Pocong Di Surau Usang

Assalamualaikum. Sebelum ni aku pernah share kisah aku terserempak hantu masa pergi buang sampah kat area pengumpulan sampah area kuarters. Kalau tak silap tajuk “KELAM”. Nama aku Fahim. Tujuan aku menulis kali ni nak share kisah lain dimana aku masih di ganggu. Secara jujur aku ni jenis sembang besar. Tak takut itu, tak takut ini. Member semua malas nak sembang dengan aku, mana taknya semua aku kata merepek. Sampailah aku jadi “Favourite” hantu untuk kacau.

Kisah ni berlaku lebih kurang 13 tahun yang lepas. Lepas aku habis SPM abah kena posting ke Perlis. Kalau ikutkan aku memang aku taknak ikut. Habis kalau aku tak ikut, kat mana aku nak tinggal pulak kan. So dalam bulan 12 macam tu kami sekeluarga berpindah ke Perlis. Sepanjang 3 bulan menunggu result SPM keluar, aku memang duduk dirumah tolong parent kemas rumah je. Biasa la baru pindah so banyak nak kena punggah balik and then aku juga jadi driver tak bertauliah untuk ibu and adik-adik aku. Tanggungjawab aku kononnya selepas abah. Cewaah.

Time ni lepas waktu maghrib, aku nak pergi hantar adik ke kelas mengaji kat rumah Ustazah Melur. Aku hantar naik motor je. Jarak rumah Ustazah Melur dengan rumah aku lebih kurang 3KM macam tu. Oleh kerana jalan agak gelap dengan lampu yang hidup segan m**i tak mahu so aku rasa perjalanan ni sangat jauh. So malam tu aku pun macam biasa lepas solat Maghrib aku tunggu kat motor sementara adik nak bersiap. Then dah siap gerak and drop adik aku kat rumah Ustazah melur, aku pun pusing la motor nak patah balik. Dalam perjalanan balik, aku akan lalu sebuah rumah usang dan sebelah rumah tu ada surau buruk. Kata member aku, surau tu orang ramai akan pakai kalau ada kematian saja. Mostly yang solat berjemaah akan solat di masjid belakang rumah aku yang jauh lagi selesa.

Selepas melepasi kawasan rumah usang, aku rasa seram sejuk. Biasa la, kita ni kalau takut macam mana sekalipun mata tetap melilau. Time tu aku memang layan angin je, slow habis bawa motor. Tiba-tiba mata aku terpandang something di sebalik tingkap surau buruk tu. Time tu la motor aku meloncat sama dengan jantung aku. Aku syak time tu aku press minyak and masuk gear serentak. Mengaum teruk bunyi motor aku. Masa ni kat mulut aku just sebut satu je time tu, ‘aku dah solat maghrib, dah solat maghrib’. Aku tak tahu la kenapa tak terkeluar langsung apa-apa ayat dari bibir. Sampailah terbabasnya aku langgar divider.\

Time tu aku memang tak tengok kiri kanan dah. Sumpah terkejut habuan nampak POCONG tadi. Sakit aku memang tolak tepi. Aku nak bangun pun tak berani, aku nak angkat kepala pon tak berani. Haram betul, punya penakut time tu. Area surau buruk tu memang takda perumahan melainkan rumah usang sebelah dia. Lebih kurang 500 meter lepas surau tu baru ada blok baru. Aku memang tawakal berani nak bangun, tiba-tiba time bangun tu la ada suara perempuan ketawa weh. Aku memang shaking teruk. To be honest aku terkencing. Malu nak mengaku tapi cerita lama, kira old me la. Aku sekarang sado sikit dari dulu. Berani sikit dari takde langsung.

Balik ke cerita tadi, aku bangun tak sempat berdiri lagi dah dengar suara perempuan ketawa sungguh-sungguh macam lawak situasi kat situ. Lama-lama aku dengar jadi seram. Aku usaha untuk angkat motor yang terbaring tapi handle motor ku sudah terkehel dan cover set banyak yang pecah. Aku tengok keaadan motor agak teruk. Aku tak tunggu lama, aku terus lari balik rumah. Motor aku tinggal dalam keadaan tergolek.

Sampai saja kat rumah aku menangis. Rasa pondan teruk weh. Parent aku ingat aku kena pukul sebab gigi patah, tangan dan kaki luka teruk. Aku story habis kat parent aku, parent aku terus suruh pergi bersihkan diri untuk pergi ke klinik. Sebelum pergi ke Klinik, abah aku ajak pergi tengok motor dulu. Dengar saja nak pergi tempat tadi balik, aku memang jadi down. Histeria teruk on the spot. So abah aku minta kami tunggu kat rumah sementara jiran aku tolong hantar abah ke tempat aku tinggalkan motor tadi. Mana tidaknya, motor baru kut baru keluar kedai tak sampai 3 bulan. Tinggal pula package sekali dengan kunci. Melopong la kalau gone. So ibu decide untuk hantar aku pergi klinik sementara abah urus bab motor.

Dalam jam 10.30malam macam tu aku dan ibu sampai rumah selepas selesai dapat rawatan kat Klinik. Dapat la habuan 8 jahitan kat bibir. Masa aku sampai rumah tu, abah dan adik-adik aku semua dah ada kat rumah. Jiran aku pun ada. Masa tu dia dah minta diri untuk pulang. Aku masuk teruk ke bilik untuk rehat. Masih teringat seketul pocong yang aku Nampak tadi. Aku tak boleh lelap walaupun letih.

Esok subuhnya abah datang ke bilik aku dengan muka teranya-tanya. Aku terus soal tentang keadaan motor. Mungkin abah risau banyak yang perlu diperbaiki. Tapi jawapan abah buat aku terkejut. Abah beritahu aku, semalam semasa dia dan Pak Mail sampai kat surau buruk yang aku nampak pocong tu, motor aku dalam keadaan baik dan masih dalam keadaan hidup engine seolah aku sengaja meninggalkan motor di situ. Kata abah lagi pada malam itu surau tersebut ada Jemaah warga asing yang bekerja di kawasan tersebut.

Tapi kenapa waktu kejadian tadi aku kesorangan, gelap dan sunyi. Kesannya 5 hari jugak lah aku demam teruk. Abah bawa aku berubat untuk pulihkan semangat. Persoalannya sekarang, kenapa masa aku jatuh motor cover set pecah dan lampu motor aku barai tapi masa abah pergi ambil balik, semua dalam keaadaan baik saja. Sampai kehari ni aku masih tertanya-tanya. Dimanakah aku sebenarnya ketika itu?

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fahim
Rating Pembaca
[Total: 87 Average: 4.6]

4 thoughts on “Pocong Di Surau Usang”

  1. pocong tu serba salah, dia ingatkan nak gurau ligh2 je sekali tgok bukan setakat motor barai dgn kau2 sekali barai. tu yg dia tolong repair motor pakej idupkan lagi motor kau.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.