Makcik Disantau?

Assalamualaikum kpd follower² Fiksyen Shasha,ni kali pertama karangan aku dan aku harap kali ni dipublish kn la..Seandainya Admin FS submitkn story ni aku appreciate sangat. Sorry Panjang sangat cakap ,Okay story yg aku nak sampaikn ni memang kisah benar yg terjadi kat Ibu saudara aku sendiri. Lets start…

2001,

Perkahwinan Ibu sedara aku yg kali kedua, Ibu sdara aku tu aku panggil makcik.

Mase dia mula kawin dengan bekas Pakcik aku tu semuanye berjalan dgn lancar takde ape_ape masalah pun, So kitorang anggap dn berharap jodoh dia panjang la dgn bekas Pakcik aku tu yg bernama Mat.

Tapi siapa sangka kAn , IngatkAn panas hingga ke petang rupanya Hujan ribut di tengah hari. Selang beberapa tahun lepas kahwin tu diorang masih belum ade rezeki nak timang anak lagi tapi Makcik aku selalu merungut sakit_sakit badan dekat mak aku. Tapi aku cuma kata mungkin buat keje banyak sebab tu sakit kan, Yela kitorang pun tak de nak syak ape_ape yg tu ade lah permulaan sebuah masalah yg besar kpd kami sekeluarga..

Makcik aku ni stay takde la jauh samgat dari rumah aku, aku anggarkn jarak lebih kurang 20-30 minit macam tu kalau naik moto la paling cepat, Ade satu hari tu Makcik aku ade datang melawat kitorang , Mase tu muke makcik lain sangat² , Dengan susut badan dia , Nampak la cengkung muka dia tu . So Mak aku pun terdetik la dihati nak tanya ade sakit ape_ape ke. Tapi makcik aku cakap dia dh pergi hospital ape semua check. Doctor kata normal takde ape. So mak aku pun takde la tanye banyak dah just borak-borak kosong je.

Sampai la keesokan hari tu pakcik aku Mat tu call bagitahu kate Makcik aku masuk hospital ( ward biasa) sbb ade muntah² darah pakcik aku kata . So kitorang cepat la pegi melawat makcik aku tu. Mase sampai Hospital ( HSBAS) tu, Makcik aku boleh brcakap lagi dan masih ok dengar dia bercakap itu ini .

Dan ade yg dia pesan dengan Mak aku ni, Dia kata dia rasa macam ada orang yang tak puas hati dengan dia. Seolah-olah macam nak dia pisah dengan suami dia (Pakcik Mat).. Mak aku pun cakap la ” Aihh tak kan la ada orang busuk hati sampai macam tu sekali dekat Hang” (sorry baru terkeluaq loghat utaqha).

Jadi Mak aku terkejut la bila Makcik aku kata macam tu kan, Kebetulan masa tu ade pesakit katil sebelah Makcik aku tu, Ada nenek tua sakit gak kat situ. Anak nenek tu aku nampak macam tengah ubatkan nenek tu ( Cara Islam la )sambil dia baca-baca dekat nek tu. Mak aku perasan terus Mak aku mintak bantuan dekat Makcik katil sebelah tu ,mintak tolong tengokkan (Scan) .

Makcik aku ni pesan awal-awal dekat Mak aku andai kalau jadi teruk lagi memang bukan ubat Hospital jawap dia.. Mak aku dah faham ayat Makcik aku tu.

Jadi esoknya tu sekali lagi kitorang dapat call yang tetiba Makcik aku tu dimasukkan ke ICU terus . Allahuakhbar terkejut kitorang semua . Cepat-cepat gerak kesana nak pegi tengok dia, Bila semua adik beradik Mak aku dah berkumpul dekat Hospital tu semua Ahli Keluarga dah setuju nak cuba berubat dengan Ustaz tapi sebelum tu kena mintak izin jugak dengan Pakcik aku tu.

Bila Family aku cakap dekat Pakcik aku tu yg kitorang nak berubat dengan Ustaz terus dia marah-marah Adik bradik Mak aku. Sampaikan dia lempar beg dia konon nak tunjuk protes. Semua masa tu muka dah lain dah , Rase macam ada yg tak kena, Seolah-olah cara dia macam nak halang kitorang dari berubat dengan ustaz tu , Time ni semua dah heran dan bengang dengan Pakcik aku tu..

Ingat tak tadi aku ade citer yg kitorang ade mintak sorg Makcik tu scan makcik aku kan. Cerita dia macam ni,Makcik yg scan tu dia cakap sebenar nya ada orang yang hantar sesuatu dekat Makcik aku ni. Kira macam benda yang tak bagus la dan benda tu santau Angin, Kata dia org tu nak Makcik aku ni mati.

Mak aku tanya lagi boleh kesan tak ciri-ciri pelaku tu ,Makcik tu tak jawap banyak dia cuma cakap ” Orang paling dekat dengan dia” sape? org yg dimaksudkn tu.. Bila Pakcik aku tu tunjuk protes mati-matian taknak kitorang berubat bini dia, jadi takde cara lain melaikan senyap-senyap berubat . Mase ni memang semua family dah rase ade yg tak kena dengan Pakcik aku ni.

Benda ni berlarutan sampai dekat Sebulan..Sebulan guys Makcik aku dduk ICU tu.. Bila kitorang nak berjumpa Ustaz tu ade je halangan dia . Dan beg darah yg ditambah dekat Makcik aku tu sampai 10 packet beg darah yg slalu Nurse gantung tu..Sorry taktau nama.. 10 packet tak gila ke banyak sangat dan kemana darah tu semua .

Setiap kali melawat Makcik aku tu kitorang tengok Pakcik aku tu jejalan sana sini , Dia borak dengan Nurse dan Mak guard yg ade kat situ.. Bini tengah sakit sepatutnya ko duduk sebelah bacakan la Yassin ke ape ke kan. Ni tak,selama Makcik aku dalam Hospital tu , dia macam menunggu kematian je , Macam tak kisah langsung dengan Makcik aku tu. Suami macam apa tu , Family Mak aku semua memang geram gila dah dekat dia tapi masing-masing diam dulu. Kitorang usaha berubat dengan sorang Ustaz ni , dan Ustaz tu cakap knape lama sangat baru berubat, benda dah teruk sangat dah (Dia makan dalam) semua kelu diam .

Lepas tu Mak aku tanya la Ustaz tu macam mana apa semua nak buat kan ,Ustaz tu kata dah teruk tapi InsyaAllah kita cuba buang benda tu ,Ajal maut ditangan Allah S.W.T ,yg penting kita usaha. Ustaz tu buat dengan cara sireh pinang, masa mak aku jaga Makcik aku tu Ustaz tu dah ajar dah buat macam mana..

Mak aku beranikan diri buat macam yg Ustaz tu cakap dan ya benda tu keluar habis tapi esok tu Makcik aku disahkan meninggal dunia. Yela ajal dan maut di tangan Allah.. sape la kita nak halang kan. Tapi mase berubat tu Ustaz tu ada cakap orang yg buat Makcik aku ni, dia buat mase dia tengah marah dengan cara dia hembuskn dekat Makcik aku.

Tapi walaupun kitorang syak Pakcik aku tapi kitorang takde bukti nak tuduh Pakcik aku tu sampai sekarang. Yang pasti lepas Makcik aku meninggal dunia seminggu tu ,terus Pakcik aku tu nikah lain ,kitorang memang dah tak ambil tahu pasal dia ,dia pun bukan ada anak dengan Makcik aku tu. Ape yg aku tau lepas dia kawin tu dia sakit teruk sampai sekarang. Rumah Arwah tu selalu jiran² cakap macam ada benda je yang perhatikan. Btw org tua tu lepas kahwin lain dia pun tak stay dah dirumah tu ..

Mungkin dia yg buat atau mungkin org lain . Maaf kalau cerita aku tak best dan tak seram,Aku cuma cerita pasal apa yg jadi dengan Family aku tu je..Andai tak menepati keseraman mcm korang nak maafkan aku eh ..Ingat lah kita sesama kita,benci atau tak suka jangan la sampai nak santau² kan orang.. di dunia kita lepas tapi di Akhirat menunggu kita..Maaf skali lagi andai cerita tak best,

Al_Fatihah buat arwah Makcik aku
Assalamualaikum.

Nora
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

10 comments

  1. sepupu kepada kawan aku meninggal sebab santau..kawan aku ckp dah teruk baru nak bawak berubat dalaman die dah hancur..kawan tempat kerja lama last dpt tahu nazak sbb santau…due org nie kena sebab yang sama nak drg mati..

  2. Al fatihah utk arwah. Seram dh tu sis utk org yg hadap pengalaman mcm ni. Arwah makcik aku pon kena juga tpi sbb org tu trslh hntr. Org yg hntr tu sahabat maklong aku dan dia nk hntr ke maklong aku sebenarnya tpi malangnya kena kat arwah makcik aku. Dia plak meninggal msa tengah berubat.

  3. Al fatihah buat makcik awak. Orang yang busuk hati macam tu tetap akan dibicarakan sebagai pembunuh di hadapan Allah nanti.

  4. mcm saya kena mcm2 antaranya santau sebab dia nak laki saya.

    mungkin pakcik awak tu dah terkena sebab tu lepas arwah meninggal dia terus nikah lain…

  5. Allahu :'( . Hampir sama dengan kisah saudara saya . Dia meninggal sebab orang santau dia . And orang santau sebab dengki . Saudara saya tu ratu kebaya . Tapi tak sangka la boleh sampai macam tu sekali 😔 dia baru je habis stpm 😞 Alfatihah , kak wani 😭

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.