Dikapan Ghaib

Siapa sangka manusia dari kisah silam 20tahun yang lalu berdendam sehingga ke hari ini. Itu laa nasib Bapa dan keluarga aku.

1998 – sewaktu umur aku 6tahun
Bapa aku dan mak diuji dengan kehadiran staf bernama Liza yang mengunakan sihir untuk menjatuhkan rumah tangga mereka. Bapa diberi masakan ‘khas’ oleh Liza sehingga mereng jika tidak dapat berjumpa Liza. Mak sempat berubat dengan Ustaz dan berjaya ‘bunuh’ bomoh yang membantu Liza. Mungkin sebab itu Liza berdendam sehingga kini. Walaupun mak dengan bapa sudah bercerai.

2015
Bapa kahwin baru. Bonda

2018
Hari Raya Haji – Hari pertama dan kali pertama kami bapa kami hilang & sebelum hilang tindak tanduk memang tidak keruan. Bagai cacing kepanasan . Rupanya dia hilang dan dianggap lari bersama Liza. Bonda tidak sedap hati berhubung dengan Ustaz. Selepas dapat maklumat dari Ustaz kami adik beradik berkumpul –
“Bapa sudah di kapan , muka juga tak nampak penuh kapur barus. Tujuan nya supaya lupa kiri kanan anak bini ditinggalkan”
“Pakat ramai – ramai sedekah kan Al fatihah agar Bapa sedar dalam bungkusan kapan itu dan pulang ke rumah”

Seminggu kemudian….
Bapa cari aku , bapa mulai sedar .Tapi wajah dia hitam sehitamnya. Kadang kala memang nampak perwatakan bapa kadang kala nampak sebagai manusia yang sombong. Selepas aku selidik , sah memang Liza punca. Aku pujuk bapa untuk berubat , berjumpa dengan Ustaz. Mujur dia akur. Cuma sifat kesian pada Liza membuatkan dia masih layan Liza.
Bapa kata Liza perlu di selamatkan (pada mata dia Liza ni sakit asthma teruk).

Kali pertama aku bertentang mata dengan Liza .
Aku pernah diajar sekiranya kita berzikir berhadapan dengan seseorang dan hati kita berdebar debar bermakna orang tu mempunyai sesuatu. Kali pertama aku bertentang mata dengan Liza , aku berzikir seperti yang diajar. Aku juga membaca ayat Kursi 3x lalu aku hembus pada dia. Laju Liza toleh dan jeling aku. Semakin aku berzikir , semakin ayat aku berterabur dia angkat muka pandang tepat pada mata aku dengan senyuman sinis dan bisik (jauh dari pandangan bapa) “buat apa tu? baca apa tu? salah…”

Sebab hormat dan sayang pada bapa, aku izinkan Liza tumpang tidur di rumah. Selama 1minggu juga laa Liza tumpang rumah dan selama itu aku tidur tidak lena.
Ada satu malam tiba tiba tengah malam bunyi pinggan mangkuk seolah olah ada sedang mencuci secara kasar (hentak hentak pinggan). Tak sanggup untuk ke dapur aku diamkan sahaja bawah selimut.
Hari ke 5 sudah habis adab dengan tetamu . Sedang aku baca yassin , tekak aku tersangkut ibarat minum air dipaksa telan. Aku usaha juga habiskan yassin pelahan pelahan walaupun bacaan aku merangkak akibat ganguan itu. Kedengaran dari bilik Liza macam macam bunyi telinga aku tangkap. Bunyi katil besi dicampak. Bunyi cakaran pada dinding. Bunyi dentuman yang kuat. Jelas sekali bunyi . Aku ketuk pintu bilik risau juga jika ada apa apa. Liza buka dengan muka yang ceria seolah bukan bunyi dari bilik dia.

Ustaz maklumkan mereka tidak putus sedekahkan al-fatihah dan yassin untuk bapa dan Liza. Rupanya ‘dia’ panas dengan semua itu.
Sandiwara dia selama ini mengatakan dia asthma jauh sekali sebab nya bilik itu 24j penyaman udara dibuka. Aku sendiri yang asthma pun tidak sanggup tidur dengan penyaman udara inikan dia yang asthma kronik katanya.

Aku yakin Liza sering puja bapa aku setiap malam , kerana setiap malam aku dapat rasakan seram dari bilik Liza. Bapa aku pula tidak boleh langsung dengar buruk Liza. Semua dia maki hamun termasuk adik aku anak kesayangan dia. Bapa sudah pulang ke bonda, cuma bapa tak boleh lupakan Liza dan sering berdebar.

Sekarang satu family kena serang –
Rumah bonda & bapa dalam keadaan yang suram. Kucing yang manja sekarang jadi garang sangat. Dari pandangan ‘mata terbuka hijab’ rumah tu sudah buruk dan lusuh seperti dalam cerita Conjuring.
Bonda pula sering dirasuk jin siam. Katanya bomoh orang asli yang hantar. Satu hari selepas Asar. Bonda pitam dan meracau hendak mati. Bila diajar mengucap ikut tapi tak mampu habiskan seperti lidah dipegang. Kata bonda semasa pitam , dia nampak lembaga tu besar sangat dok seru roh dia suruh ikut. Katanya ada lampu hijau dlm bayang dia, Ustaz yang ubat pon minta dia ke arah lampu hijau. Alhamdullilah sekarang bonda semakin pulih walaupun trauma. Sakitnya seksanya roh mahu dicabut.
Rumah aku pula tak ada seekor kucing pun singgah sejak Liza duduk sini. Aku juga diserang. Sendi sendi aku sakit. Tukang urut cuma bagithu ada benda lain ni.
Bapa sakit belikat .

Selepas selidik Liza punyai 3jin belaan. Panggilan Liza iaitu Puteri Manis. 3jin tersebut pernah beritahu mereka dapat gambar dari Facebook . Gambar kahwin Bapa & Bonda pada 2015. Jin sulung juga beritahu Puteri Manis ini tidak puas hati sebab Bapa tidak mahu dia.
Pengajaran pada semua berjaga jaga la dengan sebarang gambar yang kita upload di media sosial dan dekat laa diri dengan ALLAH.

20 thoughts on “Dikapan Ghaib”

  1. bgi kh ya anal sex. amput ya dae jubur.. kerasahan ya betapa pit nya mun kna asaki.. yg mngasak knyamanan yg kna asak kesanakkan..biar ya measaie.. Jgn kecam komen ku ani.. mun udah geram hati miana jua kn ulah..

    Reply
  2. Cerita ni best sebenarnya, tp penulisan hampeh.. kesinambungan dr satu bab ke satu bab pun hanpeh.. last but not least- hampas

    Reply
  3. pengajaran yg blh diambil dr cite ni,hati2 klu nk pos gmbr kt media sosial…org blh gne gmbr yg kite pos kt media sosial ni utk menjahanamkan,menjatuhkan kte…

    Reply
  4. ceritanya ada. cuma penyampaian tapi takpelah, bukan semua org pandai menulis. yg penting kita semua dpt ambil tauladannya.

    yang pengamput tu apa hal. tu la jin byk sgt dlm badan.

    Reply
  5. Baca citer mcm ini buat darah UP!
    Saya dan suami pun pernah kena sihr pemisah ini.Mula2 sihr cinta utk suami saya. perempuan kafirah tu hantar mcm2 sihr kat saya. Pun dari social media. Kami org bisnes. Yg ada gambar suami tapi tak penuh. Mulanya dari hantar brg (jinn)ke rumah. Ada masa saya akan tulis.

    Reply
      • maaf ye tp itu bkn caranya utk ‘sayang’ dan ‘hormat’ pada bapa awak. sbb awak pun tahu tindakan dia semua tu disebabkan buatan si Liza. sepatutnya awak dan family berusaha utk jauhkan liza dan bantu bapa awak, bonda awak. adakah awak nak terus biarkan Liza buat begitu atas alasan ‘hormat’ kalau nnt yg menanggung akibatnya tu ialah keluarga awak? kalau sehingga membawa maut?

        dan satu lg, cara awak menjawab komen org agak…. hmm… tak pasti apa perkataan yg sesuai tp mcm tak beradab.

        Reply
  6. actually tak pelik benda mcm ni berlaku sbb hal dendam ni memang tak lari dari sifat mnusia n dah bnyk kes dendam mngguna ‘perantaraan’ ni dekat ngara kita n mostly org Melayu tak puas hati ke apa terus ambil jalan mudah bila hati tu dah hitam dah tak pikir soal nasib hidup kat alam seterusnya,dats y lebih baik kita jadi pemaaf selamat dunia dan akhirat 😉

    Reply
  7. APA YG TAK BERADAB NYA CARA DIA MENJAWAB ORANG..DIA ADA TULIS PERKATAAN MAAF..KIRA DIA DAH SEHABIS BAIK NK MNJAWAB KT ORANG DAH..TAK RASA ADA YG SALAH PUN DGN CARA DIA MNJAWAB..BUT DO AGREE PART BAWAK TINGGAL SEKALI EVEN DAH TAHU LIZA TU JENIS MCM TU..MCM MENJEMPUT MASALAH SENDIRI KE RUMAH..SEBAIK NYA DI HALANG DEMI KEHARMONIAN KELUARGA SENDIRI INSTEAD OF “MENGHORMATI” AYAH AWAK TU.

    Reply

Leave a Comment