Legasi puSAKA

Assalamualaikum semua peminat FS.Hehe. Terima kasih admin kalau kisah ni disiarkan. Sebelum tu, secara ringkas aku kenalkan diri aku sebagai Sha, anak sulung dari 4 adik beradik, usia biarlah rahsia. Haha. Muda lagi. Cerita yang aku nak kongsi kat korang, sebenarnya dari pengalaman aku sendiri. Kisah ni mungkin agak panjang sebab aku tak suka skip cerita. Malas nak buat sambungan. Kesianlah kat kesayangan FS sekalian ni dah syok-syok baca tetiba spoil nak kena tunggu sambungan pula. Geram kita tau. Haha. Sorry juga sebab aku tak pandai sangat nak karang ni. Jangan kecam tau. Kalau salah kita betulkan sama-sama. Hehe.

Masa aku sekolah rendah, aku tak pernah pun kena kacau dengan benda halus ni. Maklumlah zaman budak (darjah 1). Badan pun sama halus (kurus kering). Aku dengan adik aku dah dijadualkan setiap hari, lepas je balik sekolah kitorang akan bergegas pergi ke kelas mengaji. Sampaikan aku terpaksa salin pakaian dari dalam kereta. Dari seragam sekolah tukar ke baju kurung dan yang aku nak gelak sekali bila terpaksa pakai tudung bawal yang mak aku punya.

Dah la berkedut pastu labuh dia smpai lutut beb. Haha. Aku apa lagi dari hujung kiri dan kanan, aku ikat sampai ke dagu. Tepi kiri dengan kanan aku lipat cun punya. Hadoi dah macam makcik-makcik kau. Klass gitu a.k.a. Mak Cun. Hahaha(malu beb tengok gambar aku masa tu). Tapi dalam makcik-makcik pon Alhamdulillah, syukur laa sebab dari alif, ba, ta sampailah aku dah khatam Al-Quran. Ok. Masa ni takda lagi gangguan sebab diri sentiasa ada pendinding dari hafalan Al-Quran.

Bila masuk sekolah menengah (tingkatan 1) dah baligh tau, masa ni dah start gangguan, tapi aku tak perasaan lagi sebab aku ingat tu semua khayalan aku je. Yelah aku masa ni memang kuat berimagnasi. Kaki layan cerita kartun kau. Haha. Korang bayanglah time berlari atas padang sekolah pun aku boleh duk bayangkan kalau-kalau kasut aku ada sayap. Kasi terbang je tak perlulah aku nak berlari bagai. Haha. Kartun betul sel-sel otak aku ni. Aku abai je kalau tetiba ada benda muncul terus lintas depan aku. Konon aku ingat efek mata aku dah naik power.

Pernahlah aku gaduh dengan sepupu aku. Siap ejek aku lembab. Aku tak marah pun tapi makin mengejek adalah. Sekali tu aku lompat naik atas belakang dia macam naik kuda pastu aku cakaplah, “Lembablah sebab time hujankan samdol, nanti kalau dah panas aku jemurlah smpai kering”. Sambil jelir lidah dengan hidung terconget keatas. Hahaha. Menangis budak tu balik kasi tau mak dia yang aku buli dia.

Sampailah aku form 4, nenek aku belah mak meninggal dunia. Masa nenek aku nak hembus nafas dia yang terakhir, aku memang ada sekali sebab teman mak aku jaga nenek juga. Sejak tu aku jadi lemah sangat. Barangkali aku terkejut sebab nenek habis umur depan mata aku sendiri. Berat aku nak terima kenyataan yang nenek aku dah takda. Bagi aku arwah nenek guru terbaik untuk aku. Lepas je aku khatam Al-Quran di kelas mengaji, aku berhenti sebab dah masuk ke alam sekolah menengah, jadi jadual aku padat dengan kelas tambahan, tuisyen, dan kerja sekolah yang belambak-lambak. Haha. Tension aku. Kekadang ada masa A.B.C. (Allah Bagi Cuti). So, aku sayang juga nak mengaji, kalau tinggal lama-lama terus gerenti jadi gagap.

Jadi setiap hujung minggu, aku pastikan abah aku hantar kitorang adik-beradik ke rumah nenek. So, aku bolehlah terus mengaji balik dengan arwah nenek. Tapi lepas nenek aku dah takda, aku sambung pulak dengan datuk aku. Tapi tu laa, Allah lebih sayangkan atuk aku. Sejak tu, aku terus berhenti. Aku jadi sebak kalau mengaji. Pernah sekali aku buka Al-Quran, baru baca beberapa kerat terus berhingus dengan air mata berlinangan sebak teringat saat aku mengaji dengan arwah nenek dan atuk. Lama aku tinggal. Jadi aku try hafal Yassin sampai ingat. Haru betul aku ni, sebab kekadang je aku buat. Aku jadi makin pemalas.

Sejak tu aku jadi serabut sangat. Masuk ke form 5 (SPM), abah beli rumah baru. Banglo 2 tingkat. Masa mula-mula tinggal kat sini, macam biasalah adat masuk rumah baru mesti nak kena buat solat hajat, bacaan yassin dan sedikit tahlil bagi pemudahkan kitorang pindah masuk ke rumah baru ni. Rumah lama aku tu hanya rumah teres je, so abah kasi sewa. Mulanya semua ok. Namun lepas je beberapa bulan, masa ni la ye dah start gangguan. Dan orang pertama yang kena kacau, tak lain dan tak bukan, aku la tu.

Pagi tu ada sorang pakcik ni datang jenguk kitorang. Yelah jiran baru katanya, nak raih la sambil tu nak kenal-kenallah buat kawan. Tapi aku hairan juga, bila pakcik tu siap kasi tau abah tanam tahi besi bagi semangat katanya. Petua orang lama biar pagar kawasan rumah dari gangguan luar. Tanam tahi besi tu kat penjuru pagar. Aku time dengar tahi besi, tergelak la aku kat situ sebab tak sangka besi pun boleh berak. Sengal betul aku masa ni. Pastu dengan muka selamba badak gitu, aku tanya pakcik tu kalau tahi manusia tak boleh ke? Senanglah nak cari. Hahaha. Tapi aku tak tahulah abah buat ke tidok.

Okay. Malam tu dah jadi rutin aku cuci pinggan, mangkuk, gelas dan beberapa sudu. Hadoi aku time ni rasa nak marah je kat adik aku. Yelah tahu makan je, pinggan sendiri pon tak leh nk basuh. Kalau mak dan abah aku takpe la. Hahaha. So dapur aku tu kat belakang dan depan sinki tu memang ada tingkap tinted punya, biar orang luar tak nampak orang kat dalam tapi orang kat dalam boleh nampak orang kat luar tapi bila waktu siang jelah kalau malam memang tak jelas, gelap kut kalau nak nampak kena buka lampu dapur belah luar nun. Dah terang baru boleh nampak.

Masa duk sabun semua pinggan, aku perasan macam ada bayang orang lelaki pakai jubah duk lambai kat aku. Tu pun aku nampak kat tingkap depan sinki. Ahh. Mesti bayang tu dari orang yang duduk kat belakang aku ni, tu pasal aku dapat tengok jelas bayang dia kat cermin tingkap yang bertinted ni. Kalau bayang kat luar, memang taklah sebab lampu dapur yang kat luar tak on pun lagi. Kalau on pun bila dah nak masuk tidur. Aku masa ni syak adik lelaki aku Rez tu duk usik.

“Weiii. Kalau ye pom ko nak takutkan aku, tak yah laa ko sarung jubah makk. Apa ke jaddahnya ko pakai jubah mak?”, soal aku sambil tangan ligat menyabunkan pinggan dalam sinki ni. Krikk. Krikk. Krikk. (Diam) Aku pandang ke arah tingkap, bayang orang lambai masih lagi ada pada cermin tingkap tu. “Ish. Takkanlah dari arah luar, gelap kut. Duduk dalam ni pun tak nampak apa-apa pom kat luar tu”, bisik aku dalam hati. Serius aku langsung tak pandang belakang lagi. Masih lagi duk ingat adik aku yang buat ni. Lagi pon aku masih ralit duk settle kan cuci ni semua.

Lepas je dah selesai, aku soal balik. “Rez, ko tak letih ke duk lambai-lambai dari sebelah, sekarang dah dua-dua belah tangan duk lambai?”, sambil aku ketuk-ketuk cermin tingkap yang ada bayang lelaki berjubah putih yang still duk lambai-lambai kat aku. Lama aku tunggu apahal ko tak jawapan, haa?”. Sekali tu aku pusing ke belakang, serius tak dok orang ponΒ kat belakang aku. Bila aku tengok balik cermin, adoi benda tu ada lagi duk lambai-lambai terus aku pecut naik ke tingkat atas(ruang keluarga) sebab semua duk lepak depan tv. Habis siapa yang lambai kat aku?

Adik aku si Rez ni seluar pendek tak berbaju pun, siap terlentang atas sofa panjang lagi. Kalau adik aku yang sorang lagi Iz tengah siapkan kerja sekolah. Yu adik perempuan aku tu, kecil lagi. Ishh. Naik bulu roma aku. Tetiba kembang kepala bila pikir balik. Tapi aku tak cerita pun kat sesiapa. Aku masuk bilik terus tidur. Sebelum tu aku kasi kiri, kanan, atas kepala dan bawah kaki aku dengan bantal gemuk-gemuk. Selimut pula aku tarik sampai atas tutup kepala. Lemas campur takut. Habislah kau. Hahaha.

Esoknya tu aku balik lewat sikit dalam pukul 8 lebih macam tu la kira dah malam. Biasa belum pukul 7 dah ada kat rumah dah. Bila nak masuk rumah aku kena bagi salam time pintu rumah dah buka. Maklumlah takut ada tetamu yang tak diundang join sekaki masuk rumah aku tak ke naya. Haha. Okey, pastu aku pun naik ke tingkat atas time nak masuk bilik tu, tetiba ada orang langgar aku dari belakang. Terus aku naik angin. Yelah dah langgar tak mintak maaf. Tapi aku tak sempat tengok sape yang langgar aku dari belakang tadi. Tapi benda tu menuju ke bilik adik aku Rez. Sah Rez arr ni! Budak ni memang nak kena siku dengan aku. Jaga kau. Main langgar je.

Dalam duk membebel, aku menuju ke bilik Rez. Sampai je depan bilik dia, aku tengok bilik dia gelap. Masa tu tak pikir pulak gangguan luar tu. Sebab aku syak Rez sembunyi dalam bilik mungkin tak sempat nak buka lampu. Aku pun terjah jelah. Buka lampu bilik. Damn! Tak dok orang pun dalam tu. Tengah duk usya-usya Rez tepuk bahu aku dari belakang, “ko buat apa dalam bilik aku?”. So aku jawablah nak cari dia. Dia pun sebenarnya baru je balik dari rumah member dia. Hairanlah tengok aku duk intai dalam bilik dia. Haha. Takde maknanya aku nk skodeng. Aku pun ceritalah kat dia pasal tadi tu. Dia senyap je. Cuak pun ada.

Pernah juga aku tengah turun tangga, aku nampak macam ada orang pergi dapur. Aku ingatkan tu adik aku yang ada kat dapur, rupanya tak ada orang pun. Habis siapa pula yang aku nampak berlari pergi dapur. Ishh. kacau betul jiwa pikiran aku ni. Dah kenapa nak menyamar orang dalam rumah ni. Patutlah aku panggil, dia buat bodo terus je ke depan. Kalau solat mesti bunyi macam orang merangkak atas siling rumah. Cuak jugalah aku ni, tapi aku sedapkan hati aku kemungkinan itu bunyi bapak tikus atau musang.

Lepas tu aku kerap mimpi pergi ke sebuah perkampungan. Orang kat sana cara berpakaian macam orang lama dulu-dulu. Tapi pakaian diorang warna putih. Kat sana aku berkenalan dengan seorang lelaki. Serius tampan macam lelaki impian aku nak selama ni. Haha. Sado la kalau betul orang gini wujud (manusia sejati) dah lama aku minta mak dengan abah aku pi pinang. Haha. Lantaklah perigi cari timba sekali pun. Cun tu timba aku. Pewitt.

Tapi aku perasan asal bawah hidung dia tak macam kita. Kita kan ada lengkuk kat bawah hidung tapi lelaki ni tak ada. Aku tengok orang kat sana pun tak ada juga. Terus aku sedar dari tidur. Siap-siap ke sekolah. Balik je sekolah aku cerita kat mak aku pasal mimpi tu. Mak dengar je. Aku memang suka share kat mak, macam-macam aku cerita dan pasal cinta monyet time sekolah pon aku kasi tahu. Haha. Bukan aku sorang suka kongsi, adik-adik aku yang lain pon memang tak ada rahsia apa pon antara mak. Kalau share kat abah harulah aku. Hahaha.

Boleh dikatakan aku kerap mimpi lelaki tu dan mimpi aku ni macam ada sambungan pulak. Semua aku cerita balik kat mak aku. Mak aku siap pesan jangan terima atau ambik sesuatu dari lelaki tu. Pastu adik aku Rez sindir aku sebab aku berkawan dengan lelaki tu walaupun hanya mimpi mungkin tu saja dia dan aku boleh berhubung. Dan yang aku risau abah aku dah tahu dan marah kat aku sebab layan sangat benda macam tu. Aku tak layan pun dah dia muncul dalam mimpi nak buat macam mana. Mak Cun redho jelah. Haha. Mesti mak dah bagitau abah. Malam tu aku tak mimpi apa-apa pun. Malam kedua pun macam tu juga.

Dekat seminggu aku tak mimpi lelaki tu. Sampailah satu malam tu aku mimpi lelaki tu. Korang tahu tak rupanya lelaki tu ialah orang bunian. Pasal perkampungan bunian ada dekat dengan hutan tepi rumah aku. Dia cuma nak berkawan tapi sebab ramai dah tahu dan halang jadi dia takkan ganggu aku lagi. Sebelum tu dia ada kasi kat aku sesuatu dalam kain kuning tapi aku tolak. Aku tak ambil sebab ingat pesan mak jangan terima. Sejak tu aku dah tak mimpi lagi lelaki ni. Tapi aku perasaan dalam seminggu mesti ada burung warna kuning datang ketuk cermin tingkap bilik aku.

Bila aku selak langsir, burung tu tak lari tapi riuh nak bagitau kat aku cuma aku tak faham apa burung tu nak kasi tahu. Kalau orang lain yang selak langsir terus burung tu terbang lari. Dan setiap kali burung tu datang aku macam terhidu bau kapur barus yang biasa digunakan untuk mandi mayat. Hanya seminggu je gangguan burung kuning tu. Pastu dah tak ada gangguan lagi.

Aku pun dah tak hirau dah pasal burung dan mimpi bunian apatah, sebab dalam kepala aku hanya nak tumpukan sepenuh perhatian dalam SPM. Namun aku ingat semua gangguan dah stop, tapi rupanya makin menjadi-jadi. Mimpi pun dah tukar lain. Aku mimpi jatuh tebing bukit tapi nasib baik sempat paut, kalau tak menjunam ke bawah. Sekarang bukan bunian lagi tapi benda besar, berbulu hitam dengan mata berwarna merah. Sekali lagi aku tertekan. Dalam aku nak tumpukan pada SPM ada pulak gangguan makhluk ni.

Kalkulator aku hilang. Buku rujukan untuk aku study hari-hari pun hilang juga. Satu rumah aku cari sampaikan aku bergaduh dengan adik-adik kot-kot diorang sembunyikan barang-barang aku tu kat mana-mana. Duit aku pun hilang dan kain aku yang paling aku sayang pun turut hilang. Bayangkanlah sepasang baju kurung aku upah buat, yang tinggal hanya baju je kain dah lesap. Puas aku cari dan tanya tukang jahit yang aku upah tu kot-kot dia terlupa kirim tapi satu kedai dah dia cari tak ada. Dahlah kain tu aku belum rasmi lagi dah hilang macam tu je. Takkan nak pakai baju je pergi jalan-jalan tanpa kain. Geram betol aku tetiba rasa nak pakai tudung bawal ala-ala makcik-makcik gitu. Buang tabiatlah aku ni.

Makin lama makin kerap aku diganggu dan aku dah start sakit. Kepala aku berdenyut-denyut. Kekadang biji mata rasa macam nak tersembul keluar. Aku macam tertekan. Hari- hari aku study tapi semuanya aku tak leh nak buat sedangkan soalan tu aku tahu aku boleh jawab. Pernah sekali tu aku buat ulangkaji waktu malam dalam pukul 3 hingga 4 pagi. Waktu tu sunyi jadi mungkin aku boleh belajar dan fokus. Rupanya tak, tengah aku duk try jawab soalan tetiba aku rasa gelap. Mata aku kabur berkali-kali aku tenyeh mata aku kasi clear. Kepala aku jadi makin berat. Sedar-sedar dah pukul 7 lebih.

Cehh tertidur pula. Makin aku desak makin aku tertekan. Serabut macam pikul beban yang berat. SPM aku pun aku jawab mana yang boleh je. Sepanjang aku tunggu keputusan SPM aku tu, aku kerap sakit. Kekadang aku rasa hempedu aku macam nak pecah je. Aku kerap senggugut bila time datang bulan. Setiap kali aku bangun tidur mesti ada kesan lebam. Aku pun dah jadi panas baran. Jadi pemarah. Silap sikit je aku mengamuk sampai adik-adik boikot aku. Aku langsung tak leh tengok diorang ada je benda yang buat aku bergaduh dan setiap kali gaduh aku nak aku sorang je yang menang. Aku nak biar aku je yang betul walaupun sebenarnya aku yang salah dan cari pasal dulu. Benda kecil aku perbesarkan.

Mak dengan abah, aku kawal biar aku sorang je dilayan dengan baik. Ishh. Kesian adik beradik aku. Sorry korang aku tak tahu kenapa aku boleh berubah macam tu. Biasanya aku dahulukan adik beradik aku dulu, barulah diri sendiri. Tapi semua dah terbalik. Pernah sekali aku tinggal sorang je kat rumah, pastu masa aku nak ke meja makan tetiba aku perasan macam ade orang bangun dari sofa kat ruang tamu. Gedebarnya aku rasa benda tu bangun pastu pandang kat arah aku. Aku ingat benda tu pencuri. Sekali tengok dari hujung mata, Ya Allah teruknya muka benda tu. King kong dalam rumah aku ke weii. Dari lapar terus kenyang, barangkali tertelan angin kut yelah aku speed laju. Naik masuk bilik. Hempas pintu. Kunci. Capai iphone on ayat qursi. Ulang-ulang sampai keluarga aku balik rumah. Terus aku jerit nangis-nangis sebab takut sambil peluk mak. Masa tu aku kuatlah juga sebab tak pernah histeria. Hihi.

Entah macam mana mak aku suruh abah aku tanya sesiapa yang pandai berubat. Tanya punya tanya adalah sorang mari tunjuk abah sorang ustak ni nak ubatkan aku. Terkejut beruklah aku tetiba ustak mana tah datang rumah aku tengah-tengah malam ni. Dalam pukul 12 malam datang rumah orang. Terus aku naik angin. Ikutkan hati nak je ku halau ustak ni. Menyampah sangat aku kat ustak ni. Lagi menyampah bila diorang rancang nk ubatkan aku tanpa pengetahuan aku. Aku tak relalah. Ustak tu cakap dia datang mengejut macam ni sebab takut kalau benda tu tahu bimbang benda tu lari. Nak tak nak terpaksa ikut.

Sampai kat ustak tu, dia suruh aku duduk dekat sebelah dia pastu diazannya kat telinga aku dengan tangan kanan dia di kepala aku pastu merayap ke bahu aku. Fuhh, nasib baik berlapik dengan baju dan tudung. Kalau tak, mesti dah berlapik muka ustak dengan tapak tangan aku. Aku blur je tak faham. Entah apa-apalah ustak tapi kalau nak berubat pun tak payah nak sentuh aku. Hoi. “Kang ada yang patah tangan karang kang”. Aku mengantuk giler dah nak tidur sibuk nak berubat bagai. Aku cuma cakap dalam hati je tu. Hehe. Kemudian ustak tu cakap yang aku ni tak ada apa-apa pun. Kalau ada gangguan luar mesti dah bergelepar masa azan kat telinga aku. Ahh penipu. Yang bermasalah cuma peranakan aku je yang jatuh.

What? Serius tak lawak. Apa kaitan dengan peranakan jatuh dengan panas baran? Yang tak tahan tu siap boleh nak tolong betulkan balik peranakan aku. Aku cakap aku tak nak. Ustak lelaki kot dan aku perempuan. Rasanya kat sini aku lebih tahu batas-batas dengan orang yang bukan muhrim. Sejahil, bebal, bengap dan bodo aku pun tahu hukum halal dan haram. Aku mengamuk tak nak buat urutan untuk betulkan balik peranakan aku. Aku nak cari orang lain mintak tolong betulkan balik kalau betul peranakan aku jatuh. Ustak angguk lepas abah cakap dia boleh cari orang lain tolong betulkan. Dalam hati aku cakap hentah betul ke tidak dia ni ustak? Dasar miang.

Bila ustak palsu tu blah, terus aku mengamuk kat mak dan abah aku sebab senonong je percaya cakap orang pasal ustak ni. Aku siap ugut nak lari rumah kalau diorang suruh ustak tu datang mari lagi. Tapi sebelum aku nak lari aku akan pastikan aku tendang dulu ustak penipu tu keluar dari rumah aku baru aku cabut lari dari rumah. Hahaha. Main-main sama kak long a.k.a geng ahlong tak rasmi takmau join lagi ni memang saja nak kena WWE ustak ni. Kerana nila setitik ustak palsu ni, sebelanga ustaz jadi rosak. Sejak tu aku dah tak percaya sesiapa lagi.

Mata aku pula dah start nampak macam-macam. Kalau pergi mana-mana, aku boleh lihat makhluk halus ni pelbagai jenis. Pernah sekali aku sekeluarga nak balik rumah, pastu abah lalu kawasan gelap sikit. Semua adik aku dah tidur dalam kereta tapi aku tak tidur lagi. Tengah ralit tu aku jerit suruh abah berhenti kereta sebab aku nampak abah langgar budak. Abah tak berhenti pun. Mak mengucap panjang. Mana ada budak pun kat depan dan abah tak langgar sesiapa pun. Abah pun pasang kaset ngaji kat radio. Aku kaku dah blur. Kekadang rasa nak pengsan tengok budak tu kena lenyet. Rupanya kawasan situ pernah ada kes langgar lari.

Pasal kejadian tu, hati aku tak tenang. Kekadang hati aku tetiba berdebar-debar. Tapi aku tak tahu pasal apa yang buat aku berdebar laju macam ni. Sejak tu aku banyak kurung diri aku dalam bilik. Kalau keluarga aku nak pergi mana-mana aku tak akan ikut sekali. Ramai juga mak saudara dengan ayah saudara aku belah abah bising sebab aku jarang kumpul sekali. Ada tu siap cakap aku ni sombong sebab dah tak nak bergaul dengan diorang. Mana keluarga aku pergi mesti aku tak ada. Pernah aku kena perli time raya sebab baru muncul. Sedihnya aku rasa. Tergamak diorang cakap aku macam tu. Diorang tak faham apa yang aku lalui. Diorang tak ada kat tempat aku. Mudahnya tuduh aku tanpa usul periksa.

Yelah silap aku tak cerita hal sebenar. Aku tak nak diorang anggap aku budak yang lemah. Aku ada sebab kenapa aku tak ikut keluarga aku keluar jalan-jalan kat mana-mana. Sebabnya mata aku ni boleh buat aku gila. Mana-mana aku pergi, aku nampak. Terus hilang rasa hormat aku kat diorang. Sejak tu aku dah malas nak bergaul lagi dengan diorang. Sombong ye. Nah, aku dah lakon dah watak sombong tu kat korang. Nanti tak adalah sia-sia je korang mengumpat aku. Maaflah jiwa aku time ni ada ada syaitonirojim yang kawal, tu pasal berapi je.

Sebelum tu, result SPM aku Alhamdulillah keputusan memberangsangkan. Terbaik. Pastu aku sambung ke tingkatan 6 bawah dan atas (2 tahun/STPM) dalam masa tu, aku bertahan je pasal gangguan tu. Habis je 2 tahun kat form 6 aku dah tak sambung belajar sebab keadaan aku makin teruk. Aku dah mula dengar bisikan. Bisikan tu dah mula buat aku makin haru. Korang bayangkan kalau ada orang terhempas pintu dengan kuat je, tetiba aku dengar bisikan. Kira macam menghasut aku la. “Orang tu hempas pintu bilik sebab dia benci kat kau.” Jahanam betul benda ni. Mulalah aku mengamuk dengan orang tu. Paling aku tak tahan aku dah start tak boleh tidur langsung. Aku akan tidur pukul 1 pagi dan akan berjaga dalam pukul 3 sampai ke pagi. Aku pun siap-siap pergi kerja. Aku kerja dengan abah, so tak ada masalah kalau aku terbabas tidur time kerja. Haha.

Okeh hijab mata dah, panas baran dah, bisikan dah, tak boleh tidur pun dah dan sekarang wajah aku pula makin teruk. Tetiba naik bintik-bintik merah. Aku ingatkan jerawat, dah macam produk aku try tapi makin teruk. Siap bernanah-nanah. Hilang terus keyakinan aku nak keluar rumah. Sekali lagi aku kurung diri aku kat dalam bilik. Aku benci tengok muka aku. Semua cermin aku pecahkan. Aku menangis, mengamuk dan maki hamun. Setiap kali aku buat benda tu mak dengan abah mesti ketuk-ketuk pintu bilik aku mintak buka pintu tu. Sejak tu aku dah tak dibenarkan tidur sendirian dalam bilik. Aku tidur dalam bilik mak dengan abah aku.

Ingatkan dah alih tempat tidur aku bolehlah tidur. Tapi langsung tak boleh tidur. Tetiba aku rasa panas, kebas jari dan tangan. Aku still lagi tidur macam waktu sebelum ni. Dah berjaga aku rasa nak mengamuk sebab aku tengok orang lain lena je tidur. Mata aku dah bengkak sebab tak cukup tidur. Esokkan tu aku gaduh dengan Rez. Rez cuma gurau dengan aku. “Ko ke bancuh air ni patut tak sedap”. Sambil tu adik-adik aku yang lain dah mula gelakkan aku. Aku bangun je dari kerusi terus aku jerkah. Semua diam. Tajam je pandangan mata aku kat Rez. Kalau sebelum ni aku sindir balik gurauan Rez tu, “kalau tak sedap apahal ko minum sampai abis?” mesti ye balas balik “aku dahaga, takmoh bazir kalau buang”.

Mulalah nakal aku nak kenakan Rez balik “sebenarnya aku dah ludah dalam air ko ni, tak sangka ko dah minum habis. Thanks bro”. “Wei, kalau tak cukup kasi taulah boleh aku tolong buatkan.” Aku mesti tengok muka luga nak termuntah Rez bila aku cakap yang aku dah ludah dalam minuman tu. Masa tu gelak sakan la aku sebab dapat kenakan balik. Pasal ludah tu, aku tak buat la kerja kotor macam tu. Ish, geli aku. Sumpah demi Allah aku tak buat.

Rupanya dalam diam abah dah cari seorang ustaz, pakar dalam perubatan secara islam. Tu pasal aku buat sangat. Rupanya benda ni dah tahu apa yang abah rancang dengan ustaz untuk pisahkan aku dengan benda tu yang senang di panggil sebagai SAKA. Hairan aku bila pula aku terima saka. Siasat punya siasat rupanya saka tok, moyang belah mak aku. Sebab kesnya setiap adik beradik belah mak aku akan ada sorang anak perempuan sulung dalam keluarga mereka, akan terima saka tak bertuan tinggalan tok, nenek moyang aku ni. Sial betul. Menyusahkan serius benda ni buat hidup aku hancur. Impian aku nak belajar sampai menara gading semuanya spoil. Sebenarnya hasrat aku nak berjaya sebab aku nak buktikan kat mak saudara dan ayah saudara belah abah tu yang aku pun boleh berjaya masuk universiti. Hari-hari aku frust duk puji anak diorang. Yelah anak diorang dah masuk universiti. Dah graduasi bagai. Tak heranlah aku. Tapi waaaaa…nak juga kalau boleh. Huhu.

Pasal saka tu Alhamdulillah dah buang. Saka tu dari kecil sampai dah besar dah dalam badan aku ni. Saka zaman tok, nenek, moyang aku punya. Yelah seingat aku nenek moyang aku zaman dulu-dulu seorang bidan diraja. So pasal tu kut dia bela saka. Untuk apa tu aku tak tahulah. Fungsi apalah saka ni? Lainlah kalu bela doremon boleh jugak keluarkan alat-alat canggih dari poket dia. Kan? “Tak gitu ke?” Hahaha. Mesti korang gelakkan aku sebab otak kartun sangat. Hehe. Okay apa release tension layan kartun daripada duk layan drama yang tetiba je kena kahwin dengan orang kaya. Kekadang aku layan game crisis action atau dota2. Patutlah orang lelaki ralit sangat duk main, best der.

Ops, lari topik ni. Haha. Ustaz ni ada tanya kenapa aku tak berubat dari dulu. Aku cakaplah dah berubat, tapi dia cakap tak ada benda pun cuma peranakan jatuh. Hahaha. Geleng kepala ustaz ni bila aku kasi tahu. Dan yang paling aku tabik kat ustaz ni sebab dalam dia berubatkan aku, dia langsung tak sentuh aku. Tapi aku dapat rasa saat benda lahanat tu ditarik keluar. Sakitnya. Tapi lepas je dah buang terus aku rasa tenang macam dah tak rasa dibebani masalah dah. Dah tak serabut. Mata pun dah tak tajam macam dulu. Muka aku pun dah slow dah nak pulih. Dah tak teruk macam dulu lagi. Ustaz tu pun dah siap pagar kawasan rumah aku tu. Pasal bunian tu memang ada perkampungan kat hujung hutan tepi pagar rumah aku tu. Sebab kawasan rumah aku ni sebenarnya laluan benda ni.

Tapi yang tak bestnya, bila ustaz cakap kalau aku dah buang saka dalam badan aku ni, nanti badan aku mudah benda lain nak tumpang. Jadi aku kena banyak mengaji. Seminggu aku rasa kesan letih berubat tu dan dalam masa tu juga aku kerap mimpi pocong. Pocong tu aku mimpi dia ada dalam bilik aku. Mana aku pergi dia ada. Macam nak bagitahu sesuatu tapi aku halau dia. Aku marah dia. Rupa pocong tu rupa perempuan. Tapi aku tak kenal siapa perempuan tu. Ehh, misteri ni. Bila aku bagi tahu ustaz pasal mimpi aku tu. Ustaz bagitahu dia nak tunjuk tuan saka tersebut. Tapi tak lama pocong ni ganggu aku. Pastu aku terus je macam biasa balik. Sentiasa dekat dengan Allah. Al-Quran pula dah jadi pendinding untuk aku dari gangguan luar. Aku dah tak marah-marah lagi. Aku dah tak gaduh dengan adik beradik aku lagi. Kitorang makin rapat dan makin erat sampaikan tak best kalau salah sorang adik beradik tak ada sekali.

Pasal mak saudara dan ayah saudara belah abah tu, aku tak berdendam pun. Aku yang muda ni kena banyak sabar jelah. Mengalah dengan orang tua. Alah senang cakap masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Hahaha. Anggap je aku dah kosong-kosong. Pasal sepupu aku yang masuk universiti tu, yang jadi kebanggaan rakyat jelata belah abah aku (hoho..menyindir pula ko ni), aku bukan apa tapi diorang masih lagi mengganggur. Aku pula dah kerja kat syarikat abah (lady bos). Rez pula dah kahwin jadi abah hadiahkan dia cawangan lain untuk Rez usahakan. Iz pula dah form 5 (SPM) tahun ni dan Yu form 2.

Sebelum tu, pasal hijab mata aku ni masih lagi terbuka tapi aku dah pandai kawal. Cuma satu je aku perasan, aku banyak dapat alamat (petunjuk) melalui mimpi. Okaylah korang. Setakat ni je aku boleh share pengalaman aku. Kalau ada cerita lain aku update pula ye. Kalau korang ada rasa macam sama je aku punya gangguan ni lebih baik cepat-cepat berubat dengan perubatan islam yang bertauliah je tau. Jangan pilih ustak palsu pula. Haktu memang nak cari nahas. Kalau korang jumpa ustak palsu macam tu korang WWE je. Kasi hentam cukup-cukup. Geram kita tau. Beware korang jangan biar hidup anda diselubungi misteriiii….TAMAT ^_^

27 comments

    1. Hahaha..sudah semestinya..tak lengkap rasanya..Kalu tak main sehari kwn..
      p/s: klu ada game yg ohsem, kasi tau ye πŸ˜‰

    1. Kire ko ni no.3 celupar aarrr…
      #sicelupar tu no.2…
      No.1 xyah tanyelah…
      Nnt akk jwb sape yg no.1 tu kang ko kate akk riak plaaakkk…
      Hahahahhah…
      Anyway…ghajen ko bls komen satu persatu ekkk…
      Gud job…!!!!

      1. No.1 tu tak leh nak lawan..πŸ˜‰

        sbb kawasan komen fs ni..✍🏻
        kawasan kak long no.1 pegang..☝🏻
        kita budak baru join..
        bedal aje laa..asalkan top 3..πŸ₯‰
        wahh..🀀
        baru first post dh dpt pegang no.3..😏
        kalu post 2/3 agi..
        silap hari bulan
        No.1 & 2 kita rembat habis..😜πŸ₯‡πŸ₯ˆ
        Hahaha (gelak jahaat gitu) πŸ˜‚

        #No.1πŸ†πŸ₯‡
        *tqvm supportπŸ‘
        *arinie je rajin rply πŸ’Œ
        *selalunya buzy 😴😴

    1. thanks for your support πŸ˜‰
      tabah, sebab ada sokongn keluarga
      kalu dibiarnya sorang2 lawan
      mesti dah terlebih ting tong πŸ˜‚
      tunggu sambungnnya nanti ye..

  1. Dear Penulisss,

    Terbaikkk
    Nanti kalau ada crita lagi letak la indicator cam #SiCelupar tu ye
    senang kitorg nak follow

    Thank youuuuu

    1. Terima kasih dear

      sudi baca & support..
      okeh..tunggu next post..
      sambungan kisah ni ye kwn..
      yang first post nie..
      hanya kisah ringkas keseluruhan cerita..
      byk sy skip.. πŸ“

      new post nanti sy story yg real punya ✍🏻
      secara berepisode just wait ye dear.. tqvm.. πŸ˜‰

      1. serius???😱

        okeh nanti kita guna..
        good idea..😘
        suka nama tuπŸ‘πŸ’‹
        No.1 rekmen tuh..πŸ˜‰
        mesti bertuah kito nanti..😍

        #sibaran vs πŸ₯‡πŸ₯ˆπŸ₯‰

        1. Hahaaahaaa Si Baran…
          Sbb eii mse ekau kena kaco tu ekau jadik baran kan…
          Sesuai ar nickname tu utk situasi arena FS ni…

          1. Hahaha.. nasib baik jdi baran nampok jugk gengsternya.. kalu jdi pondan.. uishhh.. naya laa.. πŸ€¦πŸ»β€β™€οΈ

  2. cerita best tpi kadang2 tu ilmu perubatan secara islam ni diharuskan pegang tapi untuk perubatan je la bukan sje2 nak pegang. kalau sje2 tu memang naik pelempang je la cite dia hahaha k chawww

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *