Hai nama aku Ammar. Nama macam lelaki tapi aku pompuan, okey. Aku nak ceritakan pengalaman aku.
Aku dan family ni kalau pasal benda mistik-mistik bukan perkara baru dalam kehidupan kami. Benda paling teruk pernah jadi pada kami ialah disantau oleh 2 orang dalam satu masa. Tapi kita simpan la cerita tu. Aku nak cerita yang simple je dulu.
Sebagai seorang introvert aku suka lepak dalam bilik aku je. Sampai satu tahap keluarga makwe adik aku datang nak kenal dengan keluarga kami pun, haram aku nak keluar. Aku siap pesan kat adik, kalau orang tanya pasal adik-beradik lain, kau cakap jelah kau anak tunggal.
Jarang sebenarnya gangguan terjadi kat aku. Sebab tu aku boleh ingat satu per satu. Yang tapi semua jadi tahun ni dan waktu aku hampir terlelap. Entah apahal pulak tahun ni rajin betul diorang menyakat aku.
1. Tangan Misteri
Pertama, waktu tu aku baring dah. Ready dah nak tidur. Uniform tidur aku macam biasa t-shirt besar paras paha. Lepas golek-golek cari spot yang sejuk sikit nak parking, aku pun ready nak pejam mata. Tapi time tu aku rasa macam kurang sedap hati sikit. Takpelah, mungkin aku risau pasal kerja esok kot.
Eh tapi tetiba je aku rasa paha aku kena pegang. Korang perasan kan kalau orang pegang kita, kita rasa pressure dan haba dari tangan orang tu tapi tangan yang pegang paha aku tu takde haba. Ada pressure je. Berbulu? Tak. Tangan tunang aku je berbulu. Kahkah! Tapi melampau kot tangan ni. Main pegang tak bagi salam. Aku pun tepis tangan tu dengan tangan aku, tapi tak rasa apa pun. Macam tepis angin je. Dan gangguan tu hilang.
2. Lompatan Tilam Spring
Macam biasa, aku akan ejas posisi tidur aku mengikut haba. Malam tu aku tidur melintang katil di posisi hujung tempat biasanya kaki aku berada kalau aku tidur posisi normal.
Aku ni bukanlah alim mana ye. Nama je cucu imam tapi doa tidur pun tak baca. Selamba badak je aku tidur tapi terjaga balik sebab tilam spring aku ni terasa macam ada benda yang melompat. Bukan macam orang tau. Dia tak melompat bersungguh sampai aku goyang. Dia lompat light-light je. Macam kucing melompat je gayanya. Tapi berkali-kali sampai aku rasa annoyed.
Ha masa ni la aku baru reti nak baca Al-Fatihah dan ayat kursi. Kaki aku memberikan sepakan percuma ke arah tempat yang aku rasa lompatan tu terjadi, dan aku siap cakap “Jangan kacau aku tido. I need my beauty sleep! Pergi lah kacau jiran sebelah, dia tido lambat!”
Gangguan stop. Kenapa aku suruh benda tu ganggu jiran aku? Sebab aku dendam jugak, jiran aku suka buang anak kucing aku.
3. Akak Yang Ketawa
Satu malam tu lepas je borak dengan tunang aku, gelak-gelak macam orang sewel kat telefon, aku pun nak tidur. Tunang aku ni sejenis lucu orangnya. Memang asyik ketawa je sepanjang otp dengan dia.
Malam tu ha takde nak tukar-tukar posisi sebab malam tu agak sejuk. So aku baring jela terlentang, tutup mata dannnn…
“Hehehehehe… Hehehehe…”
Ah sudah, setan mana pulak lambat pikap ni baru nak gelak-gelak ni? Telinga aku tangkap suara tu dari area bakul sampah dalam bilik. Ah sampah betul! Aku nak tidur pun tak senang!
Tapi sebenarnya hati aku agak goyah jugak ye tuan-tuan dan puan-puan. Selama ni aku baca atau dengar je pengalaman orang dengar suara ketawa atau mengilai, kali ni jadi kat aku pulak. Oleh sebab itu aku pun mengiring membelakangi arah suara tu dan cuba baca Al-Fatihah. Kau tauuuuu aku rasa ada haba pulak dari atas. Kepala aku imejin hantu tu mesti tengah terapung atas aku.
“HAHAHAHAHA AHAHAHA!” dia gelak lagi.
Tapi kan, entah dari mana kekuatan yang aku dapat (ataupun aku ni memang mengantuk nak mampos masa tu I couldn’t bother much), lepas je aku baca Al-Fatihah dan ayat Kursi, aku terus tidur dengan lena sampai ke pagi. Ha subuh zirafah la aku pagi tu.
Korang mesti rasa macam aku berani ke apa, sebab bila kena kacau aku tak jerit dan lari keluar dari bilik. Entahlah. Tak jugak kot. Takut tu ada la tapi tu bilik aku. Aku punya. Halau jela penceroboh walaupun penceroboh tu hantu, lipas, semut sekalipun. Dan lagipun aku malas dengar mak aku bebel kalau aku mengadu. Dia punya ayat mesti camni.
“Ha tulah dah suruh jangan tinggal solat dan mengaji. Bilik tu kasi kemas. Macam tongkang pecah dah rupanya! Kalau mak mati nanti entah macam mana rumah ni. Dah kahwin nanti laki kau tu agaknya boleh gila dengan kau ni lah!”
Okeylah kalau aku rajin dan ada masa, aku tulis lagi pengalaman sepanjang mak aku kena santau pulak ye.
wahh best2 . sempoi je ayat and senang nak paham . sambung cepat pasal mak ko tu ammar . btw, nice story and serammm tp ko ni mmg hati kebal la eyh gamoknye siap blh bg free kick . kahkah
Sya first komen yer..
Cerita memang baik..siap ada lawak lagi
sambung lagi yer.nak baca.
cepat cepat pulak yee sambung cerita pasal mak kau . takk shabar nakk baca
Please sambung taw 😊
Hahaha.. Lawak la ko ni dik, berani sound dan sepak benda tu..
Simple jer tapi mampu bikin saya tersenyum malam malam membaca..Tapi kuat semangat jugalah sis ni..Kot saya mahu bukak lampu tendang tong sampah lepas tu tidur dengan mak hehe
Baca tajuk ingatkan kisah bersetubuh dengan hantu..
mna nyaman klau bsetubuh ngaan antuu..
Budk ni mmg hati kering betol…tp bgus jgk kan sbb tak perlu over sgt takut kat setan ni..cerita menari…apa pun sambunglah story family awk lg …
Sory typo…cerita menarik… 🙂
Ceritalaa pengalaman kene santau oleh 2 org tuu..
Patut la kena ggu. Tggl solat rupanya
Dia pakai baju-T besar paras paha tu.. tdo pn seksi.. memang la kne kacau..
tido kena tutup aurat ke?
mesti syaz ni lelaki. dok bayang LOLZ
Ye. jin suka kalau tido bogel or pakai seksi². terliur dia tengok perempuan seksi tau.
Aku tahu ni kisah seram tapi sumpah lawak bodoh !!! HAHAHAH
Adehhh..boleh pulak suruh antu tu pi kacau jiran sebelah sebab suka tido lewat..😂😂
Next!
Bagus. Guna bahasa santai.. Senang nk baca dn paham. Lg satu, Ko mmg hati kering ammar
rajin – rajin la kemas bilik. biasakan diri untuk kemas bilik sendiri dulu. nanti dah kawen nak kena kemas satu rumah pulak. sekarang boleh la bergelak ketawa dengan tunang. nanti dah kawin jangan sampai suami stress tengok rumah bersepah.
ler ingatkan kisah atas katil kisah apa..baru nak layan feeling
Sempoi…terbaik la
ammar nme laki?awk bia btl…nme akak sy ammar hamimi bye al rm…xkisah pn sy…hihi
i feel so scared when you tell story about your room..btw i feel so funny when gave “her”nice free kick in the night 😂😂
mati2 ingat ni citer kongkek
hahahaa … sengal ko ni, tp cite ko terbaik!
bagus tapi aku tak larat nak baca hehehe…😂😂
hahahahaha..hantu lambat pikapp…hahaahahaha