Assalamualaikum pembaca FS! Nama aku Lala. Kisah yang nak diceritakan ni adalah kisah yang pernah terjadi pada aku dan seorang rakan aku Nurul. Cerita ni jadi masa tahun 2007 ke 2008 macam tu lah. Ingat-ingat lupa, tapi apa yang jadi haritu memang aku ingat.
Aku dan Nurul ni budak flat. Aku tinggal di tingkat 3 dan dia tinggal di tingkat 4. Kami rapat jugalah. Kawan sepermainan, sekolah pun sama cuma dia tua 2 tahun dari aku. Mak ayah kami pun ok saling mengenali, ye lah hidup berjiran.
Masa meningkat remaja masa tu mula la menggatal nak balik rumah lambat kan. Haha. Malam haritu hari Jumaat. Selalu kalau Jumaat kat area rumah tu ada pasar malam. Kami berdua masa tu kalau ada pasar malam je happy gila sebab ramai kawan-kawan dari satu taman, satu flat akan ke pasar malam sama-sama. Rasa bahagia dah time tu. Haha ibarat macam nightlife gitu. Tambah pulak, esok nya hari Sabtu. Tak sekolah. So, seronok lah. Selalunya pasar malam tutup pukul 10, by 10 lah kami semua dah balik. Kalau tak mak ayah masing-masing duk mencari, mula membebel semua. Tapi haritu, aku dengan Nurul je macam tak rasa nak balik by 10.
Si Nurul ni punya idea lah! Dia kata “Nanti la kejap, awal lagi 10 ni. Jom ronda-ronda pergi taman sebelah nak? Area lombong tu”. Aku ni jarang kata tidak, sebab aku selalu ON je. Then aku pun sms la mak aku kata balik lambat sikit nak pergi rumah kawan. Padahal, kitorang meronda ke taman lain. Sebelum tu singgah pergi CC tengok orang main game dan beli air kat kedai mamak. Haha lepastu barulah kami pergi meronda.
Haaa…pasal lombong tu. Lombong tu dengar kata ramai orang mati. Sebab area tempat tinggal aku ni ramai orang asing, Indonesia, Bangladesh, Myanmar and lain-lain foreigner lah. Kira macam panas juga lah kawasan tu. Selang beberapa bulan sekali, akan datang truck polis yang duk tangkap pendatang asing tanpa izin ni (PATI) jadi aku pun terbiasa jugak tengok truck polis 2-3 buah duk meronda dan kejar PATI ni semua. Macam tengok drama/wayang pun ada. Hahaha. Jadi, ikut cerita seorang kawan yang tinggal kat area lombong tu kata bila PATI ni dah takde hala tuju nak lari, diorang terjun je kat dalam tu. Wallahuallam betul ke tidak.
Ok, so aku dan Nurul pun meronda lah malam tu sambil berborak bergosip apa semua, jalan kaki. Dulu naik basikal tapi basikal aku rosak. Maka berjalan kaki lah kami. Sejuk je malam tu dan jalan-jalan kat situ dah mulai lengang. Harapkan lampu jalan samar-samar. Ye lah dah pukul berapa. Lepas 10 malam memang dah lengang sikit. Baring atas jalan pun tak ada hal. Masa ni kami memang berani. Sebab tempat aku bukan nya hulu yang penuh pokok-pokok ke hutan ke, jadi takde nak rasa takut.
Masa dah habis jalan-jalan, banyak round juga kami buat. Ikut jalan sana, ikut jalan sini. Masa tu mak aku call. Ngam-ngam la…
“Haa bila nak balik? Dah pukul 11.30 ni. Balik! Mak Nurul pun dah tanya”
“Ye nak balik lah ni. Bye”
Ahh sudah nak balik ni kalau ikut route sama memang jauh. Aku pulak dah letih. Aku pun kata kat Nurul…
“Balik ikut lombong tu la, ikut belakang blok 3. Shortcut”
Dia jawab “Yang lorong kecik tu ke? Yang semak samun tu? Ish kau berani ke?”
“Masalahnya mak aku dah call, mak kau pun cari dah, jauh nak ikut jalan tadi”
“Haa ok lah…jom”
Pasal blok 3 ni, blok ni sedikit ke belakang lokasi dia, penghuni dia tak ramai, tak happening macam flat aku la. Bila penghuni tak ramai ni, ada lah sorang pakcik ni suka-suka je nak buat tempat yang semak samun tu macam kebun kecil dia. Dia tanam pokok pisang la, apa bagai semua. Tapi tak terjaga la sebab lalang semua naik tinggi. Tu jadi semak. Tapi ada la orang lalu situ juga kadang-kadang, mostly siang la yang aku perasan.
Jadi aku dengan Nurul pun terus lah lalu situ. Masa tu Nurul pun cuak, aku pun mula la cuak jugak sebab gelap gila. Fikir nak cepat so takde lah nak layan cuak tu sangat. Waktu ni kami tak berjalan, kami berlari. Hahaha satu sebab takut satu sebab nak cepat.
Nurul depan aku, aku kat belakang. Tengah berlari tiba-tiba si Nurul ni berhenti kat tengah semak ni. Sudah la langgar dia pulak!
“Kau dah kenapa berhenti!”
“Alamak sorry kunci rumah aku jatuh la”
“Jatuh? Nak cari macam mana? Gelap ni! Biar je lah, cepat la jalan!”
“Tolong la cari, ni dah kali kedua hilang nanti bising lagi mak aku”
Buat hal la dia ni. Aku pun cepat-cepat keluar kan handphone aku, buka torchlight. Suluh la kat bawah tu keliling kitorang. Aku memang rasa tak de harapan pun nak jumpa kunci dia, dah semak-semak macam tu. Gelap pulak. Lalang sikit punya tinggi. Haih takpela aku tolong je suluh.
Masa tu aku diri setempat and suluh kat dia untuk dia cari. Dia pun tertunduk-tunduk lah cari. Aku pulak mula bebel “Cepatlah”…”Cari esok je la” dia dah stress tapi masih tertunduk mencari.
Waktu Nurul ni menunduk hadap aku, aku tersuluh ke atas sikit. Ke belakang dia la kiranya.
Auzubillahiminasyaitonnirojim! Allahuakbar!
Elok aje ada satu “benda” berbungkus putih cegat dekat belakang Nurul. Nurul masih tertunduk-tunduk mencari kunci dia. Aku diam kelu. Mulut ni macam terkunci. Aku dah mula seram sejuk. Kaki memang rasa tak jejak tanah.
Aku terus toleh kebelakang dan lari. Satu longkang sebesar alam pun aku mampu langkah. Rasa macam terbang je diri ni. Nurul macam pelik tengok aku lari patah balik. Dia boleh berdiri lagi kat situ dan jerit…
“Woi pergi mana tu!”
Aku hanya mampu menjawab “Nurul! Lari je lah! Sekarang! Ikut aku!”
Dia yang terpinga-pinga pun ikut je arahan aku. Aku lari tanpa henti ikut route asal kami jalan tadi tanpa berhenti. Tau-tau je aku dah sampai di flat. Aku terduduk penat dekat tangga flat dan tak sedar pun yang selipar aku hilang. Mungkin tak sedar selipar pun tercabut masa lari. Kesian Nurul. Aku tinggalkan dia. Dia sampai lambat, lebih kurang 5 minit lepas tu.
Dia pun tanya aku “Kenapa kau lari? Aku tak jumpa kunci rumah lagi”
Aku pandang dia dan cakap “Sebenarnya, tadi belakang kau ada Pocong. Hitam muka dia, aku pulak tersuluh muka dia. Aku tak boleh nak cakap masa tu, aku terus lari, sorry sangat. Tapi nasib baik lah kau tak nampak”
Nurul naik pucat lesi muka dia. Dia tak respon aku dan terus balik ke rumah dia dan esoknya dia yang demam. Aku tak demam tapi aku macam traumatize sikit. Dalam seminggu aku takut nak tidur bergelap sebab terbayang muka makhluk tu. Aku pun siap terbayang, buat lah masa aku lari beria tu, tiba-tiba makhluk tu melompat depan aku. Pitam agaknya aku. Tapi alhamdulillah tak ada apa-apa.
Memang sejak dari tu aku tak lalu dah jalan tu sampailah sekarang ni. Taktahu lah nak cakap. Rasa takut ada, rasa kelakar pun ada tapi apa-apapun kena percaya benda-benda ni memang wujud dikalangan kita. Siapa yang nampak dia tahu. Siapa yang mendengar mungkin tak percaya.
Tapi pesanan aku, anak dara mahupun anak teruna sekalian, jangan lah nak keluar tengah-tengah malam. Kalau tak nampak, takut dikacau pula.
Sekian,
Lala
Jumpa pocong hantu hbs kuat dikaconyer…kalo jumpa perogol bersiri naya x hbs komer wei…anak dara pi jln tempat gitu mlm2 bt aper…takat dirogol jer xper…kalo pas dirogol terus dibunuh…tu yg jumpa2 dh kembung berulat…komer lah pulak yg jd hantu nyer…jgn dibuat dik…ingat mak bapak
tu la sape suruh keluar malam kn dh kena
Bahaya ank dara jln lorong gelap2..nasib korang xde apa2,cerita ni best dan mudah faham👍👍
best cite ni….
Menarik gak jalan cerita. Mudah nak bayangkan. Memandangkan cerita ni tahun 2007, dah lebih 10 tahun berlalu dan mungkin dah jadi mak budak dah, rasanya tak perlu la nak bagitahu risiko anak-anak remaja merayau malam-malam dlm semak. Hehe
Xpe la tu nasihat berdasarkn pengalaman diorang bila dh dewasa bru tau keburukan jln mlm2 ni tmbh2 ank gadis pla tu.
Teladan pd remaja2 lain..
Hahahahaha. Saya pun terfikir macam tulah setiap kali kawan tanya apa agaknya refleks saya kalau jumpa hantu. Serius saya cakap, saya rasa saya akan mencangkung dan mengeras kat tempat saya berdiri. X berani nak lari sebab takut tiberr dia melompat depan kita 😅😅😅😅😅😅😅
laa, itu lhh.. len x bwa lh aku swkali.. kn tempat tu sunyi dan gelap tuh.. wat pe tak ajak aku.. boleh lh jalan sesama smbil beramas mesra.. gelap tak nampak kn..ehe..