Assalamualaikum, Akak Kek datang lagi. Akak kat airport ni. Flight delayed sebab ade drone activity kat airport yg akak flying to. Hati akak sakit, mereput maka akak tulis cerita. Cerita ni berlaku masa kami di rumah lama kami dalam kisah “Ayah Balik Ceramah”. Masa ni aku kecik lagi, dalam darjah satu atau dua. Masa ni kami cuma 3 beradik, 2 adik aku tak lahir lagi. Aku tak pasti samada korang pernah ade pengalaman makcik datang rumah jual minyak urut, ubat-ubatan melayu atau keropok-keropok/kuih hasil kampung. Rumah aku ni rumah teres, maka petang-petang akan ada orang datang beri salam and ketuk pintu rumah untuk berniaga pintu ke pintu.
Knowing aku yang memang dilahirkan kepoci dan seorang ‘kakak’, aku akan sama sibuk masa orang datang berjual tu. Dengan harapan boleh dengar mak aku borak and mak aku beli kuih yang aku suka. Aku suka kuih cakar ayam. Ala yang keledek rangup sira gula merah dan bentuk bulat tu. Seperti biasa aku akan mengendeng waktu mak borak-borak dengan penjual. Tapi hari tu lain, makcik tu jual minyak. Yang ni aku tak suka la. Tapi mak aku layankan je even tak beli. Kadang-kadang pelawa air sebab penat and panas diorang jalan rumah ke rumah ni. Mak aku tak beli even makcik tu dah promote baik punya alasan kat rumah dah banyak minyak. Nampak gayanya makcik ni masih tak berputus asa dan tetap mendesak. Mak aku tolak juga sebab takda keperluan masa tu.
Akhirnya makcik tu akur, sebab mak aku sungguh-sungguh tak nak beli. Sebelum makcik tu balik (biasanya mereka duduk bertinggung depan pintu je), dia pandang sekeliling ruang tamu rumah kami. Pandangan macam marah. Tak puas hati mak tak beli minyak urut dia kot. Lepas dia salam mak aku dia balik. Masa tu aku ingat lagi dia tengok-tengok sekeliling rumah sambil mata dia tajam pandang aku. Aku masa tu tak faham, so buat biasa la sambil sambung tengok katun.
Kisah pelik bermula malam kejadian. Aku tidur tapi terjaga lepas 2,3 jam. Masa aku terjaga tu, aku nampak 3 makhluk, yang aku andaikan si ayah, si emak dan si anak. Aku buat andaian macam tu sebab makhluk tu ada 3 saiz. Satu besar, satu sederhana besar satu lagu kecil. Macam satu family. Makhluk tu berupa bantal yang tidak tentu bentuknya tapi macam fluffy and dia besar sampai yg si ayah tu hampir mencecah siling bilik tidur aku. Setiap bantal tu besar tau, macam saiz dua pemeluk, terapung-apung dalam bilik aku. Aku cakap terapung sebab dia tak tegak berdiri tapi bergoyang-goyang macam bendera ditiup angin. Benda ni seolah pandang je aku, tapi takde muka cuma ada mata je.
Masa ni aku kecik, so aku tak reti nak describe sangat macam mana kat parents aku. Aku cuma cakap benda tu macam bantal. Masa tu aku nangis sebab aku takut. And bila aku nangis, aku suruh benda tu pergi. Benda tu tak pergi, tapi dia ulang setiap perkataan yg aku cakap. Setiap butir dan perkataan-perkataan tu bergema-gema. Berbalam-balam bunyik nya. Benda ni susah aku nak describe but since now aku type kt phone and aku dlm flight (ok finally after 3 hours delayed) boleh aku gambarkan macam dengung masa ko dalam flight. Boleh imagine tak? Aku tak pasti samada ni suara dalam kepala aku atau memang benda tu ulang cakap aku.
Aku tidur sebilik dengan adik, aku dah berpeluh masa tu sebab takut. Tengok adik kat katil sebelah tapi dia lena je. Maksudnya dia tak nampak la apa yang aku nampak and dia tak dengar pun apa yang aku dengar. Lama juga episode makhluk ni terapung-apung depan mata and ikut cakap aku. Bila dah tak boleh handle, aku nangis. Panggil ayah. Sebab ayah aku tugas dia memang bangun malam if anak-anak panggil nak pergi toilet ke, haus nak air ke waima takut hantu sekalipun memang tugas ayah aku. Mak aku tak amik port sebab mereka bergilir, mak duty siang ayah duty malam. So aku panggil ayah aku berulang kali sebab bilik bukan sebelah menyebelah so takes time untuk ayah dengar dan datang ‘rescue’ aku.
Ayah aku bawak aku masuk bilik mereka(bilik mak ayah) dan mak aku pon terjaga masa ni sebab aku nangis and aku cakap aku nampak tiga benda and diorang ikut cakap aku! Ayah ambil air kat dapur letak dalam cawan putih bunga merah (aku ingat lagi). Ayah baca-baca sikit nak kasi aku semangat, and aku benti nangis and aku sambung tidur kat bilik mak ayah. Esok nye mak bawak aku balik kampung jumpa nenek sebab katanya semangat aku hilang. Nenek baca-baca kat dahi aku kasi pulih semangat, Wallahualam. Mak aku cakap sebab makcik jual ubat tu buat something sebab marah mak tak beli brg dia. Aku pon tak pasti sahih benda ni.
Macam mana aku boleh describe part benda tu ulang cakap aku yg berdengung and bergema? Because ever since that moment, aku kerap alami gema ni. Aku nampak 3 makhluk tu sampai aku sekolah menengah kot. Tapi lepas tu hanya suara dan gema sahaja. Aku akan alami benda ni kalau aku sedih, tertekan atau terlalu penat. Sampai saat ni aku masih mengalami nya. Cuma sekarang aku macam pandai control. Aku tak nak leka dan layan benda tu sebab nanti bila gema tu datang aku stress dan aku akan nangis.
So semenjak aku makin matang ni. Chewah. Aku suka ambil tahu pasal orang yang ada mental health problem macam depression, halucination dan sebagainya. Sebab benda ni real guys. I am not saying yang aku ade masalah ni cuma aku macam boleh rasa and boleh relate. Especially pasal boleh dengar suara bercakap dalam kepala. Jangan ambil mudah. So nasihat aku sebelum judge, cuba fahami, korang buat la research at least korang akan lebih clear pasal ni.
Aku tak pasti samada bantal 3 beranak tu ke punca aku boleh dengar suara dalam kepala yang bergema-gema tu atau tidak. Tapi seingat aku sejak dari episode makcik datang jual ubat tu la aku nampak 3 beranak tu and aku akan dengar suara bergema ikut cakap aku. Dia ikut cakap even suara hati tau guys. Bukan suara yang keluar dari mulut je. So bila perkara tu jadi, aku tak boleh elak sebab apa je yang aku terfikir atau bisikkan dalam hati akan diikut atau ‘echo’.
Sorry if cerita aku tak seram tapi macam pesanan khidmat masyarakat plak. Hihi. Akhir kata “And conceal your speech or publicize it; indeed, He is Knowing of that within the breasts. (Quran, 67:13)“. Aku share kat sini supaya orang lain tahu and aku sekarang dalam episode dengar ‘suara’ tu. By the way, doakan aku tak stress ok? Sebab letih nak melayan suara dalam kepala aku ni, especially bila nak tidur or bila aku sorang. Wassalam.
First time baca cerita macam ni. Baru tau ade jgk yg macam ni. Semoga akak terus bertabah dan ceria selalu. Jangan stress2 tau haha
Akak cuba yer dik. Maybe semangat kot yang sudah dibawa pergi hantu bantallll
bertabahlah..
Tok bayangkan hantu bantal ni katik
T’ingat pula kat katik 6 bersaudara “nasa,ff,bong,medi,hana,ratik” – **(bukan nama sebenar)
Uhukk..uhukk.. ada yang seru ke?
Hai tok!
sila komen berkenaan post sahaja ratik..
Last day Tok. Esok dah new year. Kita tutup fs dgn berjimba la Tok 😂
dengan ini.. tok setuju..
admin mohon jgn marahh
Lama tak nampak maira dengan singkong komen hahaha
shhhhh hahaha
Hai cu zerr… Nek ni org sejati kluang.. Tp nek confuse cu, jalan yg ko ckp ni yg mana satu ye, siap ada batas2 tu.. Jalan menghala ke Mersing setahu nek ada 3 jalan.. Sati jalan yg lalu tu, kluang-felda nitar-mersing.. Satu lagi ikot jemaluang(yg ni lg scary, mmg takde org lalu sgt, plus kalau ada rezeki jumpa la ngn yok gajah) dan satu jalan lagi adalah dari kota tinggi.. Jalan yg ko lalu tu mmg berliku2.. Mcm ular kna palu.. Mmg ada jugak yg accident nak2 kalau musim hujan.. Berhati2, elak teruskan perjalanan terutama ketika senja.. Nnt kalau dtg kluang lagi jumpa nek ye, bole mnum secawan kopi kluang dan roti bakar.. Hehehe… Zaaaasssss!!
Astaga.. Aku taip kat cerita lain, knp komen ni kluar kat sini pulakkkk 🤦♀️🤦♀️.. Da laa tak bole delete.. Sory sory.. Sila abaikan komen mngarut nenek ni ye..
haha..nek kebayan cute la..baru nak komen nenek sesat masuk rumah sebelah ni..sib baik nenek perasan..hihihi
Kite org kluang jugak nek…sje nk bgtau… 🤣 🤣
Nenek salah rumah ni…org nk celebrate thn br lah skrg ni…
Tgh tggu nk countdown kt pelantar minyak brhantu ni..nmpk bnyk hantu laut keluar ke permukaan..yg bergayut kt tiang pelantar..yg mengensot kt lantai pelantar pun ada..semua tgh tggu nk countdown rasanya tu..
dgr suara dlm kepala ni schizophrenia. baik pg check 🤣
Aku baru nk ckp mende sama. Schizo
Yes, maybe. That’s why saya highlight psl mental illness. Just nak cakap benda ni bermula dari episod saya nampak makhluk ‘bantal’ tu. Semangat macam lemah ever since. Tak perlu gelak kot? Pfftt 🤦🏻♀️
Wah ada geng kita geng, selalu kalau berlaku benda macam nih time mata terasa silau sangat dengan mcm² cahaya lampu or matahari (so annoying)and tiba² jadi pening kepala lpstu rasa suara sekeliling bergema macam duduk dekat alam lain j pastu blh berckp dgn sesuatu tapi tak nmpk last jadi mcm froze j bdn nih..
Kan. Dia bukan la nak kata suara bercakap dlm kepala macam suh buat apa2 ke. Tak clear tapi macam in different dimension. Apa yang saya cuba buat is elakkan situation tu, cepat2 alihkan mind or bgn or pindah tempat.
Nak elak dgr suara tu sentiasa la berzikir sis..lawan suara tu
Thanks for your advice. 😊. Saya buat juga but sometimes ‘echo’ tu akan ikut berzikir.
cube kak mengucap..kan dia mengikut kan..so bagi dia mengucap bagi masuk islam..hahaha..
btw,citer akak best sgt..nape tak dipeluk bantal2 tu..?hhaha
Haiiii
nak tanya, makcik tu dtg rumah menjual lagi ke tak?
Dah jarang sekarang, tak macam masa akak kecik-kecik. Mungkin makcik tu dah buat bisnes online. Hihi