Kak In

Salam Fiksyen Shasha. Aku syafiq. Ni pengalaman aku dalam alam mistik yang hampir keseluruhan adalah benar. Maaf panjang. Kalau di buat bersiri pun boleh.

Sihir dan guna-gunaan. Pelik bukan? Tapi itulah yang berlaku hatta di zaman Whatsapp yang rata-rata kegunaan manusia hari ini. Demi nafsu dan kepuasan yang hitamnya pekat di qalbu. Ya. Demi kepuasan.

Seperti hari kebiasaan yang cliche, balik kerja tepat 5.30 petang tanpa menunggu seminit lebih pun. ‘Ah! Bukannya dapat apa pun balik lewat,’ getus hatiku. Sampai saja luar ofis,muncul kelibat Waja usang berada di hadapan aku. Mak Ija dah sampai. Itulah rutin Mak Ija jika perlukan kereta. Dia akan pinjam kereta dan di sebelah petangnya akan pickup aku di ofis dan barulah di hantar pulang.

“Abang, Mak Ija dapat panggilan dari Pak Wali. Anaknya yang kembar tu sakit.” Abang tu panggilan keluarga untuk aku.

“Aik? Yang mana satu sakit?” Tanyaku lagi.

” Kak In.” Pendek saja jawapan Mak Ija. Kak In ada kembar. Namanya Dek Na. Dua-dua comel. Oops. Gurau.

Malam itu aku dan adik aku, Faruk menunggu di rumah nenek kami kira-kira jam 9. Agak lama menunggu hingga sempat aku lelapkan mata untuk satu jam lamanya. Aku terbangun. Penat menunggu. Lantas Mak Ija menelepon Pak Wali. Rupanya mereka di masjid berdekatan. Singgah sebab Kak In kerasukan. Yang lebih teruk adik bongsu lelakinya juga kena, Amir.

Pukul 11 lalu, mereka sampai. Pak Wali sekeluarga memujuk Kak In. Dia berkeras untuk tidak masuk ke rumah. Manakala Amir pengsan.Aku dan Faruk lantas memujuk Kak In. Pak Wali membaringkan Amir di sofa ruang tamu.

“Huhhh..grrrr..”, dengus sambil menjeling si Kak In. Gadis usia baru awal 20an itu duduk atas sofa sambil memerhati tajam setiap dari kami. Aku duduk bersila. Faruk di belakang. Sentiasa bersedia dengan tasbih hitam merah di tangannya. Mataku merenung matanya dengan lembut.

“Siapa di dalam?” tanya ku.

Diam.

“Siapa di dalam jasad Kak In ini?”

Mendengus dan jeling tajam saja jawapan dari Kak In. Walau kami tahu bukan Kak In sebenar. Aku sempat menoleh ke belakang. Faruk pula di masa yang sama memproses Amir. Amir mulai sedar. Kakinya kejang. Diurut Faruk sambil membaca ayat suci. Dilanjutkan soalan demi soalan kepada Kak In. Siapa yang punya dalang, mana asal, ilmu apa yang diguna pakai. Akhirnya, yang merasuki jasad Kak In mulai menjawab.

“AKU NAKKAN DIA!”

Kami terkejut. Rupanya ada lelaki suka pada Kak In. Namun ditolak cara baik tetapi tetap tidak dapat diterima oleh lelaki tersebut. Berkenalan ketika melanjut pelajaran diploma di sebuah kolej di pantai timur. Sempat juga famili bercerita ketika itu.

Aku bertanya selepas mendapat ilham dari Allah, ” Kau guna ilmu mayat bukan?”

Tiada respon. Hanya jelingan tajam.

“Ilmu mayat bukan?”

Kak In mengangguk perlahan.

Lantas aku berdiri dengan kudrat yang ada.

“AKU HADIRKAN BOMOH,ORANG YANG BERURUSAN DENGAN BOMOH DAN MAYAT YANG DIGUNA! HABIS SEMUANYA!”

Kak In langsung pengsan.

“AKU HADIRKAN MAYAT YANG DIGUNA! AKU BERSIHKAN DENGAN NUR! BERSIH SEMUANYA DARI ILMU YANG SALAH!

Barulah aku dan Faruk bergegas melihat keadaan Kak In yang pengsan di sofa. Segala penyakit ditarik dan dihantar tenaga kembali kepada Kak In.

SEMINGGU SELEPAS KEJADIAN

Sedang khusyuk menaip dokumen yang diperlukan boss, aku terkejut. Ringtone Smells Like Teen Spirit berkumandang dari phone aku .

‘Ebi calling?’

Aku menjawab.

“Hello abg Syafiq.”

“Hello Ebi. Ada apa ye?”

” Kak In..Hm..Terkena lagi. Tak sedar sejak malam tadi sampai petang ni.”

“Allah. Baik. Malam ni abang ke rumah.”

Malangnya aku tak dapat teruskan operasi maka aku serahkan pada adikku Faruk yang bekerja sebagai inspektor sebuah jabatan kerajaan. Faruk merujuk kepada Usman, ketua pasukan kami Geng Operasi Malam yang mana geng ni takpernah tolak kalau dihidangkan Western Talam. Licin.

Menurut Faruk, Kak In kali ini dirasuki entiti berupa ibu dan budak lelaki. Faruk buntu dan meminta proses rawatan dihentikan kerana Kak In terlalu lemah untuk di proses. Maka beberapa hari selepas itu, kami berlima iaitu Faruk, Usman, Aeril dan Awie berkumpul di rumah Haji Adi iaitu guru kami yang juga ayah kepada Usman. Kami Geng Operasi Malam dijanjikan agar bertemu disitu.

Saat Pak Wali sekeluarga masuk ke rumah Haji Adi, Kak In bukan dirinya lagi. Kebetulan malam itu, banyak pesakit yang nak di proses. Maka Usman mengarahkan kami pecahkan tugasan. Masing-masing merawat pesakit yang datang. Aku dan Faruk memilih untuk merawat Kak In. Kak in duduk di kerusi sambil mukanya masam dan marah.

“Siapa di dalam?” Tanya aku. Faruk sibuk membacakan doa pada air botol.

“Huh!” Dengus jin yang merasuk Kak In.

Tiba-tiba Kak In pengsan. Kami terkejut. Sesaat dua bangun kembali menjadi budak lelaki yang penah Faruk ceritakan pada kami.

“Tak penah tengok rumah ni. Hehe”, ujar Zun yang merasuk Kak In.

Jin budak membahasakan dirinya ‘Zun’. Karakter Kak In memang tak ubah seperti kanak-kanak. Senyum ceria sambil melihat kiri kanan.

“Tak pernah?” Tanyaku.

Zun geleng kepala. Senyum.

“Zun, apa sebab awak rasuk Kak In?”,langsung aku menanya Zun.

“Sebab saya tengok ada orang masuk. Jadi saya ikut je la. Hehe.”

“Oh. Zun agama apa? Islam?”

Aah. Islam”, ujar Zun sambil melihat ke semua yang hadir.

“Zun, kalau Islam, jangan pernah ganggu orang lain. Nabi kita larang tau. Tak boleh!”

“Tak boleh?”

“Tak. Keluar ye?” Pujukku.

Zun setuju. Alhamdulillah. Kak In pengsan lagi. Tanda Zun keluar dari jasadnya. Mungkin Zun pergi jumpa emaknya. Walahuallam.

Kali ini Kak In bangun dan bermuka serius. Kak In buka bunga silat dan mengajak aku beradu kekuatan.

“LAWAN AKU!” ajak Kak In.

Aku menolak dan mengatakan aku tidak pandai bersilat. Aku mengajaknya berbual dan memujuknya keluar dari badan Kak In. Setelah 15 minit memujuk juga menyiasat. Rupanya yang bersilat itu lelaki separuh abad. Muslim. Berniat menjaga Kak In dari segala gangguan. Kenal sebab Kak In pernah berubat dengan pak cik tu.

Pujukan demi pujukan.

Pujukan berjaya setelah aku usaha nasihatkan agar dia keluar dan taubat. Setelah dia melihat kalimah suci di dalam diri Kak In.

Buat kali ke berapa entah. Kak In rebah dalam keadaan duduk atas kerusi. Ketika itu Usman, Arel dan Awie meruqyah mereka yang berhajat. Kelihatan Amir juga diproses oleh Arel dan Usman. Dan beberapa orang pesakit baru selesai diproses. Terlihat seorang pesakit muntah dalam baldi. Hanyir. ‘Sihir’,bisik hatiku.

Faruk mengejutkan Kak In. Pak Wali dan istri, Mak Wa sayu melihat Kak In. Mana taknya, semenjak 2 tahun lepas pelbagai usaha dibuat untuk pulihkan anak gadis mereka sejak pulangnya Kak In dari pantai timur.

Tenang. Suasana senyap. Bak kata budak zaman sekolah aku dulu ada malaikat lalu. Usman dan lain selesai merawat. Kak In minum air doa Faruk. Jam sudah pukul 10.30 malam.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam”, jawab kami semua.

Rupanya tuan rumah yang balik, Haji Adi. Semua kami bergegas salam tangan beliau. Beliau senyum mesra dan terus ke bilik. Haji Adi dan isterinya baru balik zikir jemaah mingguan. Beliau semenjak ini fokus kepada khidmat gurunya dan menyerahkan kes rasuk dan sewaktunya kepada Usman dan kami yang menuntut ilmu darinya.

“Kak In”, panggilku.

“Ye?”

“Dah sedar?”

Kak In angguk sambil mengatur purdahnya.

“Kali ni kita usaha lebih lagi ya? Abang akan bawak awak berjalan,”Jelasku. Dan Kak In terpinga-pinga. Kurang memahami maksudku.

Sambungku lagi,” Takpa. Pejam mata dan tenang. Jangan sesekali bukak mata tanpa arahan.”

Dia akur dan langsung pejam mata.

“Rileks ye.. kosongkan fikiran. Lembutkan badan . Kedua tangan di atas paha. Dan zikir dalam hati berterusan. Jangan putus zikir. Dalam hati ye. Hanya di dalam hati..mulut tidak melafaz”.

Kak In mengangguk. Suasana makin senyap. Usman memantau dari sofa yang kira-kira 10 langkah sebelah kiri aku dan Faruk. Faruk berzikir meminta bantuan dari Allah. Umpama generator dalam kumpulan ketika ini.

Awie dan Arel diam. Penat agaknya selepas merawat tetamu yang datang. Famili Kak In juga diam dan fokus ke arah Kak In.

“Kak In. Ikut apa yang abang lafaz di dalam hati”

“Asyhaduanlaa ilaa haa illallah..wa asy hadu anna Muhammadar Rasulullah”, lafazku nyaring.

“Sekarang..kamu pergi ke rumah kamu di kampung. Terus zikir di hati.”

Kak in diam.

“Nampak rumah?” Tanyaku.

Masih diam dari pihak Kak In.

“Sekarang boleh bercakap ye..abang tanya..boleh jawab dengan mulut,” ujarku.

Kak In membalas, “Dah di depan rumah ni..gelap.”

“Mintak dengan Allah. Mintak nur..terang..jelas.. nyata..zikir.”

Kak In nampak lebih tenang. Fokus.

“Kak In..perintahkan mereka yang menjadi punca ke atas sakit kamu hadir di hadapan kamu..sujud..lemah..malu serta habis ilmunya kosong!” Tegasku.

“Dah.”

“Sudah? Ada sesiapa yang hadir?”

Kak In mengerut dahi. ” Ada 2 lelaki. Sorang tua. Sorang lagi muda..hm.”

“Kak In kenal?”

“Kenal keduanya”

“Siapa mereka?”

“Lelaki tua tu lelaki yang ajak silat tempoh hari..cuma kali ni dia lebih lemah..yang muda tu..ermm..dia pernah berniat melamar..tapi saya tolak cara baik.”

“Tanya mereka..apa hajat..ilmu apa yang di pakai..mana asal mereka..tanya!”

Agak lama mendiam diri. Kak In memberitahu mereka enggan menjawab.Aku perintahkan Kak In cabut ilmu dan tanam mereka berdua dalam 7 lapisan bumi.

“Sekarang dua orang yang menjadi punca sudah kita selesaikan..Kak In.. masuk ke rumah dan cari punca yang lain..kita khuatir masih ada punca yang lain.”

Maka Kak In pun berjalan memeriksa seluruh rumahnya.

Tiba-tiba..

“Abangg.. Ada pocong..hodoh,” Kak In mula menangis ketakutan.

“Kak In..tenang..rantaikan pocong..jangan ta…”

Belum sempat aku habiskan ayat aku langsung Kak In rebah.

Panik.

3 saat kemudian. Kak In berdiri tegak!

Dia mula meloncat! Meloncat kecik! Umpama pocong. Aku buntu.

Kak In semakin menghampiri aku. Loncatan demi loncatan. Tapi aku masih kaget dan hanya mampu memerhati dia yang semakin hampir.

Lantas hero kami Faruk menjerit, “Wahai rantai! Ikat dia!”

Kak In terjatuh seumpama ada rantai yang mengikat seluruh tubuhnya. Pengsan. Maka aku meminta pandangan Usman. Usman mengatakan apa yang di ilham maka teruskan.

“Ebi!”

Aku mendapat ilham.

Ebi terus menoleh ke arahku. “Ye abg?”

“Tolong Kak In awak ye? Buat macam abang buat kat Kak In.”

“Tapi..Ebi takut lah.”

“Jangan takut. Kita ada Allah.” Tatapku ke arah Ebi. Aku faham. Yelah. Budak baru habis SPM. Manalah dia faham.

Aku pandukan Ebi dengan method yang sama seperti aku guna ke atas Kak In. Rupanya Ebi lebih telus pandangannya ketika berjalan. Seolah-olah famili ini dikurniakan kelebihan yang luarbiasa. Yang tak bisa difikir dengan logik akal.

Namun..

Ebi juga gagal menyelesaikan pocong yang ada di rumah mereka. Katanya pocong tersebut luarbiasa kuat. Maksudnya, ada punca lain yang belum Allah tunjukkan pada kami. Terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi. Kami terpaksa tangguh kerana malam semakin lewat.

Cabaran baru untuk Kak In juga untuk pihak kami. Kes seperti mengajar kami bahawa yang menyelesaikan semua masalah hanya Allah. Kami tiada wujudnya. Hanya Dia. Haq!

BEBERAPA HARI SELEPAS ITU

Beep !

Salam semua. Malam ni kita ke rumah Kak In. Mungkin juga rumah menjadi puncanya

Ah. Whatsapp dari Usman untuk group Geng Operasi Malam. Baru dapat arahan dari Usman selepas beberapa hari selepas proses di rumah Haji Adi.
Aku minta izin kepada boss untuk balik awal sikit agar dapat aku sedia apa yang patut. Untuk famili. Ya , famili. Pak Wali tu sepupu ibu ku. Blood.

Malam tu aku gerak ke rumah Usman. Memang dah berjanji berjumpa di situ. Aku berborak dengan Usman sementara menunggu Awie dan Arel. Mereka lewat sedikit sebab mereka ni sibuk jugak dengan group qasidah mereka. Agak terkenal di Kuching ni dan sering dijemput untuk majlis-majlis yang memerlukan. Oh ya, kali ini Dolah bersama kami. Abg ipar Usman merangkap murid Haji Adi

Kami bergerak dengan satu kereta ke rumah adik aku, Faruk. Dari situ pulak kami ke Serian. Kampung Pak Wali disitu. Perjalanan dari Padawan ke Serian 40 minit. Pukul 11 malam kami sampai. Pak Wali tersenyum melihat kedatangan kami. Kami pun dijemput masuk dan pergi ke ruang tamu.

Kak In pula masih baring. Tak sedarkan diri. Maka Usman membaca sesuatu agar Kak In di kembalikan rohnya. Kak In kembali sedar. Dia menoleh kira dan kanan.

“Eh, sapa tu mak?” Kak In menuding ke arah Faruk.

Kami gelak. Adoi. Buat lawak pulak Kak In.

“Eh, anak sapa ni mak?” Bayi kepada sepupu nya pulak yang ditanya.

Okay. Rupanya Kak In hilang ingatan ! Ingatannya pada tahun 2015. Kak In hanya kenal ibu ayah dan adik beradiknya. Maksudnya, yang wujud pada tahun 2015!

Usman memanggil kami. Mesyuarat pendek. Ringkas tapi padat. Dipecahkan kami pada tugas masing-masing. Arel dan aku di arahkan memantau rumah dan memberi peringatan kepada jin yang ada di rumah. Usman, Faruk dan Dolah berganding memeriksa Kak In. Awie sebagai scanner.

Kak In kembali pengsan. Dolah dan Usman berada di kaki dan kepala Kak In. Aku sempat melihat. Manakala Arel terus membaca peringatan.

“JIN JIN YANG ADA DI DALAM RUMAH INI..TAK KIRA MANA SUDUT…BERKUMPUL DALAM SATU IKATAN! ” Lantang Arel membaca ikrar tersebut.

Kak In langsung berdiri. Matanya terbuka luas. Cuba menghampiri Arel. Seakan mahu memberhentikan Arel. Arel pula khusyuk tidak sedar rancangan Kak In. Lantas aku berlari dari belakang dan memegabg kepalanya sambil menghembus! Rebah.

Kira- kira 15 minit..

Kak In kembali sedar. Namun masih hilang ingatan.

Maka Usman mencadangkan agar Kak In ‘berjalan.’

Kak In di jalankan dengan kondisi ingatan yang masih di tahun 2015. Kak In seperti baru belajar ‘berjalan’. Yelah. Mana taknya. Memori 2015.

“Kak In, kali ini fokus. Kita cari semua punca yang ada! Ingat! Mesti yakin!”

Kak In yang memejam mata dan duduk di atas kerusi itu mengangguk.

Proses ‘berjalan’ bermula.

“Di mana sekarang Kak In?” Tanya Usman.

Dolah membantu sebagai CCTV di alam yang Kak In berjalan. Monitoring activity.

“Saya di kubur arwah datuk.” Jawab Kak In.

“Rindu. Walau takpernah jumpa..sini tenang sangat” Sambungnya lagi.

“Buat apa di sana? Balik ke rumah.” Tegas Usman.

“Kejap..atuk ada..diaa..dia bagi nasihat..”

“Nasihat apa?”

“Agar jangan pergi ke sini lagi..teruskan kehidupan..”

“Baik. Sudah? Kalau dah.. kembali ke rumah!”

Kak In mengangguk.

Rupanya Kak In sentiasa ‘pergi’ ke kubur arwah datuknya. Bila-bila dan di mana saja. Hakikatnya, mereka tak pernah jumpa. Datuknya meninggal sebelum Kak In dilahirkan lagi. Dengar cerita datuknya dulu juga hebat merawat sakit mistik.

“Kak In! Perintahkan semua punca ke atas apa yang menimpa awak hadir di hadapan awak! Dalam keadaan mereka lemah tanpa ilmu..dalam keadaan di rantai!” Umar memerintah Kak In.

Kaget! Muka Kak In jelas riak ketakutannya.

“Kak In..kenapa?” Tanya Usman.

“Saya nampak perempuan. Puteri. Cantik..” Kak In kembali ceria dan senang

Dolah membalas,” Kak In, jangan tertipu..saya tunjuk rupa sebenarnya…huh!” Hembus Dolah.

Kak In kembali takut. Dia menangis.

“Buruk..mukanya buruk..tolong..takuutt..” Kak In merayu pertolongan.

Wajah asalnya kontra. Sekarang di hadapan Kak In nenek tua serba hitam. Tak ubah seperti nenek kebayan!

“Awak pernah ke gunung? Saya nampak puncanya seakan gunung” Tanya Dolah.

“Pernah. Zaman study..hiking.”

“Baik. Betullah firasat saya. Hantar nenek tu kembali ke gunung tersebut. Dan jangan pernah kembali!” Dollah menegaskan sambil matanya terpejam.

Bumbung berbunyi. Tak tak tak!

Rumah seakan bergoyang. Kami pelik.

Kak In berjaya! Senyuman Kak In menunjukkan dia berjaya.

Usman meminta Faruk mengganti Dolah. Dolah meninjau keadaan luar rumah.

Faruk pegang kepala Kak In.

“Macam nak nikah je main pegang kepala ni..hehehe” Sakat Kak In.

Kami tergelak. Timbul situasi lawak selepas lama serius tegang.

Kak In yang sekarang pemalu. Sebab tu berpurdah. Kak In 2015 orangnya nakal. Kuat usik orang. Waktu tu belum pakai purdah.

Faruk kembalikan semangat juga ingatan seperti sedia kala. Di hembus kuat oleh Faruk menandakan masuknya semangat Kak In.

Kak In malu. Terus menutup muka. Tanda Kak In 2018 dah balik.

Kami berkumpul di luar untuk tugasan akhir.

“Panas kan 4 paku ni..kemudian pasakkan ke empat penjuru luar rumah.” Kata Usman kepada kami. Masing-masing memanaskan paku dengan api sehingga kemerahan warnanya. Panas! Lalu di tanam luar rumah. 4 penjuru.

Bermaksud rumah di bentengi besi panas. Aku melihat dengan pandangan batin. Ya. Seakan penjara besi yang panas dan tinggi sampai ke langit rupanya.

Alhamdulillah. Selesai. Kami di jamu dengan mee goreng dan kopi panas oleh Pak Wali dan isteri. Gelak ketawa kembali ke rumah itu selepas sekian lama.

“Ehem.”

Segera kami menoleh ke pintu hadapan.
Sepupu Kak In bernama Napi dengan matanya putih semuanya senyum sinis.

Alamak.

Tamat.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 5]
SyaFat

31 thoughts on “Kak In”

  1. Menarik, suka tgok dri perspektif yg berbeza. Byk benda yg kita x tau & terima ksih krn bantu org yg memerlukan. Smoga Allah SWT sentiasa melindungi & permudahkan urusan korang smua. Harap dpt share cerita sperti ni lagi kalu ada masa free

    Reply
  2. Best cerita tuan. Sy ada kenal dgn seorg perawat yg merawat dgn cara yg hampir sama dgn tuan. Mgkn tidak sama cuma hampir2 sama. Nama rawatan tu ‘kembara rawat’ atau ‘memantau’ x silap sy. Roh atau sy xtahu apa yg spatutnya sy sebut dhantar keluar dri jasad n cari punca gguan tu.. Sy x brapa tahu sgt cuma byk dgr cerita dri org yg pernah dirawat dan yg mmbantu perawat tu melakukan kembara rawat. Mmg best dgr.. Harap ada sambungan lg dri tuan.

    Reply
  3. Boleh tahu kat mana nak dptkan team awak? Saya org kuching jugak, kpg kat serian. Byk juga perkara mistik terjadi antara saudara mara saya dulu. manalah tahu, saya boleh refer team awk kalau apa apa jdi.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.