“Merangkak di ruang tamu”

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca dan peminat Fiksyen Shasha. Terima kasih untuk admin Fiksyen Shasha sekiranya kisah aku dikongsikan. Korang boleh panggil aku ‘Zal’ . Aku cuba kongsi cerita-cerita dari pengalaman hidup aku. Cerita di bawah ni ialah salah satu cerita yang banyak bagi aku pengajaran dan teladan. Sama-sama kita ambil ikhtibar insyaALLAH. Maaf kalau cerita ni tak seseram mana.

KEJADIAN ni terjadi tahun 2017. Aku masih ingat, aku baru balik dari tengok bola final Malaysia VS Thailand. On the way balik ke Setia Alam dari Puncak Alam,tengok bola dengan kawan2. Dapat call dari sorang member,yg dah lama tak contact.

“Zal, ko kat mana?!” Suara member tu mcm sedang dalam masalah.macam nak menangis pun ada.

“Aku otw balik rumah.Nape?”

“Jumpa aku kejap,ada urgent nak mintak tolong.tolong zal”

“Ok.jap lagi aku sampai”

Member bagitau dia dekat rumah dan aku pun tahu rumah dia.bila sampai,aku park dekat luar dan jalan kaki ke rumah dia.sampai dekat rumah member aku tu, dia tengah terduduk depan rumah dengan 2 org lagi lelaki. aku bagi salam dan tanya apa kes.

“Bukala pintu rumah tu”

Member aku tunjuk pintu rumah dia.Aku pun dengan cuak,buka pintu rumah.

Aku tengok, ada sorang perempuan(bini member aku tu la) tengah merangkak2 mcm tengah mengililingi sesuatu.rambut kusut masai,tutup keseluruhan muka dia.terkejut aku.sekali dia berhenti merangkak,dia angkat muka dia tengok aku.Adehhh,janganlah mcm tu.terus laju2 aku tutup pintu.

“Apa kes ni??!”

Aku gelarkan member aku ni, ‘Sudin’

“Tak taula zal.malam tadi tiba2 dia jd macam tu.aku baru nak keluar gi hakim(mamak dekat seksyen 7 Shah Alam) ,aku tengok dia dekat dapur.aku bgtaula nak keluar gi mamak,tiba2 dia toleh dekat aku sambil senyum sinis.aku dah rasa lain macam.aku pergi dekat dia tiba2 dia lempang aku sambil senyum lagi.aku marah la dia.bini aku terus merangkak2 dari dapur sampai ke ruang tamu.tu yg aku lari keluar.teringat dekat ko,tu yg aku call ko”

Aku : “dah ko ingat aku ni tok bomoh ke hape?aku mana pandai.kena dekat aku tadi,mau lari dah aku”

“habis cane wei?aku nak tido mana malam ni?”

“eh natang nya perangai,ko pikir tido pulak.bini ko tu macam mana?”

“tuhla.macam mana nak buat?”

aku pun suggest panggil member aku yg lain.kebetulan member aku pun dekat area2 situ jugak.dia on je.aku gelarkan member aku tu ‘hamid’

By the way, aku intro dulu pasal member aku ‘Hamid’ ni. Dia sama-sama belajar mengaji agama dengan aku. Senang cakap dia ni rakan seperguruan aku. Umur dalam pertengahan 30-an. Orangnya baik, tinggi ilmu agama, jarang bercakap dan sentiasa tersenyum. Cuma beza dia ni betul-betul belajar secara formal atau ‘bertalaqi’ dengan guru kami sedangkan aku cuma belajar ‘tumpang-tumpang’ atau suka-suka. Ilmu yang kami belajar ialah ilmu agama, ilmu persilatan dan bidang kecil ialah ilmu perubatan Islam. Aku hanya belajar penuh untuk ilmu agama, sikit-sikit tentang ilmu silat dan perubatan, lebih kepada untuk diri sendiri tapi Hamid memang belajar penuh.

Kenapa aku minta tolong dia? sebab dia kawan baik aku dan dia yang lebih ahli bab bab ni. Tok guru aku pernah bergurau cakap ‘Hamid ni mimpi buruk untuk mereka yang dari alam belah sana’. haha. Ada masa dan jika dipanjangkan umur, aku akan buat cerita khas untuk Hamid ni. Kisah silam dia dan kehidupan sekarang totally berbeza. Dulu apa kejahatan yang dia tak buat, bunuh orang je tak. Yang lain semua dah jadi darah daging. Tapi taufiq dan hidayah milik ALLAH.

Hamid sampai dan seperti biasa,interview seround dua.bila dah habis interview,hamid mintak izin masuk.dia masuk sorang2 dia je,giler kental.bila hamid masuk,aku tak tau apa cerita dah.cuma dengar bunyi2 dari dalam rumah.macam2 bunyi.aku duduk jauh sikit,kot la tiba jadi apa2,bini member aku tu keluar bawak parang ke,senang aku nak lari. haha.

lepas lebih kurang 20minit,hamid keluar dan tutup pintu.muka dia semacam menahan marah.Dalam hati aku,maybe ‘mak lampir’ tu dah bikin dia marah.jarang aku tengok sahabat aku sorang ni marah.dia panggil si sudin ni.aku pun sibuk ikut jugak.

“Ko jujur dengan aku,apa yg jadi sebenarnya??cerita dgn aku betul.jangan ada rahsia,zahir batin.cepat!!”

Mengamuk si hamid.aku terkejut.

“Cerita apa?aku tak tau apa2 pun,tiba2 dia jadi macam tu”Sudin jawab.

“Sekali lagi aku tanya,kalau ko tak cerita aku blahh!”

Sudin diam.Sudin tarik nafas panjang2,maybe sebab dia fikir dia takde tempat nak tido dia cerita je la, kot.

“Macam ni..4 minggu lepas kitaorg (Sudin dan wife) ada jumpa sorang makcik,dekat Perak.ada makcik bini aku kenalkan.kami nak ikhtiar untuk dapatkan anak.lepas jumpa makcik tu,bini aku kena ikut beberapa arahan dan pantang larang.so bini aku follow je la arahan dan pantang larang tu.aku lepas daripada jumpa makcik tu mmg malas nak ambik tau dah pasal benda2 tu.pantang larang ke apa sebab aku tak yakin pun tp dah bini aku beria sangat.aku ikutkan je la”

“Lepas tu?”

“Aku rasa bini aku ada langgar pantang la.aku tak tau la.sebab 2,3 hari ni aku tak nampak dia buat ‘benda’ biasa dia buat tu.selalunya dia buat.dia pun dah give up la kot.”

Apa yang wife Sudin buat dia ada ceritakan tapi biarlah jadi rahsia.Bimbang akan mengundang fitnah.

Masing2 terdiam.

Salah sorang kawan Sudin,yg awal2 ada dengan dia tu bersuara.

“Kita bawak pergi jumpa makcik tu balik lah?”

Hamid menegur

“Cukupla syirik sekali,jgn berkali2.takut keampunan tuhan tu makin jauh.”

Aku tambah lauk,

“Bagus bila kita berikhtiar untuk jemput rezeki ALLAH tp ia tak halalkan cara.contoh kita rompak bank untuk sara family,nawaitu betul tp cara tak betul.Usaha yg betul,doa dan tawakkal”

“Aku dah usaha zal.berapa tahun dah kawin,orang boleh cakaplah suruh sabar semua.tp yg tak hadap benda ni mana nak faham!”

“Ya,aku dan org lain tak boleh faham penderitaan ko dan bini ko.tapi ni bukanlah dugaan hidup paling besar yg ko akan hadap.banyak dugaan lain lagi berat.at least ko ada bini ko nak hadap dugaan ni sama2.kena bersyukur atas apa yg ko ada.kadang ujian datang sebab kita terlupa.kadang ujian tu juga nikmat.aku hanya mampu cakap sabar bro sebab aku dah hadap benda lagi teruk.”

Hamid hanya memerhati aku sambil tersenyum.thanks bro banyak bantu aku dulu.

“Usaha,doa dan tawakkal tu dah bagus.cuma kadang kita lupa untuk yakin dan bersangka baik pada DIA.ko ada kerja yg bagus,rumah pun ada tp ko sendiri mesti sedar,ada something yg kurang.bukan anak tapi something yg lebih besar”

Amaran yg lebih berupa peringatan pada diri aku sendiri.aku tepuk bahu Sudin sebagai tanda sokongan.dia hanya menunduk.

Hamid ingatkan,

“Dahla bro.bini ko tu aku dah tolong mana yg mampu.cuma ko kena ingat,ni cerita bab perjanjian.”

Aku tambah nasik pulak.

“Antara manusia dgn setan,siapa yg selalu memungkiri janji?”

“Aku tau.” Sudin hanya menunduk.

“Nanti ada apa2 ko call aku terus.ambik no aku siap2.tp apa pun,berbalik pd yg HAK.sebaik2 cara untuk rawat bini ko tu ialah dari diri dia sendiri dan ko sebagai orang disisi dia.Makcik tu nanti aku jumpa dgn dia,bincang elok2”

Hamid jeling aku lagi.ko jgn ajak aku gi sudahla,kang aku lak yg merangkak. haha

Aku dengan hamid mintak izin balik dulu.Hamid ada tinggalkan beberapa ayat sebagai ikhtiar pada Sudin.aku dengar2 jugak,kot ada yg aku boleh ambik untuk dijadikan sebagai bekalan.

Aku berjalan dengan Hamid ke kereta.aku hantar dia balik ke rumah.hamid jalan kaki je rupanya. Dalam kereta dia diam.sampai depan guard rumah dia,dia keluar.sebelum tutup pintu,dia sempat pesan

“Hidup elok2 zal.ada apa2 cari DIA dulu,baru cari aku.Assalamualaikum” sambil hulurkan tangan untuk salam.

“InsyaALLAH.thanks bro.waalaikumsalam”

….

Pesanan ikhlas aku,bukan pd kawan2 yg tak dapat anak.aku lebih suka ckp secara general.sebab ni semua cerita tentang sifat semulajadi kita sebagai manusia,selalu terlupa pada sesuatu yg patut kita syukuri dan hargai iaitu kehidupan.hanya kerana side2 dish dalam main course yg kita order tak dapat,kita buang the whole main course tu.order dinner plate KFC dan tak dapat air,kita buang ayam drumstick original 3 ketul tu.kan rugi..

So,sama2 aku ingatkan diri sendiri dan sahabat2 yg lain.bersyukur atas kehidupan yg ALLAH bagi ni.kita kena sedar yg kehidupan ni bukan milik kita pun.ALLAH bagi ujian sebagai tanda sayang.train diri untuk anggap setiap musibah yg melanda tu ialah tanda ALLAH rindu pd rintihan kita.rintih,merayu dan menangislah pd DIA.DIA pasti 100% mendengar.setiap, PASTI. usaha,doa dan tawakkal tu WAJIB berserta dgn keyakinan yg jitu bahawa DIA maha pemurah dan maha penyayang.jika permintaan kita tak dimakbulkan,WAJIB kita untuk bersangka baik.pasti akan ada masa DIA akan tunaikan.DIA maha mengetahui.

ALLAH bersama hamba2NYA yg sabar 😊

Ok.tamat.

#budakgummu
Rate this post

16 comments

  1. Aper benda yg dilanggar tu bro ..aper kes ngan makcik tu…konpius teman…elok miker citer apa yg dibuat Sudin & Isterinya tu…xder kami ni terpinga2 dok membacanya…

  2. Dude, nak jaga aib/privacy pon jangan la buat cerita tergantung…apa citer bini sudin? Baik/sedar ke tak? Solve tak masalah diorang? Lain kali citer kasi clear skit….

  3. zal bez.. sambung lagi lagi dan lagi.. bnda aib bagus jgn dibuka.. lagi pun bnda syirik.. takde faedah pun law taw.. melainkan org yg nak belajo.. hakak bg 10/10 gak laaalala

  4. aku rasa mcm kena ckp ja apamenda pntang lrg & kesyirikn yg berlaku. sbb setengah org bukan taw pun yg tu syirik. lgpun yg tu point penting (tanpa yg tu semua ni xjd kn?), kau buang isi penting cmtu ja cerita kau jd cm xbererti & buat org terpinga2.. Aku xrasa klu kau cerita ni kira kau bukak aib org pun, sbbnya smua watak dlm ni bkn pkai nma betul pun. lain kali ckp ja la apakebendanya, jgn buat org konfius. ntah2 ramai ja yg p berubat dgn mkcik tu, n buat pantang larang tu tanpa taw yg tu syirik

    1. cumanya klu rasa kau ckp tu maybe offensive utk si pelaku yg dh bertaubat, bleh ja kau minx permission dy dlu sbelum post – kata nak post utk pengajaran kat org lain. xdak la dosa dy dulu tu sia2 sgt

  5. apa benda yg tak complete nya kalau taktau org tu buat apa? busybody betul dah org tu kata takleh cerita takpe la. takyah sibuk nak korek2 kesilapan/dosa org. lg2 kalau itu masa silam dia. it’s immaterial to the story line. cerita dia elok je boleh difahami.

    cuma maybe part last tu je la ada tergantung sikit sbb tak tahu apa kesudahan kpd wife kwn tu berjaya disembuhkan ke tak, berjaya ke tak leraikan perjanjian syaitan tu. and maybe boleh detailkan bab cara mengubat.

  6. Bagus adik ni jaga privacy.. Tapi kami sumpah tak kenal adik dan rakan2 dalam cerita ni.. Lagi pun kami tahu ni fiksyen shasha, pencerita boleh jadi kisah benar, boleh jadi juga direka2..

    Alhamdulillah sepanjang perkahwinan tak pernah terfikir nak buat perkara2 syirik ni. Mohon doakan akak dan suami dikurniakan zuriat ye.

  7. Assalamualaikum zal…mcm nie la zal cite ko best menarik terbaik bagai sume…n aku phm ko nk jge aib bagai sume…tp at the end aku sbgai pembaca nie jd tertanya2…ape bnd yg bini member ko 2 da langgar…ape yg jd lps tu…elok blk ke bini member tu…byk persoalan siakkkkk…

    Apa2 pn tunai kan janji ko nk tulis psl c hamid tu nnt…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.