Nenek Chew
Memori silam aku lebih dua puluh tahun yang lalu. Asal aku dari sebuah kampung di pesisiran pantai. Dekat kampung aku terdapat satu deretan rumah kedai lama. Ala-ala pekan koboi. Mungkin dibina pada tahun 60an atau sebelumnya. Itu aku kurang pasti. Kebanyakkannya golongan tionghua yang menetap disitu. Mereka berniaga kedai runcit, kedai kopi dan kedai ubat. Ada juga beberapa pintu rumah kedai dimiliki oleh orang melayu termasuk arwah datuk aku. Rumah aku pula bersebelahan saja dengan pekan koboi.
Suatu petang yang hampir senja emak menyuruh aku pergi ke kedai ubat/sensei. Kecemasan kata emak. Aku pun bergegaslah ke kedai dengan hanya berjalan kaki saja. Menyusuri deretan rumah kedai usang sehinggalah ke kedai ubat yang separuh pintunya sudah ditutupi papan. Kedai-kedai disini tidak beroperasi waktu malam. Rata-rata dihadapan rumah mereka diletakkan meja kecil yang berisi makanan seperti buah-buahan, aneka jenis biskut dan air minuman ringan. Kertas dan colok yang dibakar.
Aku sekadar memerhati saja, tidak pula diketahui upacara apa. Selesai urusan jual beli, aku pun dengan ramah menanyakan perihal yang terbuku dalam benak fikiranku. “Tauke, kenapa semua orang letak makanan macam tu? Mau jual ka?”, kataku kepada tauke Guan sambil menunjukkan meja kecil dihadapan kedainya. “Ohh..ini bulan hantu ma.. kasi roh makan..cepat balik aaa..sudah mau malam”, jawab tauke Guan. Bulan hantu? Aku pun bergegas balik sebab bimbang terserempak dengan zombie yang dimaksudkan oleh tauke Guan.
Aku perlu menyusuri laman belakang sebuah rumah kedai yang dimiliki oleh nenek Chew kerana dibelakang rumahnya adalah kawasan rumah aku. Nenek Chew dah berusia sekitar 80 tahun. Walaupun keadaan fizikalnya bongkok dan kurus meleding, dia masih lagi aktif memelihara binatang dan bercucuk tanam. Tadi sewaktu perjalanan pergi aku tak nampak pula nenek Chew tapi sewaktu perjalanan pulang aku lihat nenek Chew terbongkok-bongkok dihadapan reban ayam sambil mengendong seekor itik putih. Dari penglihatan aku, kepala itik itu sudah pun terkulai dengan titisan darah mengalir. “Nenek Chew!” Sapaku kepadanya.
Lama sungguh tak nampak nenek Chew. Nenek Chew menoleh ke belakang manakala badannya masih statik. Rambut kerinting dipenuhi uban. Wajah putih pucat, tiada mata hitam dan gigi hitam nenek Chew benar-benar mengejutkan aku. Kulit yang menggelembir sehingga menampakkan tulang pipi. Menakutkan pula rupa nenek Chew yang aku kenal. Tak ubah macam ahli sihir. Spontan aku berlari pecut ke rumah yang hanya beberapa meter saja dari situ.
“Mak..mak.. nenek kebayan belakang rumah nenek Chew”, jeritku dari muka pintu. Emak hanya menyuruh aku mandi dan bersiap untuk solat Maghrib. “Ungkal. Itu sebab mak suruh kau pergi cepat. Maghribkan banyak setan”,jawab emak sinis. Ya, aku akui sebenarnya emak suruh aku pergi kedai lepas asar tadi tapi disebabkan cerita kartun kegemaran aku mula jam 5 petang, aku ingkar.
Sebenarnya nenek Chew duduk dengan anakya di negara jiran dan kabarnya meninggal dunia disana. Rumah dan binatang peliharaannya dijaga oleh cucu nenek Chew yang mempunyai masalah sosial. Aku juga perasan dihadapan rumah nenek Chew tak kelihatan makanan penyembahan seperti rumah yang lain. Bulan hantu dan kemunculan kelibat nenek Chew, aku tak pasti perkaitannya. Kebetulan atau sekadar ilusi mataku. Tamat.
Opera
Sebagai budak kampung, rugilah kalau aku hanya memerap saja dirumah. Lantas aku terokai seluruh pelusuk kampung yang membawa ku kepada opera cina.
Opera cina, salah satu hiburan untuk aku. Walaupun aku tak faham semua dialog-dialog yang dilemparkan oleh pelakon-pelakon. Kostum, solekan, backdrop pentas, muzik gendang, dialog berlagu dan jalan ceritanya amat menarik membuatkan aku minat datang menyaksikannya saban tahun. Asal ada bendera dipacakkan sepanjang jalan menuju ke tokong, tahulah aku ada opera disitu.
Tak ramai golongan melayu yang datang menonton, aku selalu pergi waktu petang berbanding malam. Hari malam dah tentu emak dan ayah tak izinkan. Waktu itu aku tak tahu semperna upacara apa. Tapi yang pasti aku lihat ramai orang berkumpul di depan tokong. Mungkin aksi lagak ngeri dan penyembahan kerana kelihatan pedang, tombak dan peralatan tajam disitu. Aku tak berani nak menyaksikan adegan tersebut lebih-lebih lagi ianya di hadapan patung berhala.
Aku duduk dibangku panjang barisan belakang menyaksikan opera. Namun terpaksa beralih ke bangku hadapan setelah diminta oleh petugas disitu. Pada fikiranku tak ada tiket bolehlah aku duduk mana-mana bangku. Sedang asyik menyaksikan opera, bahuku ditepuk dari belakang. Aku tersentak lantas menoleh ke belakang. Tiada sesiapa. Dibelakangku kerusi kosong. Aku menonton semula menyaksikan adegan pertarungan sengit dua orang pahlawan diatas pentas. Merebut seorang gadis pada hemat aku adalah pelakon lelaki. Kelakar, mendebarkan dan romantis. Tiba-tiba kaki ku pula disepak dari arah belakang.
Aku mula rasa tak sedap hati. Eh, siang-siang hari mana ada hantu, bisik hatiku. Aku cuba legakan hati sendiri. Tiba-tiba sahaja bangku kayu panjang dan berat kosong dibelakang ku tumbang sendiri. Maka ramailah mata-mata memandang ke arah kerusi itu. Namun tak ada sesiapa yang datang betulkan. Sebaik saja tamat dimana pengakhirannya happy ending, aku bangun untuk pulang. Hari sudahpun senja. Emak pula sudah mencekak pinggangnya dimuka pintu.
Satu hari, aku berbual dengan salah seorang jiran berbangsa cina. Kami bualkan topik opera. Almaklomlah banyak penjelasan yang aku ingin tahu. Perbualan kanak-kanak naif. “Lu tahu tak, itu opera bukan untuk orang saja, itu roh pun nak tengok..”, kata Mei Mei. “Ye ke?” Soalku ringkas. “Itu pasal bangku mesti mau kasi kosong. Aiyaaa..lu apa tau”, kata-kata Mei Mei itu buat aku terpana mengenangkan bangku rebah sendiri. Benar atau tidak apa yang diperkatakan Mei Mei aku tidak pasti.
Terima Kasih admin jika cerita ini disiarkan. Walaupun tidak seram namun agak mistik untuk aku kenangkan.
nanti smbunglh lg
best juga..baru saya tahu.
Ms miker tgk opera tu..mesti miker dok kt kerusi yg dikhaskan utk hantu…x silap teman ada show khas utk hantu tgk…
Cerita pasal nenek chew tu teringat jiran aku dulu. Cina tua jugak. Setiap kali lalu belakang rumah dia, bila pandang rumah dia, melalui celah-celah tingkap mesti dia tengah perhatikan aku. Pandang je muka serius.
kartun lapas pukul 5 ptg, 20 tahun lalu….. suria perkasa hitam, gavan, mospeada, gundam…… hahaha…
jgn ko lupa saber rider, voltron, silverhawk, thundercat
suria perkasa hitam..legend gilerr citer tu..aduhhhh..xleh lupa kenangan duluu..hihihi
Nice story..sambung lg pnglaman awk yea…
Best citer ni… tambah2 lgi duk sekampung ngan org cina n India, mesti bnyk kn pengalaman lain …citer lh lgi
Pernah tanya kawan cina, dia cakap kalau masa opera tu, kerusi front row dikosongkan untuk hantu.hihi
jin ni banyak bangsa erk….
boleh la. xla seram sgt.
best cerita ni.pengalaman sebenar.semoga ada pengalaman yang akan dikongsi lagi disini
Haiya..dialog sama mcm upin ipin lor.Mei mei cakap mcm tu.Lu apa tau.haha.Apapun kepercayaan kaum lain kena hormat jgk.arwah abah aku dulu pernah rawat sorang bdk melayu kena rasuk hantu cina,melompat je keje mcm dlm cite hantu cina tu.tapi abah aku xde la tampal azimat kat dahi,dia rukyah la
macam cerite upin ipin je…mei mei
kedua-dua peristiwa merujuk ke perayaan bulan hantu cina atau lebih di kenali sebagai hungry ghost festival. selalu jatuh pada masa bulan Ogos dimana kalender cina ialah bulan tujuh. Diraikan oleh penganut Taoist dan Buhhda. Harap Maklum.