Bilik 3224 UiTM Samarahan

Salam semua.Terima kasih semua sebab selepas cerpen Kak In dan Sofea-Permulaan kepada Perjalanan, ramai yang hubungi aku malah ada jugak dari Sabah datang ke Kuching untuk datang berjumpa aku demi mendapatkan sesi rawatan. Alhamdulillah. Satu lagi, ada jugak yang bertanya bab Nabi Muhammad tak boleh perintah jin tu. Jawapan aku, Rasulullah adalah khataman nabiyin , di mana Baginda ada segala mukjizat yang ada pada nabi lain, malah Baginda juga ada mukjizat yang para nabi lain tiada. Perintah jin benda kecil bagi Baginda. Jaga adab pada Rasulullah ye. Dah. Tiada isu dan konflik ye. Hehehe.

Baik. Aku kongsi pengalaman aku dan rakan sebilik di UiTM Samarahan ye. Time ni aku langsung tak ada pengalaman dalam ilmu rawatan Islam. Yang ada hanyalah perangai budak-budak. Hehe Kepada rakan sebilik semester 1, Din, Amey dan Edy, aku cuba ceritakan pengalaman korang versi pemahaman aku ye. Mintak maap awal-awal roommates aku. Haha. Jum! Bilik 3224!

Jun 2008 (Semester 1)

Aku, makcik dan ayah berdiri di hadapan bilik 3224. Bismillah. Salam di beri. Kunci yang baru di dapati dari pejabat hostel dimasukkan ke lubang kunci.

Pintu dibuka luas. Fuh! Terang cahaya dipancari matahari melalui jendela yang kotor berdebu. Beg dan barangan peribadi diletak dan dikemas baik oleh kami sekeluarga. Beg Edy dan Amey juga ada dibilik tanda mereka terlebih dahulu daftar kemasukan bilik kami tersebut. Oh ya, Amey dan Edy rakan sekelas aku di sekolah menengah. Kami berjanji jadi rakan sebilik sebaik sahaja masing-masing dapat tawaran belajar di UiTM. Kitaorang contact pakai Friendster. Hahaha.

‘Ah! Mesti Amey dan Edy yang punya’ Getus hatiku melihat beg-beg serta baldi yang ada di dalam bilik.

Akhirnya, aku memilih locker kanan kerana dua locker dah pun dikunci oleh dua sahabat aku. Aku membuka pintu locker kayu tersebut dan..

Bilik ini bermisteri

Tertulis perkataan tersebut dengan marker biru di bahagian dalam pintu locker. Pastinya senior sebelum aku yang menulisnya. Apa kejadah senior aku ni. Hahaha. Kejam lagi seram gurauan itu. Huish!

Datang Din pada sebelah petang, mencukupi kuota katil di bilik tersebut. Aku dan Din memilih katil kanan, aku di atas dan Din pulak di bawah. Maka bermulalah episod ganjil kami. Aku mula dengan susunan cerita. Ok. Let’s go!

EDY

Edy seorang yang tinggi dan bersaiz agak besar badannya. Tapi antara kami berempat, dia penakut sikit. (Maaf ye Dy..haha)

Pada suatu malam, kitaorang lepak-lepak di lantai ruang tengah bilik. Situ sejuk sikit sebab banyak yang komplen bilik kami panas lain macam. Nanti aku explain bab tu.

Kami tutup lampu dan baring sambil berkongsi kisah seram yang kami ketahui malam tu. Akhirnya Amey keluar bilik dan lesap entah bilik mana. Amey ni jenis susah tido terutama di bilik sendiri. Jadi kebanyakan malam memang dia lesap dan landing kat bilik kawan yang lain.

Jadi, yang tinggal aku, Edy dan Din. Cuma Din dah kembali baring kat katil dia. Tinggal la aku dan Edy di lantai. Aku pun mula la berpaling dan miring ke kiri nak tido.

Mata mulai mengantuk..berat…hmm..

“Pik..”

Terkejut aku! Edy menyapa aku.

Aku toleh ke belakang bertanya. “Pahal?”

“Muka kau ngadap sitok pik. Aku takut doh. (Muka kau menghadap aku Fiq. Aku takut ni)

Aku gelak dalam hati. Hahaha. Aku toleh jugak walaupun rasa gay sikit saat muka kami bertembung. Hahaha.

Dan kami tertidur. Esoknya…

“Edy..bangun..kelas”

Kejut kami. Edy lantas bangun dan mengeluh dalam keadaan masih mamai.

“Malam tadik aku nenga pontianak nangis doh” (Malam tadi aku dengar pontianak nangis)

Kami tergamam. Fokus ke arah Edy.

“Pukul 3 pagi dengar..serammm” sambungnya lagi.

Kata Edy, bunyi tangisan kak pon tu dekat sangat. Seram dan sayu bunyinya. Edy tak boleh tidur dibuatnya dan akhirnya nak subuh baru dia tertidur.

AMEY

Hari tu aku pukul 10 pagi, dan aku baru siap nak ke kelas. Aku menyarung kasut Converse biru aku, beg Lonsdale hitam setia digalas. Pintu dibuka dan..

“Pik..” Amey baru sampai menegurku.

Aku sekadar mengangkat kepala berlalu pergi. Amey pulak sudah siap untuk berlabuh. Lantas dia berbaring di lantai tempat favourite kami berdua selesai saja salin pakaian. Zzz..

Tengah hari itu..

Aku sampai ke bilik dengan keadaan penat dan lapar. Niatku untuk makan Maggi kari dan telur serta Cola sejuk. Fuh! Time tu aku ketagih Cola tau. Haha!

Pintu dibuka! Ah! Semua roommates ada. Mereka bercakap seperti ada benda penting baru saja berlaku.

“Benar sik dy? Kau sikda kaco aku?” (Betul ke dy? Kau takde usik aku ?) Tanya Amey.

Terpinga-pinga si Edy apabila ditanya soalan begitu. Din pulak menunggu respon dari Edy.

Rupanya ceritanya begini..

Pagi itu, sebaik saja aku keluar dari bilik, Amey yang hanya tinggal pakai boxer sudahpun berbaring dan..

“Aek laici..hahahahah” (Air laici..hahahaha) Kedengaran suara Oon di luar bilik serta ketawa kawan satu level menggamatkan keadaan. Kenapa air laici tu..biar kami je tau.hahaha)

‘Kriukk’ Pintu bilik 3224 dibuka. Oh. Edy rupanya getus Amey yang separa sedar. Ngantuk bukan kepalang lagi Amey ketika itu.

Edy seperti budak lelaki yang lain, menanggalkan pakaian dan hanya mengenakan boxer di dalam bilik dan mundar-mandir didalam bilik sebelum dia juga melabuhkan dirinya untuk berehat pagi itu.

Saat Amey mulai berangkat ke alam mimpi..

Edy mencangkung sebelah kanan Amey! Mengusik Amey! Menjelir lidah seakan mengusik Amey yang on the way nak tido dah!

“Ah! Lari kau dy” (Ah! Blah la kau dy) Ngomel Amey yang mamai lalu menoleh ke kiri. Malas pulak nak melayan parody dari Edy.

‘Eh..’ Amey yang memberi belakang menoleh kembali..

‘Kejap..tadi Edy main-main jelir lidah..tapi..kenapa lidahnya panjang ke dada?’

Edy sudah pun tiada!

Amey keliru! Mana Edy? Napa panjang lidahnya luarbiasa?

‘Kriuk’ Salam diberi..

Rupanya Edy..siap berbaju formal dengan tie bagai baru saja sampai! Dengan muka innocentnya.haha

“Kau baruk sampey ka dy?” (Kau baru sampai ke dy?) Tanya Amey.

Edy mengangguk keliru. Mukanya blur sangat. Haha.

Jadi, yang berboxer jelir lidah tadi tu siapa? Fuyoo.

SAPIK

Ni turn aku pulak. Haha.

Haritu hari Rabu pukul 10 pagi. Aku masih ingat sebab untuk semester pertama aku, kelas aku mulai jam 8 dan habis pada pukul 10. Jadi pukul 10 pagi tu sepatutnya ada kelas agama, namun yang bestnya nak 3 bulan jugak ustaz tak pernah masuk disebabkan masalah jadual universiti. Aku secara spontan nya memutuskan ustaz confirm takda tanpa pergi periksa dulu kat kelas agama tu dan..disahkan kawan yang hadir kelas haritu..ustaz tiada! Hahaha.

Maka aku langsung ke bilik memandangkan Rabu kelasnya pagi je. Kali ni, aku sampai bilik, Amey pulak nak ke kelas. Terbalik pulak. Hehe.

Aku pulak macam biasa..jugak baring di tilam yang memang setia di atas lantai. Tilam tu memang tilam aku di sebabkan macam yang aku pernah cakap memula tadi, bilik tu panas sangat. Nak tau panas camne?

Kau bayang kau hanya pakai boxer tanpa berbaju, tidur di katil atas, hujan lebat di tengah malam, dan kau masih boleh berpeluh sakan. Siap kawan bilik lain yang lepak bilik aku boleh cakap bilik kami panas tak macam bilik rakan-rakan lain yang hanya bersebelahan je. Haa. Camtulah panasnya!

Sambung cerita aku yang dah pun mulai tidur. Keadaan aku ketika itu, miring ke sebelah kanan di samping aku memeluk bantal ke muka. Keadaan normal..tenang..ah. sedapnye tido..tiba-tiba..

Telinga aku berdesing..tiiittttttttttttt! Umpama frekuensi dunia sudah pun berubah!

“..Krik#&$+@!!:*:#66©™•”

Aku rasa bagaikan masuk ke dunia lain dengan bahasa-bahasa pelik umpama bahasa alien di sekitar aku.

‘Adui! Apa tok?’ (Adui! Apa pulak ni?)

Dalam beberapa saat, keadaan kembali sunyi. Tenang.

Aku lega kerana sudah tidak lagi di ‘pasar alien’. Namun!

Ketika itu,badan tidak mampu aku gerakkan! Allahu! Keadaan di sekeliling gelap..kerana bantal dimuka. Haha.

Aku hanya menunggu apa yang akan berlaku! Kemudian, tangan kiri aku ditarik perlahan oleh makhluk berbulu dan berjari empat sambil di iringi bunyi dengusannya. Mana taknya, aku merasa dengan pasti pergelangan tangan kiri aku dipegang oleh seseorang yang tanpa ibu jari..hanya empat jarinya!

“Grrrrrrr” Seakan bunyi kerbau hendak disembelih!

Aku langsung1 zikir qalbi. Mulut dikunci. Badan juga dibekukan. Yang peliknya, tangan kiri aku yang ditarik mampu aku tarik kembali dalam keadaan perlahan. Makhluk itu mendengus dan menarik kembali tangan kiri aku.

“Grrrrrr..hmmm” dengusannya.

Sampai kali ketiga proses tarik menarik berlaku maka aku kuatkan zikir hati. Mata aku tidak mampu melihat apa yang di hadapan aku kerana bantal yang menghalangi. Namun, aku dapat rasa makhluk iu berbulu, berjari empat dan berwarna hijau. Wallahualam!

Pap! Aku sentap tanganku dan mengalih bantal!
Aku mesti melihat kerana sifat curiousity yang amat tinggi! Namun..

Kosong. Hampa. Tiada apa pun dihadapan aku. Hm. Maka aku kembali tidur. Hahaha.

AMEY LAGI!

Kali ni yang diganggu si Amey lagi, bak kerana keceluparan mulutnya. Hahaha. Waktu tu dah nak puasa, maka si Edy memilih untuk jadi pelajar harian, jarang ada di hostel bersama kami. Yang tinggal kami bertiga je lah.

Malam tu pukul 11 camtu kalau taksilap. Kami borak-borak, gelak-gelak. Biaselah student life, time tu facebook tak famous lagi, kalau ade pun biase online laptop je. Nak jadikan cerita, Din ngantuk dah.

“Pik, gerak aku subuh kelak k?”(Fiq, kejut aku subuh nanti ok?) Pinta Din kepadaku.

Aku dengan nada gurau tapi masih bertapis menjawab.

“Suruh Edy gerak kau.hahaha” (Suruh Edy kejutkan kau.hahaha)

Dengan pantas dan lancang, Amey menyambung.

“Aok. Kelak nya gerak kau, lidah panjang dada!” (Ya. Nanti dia kejutkan kau, lidah panjang dada!) Sambil jelir lidah.

“Oi! Kau Mey!” Serentak kami berdua menegur Amey.

Semua langsung tidur sebab rasa meremang bulu setelah mendengar statement berani Amey!

Dan apa yang berlaku? Malam itu Amey tak boleh tidur! Kira-kira 2 atau 3 pagi, Amey melihat benda berbungkus putih di tepi pintu berdekatan suis kipas dan lampu! Yang peliknya jugak, jarak antara suis dan katil Amey dan Edy seakan memanjang!

Benda tersebut umpama bantal! Macam pocong kata Amey. Malam tu bantal tu seperti melihat gerak-geri Amey. Seolah memberi salam kenal asbab mulutnya. Hahaha.

Kami pagi tu tegur dan nasihat agar Amey tidak lagi sesuka hati melafaz benda yang tidak patut. Jaga mulut supaya tidak berlaku insiden tersebut. Nasib Edy takde. Haha.

……..

Jadi, antara kami berempat, rasanya Din takpernah alami apa-apa pengalaman seram walaupun dia ni yang stay sepanjang semester sebab rumah dia beratus kilometer dari universiti. Cuma pernah la time Din sorang-sorang di bilik, buku misteri aku yang cover depannya gambar perempuan bermata merah jatuh tiba-tiba dari katil aku. Hahaha. Dia suspens malam tu katanya.

Tapi..ye .tapi…

Din pernah balik cuti semester dan berborak dengan sorang polis Kelantan yang kerja di Sarawak, polis tu tengok dari jauh keadaan bilik kami. Tau apa polis tu cakap? Dia cakap bilik kami laluan bunian! Ye, laluan bunian! Tingkap kami yang menghadap hutan tu, situ la laluan ke perkampungan mereka. Sebab tu bilik tu sentiasa berasa panas. Dan lagi, polis tu siap cakap ade pocong dalam bilik cuma tak kuat sebab kami solat. Wallahualam.

Dan yang terakhir, pernah aku tidur di katil tingkat atas, ada bebola cahaya hijau dari luar bilik, masuk ke bilik dan masuk ke kaki kiri aku yang injured berbulan sebab futsal. Beberapa saat pastu bebola tu terbang keluar. Aku takpasti mimpi atau separa sedar, tapi yang peliknya beberapa hari lepastu, sembuh! Alhamdulillah.

Pendek tapi tula cerita pelik bilik 3224. Insyaallah ada masa aku tulis lagi lah pengalaman mistik aku ye. Oh ya, sapa yang dah baca kisah Kak In, Kak In 2 dan Sofea-Permulaan kepada Perjalanan, rata-rata banyak tanya boleh tak mintak nombor Haji Adi. Aku tak boleh bagi, tapi andai ingin rawatan, boleh hubungi adikku Farouq di FB nya, Ahmad Farouq Ezzat Fathi.

Salam dan selawat

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

SyafiqFathi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 24 Average: 4.5]

12 thoughts on “Bilik 3224 UiTM Samarahan”

  1. Haih rindu Uitm Kota Samarahan, kat Kolej Gading keras gik. Time kmk dolok kerap ada jak budak knak histeria. Pasya sem 2 pindah Kolej Serapi, ok sikit sikda gangguan tapi sidak madah ya laluan (jambatan kecik dari admin ke kolej Serapi/Mulu) pun keras juak

    Reply
  2. Aku pernah diam skali ja d blok 3, bilik 3301 yg menhadap hutan juak. Tp xda la mistik. Just mun diam sorg2 time weekend mmg ngutik. 😢🤭

    Reply
  3. setiap kali kami kena tindih mesti telinga kami berdesing dulu , sama macam tuan penulis kena . lepastu mesti akan dengar bunyi org cakap cakap tapi xpaham dalam bahasa apa .

    Reply
    • Betul.. sy pun pernah merasa keadaan begini… bdn dihimpit sambil dengar bunyi org berckp bhs asing.. still boleh nampak roomate kluar masuk pintu.. bila dah sedar tanya dekat roomate if dia nampak ada yg tak kena sewaktu sy tidur tapi drg bgtau sy tidur lena..
      Waktu kami mmg power juga Jin nya.. tengahari panas pun dia boleh datang.

      Reply
    • Assalamualaikum, nak tnya klau rumah terlalu panas ada apa” amalan tak yang bole d amal kn sbb panas dia ni bukan biasa, dah hidup kan beberapa kipas pun still tak rasa sejuk dia and suram(gelap pdhl pintu dah buka luas”). Kadang klau dh masuk rumh rasa mcm jdi malas and muram je. Tolong ye

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.