Su membuka laptopnya. Dia membuka folder ‘karya’ kemudian memilih karangannya yang telah 90% disiapkan.
Jari-jemarinya menari pantas di atas papan kekunci. Otak dan jarinya bekerja sama. Dia menarik nafas lega. Sikit lagi karangan cerita seramnya sudah hampir lengkap. Kali ini dia memilih tajuk “Hantu Galah” sebagai nukilannya.
Nak dikatakan dia terlalu berani kerana memilih genre begitu dalam penulisannya, tidak juga. Nak dikatakan dia penakut pun, tidak juga. Entah la. Mungkin itu lebih sesuai dengan kemahirannya.
Hari demi hari, nama pena Su Diana menjadi pilihan di hati penggemar cerita seram. Karyanya lain dari yang lain. Selalu membuat pembaca berfikir dan sesekali menaikkan bulu roma pembaca kerana ketakutan. Nama Su Diana kini menjadi bualan tak kira di social network ataupun di kedai buku. Bukunya laris di pasaran.
Su terus menaip sambil fikirannya menerawang meraba-raba idea.
‘Serta merta almari itu bergegar. Bagai ada yang menggegarkan’ Taip Su.
Enter.
Tiba tiba almari di dalam bilik Su bergegar. Terperanjat Su dibuatnya. Kemudian diabaikan sahaja. Mungkin kerana terlalu menjiwai penulisannya sehingga dia terbawa-bawa ke alam realiti. Dia menyambung menaip di komputer ribanya.
‘Suasa sunyi seketika, tiba-tiba dia terdengar bunyi kaca pecah di dapur. Segera dia berlari ke dapur.’
Panggg!!
Bunyi kaca pecah di dapur. Tersentak Su dibuatnya. Segera Su berlari ke dapur dan memandang ke arah sahabatnya yang dah berdiri di dapur.
“Kenapa ni Yan?” Tanya Su.
Izyan hanya menggeleng. Dia pun baru sahaja sampai di dapur. Risau kalau ada apa-apa yang terjadi.
“Kucing kot terlanggar. Kau tahulah, kucing jiran kita tu kan suka masuk dalam rumah ni.” Jawab Izyan ringkas.
“Tak apalah. Biar aku kemaskan.” Pelawa Izyan. Su mengangguk seraya berterima kasih kemudian masuk ke biliknya semula.
Diperhatikan laptopnya itu. Ada pesanan masuk melalui messenger di Facebook. Pesanan itu dibukanya.
“Hai. Nak tanya, awak Su Diana penulis cerita hantu yang famous tu ke?”
“Ye, saya Su Diana. Awak ni siapa ye?”
“Sayalah hantunya.”
Su ketawa. Ni mesti tektik orang nak kacau aku ni. Malaslah nak layan. Baik aku sambung cerita aku ni balik, lagi ada untungnya.
Baru sahaja Su hendak sambung menulis, mesej masuk lagi.
“Saya tahu awak tengah buat apa. Saya boleh nampak awak.”
Su menjadi semakin marah. Ni kerja siapalah suka sangat nak takut-takutkan aku ni.
“Okay. Saya pakai baju warna apa sekarang?” Tanya Su mahu menguji.
“Biru.”
Betul! Su menjadi kaget. Eh macammana dia boleh tahu? Emm kebetulan je kot.
Beeb. Mesej masuk lagi. Su membukanya.
“Kenapa tanggalkan spec mata tu. Pakai jela.”
Su memandang sekekeliling. Mencari kalau-kalau ada lubang yang membolehkan seseorang mengintainya. Tingkap dan langsir tertutup. Pintu bilik juga tertutup.
Kerana enggan emosinya terganggu. Su terus block akaun orang yang menganggunya. Aman.
Cerita seram yang ditulisnya sudah siap. Lega benar hatinya apabila satu penulisannya telah siap. Dia ke dapur untuk membasahkan tekaknya. Rumahnya telah gelap. Mungkin semua roomatenya telah tidur.
“Su”
Su menoleh. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati ada seorang lelaki yang sangat tinggi sehingga ketinggiannya mencecah siling dapur.
Persis seperti dalam penulisan yang baru dihabiskan sebentar tadi.
“Aa.. Apa kau nak dari aku syaitan?!”
“Aku nak kau jadi watak dalam cerita kau sendiri! Hahaha!” Kata lembaga tinggi tersebut kemudian ghaib.
Su berlari ke bilik. Dia menyelimutkan badannya yang menggigil ketakutan.
Dia teringatkan cerita yang baru ditulisnya sebentar tadi. Fikirannya menerawang mengingat babak akhir.
“M**i d*****h oleh hantu galah tersebut.”
Badannya menggigil semakin kuat. Air matanya hampir jatuh.
Oh tidak! Tidak mungkin!
Aku adalah penulis cerita aku, tapi Tuhan adalah penentu hidup aku. Syaitan takkan apa apakan aku! Bisik Su pada dirinya seakan memberi kekuatan.
Su ke meja makan dengan muka yang pucat. Rakan-rakan rumahnya semuanya pelik melihat keadaan Su.
“Kau berjaga malam sebab siapkan cerita kau ke?” Tanya Julia.
Su hanya menggeleng lemah. Makanan yang ada di atas meja langsung tidak disentuhnya.
“Ju. Malam ni aku nak tidur bilik kau boleh?”
“Eh apahal tiba-tiba?”
“Please..” Su merayu. Julia terpaksa bersetuju.
Langit di luar kian gelap. Menunjukkan hari sudah berganjak ke malam. Sepanjang hari Su diganggu oleh lembaga yang dijumpai semalam. Lembaga itu sekadar menganggu seketika kemudian ghaib dengan ketawa yang besar. Gangguannya sebiji seperti jalan cerita yang baru disiapkan oleh Su semalam.
“Su, tolong tutupkan lampu tu. Aku dah nak tidur dah. Kau takpe ke tidur bawah tu?” Pinta Julia apabila kedua-dua mereka telah berada di bilik.
Su mengangguk tanda tidak apa apa. Baginya, asalkan ada teman yang menemaninya malam ini sudah cukup. Su ke suiz lampu kemudian mematikannya.
“Sss.. Su tolong.. Tolong aku..” Ucap Julia putus putus.
Su menoleh. Dia memandang Julia. Wajah Julia telah pucat. Badan Julia terangkat tinggi di udara. Sama seperti jalan cerita rekaannya.
Su tahu Julia tidak nampak apa apa. Namun Su boleh nampak ada bayang bayang setinggi siling sedang berdiri di belakang Julia. Dia datang lagi!
Su menyalakan lampu semula. Badannya sudah menggigil namun nyawa kawannya perlu diutamakan.
Tuhan ada. Tuhan ada. Ulang Su dalam hati.
“Hey laknatullah! Jangan kau fikir kau mampu nak atur hidup aku ikut kehendak kau ye?! Letak semula kawan aku ke bawah!”
“Hempaskan dia?” Tanya suara garau itu mengacah.
“Jangan kau berani!”
“Allahula ila hailla huwal hayyu qayyum” Su mula melafazkan ayat kursi dengan sangat kuat dan lantang.
“HAHAHA kau pun penakut, ada hati nak taksub buat cerita pasal jin dan syaitan!” Suara itu menyerigai. Kemudian mengikut suara Su membaca ayat kursi bersama sama.
Su tidak mengendahkan. Su tahu iblis dan syaitan hanya mahu menganggu keimanannya. Su terus membaca ayatul kursi walaupun lembaga itu terus membaca bersamanya seakan mengejek.
“Walaa yauuduhu hifzuhuma wa huwal aliyyul ‘adzhim” Su membaca sehingga ke akhir ayat tanpa menghiraukan gangguan iblis tersebut.
Senyap. Suasana terus senyap. Su memandang Julia telah berada di atas katil memandangnya dengan wajah yang masih takut.
Su terus mendapatkan sahabatnya kemudian memeluk Julia.
“Kau okay?” Tanya Su. Julia mengangguk.
Tiba-tiba mereka terbau benda terbakar. Su melihat di sudut bilik. Ada abu yang datang entah dari mana. Mungkin makhluk itu sudah habis terbakar dek ayat kursi dengan izin Allah.
“Dia dah pergi. Kau jangan takut. Kita ada Allah.” Su menyakinkan.
“Su.. Kalau kau nak tulis cerita seram. Jangan lupa selitkan nasihat dan ingatan tentang Allah.” Pinta Julia yang dah semakin tenang.
Keesokkan paginya, Su ke biliknya semula untuk menunaikan solat subuh. Setelah selesai urusannya dengan Allah, Su mendapatkan komputer ribanya semula.
Cerpen Hantu Galah itu dibaiki semula. Ditambahkan dengan unsur-unsur ketuhanan dan nasihat. Kemudian barulah diemailkan pada penerbit buku.
Su tidak berhenti menulis cerita seram kerana diganggu makhluk halus tempoh hari. Kali ini, hatinya makin cekal. Mungkin Allah nak ingatkan dia, bidang penulisan, walau apapun genrenya perlu diselitkan dakwah.
“Dan Allah lah yang Maha berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu. Tuhan kepada manusia, jin dan seluruh alam ini.” Taip Su mematikan cerpennya.
Kredit: #azwaaddy
BAGUS ADE UNSUR KETUHANAN…DALAM DUNIA NI SEMUA BERMULA DAN BERAKHIR KERANA ALLAH…
Terima kasih. Betul tu apapun terjadi semua dengan izin Allah.
Ni cerita betul ke? Kalau betul, dasyat gila ah
Ni cerita rekaan je, penulis asal nak selitkan pengajaran buat penulis² cerita seram agar ada selitkan sesuatu hikmah dalam setiap penulisan mereka. Wallahualam. Sy ada kreditkan tu nama penulis asal.
Ooo okay.. Faham² 😀👍
Orite sis😊
SAMPAH
Okay, terima kasih. Lagi macho tulis nama full ya kalau nak kutuk karya orang lain. Watlek watpeace✌😊
Saya bagi rate 7/10. Sebab terlalu short and ringkas sangat.If can make it longer. Just my piece of thought. Anyways terima kasih sebab menulis.
Terima kasih, inshaaAllah akan cuba perbaiki untuk next entry.
Sayang awk fatin..pm..
Bagus..teruskan berkarya..
Bercerita seram sambil nasihat dan berdakwah.. Terbaikk
Gaya penyampaian sampai dan mudah difahami….best…..
klau ada boleh buat lgi cerita yer
Terima kasih korang yang support, insyaAllah ada lagi cerita lain tunggu admin publish je. Maaf jika ada cerita tak menepati taste pembaca.
cerita ni serammm dan sedih sikit sbb kita kena ingat Allah. Allah yg berkuasa. Tapi ni rekaan je kan
Ya, kira cerita pengajaran juga la.