TUNTUTAN SAKA KETURUNAN

Salam sejahtera kepada semua pembaca FS. Terima kasih kepada Admin kerana siarkan kisah aku ni. Mungkin cerita aku ni panjang sedikit.

Aku berusia 27 tahun, berasal dari Bumi Kenyalang. Aku merupakan anak bongsu dan cucu perempuan bongsu dari sebelah bapa aku. Sebelah mak aku pulak, aku cucu bongsu. Kisah aku ni taklah seseram kisah yang lain. Cuma aku nak kongsikan kisah yang menimpa diri aku sendiri. Kisah saka yang ada pada aku selama bertahun-tahun dan aku tak pernah tahu pun.

Kisah aku ni berantai-rantai sejak aku berusia 12 tahun lagi. Semuanya ‘hint’ aku dapat dari mimpi. Masa tu, ayah aku pernah bermimpi yang aku ni jadi buaya jadian. Waktu siang aku jadi buaya. Bila malam menjelma, aku jadi manusia dan balik ke rumah macam biasa. Ayah dan mak aku ingat itu cuma mimpi semata-mata.

Aku membesar macam remaja yang lain sehinggalah aku berumur 17 tahun. Sekali lagi aku bermimpi yang aku ni seekor buaya pada siang hari. Pada sebelah malam aku seorang manusia biasa. Benda tu rasa seolah-olah betul-betul terjadi. Aku beritahu dengan mak bapa aku. Tapi jawapan mereka macam biasa, mimpi semata-mata.

Pada umur 18 tahun, waktu tu belajar di Matrikulasi, aku bermimpi pelik sekali lagi. Aku bermimpi aku ke sebuah rumah panjang Iban yang terletak di puncak bukit. Tempat tu berkabus dan takda orang pun nak sembang dengan aku. Seolah-olah aku ni tak wujud dikalangan mereka. Seorang lelaki yang berpakaian pahlawan Iban dahulu kala meminang aku (aku ni berketurunan Iban di sebalah bapa aku). Dia pilih aku diantara ramai-ramai anak gadis yang ada kat rumah panjang tu. Aku terima pinangan dia! Dia ada bagi aku benda tapi aku tak sempat nak buka. Benda tu dalam sebuah kotak tembaga kecil sebesar tapak tangan. Dan aku terjaga dari mimpi.

Aku dapat tahu dari seorang kawan yang mimpi aku tu petanda tak baik. Jadi, sebulan jugak la aku duduk dalam kolej tak outing. Seminggu aku tak dapat tidur malam. Dengan tekanan pelajaran lagi, memang mood aku sangat down. Takutnya aku waktu hanya Tuhan yang tahu. Lepas tu, semua okay sehinggalah aku tamat pengajian di univerisiti.

Aku bekerja di Semenanjung selama 2 tahun lebih lepas habis pengajian. Pernah juga aku bermimpi mengandung beberapa kali. Mimpi pegang bayi. Tapi aku tak ambil kisah. Bukan aku tak percaya apa yang orang lain kata, aku cuma malas nak ambil kisah.

Pada pertengahan 2016, aku kembali ke negeri kelahiran aku. Mulai saat itu aku mula balik bermimpi yang pelik-pelik dan lebih menakutkan. Lebih kerap! Aku mula bermimpi ular hitam. Banyak kali! Aku mimpi dikejar dua ekor harimau putih dalam sebuah hutan. Mimpi buaya putih pun ada. Yang paling menakutkan aku, seorang lelaki berpakaian pahlawan Iban dulu-dulu menuju ke arah aku dengan muka yang bengis. Macam nak serang aku. Bila bangun je, berpeluh-peluh aku. Aku bermimpi dipatuk ular adalah beberapa kali.

Pernah juga aku bermimpi aku tengah ‘dating’ dengan seorang lelaki yang aku tak kenal. Berpakaian pahlawan Iban dulu-dulu. Tiba-tiba datang seorang lelaki berpakaian yang sama, serang lelaki yang dating dengan aku tadi. Dengan parang. Aku tak dapat leraikan. Bangun je, aku dah terketar-ketar. Banyak kali aku bermimpi berjumpa dengan lelaki yang aku tak kenal. Kadang-kadang aku bermimpi lelaki yang aku kenal.

Ular tedung hitam tak payah cakap. Banyak kali dah aku jumpa. Nak masuk ke rumah. Tapi bila aku halau, ular tu balik dan lesap macam tu je. Sejak dari bermimpi yang pelik-pelik, kesihatan aku tak menentu. Selalu sakit-sakit badan. Sakit tengkuk dan telinga berdesing memang selalu.

Aku ingat semua itu mimpi semata-mata. Tapi tergerak hati aku nak pergi berubat dengan seorang ustaz. Bila ditengok-tengokkan, rupa-rupanya ada tiga ekor yang ikut aku. Seekor tu orang hantar. Oleh seorang lelaki yang pernah suka kat aku. Lagi dua tu, makhluk halus (orang bunian) yang suka kat aku. Nak bawa aku tinggal dalam alam mereka. Dan ustaz sahkan aku pernah masuk ke alam bunian melalui mimpi. Habis aku berubat dengan ustaz, aku ingat semua dah tamat. Rupa-rupanya tak lagi. Aku masih lagi mimpi ular hitam. Tapi ustaz kata, seorang lelaki suka kat aku. Berbeza bangsa dan agama dari aku. Menurut ustaz, dialah yang aku cari selama ni. Okay, bukan mimpi buruk lagi. Mimpi jodoh pulak. Aku ingat semua dah selesai. Tapi, mimpi yang pelik-pelik berlarutan lagi sampai sekarang.

Sampailah aku terjumpa dengan seorang pakcik baru-baru ni secara tak sengaja masa aku hantar sepupu aku berubat. Dari awal aku masuk rumah tu, pakcik tu dah jelling-jeling aku. Aku jadi cuak. Sebab pernah orang beritahu aku yang ada benda ikut aku dari belakang. Aku diam je. Tapi rahsia aku terbongkar jugak. Pakcik tu tahu ada benda yang ikut aku. Bila ditengok-tengokkan, betul! Pakcik tu kata, saka! Benda tu ‘jantan’. Ada dua ekor. Seekor tu saka yang ikut aku dari keturunan tu menjelma sebagai buaya. Seekor tu makhluk yang suka kat aku, menjelma sebagai ular tedung hitam. Jadi benda ni berebut nak ‘ambil’ aku. Tuntutan mereka, nyawa aku dan mereka tunggu masa yang sesuai. Sedih jugak la aku. Aku pun berubat buang benda tu. Sakitnya hanya Tuhan yang tahu. Terganggu fizikal dan emosi.

Lepas berubat, barulah aku rasa tenang. Sakit-sakit badan takda lagi. Period pun dah normal. Tapi tak lama, dalam dua minggu je. Lepas tu, aku mimpi lagi. Dua orang lelaki yang aku tak kenal ikut aku. Dalam mimpi aku tu, ada seorang pakcik beritahu dengan aku. Benda tu tak nak aku berkahwin. No wonder aku tak kahwin-kahwin sampai sekarang. Semua perkenalan aku dengan lelaki tak menjadi. Kalau aku berkahwin pun, selagi kaki aku masih berpijak di Bumi Kenyalang, anak aku tak menjadi. Gugur. Kalau nak anak aku hidup, aku mesti keluar dari sini. Menurut pakcik yang ubatkan aku, benda tu memang kuat. Tak mudah nak lepaskan aku sebab dari kecil dah ikut aku. Sekarang aku masih lagi dalam proses berubat.

Walaupun bagi sesetengah orang termasuk ahli keluarga, cerita aku ni merepek dan karut, aku tetap percaya ada alam lain selain alam kita di dunia ni. Alam mereka totally berbeza dari kita (berdasarkan pengalaman aku sendiri). Sekiranya ada saudara-mara korang yang bermasalah macam aku ni, berilah mereka sokongan terutamanya dari segi emosi. Kadang-kadang kami sakit badan bukan mengada-ngada. Emosi kami sentiasa terganggu sebab ada benda lain yang memerhati kami dan benda itu tak nampak dengan mata kasar. Macam aku, aku dapat rasa benda tu ada, cuma tak nampak. Kadang-kadang rasa tak larat nak lawan balik pun ada. Penat. Sakit.

Jadi aku nak nasihatkan korang semua, kalau mimpi pelik-pelik tu kerap sangat. Baik berubat. Jangan dibiarkan, nanti melarat macam aku. Susah nak buang. Aku pun tak terfikir benda ni akan terjadi kat aku. Selama ni aku cuma baca dan dengar kisah orang lain. Tapi aku percaya, ada hikmah disebalik segala kejadian di atas muka bumi ni. Sampai sini je kisah aku.

#cikdoraemon

41 thoughts on “TUNTUTAN SAKA KETURUNAN”

      • Maaf, ni cuma dari gerak hati sy, dari cerita awak sy boleh faham and tau apa perasaan awk. Sbb sy pun hadap benda sama, gerak hati sy kata awk sendiri boleh buang benda tu tapi yes dengan pertolongan org lain but the biggest thing is u urself

        Reply
        • Benda ni tak dapat nak buang sendiri. Sebab dia yang datang cari kita sendiri. Kalau dapat buang sendiri, dah lama saya buang 😊. Kita cuma ikhtiar, Tuhan yang pulihkan kita.

          Reply
          • Sy faham. Sbb jujur seumur hidup i. I lalui benda ni. Terlanggar la; kene santau, sampai almost hilanh nyawa. Cara u betul. Tapi one more time. You solat hajat. Every friday night. Doa supaya di putuskan segala ikatan. Sambil tu yes berubat. Maaf if too much. I just wanna help u get better. Sbb i sampai sekarang hadap benda ni. Dia buat i rasa gila 😂😂 hilang kawan and etc

        • Sy pernah dengar ustaz bagitahu pasal ni. Dia cakap ustaz cuma membantu mengubati, yg menyembuhkan penyakit tu diri kita sendiri dan yg memberi keizinan agar penyakit tu sembuh ialah Allah swt. Kesimpulanya dekatkan diri dengan
          Allah swt agar kita kuat lawan penyakit tu. Kalau orang biasa luangkan masa 10% je untk beramal dlm sehari, kita yg luar biasa ni kene lebih bnyk dari org biasa. Sbb kita adalah orang yg istimewa. Yang terpilih.

          Reply
  1. Saya doakan awak kuat menghadapi semua ni. Apa pula penerimaan parents. ada tak mereka juga berusaha untuk mengubatkan awak.

    Reply
    • Terima kasih atas doa saudara/saudari. Parents dapat terima. Cuma berubat tanpa parents sebab dorang duduk jauh dari saya.

      Reply
  2. Aku pun ada mimpi pelik jugak waktu tidur dan tiap kali scene dia mesti mlm2 ( sama dgn waktu aku tgh tidur tu). Pernah aku mimpi ada lmbga hitam merangkak kt aku smpai aku terbangun sbb terkejut tgok muka dia tu dan bila aku fikir balik mmg sebijik mcm scene dlm mimpi tu. Ada lagi few mimpi lain jugak cuma tak surelah if it is real atau sekadar mainan tidur.

    Reply
  3. Allah hu
    Saye pun dulu selalu.mimpi ular, pontianak datang kat saye. Tapi saye pulak jadi heroin kejar natang ni dgn obor and parang, siap cincang lagi ular tu. Yg terakhir saye mimpi ade ular sawa besr hisap roh dari kepala trus saye bangun tido. Sejak dari tu saye banyak berzikir sebelom tido dan mengamal surah al baqarah Dan 3 qul sebelom tidor
    Alhamdulillah dah x de mimpi ular dan pontianak lagi.
    Cuba amalkan doa cara kamu sendiri, saye pun dari kuching sarawak

    Reply
  4. Uhh, salah langkah nuan tu endu. Kitai Iban ngambi mimpi sigi nadai ke bukai enti enda ke Panggau, nuju Gelung nuan.

    Pukul berapa nuan dani dah ngambi mimpi tu?

    Reply
  5. Saya pon selalu mimpi ular besar. mimpi mengandung pastu pegang baby. Mimpi benda2 yg menakutkan macam kena tindih, jatuh dari tempat tinggi memang kerap sangat. Mimpi ni buat saya takut nk tidur. Tp bila saya terjaga x de la sampai berpeluh-peluh dan tergetar-getar. Awak rasa ni cuma mainan tidur atau sebaliknya?

    Reply
    • Kalau kerap sangat, lepas tu kesihatan pun dah tak menentu, saya sarankan pergi cuba berubat. Sebab saya dulu pun tak ambil kisah, sampai satu tahap dah semakin kerap mimpi yang pelik-pelik. Setiap hari. Kesihatan pun tak menentu. Tak macam dulu dah. Tapi dengar orang kata mimpi bayi tak baik.

      Reply
      • ye betul tu sis, saya dulu masa sek menengah, suka mimpi jatuh dr tempat yang tinggi. pastu sy penah kene tindih. sy balik dr putrajaya, kul 3 pagi. sampai rumah tak mandi apa. sy tido. tetiba separuh sedar, sy ada rasa org belai tangan saya. pastu dengar bunyi budak gelak2 tepi katil sy. sambil pijak2 katil tu.. pastu paling dasyat. 4 hari waktu petang nak azan asar je. mesti sy rasa letih.. mlam tu tiap2 hari saya mimpi saya jaga 2 org budak dlm 1 rumah. and kemudian lepas je sy solat magrib sy tidur. kepenatan. pastu paling yang buat sy takut sgt2.. and sy amik alternatif nak berubat.. sbb saya mimpi sy bersalin. tapi baby tu di bawak jauh dari saya.. tu last sy mimpi bukan2.. mmg sy pergi berubat. yess, mmg ada bnda tu dlm badan sy. cuma sy tak tahu saka atau apa. pengubat tu kata dia tak boleh tahu . dia tugasnya untuk buang apa yang ganggu sy selama ni. and suruh sy berdoa supaya boleh sihat semula…

        Reply
  6. story kita hampir sama. aku masih dalam proses berubat. tapi last berubat haritu org tu cakap takboleh tolong. jadi aku ambil keputusan untuk biarkan je lah. lagipun, parents aku langsung tak suport. selama ni berubat pun adik yang teman.

    Reply
    • Benda tu tak nak blah ke? Benda ni liat jugak. Boleh cuba cari orang lain untuk proses berubat. Jangan putus asa. Mesti jumpa jugak nanti.

      Reply
  7. Salam,

    Akak dah try berubat dengab ustaz Malik dari Ruqyah Shariyah sarawak?

    Boleh rujuk FB ustaz Malik namanya Kung Pow. Ustaz malik pun banyak share pengalaman ubatkan orang di FB

    Reply
  8. salam cik doraemon,
    kmk doakan ktk dikurniakan sihat tubuh badan terhindar dari benda jaik tok. inshaaAllah dipermudahkan 😉

    Reply
  9. Cik Doraemon kena kuat. Amalan solat sunat tu kena pertingkatkan. Betul kadang² mereka yg tak rasa takkan faham kesakitan yg dialami lagi² bab ni. Selain berubat amalkn doa pendinding. Wuduk sebelum tidur. Penting tu. Saya doakan awk cepat sembuh ya. Well kita sebaya. Sep sikit😂

    Reply
  10. Hampir sama tapi yg x samanya adalah saya dilarang berubat. Walaupun dgn ustaz. Prnh ada org bantu. Masa tu saya jauh dr rumah. Dan keadaan saya teruk. Terlalu lemah dan mcm2 benda berlaku sampai saya terpaksa bergantung harap pada pertolongan org lain. Yang mengikut pulang pun banyak. Kwn2 serumah diganggu. tapi saya kena marah sbb percaya benda2 org yang bantu saya tu ckp dan tak kuat iman. Betul tentang moral support tu. Keluarga saya tak pernah support saya untuk cari alternatif perubatan. Dari kecil sampai skrg mengalami sakit fizikal yang tak tahu puncanya tp semuanya dinafikan perkaitan dgn benda2 halus. Dari kecil sampai skrg kena ganggu, mimpi pelik2. Dan beberapa hari yg lalu mimpi baby. Saya bangun dlm keadaan yang sedang merintih menangis. Dr kecil saya boleh melihat makhluk ghaib tapi hanya kdg2. Dan saya keseorangan dari kecil disebabkan keserasian berkawan takde. Dorg selalu nmpk sy berckp sorg2 padahal dlm sedar saya sendiri tak buat pun perkara mcm tu. Saya letih tapi saya perlu akur dan taat dgn keluarga. Risau klu tak mendapat restu saya tersalah langkah jadi lebih teruk. Mereka x percayakan sihir dan santau sbb keadaan saya seperti mustahil org nk sihir. Yang pasti, saya dpt rasakan ada yang disembunyikan dari saya.

    Reply
    • Saya doakan awak akan sembuh tak kisah cepat atau lambat. Saya faham perasaan awak. Bukan kita percaya pada benda karut, tapi benda dah memang terjadi. Kadang-kadang macam tak logik, tapi itulah yang berlaku. Kadang-kadang kita terpaksa mencari inisiatif sendiri. Saya pun berubat sendiri dengan sepupu. Apa pun, teruskan berusaha. Selebihnya, kita serahkan pada-Nya. Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.

      Reply
  11. saya faham apa akak rasa , sangat memenatkan dan tak mampu nak cerita sakitnya dekat orang lain . saya tak tahulah gangguan ke apa yang saya lalui cuma walaupun betul gangguan mistik parents saya memang tak rasa perlu untuk dibawa berubat selagi belum terlalu teruk . kalau ikutkan sakit belakang saya ni dah bertahun lamanya rasa sakit cuma sebelum ni sakitnya kadang rasa kadang tak . tapi kebelakangan ni dah terlalu kerap sampai saya dah malas nak kisah . saya jadi murung . sejak daripada sakit tu , saya termimpi dapat bayi , dikejar harimau tapi dia tak cederakan saya dia tenung je lepastu saya sedar . lepastu mimpi pergi hutan penuh dengan ular kecik besar semua ada . saya rasa saya perlukan bantuan cuma tak boleh kalau takde izin mak ayah saya . mimpi yang paling menakutkan dan paling saya ingat masa saya terima bayi , mula mula takde muka lama lama jadi comel sampai saya sayang budak tu . saya jaga macam anak sendiri padahal pengalaman beranak pun takde. umur baru 17 tahun . sekali budak tu hilang saya cari tak jumpa lepastu nampak ayah saya dalam mimpi ditanya mana budak tu ayah cakap budak tu mati dihempap batu. dalam mimpi tu saya nampak budak tu mati dihempap batu api lepastu saya menangis teruk sangat macam anak sendirian mati . tak lama lepastu ada lelaki hensem muncul dari tanah cakap ” siapa kata aku dah mati? ” sambil senyum . saya rasa lelaki tu ada kaitan dengan budak tu tapi saya boleh pulak rasa lega lelaki tu muncul . tahu tahu saya sedar berpeluh menggigil . saya tak tahu nak buat apa . cerita kat mak ayah mereka suruh saya jaga solat dan baca ayat pedinding . saya nak buat mesti ada benda jadi kadang kadang teralih perhatian sampai lupa . tu silap saya sendiri hm . sekarang saya tak tahu nak buat apa . kawan semua suruh saya berubat tapi belum diizinkan lagi hm. maaf tiba tiba rasa nak meluah bila baca cerita akak

    Reply
  12. Assalamualaikum. Terima kasih atas perkongsian anda. memberi awareness kepada muslim.

    cerita anda serupa macam saya. dari 12 tahun mimpi benda2 ni.. mcm petanda kan..
    saka keturunan memang ada dalam keluarga saya.. cuma saya tak berani nak berubat dengan ustaz..

    ada dengar ceramah…ustaz berubat yang kata kita ada tiga ekor jin.. empat, lima.. itu bukan benar.. kerana alam ghaib mana boleh kita tahu. mungkin ustaz juga menggunakan khidmat jin. jadi saya seriyau. saya ikhtiar berubat sendiri mendekatkan diri dengan islam. menjauhi maksiat dan perbuatan dosa.

    mimpi2 saya… yang berulang2…

    1. kene kejar.. macam police entry
    2. jatuh dari bumbung atau lif..bila jatuh tuuu bangun terkejut..jantung degup laju..berpeluh kadang2
    3. tandas buruk.. saya sentiasa dalam tandas terkunci..dan ada lembaga hitam diluar tandas menunggu saya..memeharti saya, tunggu utk saya keluar pintu tandas.
    4. anjing hitam berdarah mati kena langgar kereta
    5. ular emas dalam rimbun daun
    6. kadang2 gelak, atau menangis tgh tidur..

    alhamdullilah.. dekatkan diri dgn Allah, rasul, islam, alquran, hadis, sunnah <3

    Reply

Leave a Comment