Sihir 4 Penjuru Return

Assalamualaikum. Masih ingat dengan sihir 4penjuru yang aku tulis hampir 2tahun yang lepas.

2tahun dah berlalu tapi malangnya gangguan sihir itu masih belum berakhir. Mungkin hanya akan berakhir bila ada yang mati sama ada di pihak kami atau pihak sesat disana. Alhamdulillah kami masih bertahan sebagai suami isteri walaupun teruk kami diduga dengan sihir pemisah dan pembenci.

Dengan kuasa Allah aku dan abang zack pun sudah dikurniakan cahaya mata perempuan yang comel sebiji ikut muka daddynya selepas berubat dengan seorang perawat di Indonesia. Semasa membuang jin yang menghuni badan abang zack perawat tu bagitahu kami yang jin tu nak menghalang daripada kami ada zuriat bersama dan ofcoz lah berserta sihir pemisah, pembenci dan penutup pintu rezeki. Apa-apa pun semua atas kuasa dan izin Allah s.a.w.

Kali ni aku nak bercerita gangguan semasa aku dalam pantang. Pedih dan sedih bagiku untuk mengimbas tetapi dengan cara begini aku boleh memperingati diriku serta orang lain tentang kesan sihir ini pada manusia. Lokasi terpaksa dirahsiakan tapi kejadian ini diluar negara. Ya sihir ni tetap mengikuti kami walaupun jauh dari tanah air.

Winter.
Kami menghitung hari menunggu kelahiran satu-satunya zuriat bersama aku dan abang zack. Waktu ni kami suami isteri dan 3 orang anak abang zack tinggal bersama dirumah jenis duplex. Tingkat bawah ada 2bilik dan tingkat atas juga ada 2bilik berserta balkoni yang luas dengan permandangan yang sangat indah. Rumah kami di level 5 iaitu level yang paling tinggi.Persiapan semua dah complete termasuklah tiket penerbangan kedua belah pihak atuk nenek untuk datang bersama menyambut kelahiran cucu baru. Parent abang zack akan tiba dulu bersama anak-anakku. (Anak perkahwinan pertamaku 2orang). Selepas seminggu baru parent aku pula tiba. Disinila semuanya jadi haru biru bila semua 11orang berkumpul dalam 1rumah dalam keadaan disihir.

Bermula dengan tibanya parent abang zack ke rumah kami. Rupanya berduyun jin iblis syaitan yang datang bersama mengikuti mereka dari Malaysia. Bila sampai je parent abang zack, dia dan anaknya si abang dan nia pergi ke Paris sebab melayan anaknya nak tengok konsert. Tinggal lah aku dengan parent dia dan anak- anakku dan seorang anak dia yg kecil,sedangkan isterinya tengah menunggu hari nak melahirkan anakpun dia boleh nak melayan anak tengok konsert kat negara lain pulak tu. Kat situ pun hati aku dah bengkak dan syaitan mula cucuk jarum. Dia tak sayang kau. Dia tak peduli pun keselamatan kau dengan baby ni tinggalkan di negara asing. Kalau kau terberanak masa dia tak ada ni memang terbaikklaahh.

Malam.
Tiba- tiba ibu mentuaku ketuk pintu bilikku.
“Hani, hani nangis ke?”
Terkejut gak tiba-tiba je ditanya macam tu.
“Eh takdelah mak.” Jawab aku.
Mak mentua aku terdiam lama.

“Yeke mak dengar macam orang nangis ingatkan hani. Takpalah kalau ada apa-apa panggil mak”

Hmm puas aku fikir aku tak ada pun dengar orang menangis tapi dari tadi memang dengar anjing menyalak sayup2 macam yang bunyi kalau anjing nampak hantu tu. Tapi aku malaslah nak jadi penakut sangat. Aku bangun ambil wuduk baca yasin. Begitulah rutin harian aku untuk terus kuat aku baca yasin. Jam 9malam macam tu dah bermula bunyi bising-bising kat tingkat atas. Gedegang gedegung macam ada yang berlari bermain kat tingkat atas. Oh ya 9malam disana sama dengan 3pagi di Malaysia. Beza waktu 6jam. Hehe tekalah sendiri kat negara mana kami tinggal.
Ehhh siapa pulak yang buat bising kat atas sedangkan anak-anak dan daddy diorang pergi Paris. Kami yang tinggal semua tidur ditingkat bawah. Bapa mertuaku naik atas untuk periksa. Ternyata senyap sunyi gelap dan sejuk diatas. Nobody. Yillek.

Apabila abang zack dah balik, parent aku dah sampai, aku banyak menghabiskan masa dalam bilik. Parent aku dan parent abang zack macam dah nak bertumbuk. Saling perli memerli. Anak-anak aku dan anak-anak abang zack selalu bergaduh. Aku dan abang zack xpayah cakaplah aku pandang dia benci dia pun menyampah tengok muka aku. Ya Allah berat betul rasa nak menghadapi keadaan itu. Semua orang saling membenci dan saling menyalahkan. Semua orang rasa dirinya mangsa dan tiada orang yang memahami. Mama aku dia punya tak tahan duk rumah tu dia duk ajak bapak aku gi jalan-jalan. Yang mak mentua aku plak dia sempat sound ni nak datang tengok anak ke nak berjalan? So korang boleh bayangkan tak dia punya kacau bilau tu. Tak sempat mama aku nak pergi jalan- jalan malam tu aku dah nak bersalin.

Senyap-senyap aku kejut mama ajak pergi hospital, bukan taknak heboh tapi seriously time tu aku dah taktau mak mentua aku dengan anak-anak tiri aku tu orang atau tak. Atau sebenarnya aku dan parent aku yang dah gila? Haha. Sebab apa aku cakap macam ni? Mak mentua aku boleh selamba masuk bilik tidur parent aku masa diorang tengah tidur. Terkejut beruklah dorang. Ada sekali tu mama aku tengah basuh ayam kat sinki tiba-tiba mak mentua aku tuang sabun atas ayam. Mana la tak jadi gaduh. Tapi bila tanya mak mentua aku dia kata bila masa pulak dia buat macam tu. Bersungguh sungguh menafikan. Banyaklah lagi kejadian-kejadian dan punca-punca perbalahan bodoh yang direka oleh syaitan jin iblis ni.
Sebelum bersalin lagi kami sebenarnya dah dapat warning yang puak sesat tu nak buat aku mati tumpah darah masa bersalin. Tapi nampaknya Allah tak granted lesen membunuh pada dorang jadi dapatlah aku menulis lagi. So apa-apa pun bagi aku selamat bersalin dulu baru hebohkan pada semua.

Pantang.
Keadaan dalam rumah semakin teruk dan tenat. Maksud aku semua jadi tak kena dan salah. Sempat beberapa hari parent abang zack tengok cucu baru dorang pun kelam kabut nak balik. Maka tinggal lah aku abang zack dan 6orang anak kami serta parent aku.
So pada suatu hari abang zack nak kena pergi luar negara sebab nak daftarkan kelahiran baby baru kami. Di negara yang kami tinggal tu takde Malaysian Embassy jadi terpaksalah abang zack meninggalkan aku sekali lagi di negara asing. Nak dijadikan cerita pula papa nak ikut abang zack maka yang tinggal kat rumah masa tu aku, mama, anak aku yang kedua dan baby. Tinggal lah kami 4orang perempuan. Malam tu kami berempat tidur dalam 1bilik. Aku dan anak-anak tidur atas katil mama tidur kat bawah hujung kaki aku.

Malam tu mama terjaga nak pergi toilet tiba-tiba mama dengar bunyi kat luar bilik mama pergi jenguk tengok nampak anak abang zack si Nia dengan adik dia berpegangan tangan kat tangga.
“Eh nia bila balik? Macam mana boleh masuk rumah?”
(Kunci rumah kami yang simpan abang zack pergi tak bawa kunci.)
“Mana daddy? Mana yang lain?”
Nia pandang muka mama dengan pandangan tak puas hati terus tarik tangan adiknya naik tingkat atas rumah sambil hentak-hentak kaki tanda protes. Mama makin pelik lah so mama pun ikut dorang naik atas. Bila sampai atas mama tengok dorang masuk bilik henyakkan badan duduk atas tilam. Masa tu gelap lampu tak buka mama nampak 2pasang mata dorang merah menyala dalam gelap. Bila mama buka lampu bilik je..
Pufffff!!
Dua beradik tadi hilang sekelip mata!! Menggeletar lutut mama terus jatuh terduduk sebab terkejut sangat. Apa yang baru dia saksikan?? Ambil masa juga mama nak kumpul kekuatan dan keberanian untuk turun kebawah balik.

Aku syak ni 2ekor saka keturunan dorang yang dihantar oleh ahli sihir untuk pantau keadaan kami. Mungkin saka ni tertinggal tak dapat ikut nia dengan adiknya tu yang marah tu. Tapi serius weh time ni budak-budak tu jadi sangatlah kuat makan. Sangat pelik sampailah ada 1hari tu aku terlepas cakap asyik makan je ni saka ke apa yang makan?? Abang zack terus jeling aku pulaukan aku semalaman. Eleh kalau dia sihat tak kena sihir biasa je kita gurau camtu kan. Ni semua nak jadi gaduh. 😂

Besok malamnya mama bawa anak ku yang 6tahun teman dia baca yasin kat atas. Kenapa malam sebab waktu malam lah benda tu selalu active kacau kami. Aku duk diam-diam dalam bilik dengan baby. Ya Allah sepanjang mama baca yasin kat atas aku diganggu dengan bunyi tangisan sayu ditepi tingkap. Kedengaran juga bunyi bising seperti ada orang mengamuk dekat hall dan dapur diselang seli dengar suara kanak-kanak memanggil mommy..mommy…
Anak aku ke panggil? Hmm takutlah nak keluar bilik tunggu mama datanglah.
Bila mama turun aku tanya dia anak aku ada panggil aku ke?ada dengar apa-apa tak mama kata takde pulak. Hmm takkan aku sorang dengar.
Tiba-tiba mama panggil aku pergi dapur, terkejut kami tengok 2 3biji telur tergolek atas lantai. Kalau telur jatuh dari atas gerenti pecah kan? Ni elok je tak pecah tak retak. Kejadian pelik dan tak masuk akal yang kekal jadi tanda tanya kami.

Aku dah biasa diganggu mimpi-mimpi ngeri seperti mimpi hantu, ular, bayi, haiwan buas jatuh bangunan tinggi tapi kali ni dalam pantang ada tambahan 2 mimpi baru. Aku bermimpi 2orang perempuan jilat kemaluanku sampai aku puas dan terus terjaga dari mimpi dalam keadaan terkejut dan sangat takut. Aku bangun tengok sekeliling aku tapi tak ada apa yang pelik. Aku takut dan berdebar sangat weh. Ada sekali tu aku mimpi aku nak dirogol seorang lelaki, aku meronta-ronta minta dilepaskan tetapi akhirnya lelaki itu tak dapat nak memasukkan zakarnya kedalam diriku tapi dia hanya menggosok2 zakarnya pada kemaluanku juga sampai aku puas dan terjaga dari tidur juga dalam keadaan terkejut dan sangat takut. Bagi aku benda tu amat memalukan dan aku tak berani nak cerita pada mama.

Pantang, kalau tak ada sihir pun memang kena sangat berjaga-jaga dengan emosi wanita itu. Ini kan pulak ditambah asam garam sihir dan gangguan jin iblis ni. Beberapa kali aku dengar dari sebelah tingkap bilik aku suruh terjun.
“Kalau takut nak terjun tak apa duduk je kat tebing tu nanti kami yang tolong tolakkan.”
Aku istigfar banyak-banyak bila tersedar. Aku kemurungan dan rasa aku diabaikan abang zack. Aku rasa kami tak akan bertahan hidup bersama dan tekad nak balik malaysia selepas pantang. Baby aku ni jenis yang baik dan tak banyak ragam. Tapi ada 1hari tu bila dia menangis ada suara yang cakap
“alaa bukan susah pun nak bagi diam ambil bantal tekup je.”
Dan aku hampir terpedaya sebab benda tu sekelip mata je aku dah pegang bantal. Tiba-tiba aku macam ehhh nanti matilah anak aku, aku sayang anak aku. Astagfirullahallazim!!

Malam kemuncak.
Hasutan syaitan jin iblis semakin menguasai. Suasana semakin tegang. Nak jadikan punca si Nia ni macam kurang ajar dengan aku depan abang zack jadi aku suruh abang zack tegur dan ajar apa yang patut dan tak patut tapi abang zack pula yang melantun tak boleh terima teguran. Terjadilah perang mulut antara aku dan abang zack. Dan akhirnya abang zack keluarkan ayat
“ok lepas balik Malaysia ni kita buat haluan masing-masing!”
Aku tersentak dan berlalu masuk bilik parent aku dan menangis teresak-esak mengadu kejadian itu. Memang dalam hati aku marah yang membuak-buak rasa nak bunuh orang malam tu. Diingatkan ini adalah sihir, jadi selalu dia akan besar-besarkan apa yang kita rasa. Kalau sedih akan jadi teramat sedih sampai nak bunuh diri. Kalau marah memang sampai rasa nak membunuh orang pulak.

Tiba-tiba mama didatangi bayangan bekas mak mentua abang zack. A.k.a si ahli sihir. Dia warning mama jangan masuk campur urusan dia.
“Kau tahu kan apa yang terjadi pada semua orang yang pernah tolong zack sebelum ni?! Kau tahu kan apa aku dah buat pada Han?! Berhenti masuk campur! Ini bukan urusan kau!”
Orang tua kutuk tu tunjukkan sehelai benang pada mama kemudian dia putuskan benang itu. Serta merta mama yang sedang berdiri jatuh terduduk tak boleh berdiri langsung seolah-olah ligamen kaki mama putus. Terpaksa kami belikan tongkat untuk mama selepas tu. Tapi jangan risau selepas seminggu macam tu mama dah boleh jalan balik seperti biasa itupun selepas mama mengaji ayat-ayat tertentu. Ayat apa aku pun lupa.

Siapa Han yang ahli sihir sebut tu?
Abang Han adalah orang kuat abang zack merangkap orang kanan dan bodyguard abang zack. Sebelum wujudnya aku dalam hidup abang zack abang Han lah yang banyak membantu abang zack untuk pulih selepas cerai. Abang Han yang bertanggungjawab menyedarkan abang zack yang dia sebenarnya dah lama kena sihir plus kena nasi kangkang dengan kak ina ni. Abang Han ni sejenis warrior lah nak membela nasib abang zack tapi akhirnya dia pun kecundang. Kakinya membengkak besar seperti kaki gajah dan family dia jadi bermasalah dan akhirnya dihasut syaitan untuk membenci abang zack. Sebenarnya sihir ni senang buat kerja kepada orang yang cepat baran atau emosi. Kunci dia sebenarnya SABAR.

Ok sambung cerita tadi.
Parent aku terus baca yasin 7mubin dan akhirnya korang tau apa yang Allah tunjukkan pada mama? Disebuah rumah ada ramai orang mungkin dalam sekitar 40 orang sedang membaca mantera yang tak difahami bahasa dia. Alaa macam kita ramai-ramai baca yasin tu tapi dorang ni baca mantera. Korang ingat geng Pekima yang aku cerita masa sihir 4penjuru siri1 dulu? Hahh dorang ni lah termasuklah family bekas isteri abang zack ni. Dorang start buat mulai 12am jam Malaysia sampai 6am. Ada yang keletihan tertidur tapi ada yang masih teruskan mantera tu tapi ada sesekali dorang bersorak,
“Yeayyy!! Kita berjayaaaa!!!!”

Wow hebat dorangkan bersorak gembira sebab berjaya sihir orang kan. Mereka lupa Allah ada. Mereka lupa malaikat sedang mencatit. Mereka lupa mereka sedang menempah tempat di neraka.
Parent aku berjaga sepanjang malam berganti-ganti tak henti-henti membaca yasin 7mubin dan surah albaqarah sampailah upacara puak Pekima ni selesai.

Abang zack lelaki hebat. Dia hebat bersabar walaupun ditekan hebat. Dia tak ceraikan aku tapi demi menyelamatkan semua nyawa cukup 45hari aku bersalin aku terbang pulang bersama 3orang anak aku dan meninggalkan abang zack dan anak-anaknya di luar negara. Oh ya parent aku pulak pergi jalan-jalan jelajah negara orang dah alang-alang jauh nak sampai kan.

Tapi sihir tu tak berakhir disitu dan aku dan abang zack dah tinggal bersama balik. Baby kami pun dah berumur 9bulan. Banyak lagi kisah tapi rasa macam dah panjang entry kali ni. Bukan niat aku nak mengaibkan sesiapa kerana semua nama dalam cerita ni bukan nama sebenar. Aku hanya berkongsi pengalaman aku dan maafkan aku kalau tak seronok dibaca. Sejak balik Malaysia kami banyak berubat dan kat sini aku nak kongsi antara ayat yang elok dijadikan amalan harian untuk melindungi diri dari sihir yang aku belajar dari perawat. Alhamdulillah kami semakin kuat menghadapi sihir ni dan benda baik macam ni eloklah dikongsi bersama.

Surah as saaffaat- ayat 1-10
Surah mukminum- ayat 90-99
Surah faatir- ayat 40-45

Tapi kadang-kadang bila dah teruk sangat rasa sampai ayat kat atas rasa macam tak lut memang aku terus buat yasin 41 atau yasin 7mubin je. Haaa memang boleh rasa setan durjana tu takkan dapat bertahan melawan kekuasaan Allah punya. Memang kita sendiri boleh rasa perbezaannya. Oklah yang baik dari sang Pencipta dan yang buruk dari aku sendiri. Wah macam ustajah dah aku 😂
Assalamualaikum.

#cicitmahsuri

31 thoughts on “Sihir 4 Penjuru Return”

  1. serius best baca pengalaman ni. btw, aku pun pernah termimpi pasal lelaki nak rogol tapi tak dapat masukkan zakar tu. sebelum ni jugak, banyak kali hubungan tak jadi. sampai la jumpa satu ustazah ni, dia lah tolong mandikan air bunga dan buat ruqyah. ramai syak terkena sihir pemisah. wallahualam.

    Reply
  2. saya pernah bermimpi lebih kurang seperti sis ..
    dan rasa ‘ sakit ‘ itu realitinya dirasai setelah terjaga dari lena ..
    namun , saya masih belum berkahwin dan juga tidak bercinta dengan mana -mana lelaki ..
    mimpi seperti itu kadang kadang datang bertandang tiap kali saya tidur namun tidak sekerap seperti beberapa tahun yang lepas ..
    dan saya akui , saya takutkan akan perkahwinan hingga saat ini ..

    Reply
    • Itu bermakna saudari dirogol dalam mimpi, which means mmg jin atau syaitan yang ‘bersama’ dgn saudari. Boleh terjadi kepada kaum lelaki juga. Saya syorkan sesiapa yg ada similar problem to seek treatment dari org2 pandai/alim. Boleh juga cuba Pusat Rawatan Manarah Sg Buluh Selangor

      Reply
      • Setuju dengan komen ni, memang jin/syaitan boleh ‘bersama’ dgn manusia, dan selalunya kalau mimpi macam ni memang itulah petandanya. Saya nasihatkan sesiapa yang pernah alami mimpi macam ni untuk mendapatkan rawatan secara Islam. Kalau boleh sebelum tidur baca Al-Fatihah, Ayatul Kursi dan 3 kul, hembuskan di telapak tangan dan sapukan ke seluruh badan dari kepala hingga ke hujung jari kaki. Kalau boleh tidur dgn wudhu’. Semoga kita semua dilindungi dari perkara2 macam ni. Amin.

        Reply
  3. Sama la cam sy..tp sy baru dpt tahu YG sy kena sihir..6tahun dok lam badan sy..thun nie dh 7thun.. alhamdulilah DH bnyak kurang DH berubat kat uztad nie..tp mah kena wat rawatan lg..mcm2 kisah mistik jd pd sy n family..tp sy xpandai nk cerita dlm ni..
    Pape Pon semoga cpt sehat..

    Reply
  4. Situasi kita hampir sama (sihir pemisah, sihir pembenci, sihir nak bg sy mati). Tapi saya berdepan madu dan suami yang masih tertutup hijabnya nak melihat segala kebatilan yang ada. Walaupon dah berubat banyak tempat, ada perubahan yang banyak tetapi suami masih lagi tertutup hati dan matanya untuk nampak semua ini sebab dia tak percaya langsung benda2 syirik dan ghaib ni walau terbukti depan mata (saya dirasuk), bagi dia itu bukan bukti yang kukuh. Setiap kali suami balik ke giliran madu….setiap kali itu bertambah setan2 yang dihantar utk jaga suami. Setiap kali suami balik giliran saya, tiap kali tu mimpi yang bukan2….Allah tak tahan rasa hati kadang2….
    Tapi amalan 7mubin tu memang berkesan….(orang nya tak la mati tapi hati yang disihir tu tenang…tadelah nak marah2 atau mengamuk mintak cerai), Allah tu ada cepat atau lambat semuanya akan terungkai.
    Allah uji sebab dia sayangkan kita, ujian buat kita kembali ke jalannya…yang mengamalkan syirik dan sihir tu…itu ujian Allah pada dia. Sebabkan dengki dia buat benda2 yang bukan2….
    Semoga confessor sentiasa tabah menghadapi ujian sihir ini dan terima kasih sebab share ayat2 amalan untuk sihir tu…tambah lagi list ayat amalan ;-

    Ikhlas,
    Yang disihir madu tua (hahahaha…sebab sy lagi muda dari madu tapi no 1)

    Reply
    • “sebab dia tak percaya langsung benda2 syirik dan ghaib”
      Bagus la dia tak percaya benda syirik. ‘Syirik’ tu perbuatan orang yg tunduk pd Syaitan dan mempersekutukan Allah. Percaya maksudnya percaya sihir tu wujud (ada orang amal sihir) atau percaya/harap pada sihir? Ayat tu biar betul sikit, Tak percaya benda ghaib dengan tak percaya benda syirik, lari jauh maksudnya tu. Syirik tu haram.

      Reply
  5. crita tak bosan n mnarik and smoga terus bertabah ya,walau apa pun kita harus terus tetap dgn brgantung pada Allah ya..teruskn berkongsi! 🙂

    Reply
  6. “ok lepas balik Malaysia ni kita buat haluan masing-masing!”

    salam. sy ni bukan pakar. tp tlg semak balik dgn org yg bpengetahuan tntg ungkapan suami cik ni. maksud sy status perkahwinan selepas korang balik malaysia.

    Reply
  7. Saya pun pernah.juga mimpi mcam.akak pencerita ni.juga..lebih kurang sama ..mcam.kena rogol..tapi tak jadi..apa.maksud nyer tu yer????

    Reply
  8. Sedih tok baca kisah ko ni, begitulah sihir, sgt jahat dan kejam. Tp kna igt setiap ujian Allah tu, sbb Allah tahu ko blh menghadapinya, dan dialah juga yg membenarkan ianya berlaku.Pandanglah hikmah disebalik ujian. Tok nak ajar kaedah bakar bata, biar mati terus penyihir, tapi ko pun tgh berubat, xpela teruskan sesi rawatan.

    Reply
  9. Erm… sedih cerita ni… lari sampai ke sana pun tetap saka tu ngikut.
    German? Swiss? Italy? Da dekat ke France…
    Moga awak dan keluarga bersabar dan terus tabah

    Reply
  10. Allahu . tabahnya akak sekeluarga . menakutkan betul apa yg terjadi kat akak n family . semoga terus dlilindungi Allah dan diberikan kesihatan yg baik zahir dan batin . aamin

    Reply

Leave a Comment