Hai dan salam sejahtera kepada readers FS. Sebelum tu aku nak ucapkan terima kasih kepada admin sebab sudi post cerita aku yang tak seberapa ni. Okay, nama aku Hanna. Baru menghabiskan study di sebuah universiti di semenanjung malaysia. Cerita yang aku nak sampaikan ni mengenai kisah yang berlaku masa aku study dulu.
Masa study pada tahun kedua aku dan kawan aku Mya ambil keputusan utk stay diluar. Kami menyewa bersama senior kami yang beberapa bulan hendak menamatkan pengajian. Kiranya kami ni macam sambung sewa kat situ la. Aku dan Mya dapat bilik master room. Bilik yang agak besar, ada toilet sendiri. Dalam masa dua bulan pertama semuanya okay.
Masuk bulan ketiga, semuanya berubah. Masa tu aku dan Mya duduk di ruang tamu layan cerita korea. Mya dalam masa yang sama layan cerita korea dia oncall dengan pakwe dia. Mya ni orang sabah,pakwe dia pun orang sabah jadi memang oncall je la kerja dia. Biasa la, long distance relationship konon. Masa tengah syok2 tengok cerita korea tiba2 ada orang ketuk pintu rumah kami. Ingatkan senior kitorang sebab tadi diorang keluar buat assignment katanya. “Masuk je la. Tak kunci pun.” jerit aku yang meniarap sambil tengok tv. Tapi senior tu tak masuk. Lagi sekali kedengaran bunyi ketukan di pintu. Mya terus bangun nak buka pintu.
Sejurus selepas Mya buka pintu tiba2 Mya menjerit terus lari kearah aku yang masih meniarap lalu memeluk aku. Badan Mya ni kecik, tapi berat dia lahaaiii…boleh terpenyek kau! Dia bukan peluk elok2, dia duduk atas belakang aku yang masih meniarap sambil peluk aku. Macam wrestling gitu. Masa aku tengah bergelut nak lepaskan diri dari Mya tiba2 ada bunyi pinggan pecah didapur. Sekali lagi Mya terkejut dan terlompat ke atas sofa. Dengan kesempatan ini aku dengan tak pandang kiri kanan terus lari keluar rumah pakai kasut terus lari pergi rumah kawan aku yang jauhnya ambik masa 10minit jugak berjalan.
Aku memang terkenal dengan sikap pengecut ni. Dalam masa aku terhencot2 berjalan tu aku sedar Mya dah pecut potong aku. Apa lagi aku pun lari la ikut Mya. Sampai dekat rumah kawan aku tu tak ada salam terus masuk panggil kawan aku tu. “Jay! Tolong kitorang!” kata Mya. Kebetulan masa tu Jay tengah lepak luar hisap rokok sambil main phone. “Kenapa?! Kena kejar anjing ke?” tanya Jay sambil terjengok2 keluar sebab dekat kawasan tu memang banyak anjng liar. “Rumah kitorang ada hantu!” kata mulutku celupar. Entah hantu ke tidak, mana tau kucing main pinggan. Tapi mustahil kucing boleh ambik pinggan tu dari rak pinggan. Lainlah kalau dia kaum Doraemon.
“Okay2, korang tenang dulu. Jap,aku ambik air jap.” kata Jay terus masuk rumah. Aku dan Mya masih kat luar rumah. Tak elok pula masuk rumah orang bujang kan? Tak lama lepas tu Jay keluar dengan Danial. “Uii..gila punya takut korang ni. Sorang tak pakai kasut. Sorang lagi pakai kasut lain2.” gelak Danial. Mungkin Jay dah cerita dekat Danial. Aku terus pandang kaki aku.
Rupa2nya aku pakai kasut sebelah kiri kasut tumit tinggi si Mya. Sebelah lagi selipar jepun ntah sapa punya. Patutla tadi jalan macam tinggi sebelah je. Lepas tu Mya cerita semuanya. Dia cakap masa dia buka pintu tadi dia ingat senior kitorang dah balik tapi lupa bawa kunci. Bila dia buka je pintu dia tak nampak sapa2 pun. Bila dia pandang sebelah kanan tempat rak kasut kami, dia nampak makhluk yang tak pasti apa benda tu. Rambut dia macam gugur2, muka hodoh tengah bertenggek diatas rak kasut sambil senyum menyeringgai pandang Mya.
Masa aku dengar tu memang meremang la bulu roma saya. Mana taknya aku lalu je rak kasut tu tadi tapi tak tau benda tu ada kat situ. Kalau tau tadi memang tak berani la keluar. Jadi Jay cadangkan kami balik rumah kami tapi dia dan Danial akan teman kami sampai senior kami balik. Sampai je dekat rumah kami, kami memang tak masuk rumah tu. Biar tunggu je depan gate sebab takut. Tak lama lepas tu senior kami balik. Kami tak cerita apa2 pun kat senior kami tu takut nanti diorang yang takut.
Malam tu aku dan Mya memang tidur berpeluk. Panas tu panas la jugak, tapi takut punya pasal tak peduli panas ke tidak. Sebab dah penat sangat aku dan Mya tertidur sampai pagi. Keesokkannya masa bersiap nak pergi kelas, salah seorang senior kami ni aku gelarkan Kak Siti je la ye. Kak Siti ni tiba2 tanya aku satu soalan yang pelik. “Hanna dah tau ke?” kata Kak Siti sambil tersenyum2. “Tau apa kak?” tanya aku. Kak Siti cuma tersenyum dan pergi ke biliknya.
Serious aku lupa apa yang berlaku malam tu. Selain dengan sikap pengecut aku ni, aku juga seorang yang pelupa. On the way nak pergi kelas aku cerita la dekat Mya yang tadi Kak Siti ada tanya soalan pelik tu. “Ntah2 pasal hal malam tadi tak?” kata Mya. Tersembur keluar air milo yang aku tapau dari rumah tadi terkena muka si Mya bila teringat hal malam tadi.
Mya merungut sambil lap mukanya dengan lengan baju aku. “Jadi selama ni Kak Siti dengan Kak Ayu dah lama tau la rumah tu ada penunggu sebab tu diorang jarang balik?” kata aku sambil membeliakkan mata kepada Mya. Kak Siti dengan Kak Ayu jarang balik rumah tu. Diorang cuma balik kadang2 2 kali seminggu. Selama ni diorang di rumah kawan diorang dengan alasan buat group assignment. Kenapa Kak Siti dan Kak Ayu tak bagitau kitorang awal2? Sakit pulak hati kite bila ingat balik. Huhu. Sebenarnya Kak Siti dan Kak Ayu tak mampu nak bayar sewa rumah tu berdua. Jadi diorang ajak kami untuk tolong jimat kos.
Sampai je di kuliah kami terus tanya kawan2 kami yang ada tau rumah sewa untuk disewa. Tak hingin nak stay dekat rumah tu lagi. Cari punya cari jadi jumpa la satu rumah sewa sejenis apartment tapi jauh sikit la daripada U kami. Tak kisah pun sebenarnya. Mya ada kereta yang atok dia kasi pakai jadi senang la nak gerak pergi mana2. Tapi akak tu cakap bilik tu tak kemas lagi. Aku dan Mya tetap nekad nak masuk rumah tu pagi esok jugak.
Tak peduli dah kemas ke belum. Nasib baik esok tu cuti hujung minggu. Dah habis kelas apa semua aku dan Mya pikir dua tiga kali nak balik rumah ke tak. Sementara pikir tu kitorang duduk kedai mamak dulu. Dekat situ kami terserempak dengan Kak Siti dan Kak Ayu tengah melepak dengan kawan2 dia. Aku dan Mya masih tak puas hati dengan akak berdua tu jadi kami panggil dan tanya elok2. Gile ko nak marah2. Tak pasal2 kitorang pulak kena marah balik. Ramai tu geng Kak Siti dan Kak Ayu kat belakang tu. “Akak, kitorang nak tanya.
Sepanjang akak stay sana ada tak kena benda pelik2?” tanya Mya sambil jeling aku sebab buat bunyi bising hirup teh o ice yang tinggal ice je dalam gelas. “Oo..jadi korang dah kena la ye..” kata Kak Ayu sambil gelak pandang Kak Siti. Kak Ayu memulakan cerita dia. Jadi sebenarnya ramai yang menyewa dengan Kak Ayu dan Kak Siti dulu. Tapi semua tak tahan sebab kena ganggu. Ada yang kena ganggu masa tengah mandi ada orang pegang kaki la. Sedangkan dalam bilik mandi tu mana ada orang lain lagi. Tak pasal2 akak tu lari keluar tak sempat pakai kain. Ada pulak budak kena ganggu masa tidur kena tarik kaki time tengah tidur.
Bila sedar je badan dah separuh diatas katil separuh lagi dah diluar katil. Kak Siti pernah kena, masa tu dia stay di master room tempat saya dan Mya sekarang. Masa dia tengah tidur tu dia dapat rasa macam sedang diperhatikan walaupun dia tengah pejam mata. Bila dia buka je mata dia lihat ada makhluk kepala botak ada rambut sikit2 macam keguguran gitu rambut dia tengah pandang dia di tepi katil sambil menyeringai. “Arghh!! Terlompat aku bila pandang benda tu terus lari pergi bilik si Ayu ni haa..demam seminggu kauu. Ada jugak alasan aku nak lari dari buat group assignment” kata Kak Siti sambil demo balik kejadian masa tu. Mya pun buat mulut “O” sambil pandang aku lalu kata “Makhluk yang semalam la tu.”. ” Lepas tu apa jadi?” kata kawan Kak Siti dan Kak Ayu yang duduk sama di meja kami bila sampai pun tak tau la. Tokojut den dibueknyo. “Lepas banyak kali dah kena tu kami pergi whatsapp owner rumah. Owner tu memang sampai sekarang tak nak cerita apa2.
Kami dah nak habis study ni pun macam malas pulak keluar cari rumah lain. Tapi ikut kata jiran2 sebelah, diorang cakap dekat rumah tu dulu tempat tinggal seorang bomoh. Bomoh tu selalu buat ritual kat dalam rumah tu. Lepas tu bomoh tu meninggal. Mungkin sebab tu hantu bomoh tu masih ada kat situ.” kata Kak Siti. Aku angkat kening sambil pandang Kak Siti. Selalu dengar bomoh tinggal kat tempat2 pendalaman. Bomoh yang ni upgrade sikit.
Tinggal kat kawasan perumahan gitu. “Jiran2 pernah jugak ternampak kelibat2 kat dalam rumah tu.” sambung Kak Ayu. “Mungkin makhluk tu cari tuan baru kot?” kata Mya. “Aku tak sudi! Aku nak keluar hari ni jugak!” aku angkat kedua2 tangan sebagai tanda aku menyerah. “Ko gile nak jadi tuan baru? Dah jom balik kemas barang!” kata Mya terus bangun pergi ke kereta. Aku angguk kepala dan mengikut langkah Mya. Dah sampai di kereta dan start enjin, Mya keluar balik dan pergi ke restoran tu tadi. “Hmph, tapau la tu.” kataku dalam hati.
Tapi sekali Mya balik ke kereta dengan akak berdua tu sekali ikut. Rupa2nya Mya minta teman akak berdua tu. Tak terpikir pulak tadi. Huhu. Lepas sampai di rumah sewa tu, saya dengan Mya terus kemas2 barang manakala kak siti dan kak ayu tunggu dekat ruang tamu sambil main hp. Sambil2 kemas tu tiba2 “Atukoii!!” jerit Mya. Aku dalam hati dah ready nak lari kebetulan masa tu barang aku dah siap kemas. Tinggal nak masukkan baju dalam beg je lagi. Tak sempat simpan baju dalam beg terus angkat baju dengan beg pergi ke ruang tamu sambil tercungap2 masih terkejut dengan Mya tadi. “Uuii mandak! Ko punya santut tu tertinggal tu na.” kata si mya sambil mengangkat beg ke ruang tamu. “Ko jerit tadi kenapa setan!” kataku marah. “Cicak bah. Aku geli ni sama cicak!” kata mya.
Terkeluar slang sabah si mya. Tadi aku sempat perasan masa aku lari ke ruang tamu tadi aku nampak kak ayu keluar dari dapur dalam keadaan muka pucat. Tak sempat bertanya aku terus ambik balik barang yang tertinggal dalam bilik dan pastikan tiada lagi barang tinggal dan terus keluar dari rumah tu. Masa kami dah keluar dari rumah tu aku melihat ke arah rumah tu buat kali terakhir, masa tu aku terlihat makhluk yang mya dan kak siti ceritakan tu duduk atas gate rumah kami. Masa kami pindah keluar tu hari dah gelap. Memang rasa nak pitam bila ternampak. Sebab ini kali pertama aku ternampak benda2 macam ni.
Mya perasan dan suruhku jangan pandang lagi ke arah rumah tu. Kami terus hantar kak siti dan kak ayu ke tempat restoran tadi. On the way ke restoran tu aku teringat pasal kak ayu dekat rumah sewa tadi. “Kak ayu, tadi Hanna nampak kak ayu keluar dari dapur pucat2 tadi kenapa?” tanyaku. Agak lama kak ayu tidak menjawab akhirnya dia bersuara. ” Tadi masa korang tengah kemas2 barang, akak macam terdengar suara Hanna panggil akak dari dapur. Akak ingatkan Hanna perlukan bantuan akak ke apa jadi akak pergi la. Sampai kat sana akak nampak Hanna duduk mencangkung membelakangkan akak sambil menangis.
Akak pun hairanlah dah kenapa Hanna nangis2 ni. Takkan la sayang sangat kat rumah ni sampai menangis. Baru je akak nak tegur Hanna, akak terdengar Mya menjerit. Terus akak keluar dari dapur nak tengok apa yang berlaku. Masa akak nak keluar tu akak ternampak Hanna keluar dari bilik dengan beg dan baju2 Hanna sekali. Akak terkejut. Kalau Hanna kat bilik jadi siapa yang panggil akak dan menangis tadi tu? Masa akak toleh je ke arah “Hanna” tu, akak tak nampak sesiapa lagi. Bilik dapur tu kosong.” kata kak ayu. Meremang bulu roma aku bila kak ayu cerita. Nampaknya benda tu dah upgrade. Dia dah start menyamar pulak dah..
Dah sampai kat restoran tu kami singgahkan kak siti dan kak ayu salam2 sikit macam hari raya, kitorang terus pergi ke rumah sewa yang kawan kami tadi cadangkan iaitu di apartment. Lepas kejadian tu kami memang tak berani lalu tempat tu lagi dah. Kak siti dan kak ayu pun dah pindah rumah keesokkan harinya. Terpaksa menumpang di rumah kawan untuk seketika. Setakat ni saja la cerita mengenai rumah sewa tu. Sebenarnya kalau nak diikutkan cerita ni agak panjang. Tapi aku straight to the point je. Lepas ni nanti kalau rajin, aku akan ceritakan mengenai sepupu psycho Mya masa kami pergi bercuti di Sabah pulak.
kelakor giler siott citer ko Hanna. sakit perut ketawa bab kasut sebelah lain tu. Best baca.
「Uuii mandak! Ko punya santut tu tertinggal tu na.” kata si mya sambil mengangkat beg ke ruang tamu. “Ko jerit tadi kenapa setan!” kataku marah. “Cicak bah. Aku geli ni sama cicak!” kata mya.」
hahahahaha! 😀
kalau kau panjangkan lagi penceritaan sure best.
hahah best la ada part kelakar ada part seram not bad baca pun tak bosan,element suspense lagi btw wow mesti pengalaman yg seterus lagi menarik keep sharing kay! 😉
Hahahaha best best.. Dalam seram ad kelako jgak HAHAHHAHA
Haha.. Aku pun gelak masa part pakai kasut lain2 tu.. Aduhh la tapi mmg seram gak time kak ayu nampak jelmaan hanna kat dapur.. X sabar tunggu citer seterusnya..
Tapi semua part seram dah cover la kan? Kalau macam tu kira ok la. Tergelak juga part yang pakai kasut lain2 lari tu. Terer lari pakai high heels.
Thanks for sharing. Best! Look 4wd to cerita di sabah.
Nasib juga tidak tertinggal sansut nanti ada yang hidu2 hahaha
tgelak akak bc.mandak semua klua..haha.best.seram.next story!
best!
😂 kelakar laa baca ko ni
Bedekah aq baca cerita ko ni..lgi2 bab si mya pecut potong ko dgn ko pakai kasut tumit tggi dgn sliper..dlm seram ko buat lawak😂😂