Jelmaan Ponti

Jelmaan Ponti

Assalamualaikum kembali lagi aku untuk entry yg kali kedua, Thanks kpd Admin FS yg sudi publish kn cerita aku sebelum ni berkenaan dengan Arwah Makcik aku yg disantau tu. Aku Nora dan kali ni aku akan ceritakan pulak ganguan yang jadi dekat rumah aku sendiri . Ok aku start ye.

Kisah ni terjadi tahun lepas dimana aku masih di kampung tanam anggur sambil menunggu untuk dapat kerja di bandar, Biasa la kalau perempuan ni duduk rumah tak kemana-mana sangat ,Aku lebih suka menyendiri dirumah jadi kadang-kadang tu tinggal aku sorang je kat rumah. Sebabkn dah biasa jadi family aku tak berapa kisah la sangat kan sampai la ada satu malam tu.

Masa tu Abang aku ada bawak Mak dengan adik aku pergi rumah Maksu aku dekat Penang dua malam diorang tido sana, Jadi oleh sebab aku ni malas sangat nak mengekor diorang so aku stay je kat rumah tengok tv ,layan youtube sambil berzumba.

Elok petang tu sebelum maghrib biasa la aku akan tutup pintu tingkap semua bagi clear kemas apa-apa yang patut lepas tu aku mandi. Time aku tengah mandi tu aku secara tiba-tiba rasa satu badan meremang je macam ada sesuatu tepi aku, Secara tak langsung dalam kepala otak mula la ligat fikir kan benda tahyul ni . Tapi aku beranikan diri jugak mandi bagi selesai apa semua . Lepas dah siap semua tu aku masak la megi kat dapur . Sedikit info ye rumah aku ni rumah kampung so jiran-jiran takde la jauh sangat dekat jugak dengan rumah aku ni cuma belakang rumah aku ni hutan sikit,(Hutan biasa la bukan Belantara) kiri kanan ada juga jiran ada la dalam beberapa meter macam tu jarak. Jadi kalau tingkap dapur rumah aku tu aku selalu buka sikit biar angin masuk. Tengah sedap aku masak megi tu kan aku perasan macam ada orang panggil nama aku. Halus dan sayu suara tu lebih kurang 3 kali la dia panggil. Tapi aku tak menyahut sebab aku dapat rasa tu bukan jiran aku.

Kalau jiran mesti akan ketuk pintu panggil kuat-kuat kan. Tapi jiran mana yang nak datang maghrib² ni. Jadi untuk hilangkan rasa takut tu aku layan astro ada pulak citer best. Tengah sedap melayan boleh pulak aku terlelap. Sedar-sedar je dah pukul 2 pagi . Aku bangun cuci muka kemas-kemas makan aku tu semua aku kira nak masuk bilik la tapi aku stuck dekat jalan ke dapur. Aku nampak benda tu berdiri statik mengadap aku . Muka dia susah aku nak gambarkan la dekat korang, Dia tak hodoh sangat tapi kesan calar dengan darah merah pekat dimuka dia tu,rambut usah cakap la kan panjang sampai ke lantai siap dengan baju lusuh dia tu. Aku? masih berdiri mengadap dia seolah olah terpukau tengok makhluk tak guna tu. Tak tau secara tiba-tiba aku jadi takut dan dalam masa yang sama aku ada sikit keberanian aku laung Allahuakhbar banyak kali sambil aku tutup muka.

 

Bila aku buka mata tengok benda tu dah tak ada. Lepas 15 minit macam tu aku dengar macam ada orang baling pasir atas bumbung rumah aku. Aku masuk bilik aku terus peluk Al-Quran sambil zikir tak henti-henti.

Dah reda sikit takut tu aku beranikan diri bukak semua lampu dalam rumah lepas tu aku call mak nangis-nangis aku. Malam tu jugak diorang balik . Sementara aku tunggu diorang balik tu kan sekali lagi benda tu cuba nak usik aku. Korang boleh bayangkan tak pintu dapur dengan pintu depan diketuk serentak. Haa macam tu la aku kena banyak kali. Tapi aku tahan takda la sampai menjerit jerit cuma perasaan masa tu susah aku nak cakap. Sampai la aku kata kuat-kuat ”Pi la sana aku tak kacau hang pun” dia stop kejap je lepas tu dia ketuk lagi sampai aku masuk bilik zikir banyak-banyak sampai la Mak aku balik. Abang aku masa tu duduk luar rumah dulu lama jugak .

Elok dalam setengah jam tu baru dia masuk rumah. Kata dia benda tu saja nak ngusik sebab benda tu milik salah seorang jiran aku. Tapi siapa yg jahanam tu pi bela ponti tu kan ,padahal boleh je bela kucing arnab ke lembu ke ni benda alah tu juga nak bela. Mungkin atas sebab-sebab tertentu mungkin dia takda kawan sebab tu dia bela kan tapi kalau dia nak berkawan napa benda tu usik orang lain. Tak ke bagi masalah dekat orang macam aku. Sejak malam tu sampai ke hari ni dah takde apa-apa usikan lagi dah. Harap-harap korang kat luar sana tu jangan la jadi macam jiran aku tak baik tau.

Okay sorry kalau tak seram. Aku cuma share apa yang jadi dekat aku je . Terpulang atas kepercayaan masing-masing dan aku tak pro untuk karangkn cerita bagi best serta nak tokok tambah cerita tak betul. Tu bukan style aku. ok maaf andai tak boleh bagi keseraman tu pada korang tapi kalau korang ditempat aku rasanya korang lari tak? heee
bye

Nora
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

8 comments

  1. weh lain kali jgn buat mcm tu lg,,tak bole pegang al quran tanpa wuduk .. lagi satu,kalo setakat peluk al-quran tak memberi kesan, kamu kena baca barulah hantu yang kacau kamu tu takut(dengan izin Allah) ..

  2. Sahih ke xleh pegang quran kalau xde wuduk?? Walau dlm keadaan gawat camtu..islam tu mudah..jgn nak disukarkan….satu lg klu bunyi pasir tabur atas bumbung tu setau aku tu langsuir bkn ponti

    1. yes memang kalau nk pgang Al-Quran kne ada wuduk ..tapi dlm keadaan mcm tu dgn aku sorg diri dh xterfikir benda lain dah..aku peluk beralaskn kain jugak dn aku rasa xsalah pun..bila kita berzikir mesti surah2 yg kita ingat kita akn baca.maybe penerangan aku xbrapa jelas kan (sorry)..cuba korg kena mcm kes aku kena..klau kental sgt hati xper la..aku xkental mcm korg …

      pasal ponti dgn langsuir tu xtaw laa yg pasti spesis la tu adik bradik jgk

      1. Tapi siapa yg jahanam tu pi bela ponti tu kan ,padahal boleh je bela kucing arnab ke lembu ke ni benda alah tu juga nak bela.

        ni win.

  3. Sy pernah jd mcm tu ms uni d sarawak..cuti seminggu semua blk kg..tinggal sy seorg d histel x ada duit mau blk kl beli tiket flight..takut juga tingal seorg tp mau ikot kwn blk pun mcm x selesa sbb kebanyakan duduk rmh pjg or kg beramai2..so tinggal d hostel sy study sampai lewat mlm pukul 2am lbh..sy br je nk tido tiba pintu bilik sy dpn n blakang org ketuk mcm nk roboh sedangk x de irg lain selain sy..sy call kwn dorg pun dgr bunyi pintu tu..kwn ckp jgn off hp sampai pg kita borak2..pintu tu btenti bunyi lps je azan subuh..elok je hari da cerah sy terus pack brg tido rmh kwn juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.