Nenek Si Bongkok

Assalamualaikum pembaca setia FS. Terima kasih kepada admin andai cerita I tersiar lagi sekali. Terima kasih juga kepada pembaca yang terhibur dengan kisah sahabat dari neraka tempoh hari. Ada yang bertanya apa jadi dengan life kami / Dyana kan? Maaf kami memang taknak untuk berhubung semula dengan Dyana, dan hidup kami kembali normal seperti dulu. Alhamdulillah.

Kisah kali ni I nak share tentang pengalaman kawan I bekerja di salah sebuah pusat jagaan warga emas disekitar KL (Sorry I taknak mention nama pusat jagaan tu) lebih kurang 9 tahun yang lepas. I gelarkan kawan I sebagai Tipah lah ya.

Tipah bekerja dekat situ tak lama, sebab dah tak tahan dengan gangguan syaitonnirajim ni. Pada masa itu, pusat jagaan tersebut belum diubah suai so korang boleh bayangkan lah bentuk bangunan lama yang tak di maintain dengan betul (Alaa mcm dalam movie2 seram korang selalu tgk tu, lampu pada waktu malam pun malap malap je, daun kering merata2, bangunan nampak sangat usang etc etc).

Si Tipah ni kerja dia hanya pada sebelah malam sebab kekurangan staff pada waktu malam. Actually, kerja shift malam takde lah penat mana sebab semua penghuni disitu memang tidur awal, dalam pukul 9 mcm tu semua dah senyap tidur dah. Yang penat nya dia kena berjaga je la sebab incase ada warga emas yg nak pergi ke toilet dan sebagainya. Shift Tipah bermula jam 7 ptg hingga 7 pagi.

Kisahnya bermula pada suatu maghrib, bulan pertama Tipah bekerja di situ. Ada seorang nenek ni memang suka betul dengan Tipah. Apa apa pun dia akan cari Tipah, dia taknak orang lain. Nak dijadikan cerita, sebaik saja Tipah masuk shift dalam pukul 7 ptg tu, dia dah dengar nenek tu memanggil “Tipah! Oh Tipah! Tipah Oii”. Nenek tu I gelarkan dia Nek Som ya. Nek Som berumur linkungan 80++ dan ada masalah saraf jadi dia tak berapa kuat nak duduk or bangun sendiri.

Semua kena Tipah yang uruskan. Nek Som juga sudah nyanyok, kadang2 dia sendiri tak ingat nama dia siapa. Nek Som terpekik pekik dok panggil Tipah seakan tiada hari esok. Rupanya org tua tu nak melepaskan hajat besar kat toilet. Tipah pun pimpinlah dia ke toilet.

Sampai je di toilet, Nek Som berbisik “kau tunggu aku kat sini, jangan tinggalkan aku macam tadi lagi” Eh, Tipah pun pelik, bila masa pula dia tinggalkan Nek Som padahal dia baru je masuk kerja. Tp dia dah biasa dengan orang tua yang nyanyok begini sebab mereka suka cakap merapu.

Tipah pun melayankan saja Nek Som sambil menganggukkan kepalanya dengan muka keliru. Apabila Nek Som selesai menunaikan hajat dia, Tipah buka pintu untuk pimpin Nek Som keluar. Tapi tiba tiba Nek Som bercakap seorang diri sambil menundukkan muka nya ke bawah dan dahi berkerut “Asal maghrib je kau muncul, pergi sana lah” Time tu Tipah memang dah tak sedap hati lagi lagi hari semakin gelap. Lampu disitu semua samar samar belaka. Ok habis cerita yang pertama.

Cerita seterusnya, ada suatu malam tu, Tipah diminta oleh Nek Som untuk urut kaki dia sebaik sahaja Tipah suap Nek Som dinner. Tipah pun turutkan sahaja memandangkan Nek Som tak nak dengan orang lain. Sambil mengurut tu Tipah start conversation lebih kurg begini “Nek Som takde waris ke? Tak pernah Nampak orang datang melawat Nek Som pun” Lama dia tenung muka Tipah dengan renungan sayu.

Tipah mula rasa bersalah andai dia terguris hati org tua tu. Tapi tau Nek Som jawab apa? “Itula, kesian dia takde waris nampaknya lama lagi lah dia dengan aku.” Tipah terus berhenti mengurut sebab terkejut beruk dengar ayat Nek Som lalu berkata “Hish Nek Som ni orang tanya lain dia jawab lain, nah lah makan ubat ni lepastu tidur!” Tipah agak marah sebab dia rasa orang tua tu dah start berperangai pelik tapi sebenarnya Tipah buat2 marah je sebab nak hilangkan rasa takut. Yela siapa je tak cuak bila dengar org tua cakap macam tu?

Okay next story. Pada suatu pagi lebih kurang jam 2 pagi macam tu, Tipah dan rakan sekerjanya baru selesai membersihkan kawasan pusat jagaan tersebut. Baru sahaja hendak menghilangkan penat masing2, tiba tiba ada bunyi seperti baldi terjatuh dari dalam bilik air. Masa tu Tipah memang tak fikir pelik2 sebab risau kalau ada orang tua yang tergolek dalam bilik air tu.

Tipah & Mai (rakan sekerja) bergegas pergi ke bilik air dan mendapati Nek Som sedang terkial kial pegang dayung sambil mencurahkan air ke sekeliling bilik air. “Astarghfirullah! Nek Som ni datang dah perangai (nyanyok) dia. Nek Som kenapa main air tengah malam buta ni Nek Som?” Tanya Tipah. Nek Som langsung tidak menjawab pertanyaan Tipah lalu terus berjalan ke bilik nya sambil dipimpin Tipah dan Mai.

Setibanya di bilik Nek Som, tiba tiba Nek Som mengomel seorang diri “Aku penat betul nak melayan kau ni. Kau jangan lah merajuk dah ya” sambil tangan Nek Som dihalakan kehadapan seperti mengusap kepala kucing tetapi tiada kucing. Masa tu Tipah & Mai terus bertegas suruh Nek Som tidur sebab mereka terlalu penat.

Setelah beberapa bulan disitu, Tipah mula dinganggu dengan syaitonirrajim ni. Pada masa itu, Tipah ditugaskan untuk mengemop setiap bilik penghuni di situ. Sedang Tipah khusyuk mengemop dari bilik ke bilik, tiba tiba Tipah terdengar suara Nek Som menyeru nyeru nama Tipah “Adoi Nek Som ni, takleh kena tinggal sekejap” Bisik Tipah dalam hati. Tipah pun berjalan sambil mengangkut batang mop menuju ke bilik Nek Som.

Sebelum Tipah sampai ke bilik Nek Som lebih kurang selang 2 bilik mcm tu, tiba tiba dia terdengar suara Nek Som terpekik pekik memanggil Tipah dari ruang tamu “Tipah!! Sini!!”. Ah sudah, jantung Tipah time tu seakan nak terkeluar disebabkan terlalu laju berdegup. Dah kenapa suara Nek Som ni datang dari dua arah?! Yang mana satu betul ni?! Disebabkan terlalu takut, Tipah terus masuk ke dalam bilik Nek Jah (penghuni sebelah bilik Nek Som) dan bertanya “Nek Jah, dengar tak suara Nek Som panggil nama Tipah?!” Nek Jah mengangguk tanda dia turut dengar. “Mana satu patut Tipah percaya ni?” Tanya Tipah sambil dahi nya dibasahi peluh. Nek Jah dengan tenang menjawab “baca sahaja Ruqyah tengok siapa yang hilang” Tak terfikir pula untuk baca Ruqyah.

Nasib baik Tipah pernah belajar ayat2 Ruqyah bersama arwah bapanya dulu. Walaupun Tipah ni jenis lemah semangat, tapi apabila dia sudah terlalu penat, takut itu nombor dua. Yang penting dia dapat selesaikan kerja dengan cepat supaya dapat berehat. Nak jaga org tua ni bukan senang tau. Banyak tenaga perlu digunakan.

Balik pada cerita Nek Som, Tipah beranikan diri untuk berdiri didepan pintu Nek Som yang tertutup rapi dan mula membaca Ruqyah yang ditemani oleh Nek Jah. Elok sahaja habis Ruqyah, Tipah terdengar suara Nek Som menangis di ruang tamu. Sah itu Nek Som sebab suara nya masih disitu. Tapi Nek Jah terus menepis Tipah “Kalau betul tu Nek Som kenapa dia menangis. Apa kata kau buka dulu bilik ni.” Pendek juga akal Tipah ni kadang2. Lalu dia pun menurutkan apa yang Nek Jah suruh. Tipah buka pintu dan terlihat Nek Jah sedang terbaring sambil berkata “Apa yang lambat sangat kau ni kalau aku dah terberak kat sini kau juga yang kena cuci” Kemudian Tipah terus menjenguk ke arah ruang tamu dan dilihat tiada siapa berada di ruang tamu. Tak berhenti beristighfar si Tipah ni pada haritu.

Akhirnya Tipah berhenti kerja di pusat jagaan tersebut walaupun berat hati untuk tinggalkan Nek Som sebab mengenangkan Nek Som terlalu mengharapkan Tipah dalam semua perkara. Tapi disebabkan Tipah tidak tahan dengan gangguan yang hampir membuatkan diri nya gila, dia tetap dengan keputusannya untuk berhenti.

Ada mulut2 disana yang mengatakan bahawa itu semua saka belaan Nek Som yang tiada waris nya sebab tu berkeliaran disekitar pusat jagaan. Betul ke tidak, wallahualam. Tipah lebih rela angkat kaki daripada terkena dengan lebih teruk.

Sampai ke hari ini Tipah takkan lupakan pengalaman kerja yang betul betul memberi kesan dalam hidup dia walaupun sudah hampir 9 tahun berlalu.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Cimi
Nenek Si Bongkok
9.1 (91.17%) 77 votes

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.