Sofea-Permulaan kepada Perjalanan

Salam Fiksyen Syasya dan semua. Kepada yang pernah baca kisah Kak In, Kak In 2 dan Kerajaan Hijau Sungai Sibu, terima kasih! Mungkin korang pernah tertanya-tanya bagaimana aku boleh kenal dunia rawatan Islam secara rohaniah ini. Pasti dan pasti, setiap benda punya permulaan. Maka inilah pengenalan kepada permulaan. Sebelum adanya kes Kak In. Jum! Hehe.

Bismillah..

Aku anak sulung dari tiga beradik. Faruk tu angahla kiranya dan yang bongsu adik perempuan, Sofea.
Sofea dan aku jarak umur kami 9 tahun. Seorang yang bijak dan straight forward jika di bandingkan kami bertiga. Dan boleh kata Sofea ni la sebabnya aku kenal jalan ini. Ceritanya begini..

SUATU MALAM (2016 KUCHING,SARAWAK)

Aku berehat di atas katil, kepenatan selepas menghadap kerja di pejabat. Baring santai sambil bermain phone Asus Zenfone 5 yang kini dah Innalillah. Ketika itu aku masih training lagi untuk sebuah syarikat pembinaan yang agak terkenal namanya di Sarawak. Baru saja nak lelapkan mata..tiba-tiba..

‘Aih! Mummy calling..Kenak kah tok?’ (Mummy calling..kenape pulak ni?) Getus hatiku tatkala ringtone Everybody’s Changing bermain.

“Hello mum”

“Hello..abang! Kitak sine?” (Hello..abang..awak di mana?) Suara mummy seakan cemas.

“Gurin lam bilit tok. Kenak? (Baring lam bilik ni. Kenapa?)

Coba kitak nangga adik kitak ya..nya padahnya dengar sora berbisit kat telinganya..agak lok!” (Cuba awak tengok adik awak tu..dia cakap dia dengar suara berbisik di telinganya..pergi tengok dulu!) Suara mak yang menelefon dari Sabah bimbang jelas di corong telefon.

Mak aku mengikut ayah aku yang ketika itu masih bertugas di salah satu tempat di Sabah dan adikku Sofea yang baru habis SPM bercuti di Kuching sementara menunggu keputusan peperiksaan SPMnya dan langsung menyambung tingkatan 6. Faruk juga bekerja di Sabah ketika itu.

Aku bergegas ke bilik sebelah dengan hati yang berdebar-debar. Pintu di buka luas. Kelihatan Sofea menangis ketakutan.

“Sop..pahal kitak?” ( Sop, kenapa kamu?)

Aku memeluk Sofea dan menenangkannya. Menggigil kuat Sofea ketika itu. Aku hanya dapat memeluk dan menanyakan apa yang berlaku untuk ketika itu. Khuatir menjadi-jadi.

“Kamek dengar orang suruh kamek bunoh dirik..huu..kamek takut..huhu” (Saya dengar bisikan menyuruh saya bunuh diri..huu. saya takut..huhu) Makin kuat tangisannya.

Aku buntu. Fikiran aku serta merta kembali ke beberapa minggu yang lepas.

BEBERAPA MINGGU SEBELUMNYA

“Pak Said padah nang Sofea ya kenak gangguan jin..ya nya merik ayat pake ngato adik kitak ya” (Pak Said cakap memang Sofea terkena gangguan jin. Itu sebab dia bagi ayat untuk sembuhkan adik kamu tu) Terang mummy kepada aku sambil-sambil lepak minum di dapur.

Aku hanya mendengar saja apa yang mummy dapat tahu dari Pak Said, keluarga kami yang ada di Terasi. Pak Said di kurniakan Allah kelebihan mengubat sakit-sakit mistik. Aku boleh katakan Pak Said juga salah seorang guru aku dalam pelbagai hal. Hehe

Bukan sebab apa mak aku pergi jumpa Pak Said, Sofea sering sakit ketika umur tingkatan 4 lagi di Negeri Bawah Bayu. Sering tak sekolah dan hampir-hampir di buang sekolah. Alhamdulillah. Ada beberapa guru yang pertahankan Sofea agar tidak dibuang sekolah. Dan benar pertaruhan berisiko guru yang berjuang untuknya, adikku straight A untuk SPMnya.

Kami sering ulang-alik ke hospital, doktor cakap takda apa yang ganjil. Aku dan Faruk sering membawa Sofea bersama-sama membaca Ratib al Haddad atau Ratib al Attas. Namun adik susuanku bernama Ecah menegur bahawa Sofea tidak mampu mengamal amalan berat seperti itu. Maka Sofea mengamal Manzil dan serba sedikit mengurangkan sakit dan sifat pemarah yang luarbiasanya. (Ps: Semua amalan Rasulullah baik ye..tak suka banding-banding amalan)

Dan beberapa hari selepas berjumpa Pak Said, bermulalah kejadian Sofea terdengar bisikan jahat yang meracun pikiran agar membunuh diri. Nauzubillahi minzalik!

…..

Sofea menggeletar ketakutan. Menangis sekuat hatinya. Aku teringat kepada Mak Ija dan lantas menelefonnya.

“Hello..Mak Ija! ”

“Hello..Apa bang?”

“Sofeaa. Sofea kenak kaco sidak semandin.. Nangisnya dengar sidak ya berbisit suroh bunoh dirik!” (Sofeaa. Sofea kena ganggu diorang jin..dia nangis dengar bisikan diorang..diorang suruh bunuh diri!)

“Aih! Pegi sitok bang! Embak nya berambeh sitok..kelak kita carik sapa pande ngubat!” ( Pergi sini bang! Bawak dia bermalam sini..nanti kita cari sapa yang pandai ngubat!)

Aku bergegas membawa Sofea ke rumah nenek aku malam itu jugak! Alhamdulillah. Keadaannya terkawal sikit dengan pantauan Mak Ija dan nenekku.

Ketika adikku sudah pun lena. Aku berbincang dengan mak cikku.

“Mak Ija..lepas usaha ngan Pak Said..Sofea okey duak tiga ari..pasya kenak gik malamtok tek..camne oh?” (Mak Ija..lepas usaha dengan Pak Said..Sofea okey dua tiga hari..pastu kena balik gangguan malamni..camane ye?) Aku bertanya pendapat dari Mak Ija.

“Hm..yalah bang..sikpande Mak Ija nak padah gine koh..” (Hm..yelah bang..takpandai Mak Ija nak cakap camne lagi ni)

“Sikkan sikda orang lain yang kitak tauk pande ngubat?” (Takkan takde orang lain yang Mak Ija tahu pandai merawat?)

Mak Ija termenung. Nenek dan anak Mak Ija,Miq sudah pun tidur.

“Camtok bang! Kita coba dengan sorang orang tua belakang rumah kitak nun..lorong belakang..kawan Mak Ija pernah berubat ngan nya” (Camni bang! Kita cube dengan sorang orang tua belakang rumah korang..lorong belakang..kawan Mak Ija pernah berubat dengan dia)

Aku langsung setuju memandangkan setiap cadangan adalah ilham dan idea dari Nya. Lantas di hubungi dan orang tua tersebut bersetuju untuk merawat Sofea keesokan malamnya.

KEESOKAN HARINYA

Kira-kira pukul 9 malam, aku, Mak Ija dan Sofea sampai di hadapan rumah orang tua terebut. Agak sesak sebab ramai yang berhajat dengan pak cik tersebut. Aku namakannya Pak Cik Wahab je lah ye.

Kami di jemput masuk oleh keluarga Pak Wahab. Kami duduk di sofa ruang tamu Aku melihat ada beberapa famili yang datang berhajat. Sebahagian besar memang pesakit tetap Pak Wahab. Pak Wahab merawat pesakitnya dengan ayat suci Quran. Sempat aku melihat botol air mineral dan garam untuk dibeli pesakit.

Tiba giliran Sofea, maka aku dan Mak Ija menemaninya duduk di bawah di lantai yang beralaskan tikar rotan belakang sofa. Sudut merawat Pak Wahab hanya muat untuk 5 orang jika duduk rapat-rapat.

Pak Wahab senyum melihat kami. Lantas disiasat simptom-simptom Sofea. Sofea diam. Nampak riak wajahnya cemas apabila diproses Pak Wahab. Lantas ayat-ayat suci dilantunkan. Semasa proses rawatan dijalankan, sempat Pak Wahab bertanya pada aku. Mungkin kerana beliau perasan aku dapat mengikut beberapa ayat yang dibacanya.

“Kitak tauk ayat Bismillah Rabbi Allah Hasbi Allah Tawakkaltu ‘alallah..? (Awak tau ayat Bismillah Rabbi Allah Hasbi Allah Tawakkaltu ‘alallah..?)

Aku membalas,”Tauk!” (Tau!)

“Apa fungsi ayat ya?” (Apa fungsi ayat tu?) Sambil senyum sinis.

Aku mengatakan ayat itu untuk perlindungan. Pak Wahab menyambung.

“Ayat ya pake bukak hijab kitak..cukup seimbas pake nangga apa yang ngaco” (Ayat itu untuk buka hijab kamu..cukup seimbas untuk melihat apa yang mengganggu)

“BISMILLAH , ROBBIALLAH , HASBIALLAH , TAWAKKALTU’ALALLAH,
I’KTASOMTUBILLAH, FAWADHTUAMRII ILALLAH,
MASYAALLAHULAAQUWATAILLABILLAH!’

Ayat tersebut diulang-ulang oleh beliau. Oh ya, korang boleh amal ye ayat di atas. Kata pak cik aku, kalau istiqomah amal ayat tersebut 40 hari berturut-turut sebelum keluar rumah, akan lahir roh yang melindung dari segala bahaya, insyallah.

Ketika rawatan dibuat, aku kembali menyambung ayat-ayat yang aku tau. Yalah. Aku pernah amal Manzil maka aku dapat tangkap sikit ayat-ayat yang dibaca kerana banyak persamaannya. Sofea gelisah namun tiada respon darinya.

Hampir 30 minit, usai rawatan. Pak Wahab sempat menyindir.

“Kita tok..apa yang Nabi sikpolah, jangan polah..” ( Kita ni..apa yang Nabi tak buat..jangan buat..) Senyum beliau seolah-olah tau apa yang aku dah buat. Aku sengih pahit je. Hehe

“Pakei air la..siram air keliling rumahla..sikboleh..jin pandey dari ya.” (Pakai airlaa..siram air keliling rumahla..takboleh..jin bijak dari tu) Sambung beliau.

Aku masih sabar mendengar walau berlainan pendapat. Senyum terpaksa mendengar ceramah percuma yang aku tak mintak pun. Haish.

“Dalam sejarah perubatan Islam dan hal jin tok..Nabi Sulaiman jak dapat merintah jin. Nabi Muhammad pun sikdapat!” (Dalam sejarah perubatan Islam dan hal ehwal jin ni. Hanya Nabi Sulaiman saja yang dapat memerintah jin..Nabi Muhammad pun takmampu!) Aku langsung terkejut!
Kecik hati aku bila Rasulullah diperlekeh seperti itu. Aku nekad. Itulah pertama dan terakhir aku pergi ke rumah Pak Wahab!

Kami balik dengan garam dan air bacaan. Seminggu kami buat apa yang disuruh dan Sofea masih tak berubah. Masih dengar bisikan,sakit badan dan rasa diperhatikan.

….……

Aku pasrah. Hanya Allah yang mampu memberi petunjuk. Aku meminta kepada Allah agar di tunjukkan ahli rawatan Islam yang hebat zikirnya dan sangat kenal pada Tuhannya. Taknak dah jumpa perawat yang tiada adab pada Rasulullah.

Aku terjaga dari lamunan. ‘Ahli rawatan Islam yang sebegitu?’

‘Hah! Pak Shan boleh bantu!’ Teriak hatiku girang.

Aku lantas berjumpa Pak Shan yang sepejabat denganku.

“Pak Shan!” Sapaku kepada Pak Shan yang duduk main phone.

“Oi..pa tek ?” (Oi..apa nya?) Balas Pak Shan yang tugasnya menjadi pemandu syarikat.

Aku mendekati meja Pak Shan.

“Pak Shan. Dolok kitak pernah padah yang kitak penah keja dengan orang nama Pak Haji Adi nak?” (Pak Shan. Dulu awak pernah cakap yang awak pernah bekerja dengan orang yang bernama Haji Adi kan?)

“Aok Fiq. Apahal tek?” ( Ya Fiq. Kenapa ye?) Pak Shan duduk tegak.

“Mintak tolong lok Pak Shan..kitak ada nombor Haji Adi kah?” (Mintak tolong dulu Pak Shan..ade nombor Haji Adi?)

“Ada Fiq. Kenak? Ada hal ka?” (Ada Fiq. Kenapa? Ade hal ke?) Pak Shan menunjukkan minat.

“Juh Pak Shan. Ke belakang opis” Aku mengajak Pak Shan ke tangga belakang ofis.

Pak Shan duduk di atas tangga dan menyalakan rokoknya. Aku hanya melihat asap dari hidungnya.

“Pak Shan. Adik kamek. Kenak gangguan rupa gayanya. Puas berubat tapi lom ada yang ngasi..ya kamek mintak nombor Haji Adi..kitak padahnya bagus nak?” ( Pak Shan. Adik saye. Macam terkena gangguan. Dah berubat banyak kali tapi belum ade yang berhasil..tula sebab saye mintak nombor Haji Adi..awak cakap dia hebat orang nya kan?) Aku memulakan percakapan.

“Bagus Fiq. Murid Abah Anom bah..bagus kau kontek jak Haji Adi” (Bagus Fiq. Murid Abah Anom tu..baik kau kontek je Haji Adi) balasnya.

Aku meremang mendengar nama Abah Anom. Oh ya. Abah Anom ulamak besar Indonesia yang bertaraf dunia ye. Di nusantara memang orang sedia maklum dengan beliau. Lantas aku meminta nombor telefon dan langsung menghubunginya dihadapan Pak Shan.

Aku mendail nombor Pak Adi.

Tut tut

“Hallo!” Telefon dijawab.

“Hello.. assalamualaikum..maap..tok Haji Adi kah?” (Hello.. assalamualaikum..maaf..ni Haji Adi ye?)

“Aok..kenak kah? Sapa tok?” (Ya. Kenapa ye? Siapa ni?)

Aku lantas memperkenalkan diriku dan memberitahu segalanya. Maka Haji Adi meminta aku untuk menghantar gambar dan nama adikku. Aku kembali duduk di meja ofis.

Selang beberapa jam aku terima Whatsapp dari Haji Adi.

Datang embak adik kitak jumpa kamek di rumah lepas Maghrib ( Datang bawak adik awak jumpa saya di rumah lepas Maghrib)

MAGHRIB ITU

Aku, Mak Ija dan Sofea disambut mesra oleh Haji Adi. Orangnya kecil dan ramah. Berpakaian tshirt kolar dan seluar slack. Kami dijemput duduk.

“Sofea..” Haji Adi merenung Sofea.

Sofea senyum gelisah.

“Dudok atas sofa..” Arah Haji Adi.

Adikku duduk di sofa manakala Haji Adi duduk bersila di atas lantai menghadap Sofea.

“Pejam mata kitak! Rapatkan kaki..tangan di atas paha!” (Pejam mata awak! Rapatkan kaki..tangan di atas paha) Lantang suara Haji Adi.

Aku dan Mak Ija hanya melihat. Ini kali pertama melihat kaedah sebegini. Bikin suspens. Hahaha

“Sofea..mata tetap pejam..hati berzikir Ya Latif terus! Mulut diam jak..jangan berkelaka” (Sofea..mata tetap terpejam..hati berzikir Ya Latif berterusan.. diam dan jangan bercakap) Sambung Haji Adi. Sofea angguk faham.

“Embak dirik kitak ke sekolah kitak kinektok” (Bawak diri awak ke sekolah awak sekarang)

Sofea menyambung pelajaran tingkatan 6 di sekolah mubaligh yang terletak di tengah bandar Kuching.

“Nampak?” Tanya Pak Adi. Mata Pak Adi terpejam.

“Gelap..”

“Hantar nur ke sekolah!” Arah Haji Adi sambil menghembus kuat!

“Dah nampak?” Tanya Haji Adi.

Angguk Sofea tanda dia nampak.

“Masuk dalam kelas” Perintah Haji Adi.

Sofea berada di dalam kelas. Hanya dia seorang di malam hari.

“Camne keadaan lam kelas kitak?” (Camne keadaan dalam kelas awak?)

“Kabus tebal…masih gelap..tapi boleh nangga banding tadik” (Kabus tebal..masih gelap.. tapi dah boleh melihat berbanding tadi) Ujar Sofea.

Aku sekali boleh bayangkan berada di dalam kelas yang hanya ada meja dan kerusi kosong dan berkabus tebal. Fuh. Seram.

“Ada nangga sapa-sapa?” (Ada lihat sesiapa?)

Sofea menggeleng kepala.

“Okay. Pegi ke debah tanggak sebelah kelas kitak” ( Okay. Pergi ke tangga sebelah kelas awak)

Sofea keluar kelas dan pergi ke bawah tangga sebelah kelasnya.

“Galik simen lantey tempat kitak diri ya!”
(Gali simen lantai tempat awak berdiri tu!)

Sofea mengangguk.

“Apa yang kitak nampak?” (Apa yang awak lihat?)

Sofea diam. Tiada respon.

“Tulang nak?” (Tulang kan?) Tanya Haji Adi.

Sofea mengerut dahinya. Dan kemudiannya mengangguk perlahan.

“Perintah tulang menjadi bentuk asalnya!” Perintah Haji Adi.

Maka tulang tersebut menjadi bentuk asalnya.

“Apa di tangga kitak?” (Apa yang awak lihat?) Tanya Haji Adi.

“Asuk..tulang ya jadi asuk” (Anjing..tulang tu jadi anjing) Jawab Sofea.

“Okay..hadirkan bomoh dan orang yang nganta tulang asuk ya ngan kitak..mun laki nya seluar puntung itam..mun ompuan berkemban” (Okay..hadirkan bomoh dan orang yang hantar tulang anjing tu kepada awak..kalau lelaki dia berseluar pendek hitam..kalau perempuan dia berkemban)

“Dah..”

“Bomoh dan orang yang anta ya laki ka pompuan? Kenal sik?” (Bomoh dan orang yang hantar tu laki ke pompuan? Kenal tak?)

“Bomoh pompuan..sik kenal..tapi yang anta ya laki..macam kenal jak” (Bomoh pompuan..tak kenal..tapi yang hantar tu laki..macam kenal)
Balas Sofea.

“Ranteykan sidak dengan rantey berapi” (Rantaikan mereka dengan rantai berapi) Arah Haji Adi.

Sofea merantai tiga jasad di hadapannya. Bomoh perempuan, laki muda yang berurusan dengan bomoh dan ilmu tulang anjing. Mereka kesakitan kerna dirantai panas! Semua ini di bawah tangga sekolah!

“Cabut ilmu sidak! Tanam sidak ke 7 lapisan bumi!” (Cabut ilmu mereka! Tanam mereka ke 7 lapisan bumi!) Perintah Haji Adi.

Keluarlah segala ilmu dari semua yang dihadirkan dan dikembalikan pada Maha Pencipta. Dalam keadaan sakit, kosong ilmunya dan dipenjara di lapisan bumi paling dalam!

“Sofea..masuk ke kelas! Carik kitakpun dudok lam kelas!” (Sofea..masuk ke dalam kelas! Cari diri awak yang duduk di dalam kelas!)

Sofea melilau kiri dan kanan. Ah! ‘Nampak!’ Getus hati Sofea apabila berjumpa dirinya sendiri duduk di kerusi kelasnya.

“Tangga rupa kitak..gine rupa kitak?” (Tengok keadaan awak.. macam mana keadaan awak?) Tanya Haji Adi.

Sofea mulai sedih. Riak mukanya kelihatan sugul.

“Sik terurus..sedeh rupanya” (Tak terurus..sedih rupanya) Jawab Sofea.

“Suruh kitak yang dudok ya tuka baju paling bersi..paling kacak” (Suruh awak yang duduk tu tukar pakaian paling bersih..paling cantik)

Lantas Sofea yang ‘berjalan’ mengarahkan Sofea yang duduk di hadapannya menukar pakaiannya ke pakaian yang paling cantik dan bersih. Dalam sekelip mata Sofea yang sedang duduk berpakaian baju kurung dan tudung serba putih. Auranya bersinar dan positif dengan wajahnya gembira.

“Peluk dirik kitak ya dan bersatu kembali” (Peluk diri awak dan bersatu kembali)

Sofea pun memeluk dirinya dan bersatu. Sofea menangis. Agaknya sedih melihat dirinya sendiri.

“Bukak mata kitak” (Bukak mata awak)

Sofea membuka mata. Lantas Haji Adi menghantar nur yang bertindak sebagai tenaga positif ke seluruh badan Sofea.

“Camne rasa kitak?” (Camne perasaan awak?) Tanya Haji Adi.

“Ringan..lamak dah sik rasa camtok” (Ringan. Dah lama tak rase camni) Sofea kelihatan bertenaga dan ceria. Dah lama tak tengok Sofea yang begini. Aku bersyukur. Alhamdulillah.

Kami berborak pendek selesai proses rawatan Sofea. Berkata Haji Adi, “Ilmu tulang asuk mun lambat boleh…” (Ilmu tulang anjing kalau lambat boleh…) Sambil membengkokkan jari telunjuknya. Bersyukur sangat dapat jumpa Haji Adi.

Haji Adi memandang kami lalu berpesan.

“Kenali diri, kenali Alah dan zikir”

Aku masih ingat pesan beliau. Balik dari situ aku mula menghubungi Haji Adi untuk belajar dengannya kerana niat untuk berjaga-jaga. Beliau tak lokek ilmu. Sering kami berwhatsapp dan telefon untuk menjawab segala permasalahan jika ada kes rawatan yang aku buntu. Semenjak itu juga, Haji Adi menyuruh aku ikut Usman untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam dunia rawatan.

Moga Allah limpahkan rahmat berterusan ke atas beliau ,keluarga dan kalian yang membaca kisah ini. Salam dan selawat!

Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit

SyafiqFathi
Sofea-Permulaan kepada Perjalanan
9.5 (95.05%) 97 votes

30 comments

  1. Haji Adi tu tinggal mana? Dulu saya selalu kena gangguan, dirawat oleh Haji Hashim, Imam di Gita tu. Kemudian saya ke Darussyifa’. Kesian ustaz-ustaz kena tendang aje ngan saya. Akhirnya saya mohon balik ke Semenanjung.

  2. btl la org tu ckp nabi mmg xleh perintah jin. jengkel akal ko ni. nabi sulaiman dpt kelebihan sbb dia doa. jgn sampah sgt bro . tu realiti bkn dia perlekeh kan

    1. hahahaa..kalau aku kau sampahkan..kau lagi sampah..kau tak tau ke..segala mukjizat para nabi..rasulullah jugak ada dan boleh buat..malah ada mukjizat yg xda pada para nabi ada pada rasulullah..kenal rasulullah betul2 bro..kau umat Rasulullah..

  3. nape pulak aku x mgaji? kau igt islam hanya ada syariat? ngaji lagi..aku xpenah kata nabi sulaiman x boleh perintah jin..memang itu mukjizat bgainda nabi sulaiman..haha..aku nk tekankan..rasulullah mmapu buat lebih dari tu..tu je..kau x kenal nabi ke? malu bro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.