Dendam Dalam Diam Part 3

Selang beberapa minggu, suami kak Ji mempunyai taklimat di kuala lumpur. Jadi dia outstation lagi la jawabnya. Hmmmmm paling aku tak suka. Kali ni kak Ji semakin berani, dia berani membawa masuk uncle india ke dalam rumah yang kami tinggal. Macam biasalah aku semakin sedar akan tingkah lakunya sejak ada ustaz yang ubatkan aku, memang aku tidak sembuh sepenuhnya namun aku mula berasa tidak selesa di dalam rumahnya. Berani saja dia membawa masuk lelaki bukan mahram ketika ketiadaaan suami, aku terpaksa berdiam diri dan akur perintahnya. Aku tak tahu kenapa tiap kali berhadapan dengan kak Ji , aku akan turuti semuanya tanpa membantah. Aku tak tahu kenapa, dan sampai sekarang pun aku masih berbelas kasihan dengan kak Ji, aku menjadi seorang akur dengan kata katanya.

Kadang kala kalau mak aku cakap kak Ji punyai perangai memang pelik dan tidak elok, aku aku jadi panas dan memarahi mak aku semula dengan berkata mak tak baik menuduh orang. Sering kali pertengakaran antara mak aku dengan aku kerana kak Ji. Ada waktu tu nak magrib, aku di dalam bilik aku di rumah kak Ji dan kak Ji datang melihat apa yang aku sedang lakukan kerana dia dapat merasakan bahawa aku tidak suka akan kehadiran uncle itu di rumah. Kemudian uncle itu cuba memasuki bilik, aku terus sahaja memakai tudung dan kak Ji memberi tanda isyarat bahawa aku tidak suka uncle memasuki bilik tidurku. Lalu aku berkata pada kak Ji aku ingin solat. Jadi kak Ji paham, dia terus keluar daripada bilik.

Kak Ji memang tak suka dengan aku kalau aku solat, dia akan buat muka tidak puas hati dan malas bercakap denganku setiap kali aku selesai solat dan baca al quran. Yang aku heran, sebelum aku pergi berubat , time kak Ji takda da dekat rumah, aku boleh je solat, siap bawak anak anak kak zaila solat berjemaah denganku. Siap ngaji lagi weyy. Kalau balik rumah mak ayah aku, aku solat dan mengaji macam biasa. Tapi aku heran kalau kak zaila ada je dekat rumah, aku jadi hanyut.

Benda ni aku baru sedar lepas ustaz ubatkan aku, ustaz Tanya macam-macam soalan dekat aku. Last ayat ustaz dekat aku, tolong dekatkan diri dengan ALLAH walau apa pun yang berlaku. Aku rasa sentap , aku rasa macam ustaz ni tahu ke aku kadang skip-skip solat aku. Masa tu aku rasa geram dengan ustaz ni sebab kantoikan depan mak bapak dan pakcik ngah aku. Lupa nak kenalkan pakcik aku hehe. Dia la antara pendorong semangat untuk mak bapak aku bawak aku pergi berubat. Tapi aku tak tahu kenapa aku skip solat, macam ada sesuatu yang tak bagi aku dekat dengan ALLAH.

Bila aku pikirkan balik, betullah ke aku ni telan semua perangai kak Ji terhadap ku? Macam mana aku lalui, bila pikirkan balik aku pun tak sanggup nak hadap sebenarnya. Sekarang ini aku dah hampir sembuh walaupun bukan sepenuhnya, jadi bila aku pikir balik hiss kuat juga aku ni kan, tapi rasa macam diri aku diperbodohkan lama. Mana taknya aku tunduk patuh dekat Ji, dekat mak ayah aku pun aku takda sebaik tu. Sebab ada satu hari tu, kak Ji kata kulit dia tak boleh kena Clorox jadi aku sanggup weh lepas mop rumah aku dah penat sangat masa tu, aku terus basuh tandas. Sedangkan aku baru balik kerja pukul 6 petang. Non stop buat kerja rumah sampai dah 10 ke 11 malam. Pakwe aku pun aku tak sempat call dan chat. Lagikan pula family aku, aku langsung tak Tanya khabar.

Bila ingat balik semua kejadian ini, kenapa lah aku boleh diperbodohkan macam tu sekali degan kak Ji. Apa yang dia bagi dekat aku sampai aku tunduk patuh kepadanya. Uncle india tu siap tidur sama bilik dengan kak Ji, aku Nampak semua tu, tapi aku heran kenapa aku rasa mulut aku dikunci untuk tidak bagitahu siapa –siapa pun. Pelik sangat. Senang cerita kak Ji senang nak kawal aku selagi aku duduk dengan kak Ji. Kak Ji pun tak bagi anak anak dia tidur denganku lagi. Aku tidur sorang dalam bilik tu sampai la bulan 2 tu aku kena gangguan paling teruk. Teruk sangat yang aku tak boleh lupa sehingga sekarang.

Aku rasa ada satu lembaga yang memerhatikan diriku. Lembaga tu boleh dikatakan perhatikan aku tiap-tiap hari selepas jam 12. Aku kalau balik kerja penat , aku akan chat juga pakwe aku sampai 12 ke 1 malam. Kadang kadang oncall. Tapi aku rasa jarang aku oncall kalau ada kak Ji. Aku rasa macam kak Ji cemburukan kemesraan aku dengan pakwe aku. Benda ni aku baru terpikir sekarang lepas ustaz bagitahu aku. Sebelum ni aku tak pernah perasan sebab aku anggap kak Ji ikhlas jaga aku macam adik dia sendiri. Senang cerita , sebelum aku ke rumah Kak Ji nie aku ada terdengar mulut saudara mara bagitahu aku baik –baik dengan kak Ji ( mak ngah aku yang cakap). Sebab adik dia sendiri pun keluar rumah dah tak nak duduk dengan kak Ji. Tapi kak Ji pula cerita dengan aku yang adik dia keluar rumah sebab tak tahan kena kongkong dengan Kak Ji. Kira kak Ji nak cakapla adik dia suka kebebasan. Masa tu aku percaya je.

Selang beberapa minggu lepas kejadian misteri aku diganggu, aku balik rumah aku dan mak ngah aku sempat tegur aku. Mak ngah aku kata, cari la kerja dekat dengan rumah dan balikla ke kampung halaman. Jangan duduk sana lama lama. Masa ni aku dah rasa tak sedap hati, dalam hati confirm mak aku dah cerita kot pasal aku punya kejadian pelik. Yelah aku mula jadi seorang yang agresif, tak dengar kata. Kalau sebut je pasal kak Ji pasti aku akan menyokong kak Ji. Kak Ji ni macam terrer sikit, dia tahu-tahu je ramai yang hasut aku untuk tinggalkan rumah dia.

Adalah satu petang tu duduk-duduk sembang dengan kak Ji, dia tetiba burukkan pasal mak ngah aku. Mak ngah aku mak ngah dia juga . yelah kami kan sepupu. Kak Ji takda mak, jadi dulu kak Ji bersalin, mak ngah aku tulah yang jaga dia. Tapi kak Ji burukkan mak ngah , dia cakap mak ngah tak sudi jaga dia, jadi kak Ji keluar daripada rumah mak ngah sebelum abes pantang. Tapi bila aku Tanya mak aku seminggu yang lalu, mak aku cakap kak Ji kau tu bermasalah. Dia memang dengki dengan saudara sendiri, sebab dia tak boleh bebas bergaul dengan lelaki lain. Based on mak aku cakap, kak Ji memang jenis suka berkawan ramai lelaki walaupun dia dah berkahwin. Mak aku kata dia tak suka suami dia sebab tak berharta, lelaki india yang dia kawan semua biasanya jenis berduit, tapi ada juga jenis tak berduit dan kikis duit kak Ji. Masa aku dengar ni, terkejutnya aku. Kenapa mak aku tak bagitahu awal-awal. Mak aku cakap ingatkan kak ji dah berubah sebab cerita ni dah 14 tahun berlalu.

Kemudian tibalah bulan 3, majlis kahwin akak aku pun nak dekat dah. Aku pula rasa excited sangat. Tak tergambar perasaan tu. Tapi masa ni sekali lagi aku rasa diri aku lemah, seperti dihempap sesuatu semasa sedang tidur. Bangun tidur pagi tu , badan aku termasuk kawasan leher dan dada mempunyai kesan cakaran. Kesan cakaran tu masih kemerahan. Aku rasa macam ya ALLAH kenapa ni, apa yang jadi dekat aku. Tapi masa tu aku rasa semua tu mimpi, aku husnuzon. Aku anggap yang aku garu sendiri sebab nyamuk kot. Kebetulan bilik belakang memang banyak nyamuk. Aku ni jenis terlalu positif , dan kadang aku nak elakkan ketakutan sampai aku pikir positif sepositifnya. Aku tak bagi pemikiran yang negative masuk ke dalam pemikiran ku sebab aku rasa aku tak ada musuh pun.

Masa aku mandi, peha aku semua lebam-lebam seperti dipukul. Pinggang aku sakit yang teramat. Masa ni aturan period aku pun dah tak betul.sejak bulan 1 hingga 3 period aku tak pernah berhenti. Kadang okay kadang tak okay. Memang sangat terkejut. Sampai aku pikir aku ada fibroid ke, sebab aku sembang-sembang dengan kawan aku pasal period dan senggugut. Kawan aku cakap sepupu dia dulu ada symptom symptom macam aku tapi meninggal sebab lambat nak rawat. Wehh hancur hati bila dengar macam tu . Aku pun bagitahu mak aku, kitaran h**d aku tak normal macam orang lain, dengan sakit pinggang teruk sampai ada masa nak bangun dari katil memakan masa lama. Jadi aku buat keputusan, aku nak pergi klinik pakar perempuan. Alhamdulilah aku normal je. Tapi aku pelik lah kenapa lah dengan aku, period aku Dr kata okay tapi apa yang aku rasa ni berbeza pula. 

Jadi kalini aku decide pergi klinik lain. Kak Ji yang tolong arrange klinik, dia kata ini antara klinik yang terbaik sekitar kawasan perumahan yang kami tinggal. Bersungguh weh dia nak tolong aku masa ni. Masa ni aku ingat dia ikhlas nak tolong aku sebab aku ni adik sepupu dia. Hmmm mase tu aku perasan je lebih. Sekarang ni bila aku dah tahu punca aku period berpanjangan bukan sebab faktor kesihatan aku sendiri tapi sebab sihir terkutuk kak Ji dan pakwe india dia tu. Diorang tak puas hati dengan aku sebab kak Ji rasa yang bapak dengan suami dia tak suka dengan uncle india ni. Dan uncle ni pula api-apikan kak Ji cakap aku ni jahat sebab nak pisahkan diorang waktu diorang bergaduh.

Sebenarnya adalah satu hari tu kak Ji dengan uncle gaduh sebab uncle curang. Then uncle cuba nak tipu kak Ji banyak benda, uncle kata dia tak tinggal dengan isteri dia tapi hakikatnya dia masih bersama isteri dia. Banyak benda uncle ni tipu. So akak Ji ni menangis teresak-esak malam tu sampai aku rasa kesian gila. Handphone kak Ji berdering banyak kali dan aku angkat cakap secara kasar dengan uncle untuk tidak lagi berhubung dengan kak JI
Namun, sangkaan aku salah malam tu, sebab selang beberapa hari mereka sudah berbaik seperti biasa. Ya ALLAH kenapa la kak Ji suka dengan laki orang.

Sejak itu juga uncle ni benci dekat aku dan hasut-hasut kak Ji sekali. Memang aku tak sangka. Benda ni macam tikam belakang. Depan aku dia baik, dia caring pasal aku. Ada satu hari tu aku sakit perut yang teramat, kak Ji sampai buatkan aku milo panas suruh minum. Weh sapa tak tertipu kalau orang buat baik depan kita. Mestila kita percaya kan. Awal cerita kan aku ada mention yang aku ni pergi berubat dengan ustaz, tapi benda ni aku buat sekali je kan lepatu aku tak buat susulan atas sebab bapak aku ta percaya kak Ji ni yang berdendam dengan aku.

Sambung cerita akak aku pulak, haa ada lagi beberapa hari sebelum kakak aku nak kahwin. Aku mula rasa tak sedap badan, aku rasa tidak selesa tinggal di rumah dengan kak Ji. Aku buat keputusan untuk pinjam kereta ayah aku dan ulang alik tempat kerja ke hostel kakak aku berkerja. Lebih kurang 5 hari jugakla aku ulang alik. Memang makan masa 1 jam perjalanan jugakla, tapi aku gigihkan juga sebab aku rasa aku mimpi macam-macam benda aneh. aku rasa macam diganggu sesuatu. Perasaan aku menjadi tak tentu arah, aku jadi pendiam, dan suka bersendirian. Aku banyak menghabiskan masa dengan tidur. Di pejabat juga aku kerap rasa tidak sihat dan waktu rehat aku gunakan untuk tidur, sampai aku sanggup skip makan. Aku akda selera makan masa tu. Sampai berat aku turun 5kg, muka aku menjadi cengkung dan bawah mata aku macam orang tak cukup tidur. Yelah setiap malam tidur aku tak lena, seperti diganggu sesuatu. Aku ngadu dengan akak aku mengenai hal ini, sebab itu dia izinkan aku tinggal bersamanya di ruma hostel.

Masa aku tinggal di hostel bersama kakak kandungku, ada satu kejadian aneh yang berlaku. Kejadian yang tak boleh dilupakan sehingga kini. Kakak aku pun cakap dia rasa seram dengan tingkah laku aku pada malam itu. Aku seperti orang yang hilang arah. Kakak aku cakap aku tidur sambil bercakap dengan sesuatu. Tetapi dengan keadaan mata tertutup dan ketawa sendirian dalam kegelapan bilik. Akak aku ni jenis penakut sikit, dia kata dia jadi takut tapi lepas dia cuba baca baca ayat kursi, aku mula marah-marah “ woi kau nak halau aku kenapa, kau nak kena sekali ke dengan aku” . ayat yang akak aku bagitahu aku lebih kurang macam nil ah. Akak aku cakap dia terkejut dengar aku cakap macamtu. Akak aku buat keputusan esoknya dia tak bagi aku datang hostel dia. Sebab dia takut dengan perubahan pada diri aku. Tapi masa tu dia tak cakap dengan aku sebab apa, dia Cuma cakap cikgu dia nak datang tidur malam tu, jadi dia suruh aku jangan datang. Tapi aku degil dan merajuk. So akak aku tak sampai hati, dia bagi je aku tidur pada hari kedua. Tapi dia suruh aku tidur bilik yang berlainan dengan dia. Takpala aku paham mungkin dia takut sebab aku pun dah dalam keadaan tak sedar apa aku buat. Paling penting benda ini jadi setiap kali aku datang bulan. Tapi memang aku kerap datang bulan sampai aku jadi malas solat, boleh kira sebulan tu seminggu je tak period.

Masa akak aku mula Nampak perubahan dalam diri aku, dia cakap aku mudah marah dan agresif sebab adalah malam tu akak aku suruh aku makan. Tapi aku cakap aku dah kenyang , tapi ak tak makan lagi so aku termarah akak aku sampai bergaduh kitorang malam tu. Aku jerit-jerit padahal kakak aku suruh aku makan je makanan yang dia dah beli dekat kedai bawah hostel. Akak aku kata masa tu dia memang dah seram ( kisah ni akak aku cerita balik dekat aku masa bulan Ramadhan haritu). Sebelum ni memang akak aku diam tak bagitahu aku, tapi dia dah cerita semua dekat mak dengan bapak aku. Kakak aku kata cara aku maranh tu merenung tajam kea rah dia. Rasa macam itu bukan diri aku yang sebenarnya. (haih kenapala kakak aku tak record je).
Harini hari last aku tinggal dekat hostel akak aku . sebab kitaoang memang bercadang selasa malam balik rumah family. Yelah majlis kahwin akak aku hari sabtu , so aku dengan akak aku ambil cuti awal untuk buat persiapan di rumah.

Masa hari terakhir ni ada satu lagi insiden yang berlaku. Aku macam biasa 8 pagi dah gerak pergi kerja. Dalam 9 aku sampailah tempat kerja. Tepat pukul 10 akak sepupu aku datang mengejut ke tempat aku kerja. Dia ajak aku sarapan tapi aku menolak dengan mengatakan boss aku tak bagi, padahal boss aku tak kisah pun sebab aku jenis kadang balik lewat. Sebab aku menolak , kak sepupu aku cakap dia ada urusan kerja area kawasan office tempat aku kerja tu. Dia bekalkan aku nasi lemak ayam. Aku dahla memang tengah tak sarapan, memang aku macam dah terliur dan pikir baiknya dia sampai bekalkan aku makanan. Tapi sebelum-sebelum ni takda pun macamtu. Nak masak untuk sarapan pagi memang dia bangun lewat. Tapi hari last tu dia baik gila dengan aku.

Nak dipendekkan cerita, hari yang sama aku dibekalkan nasi lemak tu aku tak balik terus ke hostel akak aku sebab aku balik je keja pukul 6 , terus cepat-cepat singgah rumah kak Ji amek semua barang aku dari A-Z kecuali barangan syampo dan beg travel. Aku tak tahu kenapa aku rasa macam aku taknak duduk lagi rumah tu. Aku rasa banyak benda buruk jadi dekat diri aku sejak duduk sana. So aku rasa kak Ji dapat rasa yang aku memang dah ada niat tinggalkan rumah tu. Mungkin sebab tu dia datang office aku bawakkan makanan. Dia nak ambil hati aku kot. Aku cair weh, aku cakap elok-elok dengan dia . Tapi dalam perasaan tu memang ada satu perasaan ragu-ragu dekat makanan tu. Aku bersyak wasangka. Haha biasalah perasaan ni muncul tiba-tiba. Tapi dia pujuk aku untuk makan, dia dah datang office aku pastu suruh aku makan. Beria sungguh. Aku kan pernah cakap aku jenis turut apa sahaja yang dia cakap, aku makan nasi lemak ayam tu. Hmm memang sedap.

Tapi masa makan aku teringat pesan mak aku, aku kena baca ayat kursi dan 3 qul kalau aku was2. Aku baru makan 3 hingga 4 suap tak silap aku, lepastu aku muntah. Aku tak dapat nak habiskan nasi tu. Mungkin dekat situ ada petunjuk kot. Tapi kak Ji cakap aku ni perut kosong makan sambal mungkin tak masuk dengan perut kot. kebetulan dah lewat saapan, sebab aku tak suka beli kat kedai area office aku sebabnya kadang kena usha dengan pakcik2 abang2. Kak Ji boleh buat aku turut kata dia kalau dia dekat dengan aku, kalau jauh dia susah nak apa-apakan aku kecuali guna sihir. ( based on orang berubat cakap) Sebab macam aku cakap, kak Ji sendiri sebenarnya ada saka keturunan yang diwarisi daripada nenek dia. Biasala orang dulu dulu ada sesuatu yang bela diorang kan. Kebetulan kak Ji ni anak sulung dan cucu sulung perempuan dalam family sebelah mak dia. So dialah mewarisi saka tu.

Okay sambung balik pasal nasi lemak. Aku dah makan weh nasi lemak tu dah masuk dalam d***h aku. Cisss sekarang aku menyesal aku makan. Pagi tu aku dh makan, memang malam tu aku buat hal lagilah. Akak aku la kesian kena jaga aku. Aku tak call mak aku pun dah dekat seminggu. Tiba-tiba aku rasa taknak balik rumah. Pakwe aku pula busy dia chat aku malam. Kejap-kejap dia chat, kejap-kejap hilang. Aku paham dia busy. Tapi malam memang aku tak bchat dia langsung haritu sebab aku tido . Aku rasa aku benci dekat semua orang dan aku nak balik ke rumah kak Ji Aku buat hal malam tu, akak aku kata susah betul nak kawal, nasib baik ada kawan dia yang kuat semangat sikit, pegang aku yang meronta-ronta. Tapi benda ni aku dah tak ingat. Ni aku cerita based on apa yang akak aku cerita bulan Ramadhan 2020.

Aku rasa aku tak ingat semua benda yang berlaku kat diri aku. Terutamanya kalau bab meracau- racau. Tapi akak aku kata, dia record video dia tunjuk dengan mak aku. Ikutkan selasa malam kami patut balik ke rumah family. Tapi keadaan teruk malam tu menyebabkan kakak aku ambil keputusan balik pada pagi rabu. Akak aku kata aku pengsan lepas diorang bukak bacaan yasin. Then akak aku tidurkan aku dekat bilik dia dengan kawan dia. Dalam tengah malam aku terbangun, aku Tanya akak aku kenapa tak balik malam ni. Akak aku berdalih cakap ada baju tak siap ni jadi dia kena siapkan malam ni juga dan kami akan balik esok pagi. Pandai dia punya cover line. Dia tak cerita sikit pun dekat aku, sebab dia tahu akan ni penakut dan akan jadi takut. Tambah-tambah takda mak ayah dekat sebelah kan.

Makin dasyat gangguan yang aku alami daripada hari ke hari. Masa ni aku rasa tak suka balik rumah family, aku jadi tak suka dengan semua orang termasuk pakwe aku. Hidup aku ni umpama aku macam ada dunia aku sendiri. Dahla majlis kahwin akak aku nak dekat tinggal 2 hari je lagi weyh. Gila dasyat. Malu la kalau orang tahu aku tak sihat meracau-racau. Jadi family aku buat keputusan untuk berubat dengan pakcik sebela rumah aku je. Awal cerita aku ada cakap kan dia ada pandai-pandai sikit bab berubat. Pakcik sebelah rumah aku ni rapat gila dengan family aku. Dia memang suka tolong.

Nak dipendekan cerita pakcik cakap dia boleh kawal je aku meracau tapi dia tak mampu sembuhkan, lagi-lagi dalam masa trdekat. Dia cakap ilmu dia tak kuat , jadi susah dia nak tolong. Jadi tibala hari jumaat, hari di mana akak aku nikah. Aku ni dikira seorang yang rajin dalam family, ada majlis apa pun memang aku excited tolong. Tapi masa hari gotong royong tu aku banyak terpuruk dalam bilik. Ea kejap, ada la aku tolong sikit sikit tapi tak sepenuhnya sebab aku rasa lemah semangat. Aku jadi pendiam. Petang sebelum nikah aku tak bercakap dengan orang, kalau aku Nampak pun aku diam je. Aku salam pun taknak weh. Saudara mara , sepupu-sepupu aku panggil ambil gambar sama sama pun ak tak layan. Dalam gambar family je aku ada. Yang lain semua aku takda. Sebab aku banyak dalam bilik. Bila pikir balik, dasyat nya orang yang sihirkan aku ni.

Kemudian tibalah malam , lepas isyak nikah.. sebelum tu petang aku kena bersihkan rumah untuk persiapan nikah. Mak aku suruh kemaskan, jadi aku keluar dari bilik kemaskan depan. Sepupu aku sorang ni tolong aku. Tapi tengah-tengah kemas bapak aku datang, aku boleh marah dia dengan spontan kenapa tak cakap awal-awal nak kemas pukul berapa. Bapak aku dah rasa pelik, dia tahu benda tu nak buat hal. Bapak aku bawak aku pergi bilik sembur air yasin dekat seluruh badan aku. Aku terus tak sedarkan diri. Tahu –tahu dah magrib. Benda ni adik sepupu aku je Nampak, nasib baik takda orang lain dekat dalam rumah ni. Sebab semua tengah merewang dekat balai tepi rumah.

Alhamdulilah malam waktu isyak akak aku tengah nikah , aku tak ada meragam apa apa. Cuma muka aku pucat, bawah mata aku macam orang sakit tak cukup tidur. Adalah beberapa makcik aku tegur aku tak sihat ke. Aku diam je. Entahla aku tak suka bercakap dengan orang. Sampai adalah sorang makcik bawang ni cakap, aziema kenapa sombong sekarang , ajak berbual taknak, Nampak pun taknak salam. Aku dengar mak aku cakap, terus rasa geram. Tapi aku abaikan jela. Sebab ramai orang kan. Bila ingat balik, kenapa la ada orang aniaya aku sampai macam ni sekali.

Okay sambung balik time isyak tu, haa hari nikah tu kak Ji datang wehhh. Mula-mula dia kata dia tak datang sebab pergi oversea urusan kerja.. Jadi mak aku cakapla dekat kak Ji urusan family baguslah kalau diketepikan. ( dalam talian). Mungkin kak Ji tersentap , tu yang dia datang lepas magrib. Hari di mana akak aku nak nikah. Aku Nampak muka dia aku terus melekat dengan dia. Dia masuk bilik aku ( bilik pengatin) dia lepak la lama dengan aku sambil tunggu akak aku di makeup mak andam. Based on mak aku cakap , kemungkinan aku tak meragam malam isyak tu sebab kak Ji ada dengan aku, dia boleh control semua kot. Allahualam. Just andaian mak aku je ni.

Waktu ni aku memang dah sakit dalaman, tapi tak kerap sangat dan masih dalam keadaan terkawal. Tapi perangai aku je berubah dengan ketara. Tapi betul juak mak aku cakap, mungkin kak Ji boleh kawal aku . Malam lepas nikah selesai, aku macam normal je. Siap boleh bergambar dengan cousin semua, siap pakai baju opah bergambar, berinai. Paling penting aku yang sebelum ni marah-marah pakwe aku sebab tak datang majlis khwin kakak aku, tiba tiba malam tu jadi baik gila. Siap aku rasa sayang gila kat dia sampai aku hantar semua gambar aku tengah pakai inai berbaju opah. Feeling-feeling rindu dekat dia nak tunjuk apa aku buat. Mana pergi kemarahan aku? Pelik ke tak? .. mase tu tak pelik sebab tak tahu kenapa aku macam tu. Sekarang ni memang dah tahu benda tu pelik sebab aku dah tahu ada orang berdendam dengan aku.

Ada sesuatu yang mengawal diri aku. Tapi bila ingat balik, pakwe aku pernah cakap kenapa aku tetiba lain. Haihs kenapa dia pun takda bagi hint dekat aku pasal ni. Tapi memang aku pun tak percaya kalau orang cakap aku lain . sampailah aku pergi berubat baru aku tahu. Yelah dalam diri sepanjang hidup aku tak pernah ad kena mengena dengan benda halus macam ni. Duduk asrama pun jarang la kena , tapi bab kena hempap2 ni memang ada je, dekat pkwe aku pun ak pernah cerita. OKay sambung cerita tadi, Masa malam nikah tu aku baik gila dengan pakwe aku , sampai dan berangan nanti aku kahwin dengan dia macamtu kan. haha opss tersweet pula. Tapi Memang malam tu smooth je perangai aku dengan semua orang. Dengan cousin-cousin aku semua aku baik gila, boleh gelak-gelak sedangkan aku dah lama tak gelak-gelak macam tu.

Pada keesokan hari, majlis sanding tiba. Ops lupa nak cakap aku ni ada satu kelemahan, bila panas benda tu kawal aku sampai aku boleh marah –marah beremosi. Pagi majlis tu aku okay je, aku dengan adik sepupu kemas-kemas candy booth. Candy ni aku beli dengan kakak aku dua hari lepas sewaktu pulang daripada hostel kakak aku. Lupa nak bagitahu kak Ji dah balik malam semalam dengan alasan penerbangan dia jam 12 tengahari masa hari sanding akak aku. Sedangkan suami dia cakap dengan aku kak Ji buat hal, dia sebenarnya takda mana-mana outstation pun. Oh pandai dia tipu aku dengan family aku ye. Aku rasa dia mula tahu family aku tengah bawak aku berubat. Mungkin dia risau kalau kantoi dengan family malu nanti.

Bila aku jauh daripada kak Ji, badan aku di kawal oleh sesuatu. Macam biasa aku akan menjadi seorang yang pendiam, duduk bilik gelap-gelap, tak suka bergaul dengan orang. Aku buat tak endah dengan semua ahli keluarga aku. Tapi masa ni aku respect mak ayah dengan pak ngah aku. Diorang tak putus putus beri aku semangat sampai ke hari ini. Sekarang keadaan aku semakin baik, tapi takda jaminan aku akan sihat sepenuhnya melainkan dengan izin ALLAH SWT sebab mana –mana tempat aku berubat cakap benda orang tu buat guna cara halus hindu. Serba sedikit yang aku dengar biasanya cara halus antara yang kuat adalah orang asli dan hindu punya. Jadi memang akan ambil masa sikit lah.

Part majlis kahwin ni haaa memang suspens. Masa ni mak ayah aku dah duduk risau sebenarnya. Kejap-kejap diorang akan cari aku. Mak dengan bapak aku arahkan aku duduk dalam bilik dan berehat. Sampai dalam gambar-gambar majlis kak aku pun aku takda. Aku Cuma ada waktu awal sesi pengambaran bersama keluarga kecilku. Yang ramai ramai tangkap gambar semuanya aku takda. Rasa rugi sangat tau. Hmm takpela dah nasib badan macamtu daripada aku buat perangai pelik. Tapi masa ni aku tak dengar cakap aku keluar juga pergi bahagian depan tempat goodies dengan mak aku. Aku tak salam sapa –sapa, aku buat bodoh je. Sampai ada yang cakap dengan mak aku, anak yang ni akan datang la tu. Dia cakap aku pula kahwin lepasni. Pergh ak tak tahu aku sentap dengar perkataan kahwin. Aku terus sound makcik tu , tak silap aku dengan nada keras aku cakap kau jangan sibuk jaga hal aku la makcik. Mak aku jeling aku then bawak aku masuk bilik bukakan bacaan yasin dekat radio .

Lagi satu aku tak boleh panas, nanti aku akan melenting. Jadi mak aku bukakan air cond. Aku pun tetido kot masa tu. Aku dah tak ingat. Tapi hari persandingan tu aku tak banyak ragam. Mak bapak aku dah kawal keadaan aku lebh awal. Masa ni tak ramai yang tahu kecuali akak aku, mak bapak , pak ngah, mak ngah dengan pakcik sebelah rumah. So majlis kahwin berjalan dengan lancar. Since kak Ji tak datang majlis kahwin kakak aku, masa ni bapak aku mula percaya mungkin ada kemungkinan semua yang jadi ni ada kena mengena dengan kak Ji. Kak Ji ni rapat dengan bapak aku sebenarnya. Sebab tu bapak aku susah nak percaya, senang cerita kak Ji pandai bodek dan baik dengan bapak aku berbanding dengan mak aku . Sedangkan kak Ji tu anak buah belah mak aku. Pelik tak?. Mak aku pernah cakap dia kenal kak Ji daripada kecik, jadi dia suruh aku hati-hati sejak pertama kali aku duduk rumah dia.

Ayat mak aku “ jangan ikut apa dia buat” dan “ jaga solat”. Dua benda ni mak aku pesan awal-awal. Tapi tula apa yang mak aku pesan tulah yang jadinya. Haihhhh. Mak aku ni yakin anak dia pandai jaga diri. Yes memang aku pandai jaga diri, aku tak terpengaruh pun dengan perangai terkutuk kak Ji. Aku tak suka cara dia melayan lelaki atau pakwe dia. Kak Ji pun tahu aku tak suka. Lagipun aku setia dan sayang dengan pakwe aku sangat-sangat. And kak Ji pun tahu benda tu Cuma dia tak tahu aku bercinta dengan siapa. Jadi dia tak berani nak kenalkan aku dengan mana mana lelaki….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Dendam Dalam Diam Part 3”

  1. “Yang aku heran, sebelum aku pergi berubat , time kak Ji takda da dekat rumah, aku boleh je solat, siap bawak anak anak kak zaila solat berjemaah denganku. Siap ngaji lagi weyy. Kalau balik rumah mak ayah aku, aku solat dan mengaji macam biasa. Tapi aku heran kalau kak zaila ada je dekat rumah, aku jadi hanyut.”

    nama sebenar kak ji tu zaila ke?

    Reply
  2. Episode 1 agak menarik dah masuk episode 2 makin kelaut pula. pusing pusing sama je. Ya saya tahu kak ji tak suka awak, awak dibodohkan oleh kak ji. Tak payah bagitahu banyak kali. Tak banyak dialog, penuh dengan huraian sayang sekali tiada isi penting.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.