#Mamat pak jaga
Assalamualaikum sahabat sekalian. Diharap korang semua didalam kesihatan yg penuh, Insha Allah. Baiklah semua. Harini aku ingin berkongsi pengalaman aku semasa berkursus. Tempat kursus ini terletak di selatan tanah air. Setiap pengawal keselamatan diwajibkan mengambil kursus ini bagi menambah skil dan teknik didalam bidang keselamatan. Apa kau ingat pak guard ni biasa-biasa je ke? Kitorang ada kursus jugak tau. So jangan pandang rendah kerja kami. Hehe okay gaisss let’s start the story!
Perjalanan mengambil masa 1 jam sahaja ke lokasi kursus. Menurut pemandu van yg ditugaskan untuk menghantar aku itu, tempat yg bakal aku berkursus ni agak terpencil. Bukan sahaja terpencil malah berhantu katanya. Aku tak nafikan perkara tu kerana dimana-mana ada mahkluk itu.
Yg penting ingat pada Tuhan dan tahu jaga diri. Insha Allah, everything gonna be okay. Aku tiba di tempat berkursus pada waktu tengahari. Sesampai disana, aku terus beratur panjang untuk mendaftarkan diri dan mendapatkan kunci bilik. Pendaftaran mengambil waktu yg sangat lama sehingga ke waktu maghrib. Setelah mendapatkan kunci bilik, aku terus menuju ke asrama yg disediakan. Tak sabar nak mandi woi, berlecak dah ni. Bilik yg bakal aku diami selama lima hari berkursus ni terletak di tingkat 4. Bermakna tingkat paling teratas dalam bangunan asrama.
Setiap bilik akan didiami oleh 2 orang. Sampai sahaja di depan pintu bilik, aku mendengar seperti ada sesuatu bunyi dari dalam. Bunyi seperti orang mengalihkan katil dan membuka almari. ” Aik lajunoh partner bilik aku ni sampai. Tapi kalau dia sampai pun, dia mana boleh masuk sebab kunci pada aku. ” Persoalan yg timbul di hatiku. Dengan lafaz Bismillah aku membuka pintu bilik dgn kunci yg berikan. ” Assalamualaikum.” Perkataan pertama ku sebaik sahaja membuka pintu bilik. Takde orang gaisss. katil kemas tak teralih. Almari tertutup rapat tiada yg terbuka. Aku buat taktahu je dengan apa yg aku dengar tadi.
Partner bilik aku sampai selepas waktu maghrib. Namanya Amir. Berasal dari pantai timur. Loghat pekatnya terkadang buat aku tak faham apa yg dia cakap haha. Setelah berkenalan, dia menceritakan dia telah naik lebih awal dariku. Tetapi dia sesat. Ceritanya, dia tidak jumpa tangga ke tingkat 4. Jadi dia hanya berlegar legar di tingkat 3 berseorangan mencari tangga.
Setelah azan maghrib baru dia nampak tangga untuk menuju ke tingkat 4. Pening member masatu nak hadam apa yg dia nampak. Untuk pengetahuan semua, hanya tingkat 1,2 dan 4 sahaja digunakan sebagai penginapan peserta kursus. Tingkat 3 dikosongkan oleh pihak tempat berkursus atas sebab tertentu. Mesti korang pelik kan? Nanti korang akan tahu sebabnya di penghujung cerita. Baiklah pada malam itu selepas solat Isyak dibilik, kami dipanggil untuk turun ke dewan bagi sesi ceramah. Haha aku? Memang tak ler nak turun. Aku memberi alasan tidak berapa sihat pada fasi. Bosan weh ceramah tu. Ditambah dengan penceramah yg meleweh adoi memang tak pergi mana selain lena beradu.
Aku tutup lampu tarik selimut waduh heaven rasanya. Dengan rasa penat mendaftar lama tadi memang hanya akan terubat dengan tidur haha. Baru je aku nk pejam mata. Tukkkk! Tukkkl! Tukkk! ” Bang saya tak sihat banggg! Saya dah bagitahu fasi tadi. ” Jeritku dari dalam bilik. Namun ketukan itu makin kuat. Aku yg taktahan bunyi bising tu, aku buka pintu. Krikkk! Krikkk! Tiada sesiapa dihadapan bilikku.
Aku nampak bayang seseorang semasa aku menghampiri pintu. Takkan laju sangat dia boleh berlari ke tangga dan menyorok. Koridor sgt panjang weh. Terus hilang mood tidur aku. Aku terus duduk di koridor bagi mengambil angin. Saat sedang menikmati angin malam, tiba-tiba mataku terpaku pada satu objek di tingkap bilik tingkat 3. Ye berwarna putih gaiss.
Mulanya dia statik, aku anggaplah kain. Tapi bende tu bergerak rupanya! Pintu bilik tu memang da sedia terbuka. Berdesup! Satu bende putih laju keluar dari bilik tu melayang ke atas. Nak kata angin bawak kain, angin pon aku tak rasa masatu. Aku takde cakap banyak terus pecut lari nk turun ke bawah. Lantaklah, dengar ceramah pun dengarlah. Asalkan aku tak jumpa bukan-bukan atas ni. Berpusing aku sekitar area tingkat 4, tapi aku tak jumpa satu pun tangga untuk turun ke tingkat 3. Apa yg aku lalui sekarang sama seperti apa yg amir kene tadi. ” Aduh masak nihhhh. Mana pulak dia sorok tangga. “rungutku. Dalam hati takut beb. Habis maunya tetibe ada hantu kau nak lari mana? Nak turun takde tangga. Takkan nak lari tanpa henti?
Berita buruknya apa yg aku sangkakan menjadi kenyataan. Dari penghujung koridor ada sesuatu yg memerhatikan gelagat aku. Apa yg aku lihat bentuk badannya besar, berbulu. Wajahnya tak nampak kerana tertutup dengan bulu yg amat lebat. Menyeringai gitu je pada aku masatu. Aku ingatkan dia tak bergerak. Lama jugak aku tengok dia. Nak gerak pun tak boleh rasa kaku.
Sekali dia bergerak terus lari ke arahku. Aku yg terkejut apa lagi, cabutlah. Lari pusing sekitar situ weh, sebab tangga tak jumpa. Sambil berlari, aku tolehlah belakang aku nampak mahkluk tu dah takde lagi kejar aku. Tapi aku terlanggar sesuatu kat depan aku. Bammm! Terjatuh aku. ” Eh abang fasi! Terkejut saya. Bang bawak saya turun bang. ” lege weh bila ada fasi naik atas. Tapi dia diam saja. Dia hanya suruh aku ikut dia. Kami turun ke tingkat 3 melalui tangga. Ada pulak tangga. Tadi masa aku sorang takde tangga muncul. Untill now i cannot brain it. Sampai tingkat 3 fasi tu bersuara. ” Tunggu jap aku amik barang. ” Dia terus berlalu pergi masuk ke sebuah bilik. Memang dia masuk bilik yg aku nampak bende putih keluar tadi tu gaiss.
Aku syak dia bukan manusia, so aku cabut dulu awal-awal. Tapi bende tu bijak kenekan aku balik. Kini aku stuck kt tingkat 3 sebab tak jumpa tangga! Bende tu asyik main tangga je weh. Sebab dia tahu aku takkan terjun punye ke bawah. Kau fikir cerita tamil ke nak terjun dari tingkat 3 takde cedera apa-apa? Aku cuak punye pasal aku buat-buat pengsan. Last choice gaisss.
Sepanjang aku berpura-pura pengsan, sepanjang tulah bunyi dentuman pintu di semua bilik tingkat 3. Aku takut tak berani langsung bukak mata. Akhirnya aku tertidur. Aku dikejutkan oleh Amir yg kebetulan lalu ditingkat 3 selepas dia habis sesi ceramah. ” Mu bakpo tido sini nate mamat? ” katanya setelah aku membuka mata. ” Mir aku takut mir aku kene kacau aku nak balik! Aku taktahan! ” rayu ku. Aku dibawa ke bilik fasi menyatakan permohonan untuk pulang. Demam teruk aku malam tu. Aku ingatkan semuanya berakhir disitu. Tapi sangkaanku sekali lagi meleset.
Semasa didalam perjalanan pulang menaiki van syarikat yg dipandu Wak Jani, kami dikejutkan dengan entiti putih di tengah jalan. Wak Jani sempat mengelak dengan cekapnya. Aku tahu bende tu ikut aku balik. Paling taktahan bende tu gegar van masa dekat traffic light. Bergoncang, bergoyang semua ada. Aku tahu Wak Jani tu cuak tapu dia buat tenang je. ” Apapun jadi aku harus tenang jika tak kita akan kemalangan mat. ” katanya. Bagus pendirian Wak Jani. Kalau pemandu yg tak cekap mesti sudah kemalangan jika diganggu begitu. Jalan menuju ke ofis syarikat sedikit bengkang bengkok dan banyak selekoh. Selekoh demi selekoh kami nampak penampak berubah seorang wanita berbaju putih. Dia tertunduk tapi tidak berambut. Botak gaiss. Nampak segala kuping kat kepala dia tu. Kulit kepala dia kering. Wak Jani hanya mampu berzikir dan buat tak nampak bende tu. Bila hanya beberapa kilometer nak sampai ofis, van kami berat. Slow gile masatu even Wak Jani da tekan habis. Atas bumbung van macam ada bunyi cakaran. Skretttttt! skretttt! Pergh naik bulu roma aku.
Sampai saja di ofis, aku dan wak jani keluar dari van. Wak Jani ku lihat lari bertempiaran ke dalam ofis meninggalkan aku. ” Dah kenapa orang tua ni? ” soalku dalam hati. Bila aku pandang je atas van. Ya Allah, kalau boleh gugur jantung dah gugur aku rasa. Suatu mahkluk berupa wanita botak, matanya kedalam. mulut tertutup dan berkepala botak. Kulitnya terlalu berkedut membuat wajahnya lebih seram. Matanya tajam memerhatikan aku. Celaka Wak Jani bukannya nak jerit ” Hantu!!! ” ke ” LARI! ” ke. Ini senyap terus lari tinggalkan aku. Kali kedua aku ditinggalkan partner kerja beb. Aku pengsan disitu sehinggalah pada waktu pagi aku dikejutnya staff yg datang membuka ofis. Seminggu demam teruk. Lepas berubat baru jadi semangat balik. Nasib kau kuat, cekal dan hensem mamat. Haha puji diri sendiri pulak. Okay la gaiss sampai situ sahaja entry aku pada kali ini. Maaf jika ada kekurangan. Kita berjumpa di entry yg lain pula ya. Korang jangan risau. Banyak lagi kisah yg aku lalui untuk dikongsikan bersama. Assalamualaikum.
best cerita ni,tpi stu je yg aq tnggu..pasal tngkat 3,knpe dgn tingkat 3?dan apa sbb di kosong kan.?kate nk bg tau kat hujung cerita..pape pon terbaek
Ye tergantung tang tingkat 3…
kenape tingkat 3 tak digunakan ? cerita mamat mmg best .. sume cite ko , aq boleh bayangkan . 10/10 laa aq kasi ππππππππππ
memang menakutkan π±
Mamat lupa la tu. Apapun mmg best gaya penceritaan. Silap2 mamat boleh penulis
Best2 mamat… Semua citer kita bole bayangkan seolah olah kita ada kat situ.. Penulisan pon sangat baik dan santai.. Good job..
Cerita mamat memang best, terbaik dan menghiburkan, seram pun ada
aku selalu nak bayangkan mcm mana tak jumpa tangga tu eeh,camnr eh keadaan dia,adoi seram,maksud dia memang turung tangga tu terus mati dengan dinding ke weh,adoi naif gua ni gais,sorry jgn kecam,takde pengalaman,
lagi mat…best la cite ko..
Mamatttttt….acane ko bolei trpike nk pura pura pengsan….hahaha…best sngttt citer…jalan citer pun best smpai aq rse aq pun brade kt tmpt ko…huhuhu…
gile kental kau mamat. tabik ahh.
aku peminat cite2 kau.
Tp btl, part x jmpa tgga tu Sara pnah kne, mana kat hostel study, rumah Sara kat tgkat 1, naik tgkat 4 nk study dgn kwn, kat tgkat 4 tu ade stu rumah tu ttup, sbb kata ade bnuh diri la apa, tgga ade 3 , dpn, tgh, blkg, skali mlm tu da pkul 12/1 nk turun rumah Sara kt tgkat 1 sbb nk amek buku, keluar dr rumah kwn tu, jln la spnjg koridor sbb tgga tgh tu dkt dgn rumah Sara, ehhh ttba prasan da jln smpai hjg koridor, hnya ade dinding btu je, mana ruang tgga? Terlepas/ x prasan kot, patah balik, oihh da smpai hjg koridor sna plak, rasa cm bodo pun ade, jln lg, and masa tu stuck kt tgkat 4, x nmpk plak pntu rumah kwn yg td~ jln lg hjg sna smpai hjg sni, x nmpk ruang tgga, ade dinding simen je, haa sah dah kne game, hbis nk suruh buat apa? Trjun ke bwh, memang x lah, ttba brhnti, zikir, bca la surah pape yg thu, ttba rh nmpk pntu rumah kwn td, trus ktuk bg slm, kwn bukak dia kata, ha lama nya kau, kata amek buku je da 45mins, egt kau tdo, mna bukunye? Sara mnx masuk dlm, mnx air segelas nk mnum, da tenangkn diri bru cite, so x jd laa study mlm tu, pstu kwn hntr smpai tgga dgn housemate dia, Sara turun msuk rumah n tdo, nseb la masa tu x nmpk pape pelik, cuma masa tu Sara tgk rumah tgkat 4 semua digunakan, naek esoknye Sara ckp la kt kwn smlm ade stu rumah tu, pntu dia trbuka, bnyk ksut susun kat luar, tp dlm dia lawaaa, kwn suh tunjuk kt mna, pegi2 ehhh tu lah rumah yg depa ttup, brkunci kata brhntu la ade bunuh diri la apa, kdudukan dia sipi je dgn tgga tgh~ choiii sgt, smlm tgk lawo kemaen siap dgr org smbg2 lg~
Ko nye typo tu jgn nk budak wechat sgt boleh x…
Ya Allah sara….. Banyaknya short form, i cannot brain….
Terbaik cite mamat..menakutkan…
Satu lagi …sape yg pandang hina kat pak guard nih
Apa cerita ngan tingkat 3?…ada part 2 ke?
Mamat bnyak pengalaman seram..teruskan lagi berkarya..best sgt..
Terbaeekkk la lu mamat…π
antara penulisan yg plg menarik..cantik je diselitkn lawak2 spontan.tp tetap seram.mmg best sgt setiap crita si mamat nih.
Aku paling tak boleh brain part pura2x pengsan tu . Bru feeling seram aku tergelak baca part tu . Hati kau keras mamat . Haha .
kata nak cerita kenapa tingkat 3 dikosongkan, takde pun….
Trbaik bro mamat jaga ni…semua citer mamat mama follow…harap mamat sentiasa senang utk mncoret kisah kenngan mamat didlm fiksyen shasha yea…boleh buat buku….
MeowΒ²….kur..kur..kur..
eh ongok la mamat ni boleh buat buat pengsan sampai tertidur Allahu asal la lawak sangat dahtu terkencing tak mamat oi dalam tidur tu
amir kata dh naik awal dr mamat cuma tak jumpa tangga ke tingkat 4 …jadi amir ada kunci dulu sbb dh daftar awal dr mamat … soalannya kenapa mamat dpt kunci bilik waktu daftar, sedangkan amir yg dftr dulu n dapat kunci … keliru cite ni
seram dah seram dah tapi kelakar pun ade…
cerita mamat ni memang tak pernah mengecewakan . tp tak boleh blah tang buat2 pengsan . hahahahahaha
Purak-purak pengsan ??! hhaahahhah …tapi ye la,aku pun xleh nak kate ape lebih2, tapi kuat jugelah semangat nko boleh buat2 pengsan.
Kelako la ko nie..tue la lain kali jangan nak ngelat kan dah kene..camana la ko nak jadi guard dengan perangai penakut cenggini..hak3 anyway cerita ko havok..tulis lagi nanti k bai
kenapa aku rasa macam nak kenal je ngn mamat ni..ππ