Categories: Kisah Seram

Telekung Biru Muda

Assalammualaikum. Terima kasih admin sekiranya sekali lagi penulisan saya terpilih untuk disiarkan. Kisah yang bakal dicoretkan ini adalah kisah benar. Yang baik dijadikan teladan yang buruk dijadikan pengajaran.

1975.

Setelah melalui pengalaman pahit bergelar janda diusia muda, aku mula serik mengenali insan bernama lelaki. Kegagalan perkahwinan yang lalu disebabkan orang ketiga membuatkan aku berjanji untuk tidak sesekali membiarkan perkara itu berulang kembali. Sedaya upaya aku mengelak dari didekati lelaki hidung belang terutamanya yang bergelar suami orang. Betul, kita merancang tapi takdir Allah swt lebih hebat. Dalam proses aku memulihkan hati dan merawat luka, Allah swt hadirkan seorang lelaki yang berbeda sekali perwatakkannya dengan ku. Jika aku agak kasar dan lancang bersuara, dia agak sopan dan teratur budi bicaranya. Ya, hati terpaut jua akhirnya.

Sekali lagi diuji. Apa yang aku cuba elakkan akhirnya berlaku. Rasa cinta ini jatuh pada orang yang salah. Dia suami orang, milik orang. Ku paksa diri untuk melupakan tapi mungkin saja waktu itu jodoh masih bertaut. Semuanya indah pada mulanya. Dia bertanggungjawab dalam membahagiakan kami. Bahagia yang sementara. Aku terus lena dibuai rasa indah.

Detik hitam bermula bila isteri dia dapat menghidu hubungan kami. Dalam terpaksa, aku ditinggalkan tanpa kata-kata. Sebulan lebih aku ibarat putus nyawa putus harapan. Menangis tak kira waktu, makan minum terabai. Waktu ini kawan memainkan peranan. Betul kata orang, berhati-hati memilih kawan. Dan waktu ini, kukira aku silap memilih. Atas saranan dan ketidak warasan akal fikiranku ketika itu, aku bersetuju untuk berjumpa dengan seorang bomoh.

Bomoh berasal dari negara seberang. Kepada bomoh itu, ku ceritakan segalanya termasuk sumpah janji dia untuk memperisterikan ku. Malam itu, aku pulang bukan dengan tangan kosong. Aku dibekalkan dengan minyak buluh perindu yang harus aku pakai setiap kali bertemu atau bercakap dengan dia. Aku diajar mantera untuk digunakan bagi melembutkan hatinya. Malam itu sebelum tidur aku cuba lakukan walaupun dalam hati masih was-was.

Esok, aku dikejutkan dari tidur dengan panggilan telefon dari dia. Setelah sebulan lebih ditinggalkan tanpa khabar berita. Bermula dari saat itu, minyak dan segala mantera jampi serapah itu aku amalkan sebati dalam diriku. Aku disayangi dia. Aku dilebih-lebihkan berbanding anak bini dirumah. Silapku sentiasa dimaafkan. Senang kata, sejak dari itu aku disenangi orang. Temuduga yang aku pergi belum pernah aku gagal. Orang mudah bergaul dan selesa. Aku melalui zaman kegemilangan. Jika dilihat dari sudut fizikal, aku biasa saja. Tidak terlalu pandai bergaya. Tapi masih ada yang sudi melabur duit untuk membeli jiwaku ketika itu. Cuma aku masih setia.

1978.

Hubungan tiada noktah. Entah angin apa yang meniup ke jiwa aku. Perlahan-lahan aku sedar. Aku kira berkat doa ibubapa aku yang sentiasa ingin terbaik untuk aku. Atau mungkin aku terkejut dengan berita kelahiran anak kedua dia. Aku mula sedar. Bahagia apa yg aku kejar? Aku tak berubat untuk buang semua benda tahyul yang aku amalkan, cuma aku berhenti melakukan. Aku berhenti memakai minyak buluh perindu, aku berhenti memuja nama dia sebelum tidur.

Kemuncak, satu malam yang sayu sesayu hatiku. Aku capai telekung biru muda pemberian bekas suami sewaktu pernikahan kami, aku tunaikan solat taubat. Sejadah hijau zamrud jadi saksi segala airmata penyesalan yang aku pendam. Rasa bersalahnya aku curi masa, perhatian, kasih sayang seorang suami dari isterinya yang sah. Rasa bersalah mencuri yang bukan hak aku. Aku titipkan kiriman SMS kepada isterinya. Kiriman SMS yang penuh dengan permohonan maaf. Aku kira, hubungan yang terbina sebelum ini bukan dasar cinta. Buktinya, dia tak pernah mencari aku selepas aku berhenti menggunakan semua benda tahyul tersebut.

2018.

Aku masih sendiri. Tak lagi mengejar cinta insani. Ada penyesalan yang berbekas dihati. Kesunyian diri kini aku kira sebagai balasan duniawi.

Mata Zulaikha
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Editorial Department

View Comments

  • Hahaha....korang punya komen lagi seram daripada cerita ini. Bagaimanapun, terima kasih kepada penulis kerana sudi kongsi cerita yang saya kira boleh menjadi pengajaran dan iktibar kepada generasi muda.

  • kisah rumah tangga ke cerita seram ni HAHAHHAHAHHAHA aku tunggu bila hantu nak muncul tapi tak muncul ii haihh , admin dah kenapa lol

  • aku rasa kisah ni sesuai publish kat page KRT jer.. ingat hantu telekung biru...tipah tertipuuuu

  • Tang tahun dan sms tu Fiksyen....tang kisah kehidupan tu ada pengajarannya x seram ,tapi bila ingat mati tu seram kalau guna minyak buluh perindu.

  • apelah..tulah keje nak bce citer hntu je..nmpk tk ad pengajran kt situ?? jngn sebb nk kejr cinta kita gunakn bnde ii thyul phm?? dia buat smpai llki tu gilakn dia tnpe rse cinta phm? tu la yg buat crita ni sermm tang mn seram? abis tkkn semua nak serm je..tp pengajaran tkde..aduhai..tp tkpe ah alhmdulillah la kmu dah insaff

  • so ni kisah mistik or kisah misteri pengguna 'dark magic'..okay jela ada element2 syirik even mostly smua pembaca nantikan mne part seramnya hahah aku pon tggu gak tpi xpela sokay..thnks for sharing!

  • Kisah bermula tahun 1975...
    Dah mula bertelefon...

    1978...
    Dah mula berwasap...

    Tup2 dh 2018...
    Kompius nih...

  • Kisah pendek yang boleh menginsafkan kecuali ada beberapa plot hole. Tahun 1975-1978 masih belum ramai orang guna telefon. Kadang-kadang satu kampung tu satu je. Kampung saya tahun 80++ pun macam tu. Macam mana tahun 78 dah ada sms sedangkan henfon pun kita tak guna lagi masa tu? Telefon pusing-pusing tu pun kira barang mewah.

    Saya lahir tahun 76. Ibu saya kini berusia 70 tahun. Tak dapat tidak 'aku' ini kini menginjak lewat 60 an. Betul ke tarikh tu atau sengaja ditukar?

  • kalau cerita ini adalah benar, saya doakan akak bahagia dunia akhirat.bahagia tak semestinya kena kahwin. ujian cinta sesama manusia itu, memang antara ujian yang Allah berikan.insyaallah hati akak menetapkan allah dahulu, saya percaya akak boleh bahagia begitu. terima kasih berkongsi cerita.

  • Ini mesti cerita pompuan dari alam bunian. Dah pakai SMS tahun 1978. Sebab tu undur diri dari pikat suami orang. Ni mesti kes bercinta merentas alam.

  • Time traveller?....ermmm citer ni jadi kat jepon?...sebab benda2 canggih ni biasanya jepun pakai dulu...ermmm banyak kebarangkaliannya nih...

Share
Published by
Editorial Department

Recent Posts

Kepala Berguling!

Terima kasih kepada team FS dan jemaah pembaca FS. Kali ini aku nak kongsikan cerita pengalaman salah seorang sahabat aku.....…

1 hour ago

BAWAK BALIK KAWAN

Terima kasih kepada admin sebab publish cerita ni. Cerita ni bukanlah cerita yang terlalu menyeramkan tetapi lebih kepada untuk berkongsi…

11 hours ago

Bayang Hitam Misteri

Assalamualaikum semua. Aku nak kongsikan pengalaman aku sendiri yang bagi aku seram juga bila diingat semula.. Aku perempuan & berumur…

17 hours ago

HANTU JERANGKUNG

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Nama saya Ariana(bukan nama sebenar) dan berumur dalam lingkungan 20-an. Peristiwa ini telah hampir setahun berlalu.…

1 day ago

Silat Pusaka Batin

Assalamualaikum pembaca FS.Aku dikenal sebagai Nia. Seni silat di dalam masyarakat melayu sangat tidak asing lagi. Majoriti orang mlayu tulen…

2 days ago

BELAAN DATUK

Assalamualaikum buat semua pembaca tegar Fiksyen Shasha. Untuk pengetahuan semua ini merupakan penulisan aku yang pertama kali si FS. Tetapi…

2 days ago