PENUMPANG TAK BERBAYAR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera pembaca FS dan juga Admin. Sebelum ni aku ada share 1 cerita tapi tak dipublish lagi mungkin sebab jalan cerita terabur/tak habis. Kalini aku cuba untuk share lagi sekali & cuba untuk bagi orang faham jalan ceritanya. Kisah yang nak diceritakan adalah kisah benar dari pengalaman aku sendiri. Aku ada 6 beradik, 4 lelaki 2 perempuan dan aku seorang perempuan.

Kisah pertama dekat rumah mak ayah aku, rumah ni ada 2 bilik dekat dapur, salah satu nya bilik aku. Waktu tu malam masa aku kat ruang tamu dan umur aku masatu 13 tahun camtu, aku nampak lembaga hitam besar melintas dari dapur masuk ke bilik aku. Aku diam tak kata apa, lepas esok lusa tu aku, adik perempuan (7 tahun) dengan mak duduk tengok tv, tiba tiba adik aku jerit “yee, jap” macam menyahut panggilan dari seseorang. Then mak aku tanya adik aku “kenapa, siapa panggil ?” Adik aku kata “kakak panggil dalam bilik tu” Aku macam terpaku jap, nasib baik adik aku tak pergi masuk bilik tu, sebab dia hayal tengok tv masatu. Lepastu takde apa jadi tapi sejak nampak “benda” tu melintas, bahu kiri kanan aku selalu rasa berat & lenguh.

Pernah sekali tu aku berkemban sebab baru lepas mandi, mak aku nampak belakang badan aku macam kesan lebam banyak tapi aku tak rasa sakit pun, so aku biarkan je, lama-lama aku tengok kesan lebam tu sampai ke peha, lepastu aku perasan kat celah peha aku, ada kesan 5 lubang kecil macam kena gigit sesuatu. Aku cuba search google dan korang tau apa maksud kesan lubang kecik kt peha tuu….. maksudnya ada jin yang suka kat kita dan dah setubuh dengan kita. Cuak laa aku, lepas ada kesan tu aku selalu rasa diperhatikan. Sejak tu aku selalu amalkan ayat Quran, tak kesah la Al-Fatihah ke, ayatul kursi ke, semua aku baca setiap hari. Lama kelamaan kesan gigit & kesan lebam kat badan dengan peha tu hilang sendiri, Alhamdulillah sangat. Lepas dari tu, dah tak ada apa-apa yang buruk jadi.

Kisah kedua pulak, 1 hari tu aku kena marah dengan ayah aku, biasa la kalau kena marah dengan mak, kita okey lagi kan tapi kalau dengan ayah main emosi woo huhuhu…. lepas kena marah, aku nangis duduk kat beranda rumah sampai tertido. Dalam pukul 2 pagi camtu aku terjaga, tengok pintu rumah semua dah tutup tapi tak berkunci pun sebab aku ada kat luar kan. Aku malas nak masuk rumah konon ego tinggi la nak duduk luar sampai pagi, sekali tengah lepak sorang kat luar, aku nampak ‘sesuatu’ macam pontianak merangkak datang ke arah aku dari bumbung jiran depan. Demi Allah wehh aku nampak dengan mata kepala aku, dia merangkak datang cuma Alhamdulillah muka dia tak nampak, laju dohh.

Cepat-cepat aku berpaling tempat lain, dalam hati aku cakap “khayalan je tu”. Aku pandang lagi sekali, ada lagi ‘benda’ tu and makin dekat. Dengan pantas aku cabut masuk dalam rumah. Lepas dari tu aku pikir tak ada apa-apa jadi la kan tapi aku silap, rupanya ‘benda’ tu dah masuk badan aku, tapi tak la sampai macam orang kena rasuk tu, dia cuma macam ‘menumpang’. Macam mana aku tau ‘dia menumpang?’ Nanti aku cerita kisah ketiga. Selama ‘dia’ ada dengan aku, aku selalu rasa malas solat, mengaji, dengar ceramah pun malas. Lama jugak dia duduk dalam badan aku dari sebelum kahwin sampai dah kahwin. Aku jugak kerap dapat mimpi ngeri macam kena kejar ular & monyet kepala harimau. Mimpi ngeri ni terus-terusan sampai aku dah kahwin. Dah pernah bagitahu mak ayah tapi dorang kata mainan tidur je. Aku pun macam tak apa lah, tapi mimpi tu tetap datang jdi ‘nightmare’ aku setiap kali tidur.

Kisah ketiga ni lepas aku kahwin aku duduk rumah sewa dengan abang aku sementara abang aku on the way buat rumah dia sendiri. Awal perkahwinan okey je, dah 5 bulan ke atas, rumah tangga aku jadi panas. Hal kecik je boleh jadi besar, aku jugak dah makin kerap nampak ‘lembaga’ dari hujung mata. Tak kira mana aku pergi aku akan nampak jelas walaupun ‘dia’ muncul hujung mata, dekat rumah pun kerap aku nampak lagi lagi dekat dapur. Waktu dekat nak maghrib macam tu paling kerap dia ‘tunjukkan diri’. Selalunya kat rumah aku duduk sorang, masing-masing keluar kerja pagi, lepas mahgrib baru balik. So tinggal la aku sorang dekat rumah.

Boleh dikatakan setiap minggu jugak la aku selalu gaduh dengan suami. Kadang tu aku pun tak tau kenapa aku rasa benci sangat dengan suami aku. Tapi bila dia tak ada depan mata, aku macam rindu. Lepas setahun perkahwinan, aku dapat 1 mimpi pelik. Dalam mimpi tu ada buaya putih, buaya tu kata dia penjaga aku, aku kata tak payah jaga aku sebab aku ada suami yang boleh jaga aku, terus terbangun. Lepas dari tu aku selalu bangun pagi tanpa sebab. Kali ke-2 aku mimpi abang aku tengah dukung budak, comel umur dalam 2 tahun camtu. Lepastu aku mintak nak dukung budak tu bawak jalan and abang aku bagi, tengah jalan tu tiba tiba keluar macam orang asli senoi yang pakai topeng tu, dia kejar aku. Takut punya pasal sampai terbangun dari mimpi. ( Mintak maaf kalau ada pembaca dari orang asli senoi, aku bukan nak mengejek & tiada niat apa apa ya  )

Bukan mimpi tu je, mimpi ular kejar nak patuk pun kerap, nasib tak kena patuk. Bila mimpi pelik ni makin menjadi jadi, suami aku cari perawat untuk scan aku. Perawat tu kata, kat aku ada saka dari arwah atuk aku. Arwah atuk aku memang ada saka tapi dah lama buang. Lepastu panggil la ustad datang ‘bersih’ kan rumah dan aku sekali. Tak perlu la aku cerita macam mana berubat ya sebab tiada apa yang jadi masa berubat. Lepas habis berubat tu ustad cerita kat suami & ayah aku, ada banyak lebih kurang bawah 10 ekor yang ‘menumpang’ badan aku & dalam rumah pun banyak. And yes dalam badan aku ni ada ‘pontianak merangkak’ yang aku cerita kat atas tadi. Lama dia jadi ‘penumpang’ tak berbayar kat badan aku.

Lepas dari berubat, aku dah jarang nampak ‘lembaga’ hujung mata, jarang mimpi pelik lagi & jarang terbangun pagi pagi buta lagi. Tapi tak sampai sebulan, aku kena benda sama, nampak ‘kelibat’ hujung mata. Kadang rasa diperhatikan kalau kat dapur. And aku dapat lagi mimpi yang abang aku dukung budak tu. Semua sama termasuk la mimpi ular nak patuk. Sebelum ni mimpi ular nak patuk tapi tak kena, kalini ular tu patuk tepat kena tangan aku lepastu suami aku amek pedang belah dua ular tu tapi tak keluar d***h, yang keluar asap warna hitam banyak sangat, terus aku terbangun.

Aku cerita kat family & suami aku, dorang kata biarkan dulu mimpi tu, kalau berlarutan baru pergi berubat lagi. Dalam 3 minggu jugak aku dapat mimpi sama tapi tak pergi berubat dah. Cuma ayah aku selalu pesan amalkan sebelum tidur amek wuduk & baca Al-Fatihah, 3 Qul, Ayat Kursi 9 Wakaf, lepastu tiup kat tapak tangan sampai habis nafas & sapu dari kepala sampai hujung kaki. Alhamdulillah aku amalkan cara tu, sekarang dah jarang dapat mimpi pelik cuma kadang tu masih nampak ‘lembaga’ hitam yang sama macam sebelum ni nampak dari hujung-hujung mata je. Banyak benda pelik yang aku alami contoh dengar “pssttt” macam orang panggil tu, cuma aku pendam sorang dan makin lama makin malas layan.

Sekian kisah dari aku, sesiapa yang alami mimpi pelik tu, tak salah kalau kita mencuba cari perawat untuk ‘tengok’ kan kita sebab kadang mimpi pelik ni bukan nya mainan tidur saja, boleh jadi ada gangguan lain yang sedang datang kat kita. Wallahuallam .

*Terima kasih banyak-banyak ya Admin kalau cerita kalini di Publish.

Cek Saa
Rating Pembaca
[Total: 34 Average: 4.1]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.