Assalammualaikum Admin Fiksyen Shasha. Ribuan terima kasih kerana menyiarkan sekali lagi sambungan cerita aku, Keris dan berjumpa pocong dan juga ribuan terima kasih pada para pembaca setia yang sudi meluangkan masa untuk membaca pengalaman misteri hidup aku. Setiap lokasi kejadian akan aku rahsiakan demi menjaga sensitivity sesetengah pihak dan merahsiakan siapa aku sebenarnya didunia nyata.
Ada dikalangan pembaca yang tidak percaya bahawa atuk aku meninggal pada usia nya 150 tahun. Sebelum ke cerita mistik seterusnya, aku nak cerita sikit pasal atuk aku dan wan aku (nenek) yang kadangkala penuh misteri juga kehidupan mereka.
Wan aku meninggal pada tahun 1999. Atuk pula tahun 1993.Beza umur wan dengan atuk sangat jauh. Atuk mengahwini wan masa atuk berumur 60 tahun, manakala wan hanya berumur 20 tahun. Atuk lahir pada tahun 1843 hijrah. Atuk aku ni hensem orangnya, tinggi, putih dan seingat aku lah atuk memang selalu memegang tongkat rotan semambu. Atuk ni seorang yang berbadan tegap kerana dia adalah ahli silat. Aku penah di ajar hanya pembuka silat oleh atuk. Alasan atuk untuk tidak mengajar aku sampai khatam adalah kerana aku ni jenis panas baran. Tak silap aku kalau atuk bersilat sampai boleh terbang ke atas pokok dan ada zikir zikir tertentu yang atuk baca. Nama jurus silat atuk adalah silat budi suci atau silat para wali. Aku penah mengamalkan zikir zikir silat tu. Cuma zikir zikir harian biasa seperti SubhanaAllah dan sebagainya.
Wan aku dibela oleh nenek dan atuk nya juga sejak kecil. Jadi panggilan aku untuk mereka adalah onyang dan atuk onyang. Kata wan, onyang dan atuk onyang adalah sepasang suami isteri yang kuat ilmunya. Mereka sering dipanggil oleh orang kampong jika ada sebarang kesulitan dan penyakit misteri yang tidak boleh dirawat oleh ubatan tradisional. Penah sekali wan mengikut atuk onyang pergi melawat jenazah seorang lelaki tua dikampung mereka. Lelaki tua itu sebenarnya mengalami nazak yang amat lama sebab diganggu oleh saka belaannya. Jadi sebelum orang tua itu meninggal dunia, atuk onyang lah yang datang mengubatinya sehingga dia dapat meninggal dengan aman.
Bila sampai saja wan di rumah jenazah berkenaan, atuk onyang menyuruh wan tunggu dan bermain aja dibawah rumah. Tapi wan degil dan mahu juga ikut atuk onyang naik ke atas. Rumah orang dulu dulu, tinggi tinggi belaka. Jarak lantai rumah dari tanah selalunya dalam 4 ke 5 meter tingginya. Dan rumah mereka terletak agak berjauhan diantara satu sama lain, dikelilingi oleh hutan, kebun pisang dan bendang bendang sawah milik mereka.
Yelah kan, duduk dalam hutan kenalah rumah tinggi tinggi untuk mengelak dari binatang menjalar dan binatang kaki 4.
Atuk onyang menyuruh wan duduk berdekatan dengannya berhampiran dengan jenazah. Wan cakap masa tu wan rasa lain macam dah. Dia nampak penutup jenazah seperti bergerak gerak. Orang kampong yang lain tengah khusyuk membaca yassin beramai ramai. Tak lama selepas itu melaung orang kampong di bahagian salah satu sudut rumah berkenaan untuk diangkat jenazah yang perlu dimandikan.
Tiba tiba, jenazah berkenaan bangun duduk sendiri. Wan yang ditepi atuk onyang menjerit bangun dan berlari melompat tingkap yang terletak di belakang tempat duduknya tadi. Wan kata, makcik leha yang berbadan gempal, jiran sebelah rumah jenazah itu juga turut melompat melalui tingkap yang sama. Jatuh kedebuk macam nangka busuk.
Boleh pulak wan mengintai balik untuk melihat apa yang terjadi selepas itu. Wan kata bertempiaran lari penduduk kampong yang khusyuk baca yassin tadi. Ada yang tertinggal kain, ada yang menjerit jerit latah sampai menampau jenazah. Tapi atuk onyang hanya duduk tenang ditepi jenazah. Atuk onyang membaca sesuatu dan menyapu muka jenazah. Dan jenazah pun perlahan baring.
Atuk onyang memanggil semula orang kampong yang bertempiaran lari tadi untuk menguruskan semula jenazah. Jenazah diurus dengan cepat agar tidak lagi terjadi perkara yang tidak diinginkan. Banyak lagi yang wan penah cerita kat aku pasal pengalaman misteri dia, tapi kebanyakkannya aku tak berapa ingat dan susah pulak aku nak cerita secara detail pada pembaca sekalian. Cuma part wan melompat tingkap dan org kampong latah menampau jenazah tu memang aku ingat betul…sapa boleh lupa cerita rare macam tu kan.
Dalam kisah sebelum ini aku penah kata akan cerita pasal peristiwa misteri yang berlaku masa aku di alam persekolahan kan. Ada dua cerita, pertama semasa aku menuntut di tingkatan 5 dan kedua masa aku buat praktikal di salah sebuah pulau di utara tanahair.
Didalam kelas aku semasa tingkatan 5 dulu, hanya aku seorang je melayu, yang lain semua cina, india dan beberapa pelajar luar Negara. Jadi pihak sekolah meletakkan aku bersama kumpulan pelajar melayu yang lain untuk menyertai kem bina semangat yang di adakan di sebuah Insitusi Kemahiran yang terletak di Negeri Sembilan. Apa nama Institusi tu aku tak ingat dan nama tempat tu pun aku tak berapa ingat sebab memang masa tu tak amik port pun.
Tempat tu terletak di kawasan kampong yang agak angker jugaklah suasananya. Macam kampong niyang rapik dalam drama niyang rapik tu. Orang orang kampong tu banyak pantang larangnya. Itu yang diberi peringatan oleh pelatih disitu sejurus aja kami sampai di tempat berkenaan. Jangan petik buah sesuka hati, jangan kacau ternakan mereka, kalau buat jugak, kalau jadi apa apa, tanggung sendiri.
Kumpulan kami disertai oleh beberapa buah sekolah dari daerah yang berlainan. Tapi semua sekolah yang terpilih adalah sekolah dalam Bandar. Biasalah kan, budak Bandar ni kalau jumpa kengkawan satu kepala jer, tak ingat dunia. Bising tu toksah cakaplah.
Hari pertama kursus, semua berjalan dengan baik. Kami dibahagi kan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti bersama sama. Jadual harian kami memang padat. Macam latihan askar dah siap dengan kawad pagi dan petang. Semasa beraktiviti memang kumpulan kami bercampur pelajar lelaki dan wanita. Setiap ahli kumpulan haruslah menjaga sesama ahli dan memastikan setiap tugasan yang diberi dihabiskan dengan sempurna. Semasa tidur pula, kami diasingkan. Pelajar perempuan ditempatkan di dorm bersebelahan surau manakala pelajar lelaki ditempatkan di dorm yang berdekatan kantin.
Hari ketiga kursus, kami telah di arahkan berkawad dalam tempoh yang agak lama, jadi nak dekat maghrib barulah kami dilepaskan ke dorm masing masing. Seperti biasa, aku mengambil masa ni untuk rehat seketika sementara menunggu turn untuk menggunakan tandas.
Tiba tiba aku dengar jeritan dari bilik yang berhadapan ruang tamu pintu masuk dorm. Aku lari menuju ke bilik itu. Aku berdiri terpaku didepan pintu. Kawan baik aku wati sedang membacakan sesuatu di telinga lin yang sedang baring dikatil single berdekatan dengan pintu masuk bilik. Manakala kawan lin yang lain memegang lin yang sedang meronta ronta macam mahu melepaskan diri.
Tiba tiba wati suruh aku memicit ibu jari kaki lin. Aku yang bodoh ni ikut saja arahan wati. Sebaik aja aku memicit ibu jari kaki lin, tangan aku seperti disambar elektrik. Aku dapat rasa macam ada benda menjalar naik sampai ke bahagian lengan. Aku terus melepaskan ibu jari kaki lin dan berlari keluar.
Lantak ko lah nak menjerit situ. Aku terus membersih kan diri di tandas dan bersiap untuk solat berjemaah di surau sebelah dorm. Tak ku sedar yang waktu maghrib sudah 20 minit berlalu. Sebelum ke surau, aku berkumpul bersama kawan kawan yang lain untuk beratur keluar dari dorm. Waktu tu ustazah sudah ada sisitu untuk menolong wati. Lin pulak dibaringkan di bahagian tengah ruang tamu yang berhadapan dengan pintu masuk utama dorm. Jadi jalan nak keluar menuju ke surau adalah mengelilingi lin yang sedang terlentang baring di tengah ruang tamu. Masa turn aku untuk keluar, Lin memandang aku sambil tersenyum sinis. Dahla si lin tu mempunyai mata yang agak besar juga, macam tersembul mata dia pandang aku. Seram wei..pandangan tu, seolah olah kataβ¦.nanti kau anur, satgi aku kerjakan kauβ¦.
Sampai je di surau, kami yang ketinggalan ni solat Jemaah bersama, manakala pelajar lelaki yang habis solat mengadakan bacaan yassin beramai ramai. Tiba tiba di suatu sudut surau terdengar jeritan dari pelajar perempuan. Lepas satu jeritan, bersambung pulak jeritan yang lain, lepas sorang, sorang kena hysteria. Masa tu aku dah mula nak menangis. Yelah walaupun aku ni kira agak nakal juga, tapi kalau dah tengok orang hysteria keliling kita, tumpo jugak.
Kawan sebelah aku maria suruh aku kuat dan berzikir. Alhamdulillah aku kembali tenang. Tak lama selepas itu pelajar pelajar yang hysteria di ubati oleh ustaz dan pelatih yang ada disitu. Kami disuruh beratur untuk ke kantin dan diberi air yassin oleh ustaz untuk kuat semangat. Dalam barisan semasa menunggu giliran panjang sampai kekantin tu, tetiba aku seperti dilanggar oleh sesuatu.
Ada benda berat yang cuba masuk dalam badan aku dan ia berjaya masuk sampai ke pangkal lengan. Aku seperti melayang dan tidak semena aku dengar suara atuk aku suruh aku istighfar, mengucap dan melafazkan subahanAllah dan Allah hu Akbar. Selepas aku melafazkan zikir tu, benda tu seperti direntap oleh sesuatu keluar dari lengan aku.
Suara atuk masih lagi kedengaran, atuk suruh aku jangan berhenti melafazkan zikir berkenaan dan suruh aku kuat semangat. Suara atuk tidak lagi aku dengar tapi tiba tiba beberapa pelajar lelaki yang sudah berada di kantin menjerit dan melompat bersilat sesama sendiri. Mereka kerasukan.
Barisan panjang menuju kekantin terhenti seketika. Berpeluh jugaklah aku tengok ustaz dan pak pak pelatih mengatasi situasti tu. Tak lama selepas itu kami disuruh meneruskan barisan untuk mengambil air penawar di kantin, ustaz pula melarang kami melihat ke arah kanan kami dimana terletaknya court sepak takraw. Tapi aku ni jenis degil, aku pandang jugak ke kanan. Aku nampak ada seorang pelajar lelaki yang kerasukan tadi masih bersilat di court tersebut, tapi yang peliknya bahagian pinggang ke atas pelajar tersebut kelihatan seperti harimauβ¦eh dia pakai costume ker, kata ku dalam hati. Masa tu aku memang tak syak apa apa, yelah..mana lah aku ada pengetahuan yang pelik pelik tentang ni walaupun masa tu aku penah jumpa pocong,
Setelah ke semua kami dapat minum air penawar yang disediakan oleh ustaz, kami di arahkan balik ke dorm tanpa menghadiri aktiviti indoor malam yang disediakan oleh pihak penganjur. Ustaz memberi amaran agar kami kunci pintu bilik masing masing dan melarang kami agar keluar dari dorm walau dengar sebarang bunyi sekalipun. Memang malam tu macam macam bunyi yang kami dengar. Bunyi ketara ialah bunyi mengaum harimau dan bunyi seolah olah ada binatang yang dikejar ke sana dan kemari.
Keesokkan harinya aku berjumpa dengan wati. Wati menceritakan apa yang terjadi selepas kami semua ke surau. Wati kata semasa merawat lin ada seorang ustaz yang dibantu oleh dua bapak pelatih dan seorang ustazah dan terjadi peristiwa yang dia tak boleh lupa sampai bila bila. Tapi yang hawaunya si wati ni, boleh gelak berdekah dekah pulak sebelum bercerita. Katanya dia tak boleh lupa apabila ustaz ditendang oleh lin sampai melekat didinding. Macam cicak tu katanyaβ¦kelepek. Kita syok syok nak feel seram terus tak jadi. Akhirnya lin berjaya di pulihkan. Tapi kesian, lin masih lagi kena hysteria apabila dia pulang ke rumah. Lama jugalah Lin cuti dari sekolah untuk memulihkan dirinya.
Hari hari kursus berlalu tanpa gangguan tapi gangguan bersambung di sekolah kami. Kejadian hysteria jangkit berjankit berlaku di sekolah pula, sampai guru besar mengarahkan agar sekolah ditutup sehari.
Tanpa aku sedari, ada benda yang mengikut aku balik rumah sekali. Aku kena hysteria yang teruk di rumah. Aku sedar dan aku dengar suara lain yang bercakap melalui aku tapi aku tak dapat nak control diri aku sendiri. Masa aku kena tu, aku dalam keadaan penat dan tidak bersih.
Atuk berjaya mengubati ku dan atuk memberitahu ku apa sebenarnya yang berlaku semasa aku di kem bina semangat tu. Atuk kata ada seorang pelajar yang memang belajar di kem tu menuntut ilmu tak habis. Pelajar itu tidak suka kepada keadaan yang bising. Oleh kerana kami ni suka buat bising ketika itu.
Pelajar itu marah dan dia juga tidak dapat mengawal dirinya dan terjadilah seperti yang aku nampak di court sepak takraw tu. Atuk kata ilmu yang pelajar tu menuntut ada kaitan dengan harimau. Aku boleh nampak dia bertukar kepada harimau kerana salah satu penjaga keturunan kami adalah harimau putih berantai dan satu lagi adalah Raja bunian yg beragama islam. Kedua penjaga ini adalah dari waris keturunan atuk dan wan aku. Mereka tak boleh buang kerana ini adalah perjanjian atuk nenek moyang yang terdahulu. Mereka hanya boleh melembutkan dan membuat perdamaian dengan mereka. Aku adalah di antara lapisan keturunan yang terpilih yang mereka suka hampiri. Jadi aura mereka tu kuat dengan aku.Sebab tu aku boleh nampak mahkluk halus dari kecik.
Ilmu yang pelajar itu pelajari adalah sejenis ilmu hitam yang menuntut pelajar nya untuk bertukar kepada harimau jadian. Jadi ilmu ini memang bercanggah dengan aura dan penjaga penjanjian keturunan kami. Oleh kerana penjaga ilmu ini dari jin harimau maka umpama berjumpa kawan dia lah, Sebab itu benda itu ikut aku sampai kerumah dengan tujuan untuk merosakkan aku.
Harimau putih berantai itu adalah sejenis jin. Sudah dikatakan didalam Al Quran bahawa ada sekumpulan lelaki yang diperdaya oleh segolongan jin, maka janganlah terpedaya. Sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia. Maka orang selemah aku mana mungkin dapat mengawal jin. Disini lah terletak nya peranan Raja Bunian tu. Dia lah yang mengawal harimau putih berantai ini dari melakukan pekara yang tidak baik. Semuanya atas izin Allah swt juga. Aku dijaga pun atas kerana perjanjian atuk nenek moyang dahulu. Mereka melakukan nya atas dasar sudah berjanji. Maka mereka tunaikan, sehinggala bila aku sudah boleh berjalan sendiri.
Cerita aku seterusnya terjadi masa aku buat praktikal di salah sebuah resort yang agak besar di utara tanah air. Akan aku sambung di lain hari dengan tajuk dikejar Pontianak dan hantu tinggi. Maaflah guys, bukan senang nak susun ayat bagi cantik, nak rekod youtube pulak, suara aku ni masih suara bebudak ribena lagi. Tak pecah pecah sejak anak dara. Nanti korang tak percaya pulak umur aku 40++an. Sabaq sattβ¦..bersambung. As salam.
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Tahun atuk ko lahir 1843 hijrah ke 1843 masihi?
Mesti laa masihi…aduii laa…1843 hijrah mna smpai lagi…
ntahnya, hijrah baru sampai 1440. yapada….soklan
huuuuu….
saya percaya hayat usia atok awak..
Teman percaya umur arwah atok miker tu mcm tu…sbb org dulu2 byk amalan2 yg diamalkan mereka…mcm arwah atuk teman pon jejak 100 thn gak ..org2 dulu2 semuanya gunakan benda2 dr semulajadi…bhn2 yg mengandungi bhn kimia ni mmg idaklah deme guna…@ makan ..sbb tu hayat deme pjg…teruskan menulis…teman suka cerita miker ni …
Muda2 dah bljar ilmu hitam.. π«π« ..
Saya percaya bab umur tu,saya jugak boleh terima bab perjanjian dengan jin islam selagi tidak msekutukan allah(apatah lagi jika seseorang itu adalah pemerintah,tentunya seisi jajahan ingin melindungi pemerintah sebagai janji taat setia ataupun sbagai membalas budi seseorang atas sebab ilmu,kejujuran,etc)..cumanya part “sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia” sangat meragukan..contoh mudah manusia sanggup mengaku dia adalah tuhan dan apa reaksi syaitan ketika tu?
itulah yang tok guru tasawuff saya kata tuan…jangan mudah percaya pada jin…jangan di sebabkan jin kita terhijab dengan Allah swt.
aku pcaya dalam soal2 umur..penjaga ghaib tu semua…tapi ayat “sebaik2 jin sejahat2 manusia” bagi aku tu mengarut..
Baru dengar semalam tanyalah ustaz tv3.. Ayat tu xbole pakai.. Sebab jin ade baik n jahat. Ade islam n kafir.. Jin islam ni pulak sangat patuh pd allah swt. Tu yg sy dengar.. Wuallahuallam..
saya paham ayat tu..maksudnya sejahat2 manusia kat dunia ni macam tulah jahat nya jin yg berpura2 baik dgn manusia..pahaman saya lah
Namun saya rujuk balik pada pencerahan guru yang lain berkenaan kata kata sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia setelah menjadi persoalan di pihak tuan tuan sekali dan memohon maaf di atas kenyataan berkenaan.
“Menyentuh mengenai perkara ini, penulis buku, Ayat-Ayat Syaitan, Abdullah Bukhari Abdul Rahim al-Hafiz menegaskan bahawa kenyataan sebaik-sebaik jin adalah sejahat manusia amat tidak tepat dan ia secara tidak langsung menzalimi sebahagian jin Islam yang dipuji Allah dan disebut kisah mereka dalam al-Quran.
βMereka adalah generasi awal jin Islam yang bertanggungjawab menyebarkan Islam kepada makhluk jin kerana jin dan manusia mempunyai tanggungjawab agama serta akan dihisab di akhirat kelak (al-Rahman [55:31-36]).
Generasi awal jin Islam yang disebut kisah mereka dalam al-Quran ini selayaknya digelar sahabat nabi kerana memenuhi ciri dan takrifan para ulama hadis iaitu sesiapa sahaja yang bertemu dan beriman dengan Nabi Muhammad SAW.” – penerangan tepat yang saya baca dari artikel artikel lain.
Mungkin saya kurang faham dengan bahasa mantik yang tok guru tasawuff saya utarakan, dan saya memohon maaf di atas keterlanjuran kata dan bertaubat dari nya.
Teman X percaya langsung Atuk Mike lahir tahun 1894Hijrah sebab skrg baru 1440Hijrah. Atuk mike dari masa depan ke?.
maaf bukan hijrah…tapi masihi…tahun 1843, khilaf saya kat situ.
MASIHI tuan…saya manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. maaf la yer
Panjang jgk cerita puteri bunian ni…tcungap2 baca sbb anak2 setia psg telinga nk dgr cerita seram..
1843 hijriyah..
Kalau sebaik baik jin sejahat jahat manusia.. xkan la ada jin yg belajar pondok sekali dgn enti ππ .. ni salah satu penghinaan ke ats saudara kita dari alam sana..mereka ada yg soleh dan beriman..
Ya… Saya silap mengenai itu, terikut dengan perkataan yg selalu diguna pakai oleh kebanyakkan masyarakat melayu. Kena tegur dgn mereka juga akibat post ni.. Maaf atas khilaf dn bertaubat dari nya…
Tok moyang aku hidup sampai 115 tahun