MENCARI TUAN BARU

Assalamualaikum pembaca FS. Aku Lee. Kalau korang masih ingat kisah pertama aku sebelum ni BELAAN DATUK. Terima kasih FS sebab siarkan kisah aku yang sebelum ni. Kali ni merupakan kisah sambungannya dimana selepas kejadian di rumah datuk tu ada salah satu belaan datuk yang ikut kami sekeluarga balik kerumah dan ganggu aku.

After two weeks kami pulang ke rumah dekat pantai timur, aku demam. Almost dua minggu juga aku demam tak kebah selepas makan segala jenis ubat yang klinik dan hospital bagi, siap amik darah semua result tak ada masalah, ibu dan ayah bawa aku pulang semula ke kampung untuk bawa aku berurut dengan adik kepada ibu, iaitu makcik aku lah kan.

 

Makcik aku ni kami adik beradik biasa panggil dia ibu sue. Ibu sue memang tukang urut dekat kampung. Ibu nak bawa aku berurut sebab ibu fikir aku alami demam urat sebab aku selalu mengadu badan lenguh-lenguh, bisa-bisa. Kadang kala aku rasa macam nak marah. Ibu suruh aku lipat selimut lepas tidur pun aku dah marah-marah. Selalu baju sekolah aku gosok sendiri, tapi aku rasa sangat malas nak gosok. Bila ibu tegur suruh gosok baju je aku dah melenting.

Lepastu aku akan rasa kesal sendiri sebab marah-marah orang. Sedih pun ada sebab buat ibu kecil hati. Tapi rasa susah sangat aku nak control apa yang aku rasa. Aku rasa penat dengan segala benda. Nak makan pun taknak apetah lagi hal-hal lain.

Untuk pengetahuan semua, rumah ibu sue dekat je dengan rumah arwah datuk yang baru meninggal tu. Kampung belah ibu dan ayah memang dekat. Kampung sebelah sebelah je. Sampai rumah ibu sue masatu lebih kurang pukul 2 petang. Cuaca memang tengah panas lagi. Tapi tiba-tiba je awan terus mendung, suram macam nak hujan. Angin pun mula terasa, tak kuat sangat juga tak terlalu perlahan.

Selepas beri salam, bersalaman dengan ibu sue dan suaminya ayah Rahim, aku disuruh masuk kedalam satu bilik kecil, tukar kepada kain batik (berkemban) dan baring di atas tikar mengkuang beralaskan bantal dan kain nipis yang dia sediakan. sementara Ibu dan ayah tunggu di ruang tamu sambil di layan oleh ayah Rahim.

Ibu sue duduk sambil melutut di sebelah aku. Dia ambil minyak urut yang biasa dia gunakan tuang sedikit di tapak tangannya sambil mulutnya terkumat kamit. Pada jangkaan aku mungkin dia membaca sepotong dua ayat alquran sebelum mula mengurut.

Yang menghairankan aku bila ibu sue sentuh je kulit aku dia terus tarik semula tangannya. Dua tiga kali ibu sue cuba sentuh kulit aku dan dia tarik semula tangannya. Katanya seperti terkena renjatan elektrik bila sentuh kulit aku. Bila ibu sue panggil ibu dan bagitau hal tu dekat ibu, ibu sentuh kulit aku dan takde apa-apa pun yang berlaku. Ibu sue cuba lagi dan tetap rasa yang sama seperti terkena renjatan elektrik.
Rasa macam mustahil sebab baru kejap tadi masa bersalaman takde pula rasa macam kena renjatan. Ibu sue bangun dan cuci tangannya yang berminyak tu dan cuba sentuh kulit aku, dan memang takde dah rasa macam kena renjatan. Kata ibu sue, dia dah rasa lain macam bila nampak je aku keluar dari kereta masa baru sampai tadi, tapi taknak terlalu awal menilai katanya. Jadi selepas kejadian rasa renjatan elektrik tu menguatkan lagi perasaannya yang memang ada sesuatu yang tak kena pada aku. katanya lagi mungkin jin tu tak suka sebab sebelum mula urut ibu sue baca sepotong dua ayat.

Ibu sue cadangkan pada ibu supaya aku dibawa berubat dengan seorang ustazah dekat kampung sebelah yang dia kenal. Ibu dan ayah setuju. Ibu sue terus call ustazah untuk maklumkan dan memang sebelum datang berubat disarankan untuk bagitahu lebih awal bagi mengelakkan untuk beratur tunggu giliran atau pun dia takde dekat rumah. Lepas beberapa minit mereka bercakap, ibu sue matikan panggilan dan beritahu ibu ayah esok pagi boleh bawa aku pergi berubat dengan ustazah. Pada hari tu kami bermalam di rumah ibu sue memandangkan kami memang taknak dan takkan tidur di rumah awah datuk lagi lepas kejadian sebelum ni berlaku. Untuk lebih jelas, rumah pusaka arwah datuk belah ibu dah takde. Rumahnya dah uzur dan takde siapa lagi yang tinggal, lama kelamaan rumahnya semakin teruk dan roboh. Jadi saudara yang paling dekat dikampung hanya lah ibu sue.

Lepas tu keadaan normal je takde apa-apa yang pelik berlaku. Pada malam tu dah pukul 11.30 malam aku tapi aku tak dapat lelapkan mata aku. Pusing ke kiri kanan pun masih tak dapat nak tidur. Aku tidur dengan ibu dalam bilik, dan ayah tidur di sofa ruang tamu. Aku yang tidur dalam bilik pun boleh dengar ayah berdengkur, betapa sunyi nya malam tu. Yang buat aku lebih pelik, satu bunyi katak, cengkerik pun takde. Tapi masa tu aku takde rasa perasaan takut pun, aku pun taktau kenapa. Memang sangat sunyi sampai rasa telinga mcm berdengung sebab terlalu sunyi. Kebiasaan kampung wajib dengar bunyi katak dan cengkerik, tapi malam tu takde satu bunyi pun selain bunyi dengkur ayah yang kejap ada kejap hilang. Hahaha. Ibu kat sebelah dah lama hanyut.
Aku bangun dan duduk sambil ambil nafas yang sedikit panjang. Tiba-tiba ibu sue tolak pintu bilik yang memang dah terbuka sikit tu. Aku mampu tersenyum pahit je mengenangkan dengan badan yang sakit-sakit, lesu tapi tak dapat nak lelapkan mata walau seminit, dan sempat tanya ibu sue, ‘’eh ibu sue belum tidur?’’ ibu sue langsung tak jawab pertanyaan aku tapi terus hampiri aku, capai tangan dan tarik aku keluar dari bilik. Aku tanya lagi, ‘’nak pergi mana ibu sue?’’ juga soalan aku dibiar tergantung.
Cara nya sama seperti ibu sue yang aku kenal, Cuma yang pelik kenapa ibu sue tak jawab langsung apa yang aku tanya? aku ikut je kemana ibu sue pergi memandangkan tangan aku dah dipegangnya. Ibu sue bawa aku ke pokok limau kecil-kecil tu (limau kasturi rasanya) yang berada di bahagian tepi rumah. Ibu sue patahkan duri di pokok limau tu, lepastu dia cucuk sedikit hujung jari telunjuk aku hingga keluar sedikit darah, kemudian tiba-tiba aku dengar ayah panggil aku, ‘’adik??’’
Gedebuk ! pandangan aku gelap dan memang tak ingat apa dah masa tu. Rupanya aku pengsan.

 

Aku sedar je ada dah kat dalam rumah, atas sofa yang ayah buat tidur tadi. Ibu sue, ayah Rahim, ibu dan ayah ada kat keliling aku. Aku bangun dan dihulur air kosong. Terasa sejuk dada lepas dapat air seteguk dua, aku semakin tenang. Ibu cuba dapatkan penjelasan dari aku kenapa aku keluar rumah seorang diri?

Dengan muka terpinga-pinga aku cakap yang aku keluar sebab ibu sue tarik dan aku ikutkan je sebab tak fikir yang buruk-buruk pun. Ibu, ayah, ibu sue dan ayah Rahim berpandangan. Ibu terus bawa aku masuk bilik dan suruh aku tidur. Aku masih orang yang bingung, apa yang jadi sebenarnya? Kenapa aku pengsan? Ayah panggil aku? kenapa ibu sue bawa aku pegi dekat pokok tu? Dalam aku pejam mata, dihujung telinga aku dengar suara ibu sedang berzikir sambil usap-usap lengan aku. Aku masih lagi fikir, kenapa sampai macam ni ibu nak suruh aku tidur? Sempat aku tanya ibu waktu tu dah pukul berapa. Ibu jawab pukul 3 pagi. Aku pun okay je lah, cuba untuk tidur dan akhirnya aku terlena.

Dalam tidur aku diganggu mimpi yang menakutkan. Mimpi kejadian yang sama seperti apa yang jadi kejap tadi. Ibu sue tolak pintu masuk bilik, tarik tangan aku bawa ke pokok limau tu, tapi masa ibu sue nak cocok jari aku dengan duri pokok tu tiba-tiba je rupa ibu sue berubah. Sama sebijik macam cik azi masa kena rasuk tu. Muka ibu sue penuh urat-urat timbul, mata merah membuntang, air liur meleleh-leleh. Lepastu dengar ayah panggil, terus pandangan aku gelap, tak nampak apa-apa. Aku sedar dari tidur tengok jam lebih kurang 5 pagi plus plus. Ibu masih lena disebelah aku. otak masih ligat fikirkan tentang mimpi tadi. Aku dah tak mampu nak lelapkan mata dan berjaga hingga kedengaran sayup-sayup azan subuh.

Lebih kurang 15 minit selepas azan, ibu terjaga dan kami solat bersama. Lagi sekali aku alami perkara aneh ketika sujud yang terakhir, tiba-tiba saja aku tak mampu nak bangun duduk antara dua sujud. Macam ada yang tekan belakang aku supaya aku tak dapat bangun. Aku nak bersuara juga tak boleh seperti mulut dan kerongkong di kunci. Aku tersentak dan boleh bangun bila ibu panggil dan pegang belakang aku. Rasa sesak nafas sekejap. Aku duduk dan habiskan solat aku walaupun otak aku melayang fikir macam-macam (hilang khusyuk kejap hehe).

Ibu dan aku masih dlm keadaan bertelekung ibu cuba tanya aku, ‘’adik ok ke tidak?’’. Soalan ibu yang sukar bagi aku nak jawab sebab terlalu banyak soalan dalam minda. Aku tanya semula pada ibu apa yang jadi dari malam tadi. Ibu cerita pada aku yang bawa aku ke pokok limau malam tadi tu bukan ibu sue. Tapi mungkin saja jin belaan tu kata ibu. Ibu sue masatu tengah tidur. Semua tengah tidur, takde yang bangun. Tambah ibu lagi, mujur ayah sedar masa pintu tertutup, cepat-cepat ayah ikut keluar dan nampak aku berdiri sendirian diluar dan ayah panggil je terus aku pengsan. Kemudian aku ceritakan mimpi aku pada ibu. Dalam berbual sedar-sedar jam hampir pukul 7. Ibu sue dah panggil untuk minum pagi dan bersarapan bersama.
Selepas bersarapan, kami semua siap-siap untuk pergi ke rumah ustazah. Kami tiba dan ustazah sambut kedatangan kami, semakin menghampiri ustazah kepala aku makin pening dan pandangan aku makin kabur, aku dipimpin dan dibawa masuk ke dalam rumah. Tanpa berlengah ustazah terus saja mula membaca beberapa ayat suci al quran. Aku tidak lah berapa arif sangat tentang surah-surah apa yang dibacanya. Tapi dari gerak –geri mulutnya dapat aku agak dan aku masih dapat mendengar suaranya yang sayup-sayup semacam hilang semacam timbul. Kemudian tidak lagi aku sedar apa yang berlaku.

Dari apa yang ibu ceritakan pada aku, aku telah diganggu belaan datuk yang sama merasuk cik azi. Rupanya belum mati lagi lepas kejadian yang katanya ada hamba Allah datang bantu dan sembelih jin tu. Pada awalnya jin tu ikut pak cik sam balik ke KL dan mahu pakcik sam menjadi tuan barunya (untuk pengetahuan, pak cik sam dan cik azi takde anak), tapi selepas kejadian cik azi dirasuk, seorang kenalan pakcik sam yang juga seorang ustaz telah membantu mengubati semangat dan belajar lagi ilmu rohani cik azi dan pakcik sam, dalam masa yang sama membantu melawan dan menghalau jin tu dari terus mengganggu dan mendesak supaya pakcik sam menjadi tuannya.
Disebabkan itu lah jin tu mencari ayah pula sebagai sasaran seterusnya. Tapi ayah juga menolaknya dibantu oleh ustaz kenalan pakcik sam. Kerana di tolak jin tu marah dan berjanji akan mengganggu keluarga yang lain. Dan mangsa nya adalah aku. Dari hari ke hari jin tu ganggu aku. Selepas berubat dengan ustazah tu, aku dah takde rasa lagi lenguh-lenguh, bisa-bisa badan. Tapi ada gangguan lain pulak.

Ada satu hari tu, aku balik sekolah, macam biasa aku akan terus ke dapur cari nasi. Masatu ibu dah duduk kat meja makan. Tudung saji dah terbuka, nasi untuk aku pun dah tersedia. Aku assume ibu la yang sediakan semuanya. Tapi yang peliknya ibu senyap je, mata termenung tegak kedepan. Takde cakap sepatah pun dengan aku. aku cakap dengan ibu pun ibu tak jawab apa. Ok lah anggap ibu takde mood kot walaupun tetap pelik sebab ibu tak penah macamtu sebelum ni. Da siap makan aku ke singki, dekat depan singki ada tingkap yang boleh nampak terus kat area belakang rumah, eh eh aku nampak ibu tengah cabut rumput-rumput dekat pasu pokok dia. Aku pegi lah dekat ibu bila masa ibu keluar kebelakang pulak.

 

Tak perasan pun. Ibu cakap dari tadi ibu kat belakang. Lepastu ibu Tanya dah makan ke belum. Aku macam ehhhhh? Ah sudah..tapi masatu aku lebih kepada bingung, so aku diam je dan mikir sendiri. Tu benda pertama yang jadi kalau tak silap aku.
Ada jadi lagi kejadian lain. Satu hari lebih kurang pukul 2.30 pagi aku bangun nak pergi toilet sebab nak terkucil. Masuk je dalam tandas aku dengar pintu bilik air sebelah orang buka. Untuk lebih jelas, bilik air mandi dengan tandas asing-asing. Pintu pula jenis lipat-lipat tu. So kalau buka ke tutup pintu memang akan jelas sangat bunyinya. Aku assume ada yang masuk bilik air lah masatu. Lepas da siap aku keluar aku tgk pintu bilik air dah terbuka plus dengan lampu pun terbuka. Aku tutup pintu dan lampu. Baru dua tiga langkah aku dengar bunyi tap !! aku toleh, lampu bilik air mandi terbuka. Eh eh dalam hati aku siapa pula yang buka, dalam bilik air takde orang kot. Terus zupp meremang segala bulu roma, cabut lari masuk bilik ibu. Bilik ibu ni pula jenis ada pintu connect dengan bilik air. Kiranya bilik air mandi ada dua pintu. Satu pintu tembus bilik ibu, satu pintu tembus dapur. Aku terus baring peluk ibu masatu. Baru berapa saat aku dengar ibu jerit, ‘’adikkk !! Allahuakbar Allahuakbar…’’ terkujat sekejap aku. Ayah pun macam kena simbah dek air bangun terkejut. Aku berganda ganda terkejut sebab ibu diri dekat pintu bilik, abis aku peluk tadi tu siapa? Jengggg..Bila tengok balik ‘’ibu’’ yang aku peluk tadi eh dah takde. Rupanya ibu nampak benda apa yang aku peluk tu. Ibu cakap rupa jin tu elok je. Menyerupai perempuan muda macam 20-an, baju macam jubah yang dah berjeretai. Tak ngeri pun. Tapi jadi seram sebab mata dia terbuntang takde anak mata hitam sambil tersenyum menyeringai. Semua tu ibu nampak jelas sebab tersuluh dengan lampu tidur kat tepi katil. Yang aku nampak memang macam ibu je sebab tu terus terjah peluk. Ibu cakap masatu ibu bangun kejap sebab dengar orang bagi salam tapi bila buka pintu takde orang pun. Lepas tu badan aku bau hanyir sangat. Sampai demam semula aku dibuatnya.

Ok masatu rumah dah kecoh. Along angah abang semua dah bangun. Tak boleh lelap dah semua sampai ke siang. Esoknya ibu ayah terus pegi rumah sorang pakcik. Orang biasa panggil dia Cik Din. Kalau tengok Cik Din ni biasa je.

Jual goreng Pisang depan rumah dengan isteri dia Cik Mah. Orang yang betul kenal je tahu Cin Din ada ilmu bab2 benda halus ni. Ibu ayah kenal pun sebab dia penah duduk menyewa kat sebelah rumah sebelumni. Tapi dia da pindah sewa rumah lain dekat lorong lain. tapi dalam area taman yang sama. Lepas ayah ibu jelas kan apa yang jadi, ibu kata Cik Din ad abaca-baca sikit lepastu Cik Din cakap jin’ tu akan terus ganggu selagi takde yang nak jadi tuan dia. Kalau nak jin tu pegi selamanya boleh, tapi bersyarat. Syaratnya akan ada satu nyawa dari keturunan arwah datuk yang akan dia bawa sekali. Tak kira lah anak ke cucu ke atau cicit ke.

Tapi kata Cik Din kita sebagia manusia tak boleh turutkan syarat jin. Kita kena cari jalan lain.

Cik Din kata dia cuba bantu tapi mungkin ambil masa sikit. Dia minta ayah sediakan sehelai baju kegemaran arwah datuk, cicak hidup, klip kertas. Lepas je ayah jumpa Cik Din, jin belaan tu macam makin menggalak sekali ganggu kami sekeluarga. Masa tengah tidur kaki along kena Tarik sampai tergolek ke lantai. Menangis-menangis along sampai trauma taknak tidur dalam bilik lagi. Masa abang tengah study lewat malam kena ganggu juga. Di ketuk-ketuk tingkap bilik. Mula-mula slow, lama-lama sampai macam nak roboh di buatnya. Bila abang da mula bengang abang jerit supaya jangan kacau dia lagi. Eh tiba-tiba terus terhempas pintu bilik abang tu. Padahal pintu bilik abang tu elok je terkunci. Menggigil satu badan. Riuh satu rumah sebab terkejut dengar bunyi pintu terhempas.

Lepastu ada satu malam, aku ni pe’el kalau tidur malam mesti nak terbangun nak terkucil. Aku bangun sebab nak ke toilet, dalam samar-samar jalan tu tiba-tiba terpijak air. Eh banjir ke apa? Hati dah tak sedap mengenangkan dah banyak sangat kejadian pelik kat rumah tu aku terus patah balik masuk bilik ibu kejut ibu ayah bagitahu semua. Ibu ayah bangun pegi dapur, buka lampu, yes memang banjir air dari singki melimpah tapi paip singki tak terbuka pun. Elok je off.

Lubang singki da ditutup dengan penutup lubang singki memang macam disengajakan sebab ibu jarang sangat tutup lubang singki tu. Ibu amik penyapu lidi nak buat tolak air, ayah amik mop nak keringkan lantai. Aku disuruh amik baldi untuk ayah perah mop. Masa otw nak amik baldi dekat tepi bilik air, dengar suara perempuan ketawa macam ketawa sinis, ketawa ejek. Ibu ayah pun dengar benda yang sama. Ibu pandang aku dan letak jari dekat teluntuk tanda suruh diam. Aku pun haa okay lah, walaupun da mengggigil nak nyorok dalam baju ibu. Ibu suruh baca segala doa yang aku tahu. Lepas 30 minit air masih tak kurang. Macam ada orang yang tolong limpahkan lagi. Walau tak kering pun tapi dapat clearkan air dekat lantai pun dah ok sangat dah. Tapi air tak kurang-kurang juga. Sampai naik lenguh satu badan. Lepastu ayah suruh berhenti dan sambung esok je. Esok pagi subuh bangun dah takde air kat lantai. Bersih macam takde apa yang jadi malam tadi. Dah boleh agak ni mesti ‘’benda’’ tu yang punya kerja.

Kejadian lain yang agak melampau bila along di tolak dekat tangga belakang rumah. Dari beranda belakang rumah tu nak turun kebawah ada tangga. Ada lah dalam 6-7 anak tangga. Satu petang tu ibu suruh along siram pokok-pokok belakang rumah, masa along nak turun kaki along macam kena pegang. So along rasa macam tersandung lah. Mujur kepala dia tak terhantuk reban ayam belakang rumah tu. Tapi luka dekat lutut boleh tahan teruk dia.

Dua hari lepas along jatuh tangga, ayah bawak along ke hospital sebab nya luka along macam makin teruk. Darah makin banyak keluar, macam luka nya tu makin dikorek-korek. Dua malam along menangis time semua orang tidur. Dia kata mcm disedut-sedut orang luka dia tu. Sakit sangat sangat.

 

Padahal bukannya tak penah jatuh lutut luka sebelum ni letak minyak gamat dua tiga hari dah nampak nak kering. Tapi yang kali ni memang nampak lain betul luka nya. Ayah dah mula risau dan teringat apa yang Cik Din cakap tentang syarat jin tu.
Ayah jumpa Cik Din, belum sempat ayah cerita Cik Din cakap dia dah tahu. Jin tu adalah puncanya. Masa hayat arwah datuk, datuk selalu bagi makan jin tu darah kambing betina. Jin tu tengah huru hara kan keadaan dengan makan darah along. Once jin tu dah makan darah orang, jin tu akan makin mengganas. Bila fikir kan balik, masa aku nak pegi toilet tiba-tiba rasa ada air kat lntai mungkin jin tu cuba nak bagi aku jatuh tergelincir, jatuh luka atau mati. Kan? Mungkin tujuan jin tu buat dekat along pun sama.

Cik Din kata dia cuba usaha ikat jin tu supaya gangguan dapat dihentikan, tapi ikat hanya mampu bertahan untuk sementara waktu je. Dan kena cari orang yang lebih arif untuk hapuskan jin tu. Tak lama lepastu dah takde lagi gangguan macam sebelum ni. Cuma kerap dengar suara perempuan kejap nangis kejap ketawa.

Kadang suara perempuan yang garau. Entah lah susah nak describe. Tapi bukan suara macam manusia yang normal lah. Ayah kata Cik Din dah ikat jin tu. Cik Din guna klip kertas yang besar tu klip kat cicak tu dan baju arwah datuk tu. Kalau cicak tu terlepas, maka terlepas lah jin tu. Sama klau cicak tu mati, maka terlepas la jin tu. Sebab tu Cik Din pesan suruh cepat cari orang yang bole hapuskan jin tu.
Lepastu ibu ayah takde cerita apa-apa dah dekat kami adik beradik apa yg dorang plan tapi kami tahu yang ibu ayah ada jumpa seseorang untuk selesaikan hal tu.

Alhamdulillah takde gangguan yang teruk jadi tapi masih ada dengar suara menangis ketawa tu walaupun kami sekeluarga dah pindah di selatan, dekat je dengan rumah arwah datuk. Ayah buat rumah dekat tanah dia sendiri lepas pencen. Jengggggg palo. Ayah kata kena yakin takde apa dah. Kami pun emmm okay..no choice hahah. Sekian je cerita aku, sorry terrrpanjanggg.

7 thoughts on “MENCARI TUAN BARU”

Leave a Comment