Kerajaan Hijau Sungai Sibu

Hai semua. Terima kasih kepada yang mengikuti kisah Kak In dan Kak In 2 dan memberi sokongan baik. I love you full. Hahaha. Oh ya. Kali ini aku skip dulu kisah-kisah dan pengalaman aku dalam dunia rawatan mistik. Aku berniat nak cerita mengenai pak cik aku iaitu adik kepada mak aku. Kita panggil dia Pak Mad. Pak Mad ni kacak macam Red Indian dan di anugerahkan kelebihan semulajadi semenjak kecil. Anugerah Pak Mad ni lebih ke arah dunia ghaib ye. Aku kongsi dulu satu cerita pendek. Kali ini aku cuba bercerita dalam bahasa Melayu Sarawak serta terjemahan ye. Jum!

Malam itu aku duduk lepak di rumah Pak Mad. Suhu malam itu sederhana lah. Tak sejuk , tak panas. Aku ketika tu bujang lagi. Antara tabiat aku ketika itu adalah menziarahi Pak Mad jika ada masa terluang atau bosan.

“Pak Mad, kaset Misfits ariya kamek pinjam oh.lagu sidak best. Hehe ( Pak Mad, kaset Misfits aritu saya pinjam ye..lagu diorang best)

Pak Mad yang duduk mengadap grill pintu belakang rumahnya terus menoleh ke arah aku. Rokok Era masih menyala di jarinya.

“Aaa..boleh bang..pakey jak bang..mun nak minjam kaset ACDC ka..Black Sabbath..boleh..ada “( Boleh je bang..pakai jer..kalau nak pinjam kaset ACDC ke..Black Sabbath. Boleh..ada) Terang Pak Mad kepadaku. Anaknya Biary berlari-lari girang dengan permainan Thomas and Friendsnya.

Pak Mad dengan baju singlet Iron Maiden nya menghirup kopi O panas. Begitulah Pak Mad, rockers sejati. Hehehe. Aku duduk menghayati pemandangan belakang rumah yang di hiasi taman permainan kanak-kanak. Daun-daun bergerak perlahan ditiup angin sejuk.

“Bang..” Panggil Pak Mad.

Aku mengangkat kepalaku dari menghadap handphone burukku.

“Pernah nangga bunian?”(Pernah tengok bunian?) Tanya beliau lembut. Rokok dimatikan apinya di ashtray hitam pekat.

“Sik pernah..kenak ka? “(Tak pernah.. kenapa?) Tanya ku kembali. Aku mulai menunjuk minat. Pak Mad ada 3 mood. Mood rock, mood agama dan mood mistik . Malamni mistik mood is on. Haha

Pak Mad tersenyum. Menghirup kopi O panas nya sekali lagi.

“Pernah dolok..zaman Pak Mad di Sibu dolok..gik bujang…” (Pernah dulu..zaman Pak Mad di Sibu dulu..masih bujang..)

Diam sekejap. Lantas Pak Mad menyalakan rokok yang entah batang ke berapa.

“Pak Mad pernah jumpa sigek kerajaan dasar sungei Sarawak” (Pak Mad pernah jumpa satu kerajaan dasar sungai)

“Kerajaan Ijo!”(Kerajaan Hijau) Senyum Pak Mad.

SIBU TAHUN 80an

Pak Mad santai-santai di dalam bilik bujangnya yang penuh dengan poster band-band hardrock dan heavymetal kegemaran beliau sementara menunggu waktu Asar.

Pak Mad bersandar dengan kain pelikat dan tshirt di atas katil beliau sambil berzikir dan memikir kebesaran Allah Taala. Pak Mad tak ada plan nak keluar kemana-mana haritu. Hanya berehat menunggu Asar rancangannya. Mungkin ada mesyuarat untuk keluar bersama jemaah tabligh malam sikit.

Sedang duduk bersandar dan tasbih di tangan, matanya berat. Ngantuk bukan kepalang. Poster White Snake ditatapnya dan..Pak Mad terkejut. Umpama mimpi dan separuh sedar!

Muncul segerombolan lelaki dan wanita berpakaian Melayu tradisional keluar dari dinding berbaris dihadapan Pak Mad! Mereka berbaris dalam 2 barisan umpama menyambut raja datang!

Menurut Pak Mad, wanita-wanita yang hadir ketika itu berselendang dan menabur bunga dari bakul manakala para lelaki memegang tombak.

Belum sempat pun hilang perasaan keliru dan gelisah dengan keadaan tersebut, tiba-tiba..

“Assalamualaikum..”

Lafaz salam lembut yang datangnya dari dua orang gadis yang tak ubah perwatakan dan penampilan nya seperti puteri raja. Menurut Pak Mad cantiknya gadis berdua itu kalau dihimpun gadis-gadis yang ada di dunia, gadis berdua tersebut jauh lebih cantik!

“Waalaikumussalam” Jawab Pak Mad. Mata Pak Mad terbuka luas seakan tak percaya dengan apa yang dilihatnya ketika ini.

“Kamek datang tok nak nyeruk kitak..nyeruk kitak ke tempat kamek..arap kitak sudi ke tempat kamek” (Saya datang ni nak jemput awak. Jemput awak ke tempat saya. Harap awak sudi lah ke tempat saya ye) Pelawa salah seorang dari gadis berdua.

‘Mungkin kakaknya’ Getus hati Pak Mad.

“Sapa kitak orang tok oh? Boleh kamek tauk?” ( Sapa korang ni ye? (Boleh saya tau?) Pertanyaan dari Pak Mad.

“Ekot jak dolok. Lepas tok kitak akan tauk semua tentang kamekorg” (Ikut je dulu. Lepas ni awak akan tau segalanya tentang kami) Balas si kakak.

Pak Mad setuju. Mengiakan saja permintaan kedua gadis cantik tersebut. Dari pemakaian mereka berdua, berkebaya sutera nampak mahal, tak mustahil mereka berdua adalah bangsawan atau puteri raja.

Entah bagaimana dan bila, Pak Mad dan rombongan sampai di tepi Sungai Sibu. Pak Mad gelisah.

‘Sine sidak tok nak ngembak aku kah?'(Mana diorang ni nak bawak aku?) Monolog Pak Mad. Risaunya bukan kepalang.

Seakan memahami apa yang tersirat dihati Pak Mad langsung si kakak menerangkan, “Iboh kitak bingong..baca ayatul Kursi..jangan putus. Terus baca dan yakin” (Usah awak risau..baca ayatul Kursi..jangan berhenti. Teruskan bacaan dan yakin)

Belum sempat Pak Mad bertanya, sorang demi sorang mulai masuk ke dalam sungai. Di mulai dengan puteri berdua.

Pak Mad akur. Pak Mad memulai bacaan Kursi tanpa henti. Kaki sudah tenggelam. Apa bila air sudah ke paras tekak langsung mata dipejam.

Pulp!

Pak Mad membuka mata. Benar! Dia bernafas seperti biasa! Subhanallah! Jika sudah izin Maha Berkuasa, tiada istilah mustahil.

Mereka sampai ke dasar sungai selepas beberapa ketika. Pejam celik sudah pun berada di hadapan tamadun juga kerajaan yang mendiami dasar sungai. Sungguh indah! Rupanya wujud dan nyata umat yang menguasai dasar sungai.

Bangunan-bangunan dan rumah-rumah semuanya hijau. Tiada satu pun yang berwarna bukan hijau. Warna hijau, warna syurga! Gerbang masuk ke kerajaan juga tidak terkecuali.

Setelah melepasi gerbang besar ke bandar dasar sungai tersebut. Berdiri di hadapan mereka sebuah istana besar lagi mewah! Ini kali pertama Pak Mad melihat istana seperti itu!

Pintu dibuka luas oleh pengawal yang berbusana ala Melayu tradisional. Terang benderang keadaan di dalam istana tersebut. Dalaman istana juga temanya hijau. Para pengiring membuat dua barisan agar Pak Mad dan dua puteri tersebut mampu bergerak ke hadapan mengadap raja.

Di hadapan mereka tersergam batu besar yang diselimuti lumut. Agak pelik rupanya. Adakah itu batu bersejarah? Monumen? Itu tidak pasti.
Kedua puteri berhenti di hadapan batu tersebut. Lantas Pak Mad yang di belakang puteri berdua menunggu langkah seterusnya.

‘Sapa gik nak di tunggu tok? Hm’ (Nak tunggu sapa lagi ni?) Pak Mad termenung sekejap.

“Assalamualaikum…” suara lantang datang dari arah hadapan.

Pak Mad tercari-cari dari siapakah salam tersebut. Tiada sesiapa kecuali batu berlumut tersebut.

“Selamat datang ke kerajaan kamek..kameklah raja di sitok” (Selamat datang ke kerajaan beta..betalah raja di sini)

Rupanya..batu besar berlumut tersebut yang bercakap!

Lantas salam di jawab. Raja tersebut meneruskan dialognya.

“Kamek jemput kitak datang tok sikda maksud lain..hanya untuk berkenalan..untuk menyambung hubungan kamek dengan kitak dari zaman nenek-nenek kitak lagik” (Beta jemput awak datang ni tiada maksud lain..hanya untuk berkenalan..untuk menyambung hubungan beta dengan awak sejak zaman nenek moyang awak lagi) Ucap raja tersebut.

“Nenek-nenek?” Tanya Pak Mad.

Batu tersebut memang seakan batu berlumut besar biasa. Tidak di ketahui mana wajah,tangan juga kemaluan. Tak ubah seperti batu biasa .

Raja meneruskan percakapannya.

“Sebagai tanda kamek berterimak kasih dengan kedatangan kitak..kamek ajar kitak 3 baris ayat tok.. insyaallah. Andai di sine pun tempat berair..kamek akan datang mun kitak seru ayat tok” (Sebagai tanda terima kasih beta kepada kami..beta ajarkan kamu 3 baris ayat ini.. insyaallah..jika di mana pun kawasan perairan. Beta akan datang jika kamu seru ayat ini) Langsung si raja mengajar ayat tersebut.

Pak Mad hanya mengangguk dan lebih banyak mendiamkan diri.

“Anak-anak, anta balit tetamu kita tok dengan selamat” (Anak-anak, hantar balik tetamu kita ini dengan selamat)

Kedua perempuan tadi mengangguk. Maka benarlah mereka berdua puteri hatta anak raja tersebut.

“Mun umor panjang, arap dapat jumpa lagik” (Kalau umur panjang, harap boleh kita berjumpa lagi) Raja seolah mengucap selamat jalan.

Lantas Pak Mad seolah tersedar. Masih dalam keadaan duduk di katil. Namun, basah dna berbau sungai!

Pak Mad menoleh ke dinding yang bertampal poster White Snake. Kelibat dua puteri memberi belakang mereka masuk ke dinding dan beransur hilang.

Tok! Tok!

Mak Ija mengetuk pintu dan menjengah masuk bilik.

“Mad, tolong beli barang..eh? Kenak kau basah Mad?” (Mad, tolong beli barang. Eh? Kenapa kau basah Mad?) Tanya kakak Pak Mad.

Pak Mad terkebil-kebil. Adakah tadi itu mimpi? Separuh sedar? Tapi kenapa badannya basah kuyup? Bau sungai pulak tu.

Cerita ini diperakui Mak Ija. Aku sempat bertanya kepada Mak Ija. Mak Ija masih ingat dengan jelas insiden ini. Mak Ija membenarkan cerita tersebut kerana matanya sendiri melihat adiknya basah kuyup seolah baru balik berendam dalam sungai.

Sempat juga aku bertanya apakah ayat tersebut? Pak Mad hanya tersenyum. Tanda beliau tidak bersedia untuk berkongsi. Haha. Mungkin ada sebabnya. Wallahualam.

Ambik iktibar bahawa makhluk selain manusia wujud dan tak semua boleh kita lihat,sentuh dan fikir dengan akal. Sesungguhnya Allah Maha Kaya! Alam yang Allah cipta berpuluh ribu. Maka sedarlah dimana hakikat diri kita sebagai hamba yang kerdil.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

SyafiqFathi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 5]

4 thoughts on “Kerajaan Hijau Sungai Sibu”

  1. Nice story. Rindu juak mok kelakar Sarawak sejak balit semenanjung. Rasa nak tergelak jugak time Mak Ija terkejut anak dia basah kuyup kat bilik hihi. Jangan lupa share lagi.

    Reply
  2. Dh mcm aquamen pnya cerita la plk. Tp aku percaya je. Sbb peperangan besar yang terakhir adalah peperangan yang akan menentukan segalanya. Ianya bukanlah peperangan antara Islam dan Yahudi tetapi peperangan antara yang menyembah Tuhan dan sebaliknya.

    P/s: Jgn igt cerita thanos tu rekaan je. Ada agenda disebaliknya.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.