Apa yg aku nak ceritakan ni boleh jadi pengajaran kepada semua. Cerita ini mungkin tidak seram, tetapi percayalah.
Kisah ni jadi kat diri aku tahun lepas. aku dapat offer kerja sebagai HR Officer di sebuah syarikat area Seri Kembangan. HR ni kan banyak berhubung dengan staff. Naik bulan kedua aku dah boleh biasakan diri. Kami keluar makan bercampur laki dan perempuan. Tapi aku takde syok kat mana-mana staff laki pun sebab kebanyakkannya dah berkahwin. yang bujang tu banyak kerja di site. Aku pun sudah ada kekasih hati.
aku terima panggilan dari seorang perempuan yang mengaku dia isteri kepada En. H. aku terkejut kenapa isteri En. H telifon aku. Aku layankan saja panggilan tersebut. Isteri H tanya aku dah kahwin ke belum, sudah berapa lama kerja kat syarikat tu, H selalu lunch dimana dan banyak lagi. Aku jawab mana yang boleh jawab sebab aku tak berapa bercakap sangat dengan H. tapi setiap hari memang kami keluar beramai lunch bersama.
Aku intercom H ceritakan tentang panggilan isteri beliau. H terkejut gila masa tu. Jarak meja kami tidaklah jauh. Aku tengok terus dia menuju keluar sambil telifon seseorang. Aku diamkan dan tak ceritakan kepada sesiapa pun tentang kes ni. Aku dan H pun sejak tu takde ungkit pasal kes tu. Kami buat seperti biasa. Aku ingat kes dah tutup. Rupa-rupanya….
Beberapa minggu lepas kejadian itu, aku mula mimpi yang aku dihempap lelaki yang badannya besar dan botak. Lelaki itu memaksa aku telan sesuatu yang aku sendiri pun tak pasti apa benda. Sejak tu badanku mula sakit dan muka aku naik bintik merah. Aku ingat aku terlampuan penat bekerja aku selalu jadi sedih, cepat menangis. ketika di rumah, banyak kali aku perasan bayang-bayang lelaki berlegar di dalam rumah. Dan ketika tidur aku seakan rasa seperti ada benda lain di dalam bilik.
Selain itu, orang di office seakan tidak perasan kewujudan aku. Pernah ada buat potluck, kak Siti selaku organizer potluck ni mula la ajak ke bilik meeting untuk bergambar. Tapi aku pelik kenapa dia lalu meja aku tak ajak pun aku seperti sedia kala. Aku pun pujuk hati sendiri pergi ke bilik meeting. Lalu kak Siti kata ‘Laaa… kau ada harini. Dari pagi akak tak perasan. Ingat cuti’. Banyak kali kawan sekerja aku seakan tak nampak aku.
Satu hari,aku dihina H tanpa sebab di khalayak ramai. Ketika H lalu dihadapan meja aku, aku ada bertanyakan tentang isu claim. Tiba-tiba H menjerit ke arahku. H memanggilku perempuan sial dan betina sundal. Ya Allah, malunya aku ketika itu. Aku terkaku sebelum ke tandas. Nasib baik kawan aku menenangkan aku. Aku keluar ke ambil bag dan terus aku minta balik awal. Aku telifon kekasih aku. Dia minta aku rehatkan diri sementara tunggu dia jemput aku selepas dia balik kerja.
Aku ceritakan apa yang aku rasa dan kekasih aku cadangkan aku berjumpa dengan makcik dia di Shah Alam. Dia kata makcik dia pandai berubat, aku ikutkan saja. Dia mula telifon makcik dia. Masa tu badanku aku menggigil kesejukan seperti disimbah ais. Kekasih aku kata aku terbaring di dalam kereta sambil kata ‘BODOH!BODOH!BODOH!’ banyak kali.
Dia kata dia pun sebenarnya tak berani sangat waktu tu sebab dia kata muka aku berubah kebiruan dan tak seperti rupa aku yang sebenar.seperti nenek tua.
Sampai di rumah makcik kekasih aku. Maksu Ani panggilan kekasih aku kepada makcik dia. Makcik Ani sudah memulakan bacaan ruqyah selepas kekasih aku telifon. Makcik Ani minta kekasih aku tahan bahu aku daripada bergerak. Masa tu aku masih sedar dan aku rasa macam nak ludah je makcik Ani ni. Selepas tu aku sudah tak inga tapa yang terjadi.
Aku sedar dan diberi air. Dahaganya aku rasa waktu tu. Aku menanyakan apa yang telah terjadi kat diri aku. Makcik Ani kata yang aku terkena buatan orang. Orang tu dapat buat melalui profile picture aku.
Dia menuduh aku mempunyai hubungan dengan suaminya. Aku dah boleh syak siapa. Makcik Ani kata dia tahu, bila dia tilik H(melalui nama penuh si H), dia kata H mempunyai perasaan minat ke aku. Mungkin isterinya perasan perubahan yang ditunjukkan oleh H. dan makcik Ani tambah lagi. H dan isterinya memang mempunya isu dalaman. Selalu gaduh. Dan isteri H mempertahankan hubungannya banyak menggunakan ilmu sihir. Tapi makcik Ani kata dia dah buang segala benda yang isteri H hantar kepadaku.
Selepas kejadian tu, aku terus cuba mencari tempat kerja lain. Kerana selepas itu pun aku mula berasa sakit balik. Mungkin dia takkan berhenti selagi aku ada di situ. Selepas sebulan aku dapat offer di tempat lain dan aku terus terima walaupun tempat kerja jauh dari rumah sewaku.
Aku tak kisah asal benda tu sakitkan aku lagi. Hari terakhir aku bekerja disitu, aku ada ajak H untuk berbincang denganku. Aku ceritakan segalanya. Dan H seakan boleh agak benda tu. H pun minta maaf kepadaku diatas segala kesalahan isteri dan H lakukan.
Kini dah 11 bulan aku kerja di tempat lain. Alhamdulillah aku makin ok.
Dari profile picture pun boleh disantau.
so beringat la sape – sape yang letak gambar daring – daring kat internet tu.
banyak mata yang memerhati.
Betul tu.
ok
sampah
Kau kenapa nk cakap cerita ni smpah 🤬 kalau cerita ni terkene kat batang hidung kau sendiri, bru kau tau langit tu rndh ke tinggi . Aku geram betul dgn org species mcm kau . Sebok mengata cerita/org tu sampah. Everybdy have their own efforts untuk bercerita lah 😡
Woi goku, kau kenapa nk ckp cerita dia smpah? Kalau benda yg diceritakan ni kene kat batang idung kau sndiri bru kau tau langit tu rendh ke tinggi 🤬 aku cukup mnymph dgn org yg asyik nk ckp org lain/ cerita tu smpah 💩every person have their own effort / ways untuk smpaikan cerita diorg
Kau tak pernah kene boleh la ckp sampah. One day kene kat kau atau keluarga kau baru kau tahu.
Suka nk ckp cite org sampah..rasanya Goku ni bini Encik H tu kot…puii….
Haaa rasanya ni bini Encik H tu kot,tu yang dia panas dengan cerita begini lol…
Baik ko x yh bc jer kisah tu klw nk comment camtu😴kena kat kau sendiri baru tau penulis tu camane rsnyer,mintak jauh org camni😣dengki x abes
Bestnye cerita!!kalau camtula x yh ltkla gmbar profile Kitala letak gmbar katak ke blh dye sumpah katak tu..
Meh sini nama penuh kau Juni…😈
ini cara yang terbaik
Sebab tu la asyik bergaduh, isteri tu ada masalah mental
Nak pertahan guna sihir mana la nak bahagia bebal
yang buatkan si isteri H tu bengang pasal si H tu tersalah sebut nama si Bella masa dia tgh kongkek ngan bini dia..
Sebab tu gambar aku terlalu esklusif untuk dipamerkan di socmed.. Setakat ni gambar kucing je selalu jd profile pic aku.
Tq share story.. Cerita ni pun boleh masuk kat dalam iium. Pengajaran buat semua..
apelahhh cemburu nak hantar benda2 cmtu kt org…dh laa x siasat dulu….moga x terjadi lg benda ni kat penulis…
Msti bini H tu hodoh gigi jongang. sewel pnyer betina!💩
Aku rase nk tukar gambar profile kpd gambar lim guan eng. Semoga bukan aku yg kena santau
tak baik aniaya lim guan eng hahhahaha…buat nye org nk santau ko kesian lim guan eng yg kene Hhahahahhaha….
hahahaha..aku terbaca pun tergelak tengok komen PH ni..hahaha..cerita bagus, senang di fahami… :*
kesian lim guan eng, tak pasal2 kena santau, hahahahha lawak2
Ini lah org melayu..skit2 santau..skit2 Nak buat org..moga penulis Terus diberikan kesembuhan..