

    2. 1.Pengalaman asrama PLKN (yg pertama)
      2.Paklong ku
      3.Pengalaman di Pasaraya terkemuka
      4.Pengalaman di Rumah sewa
      5.Sedulang Paku serpih(sekarang)
      6.Amukan Taman Baiduri (akan datang)
      7.Kronologi terakhir (akan datang -final chapter)

    1. Salam. Hehe… Bukan jawapannya.
      Jawapannya adalah… Di next chapter cerita saya: “Kronologi Terakhir”

      Sy akan dedahkan segala masalah & misteri tentang apa yg berlaku pada diri sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.