Puaka Kilang Baru di Bandar Bukit Raja

Assalamualaikum warga FS. Okay kisah yang bakal aku ceritakan ni adalah berdasarkan pengalaman orang lain tetapi aku berada di tempat kejadian. Cerita ni bermula di sebuah tapak kilang baru di Bandar Bukit Raja, Klang.

Kilang lama yg bertapak di Petaling Jaya berpindah ke Bukit Raja. Bukit Raja ni sebenarnya bandar baru naik, dulu situ hutan je. Biasa la kan kalau dulu hutan bila nak buat bangunan hutan kena clearkan. Dan hutan ni rumah ‘dia’.

Okay setelah hampir setahun kilang ni siap dan beroperasi. Sudah banyak kisah-kisah seram yang dialami oleh pekerja di dalam tu cuma kami tak ambik port sangat lagipun department lain lain.

Kisah pertama seorang staff kilang ni yg bernama Minah (bukan nama sebenar), masa dia sedang buat kerja tiba-tiba dia histeria, menjerit sekuat hati. Setelah dilaungkan azan dan ditenangkan oleh staff di situ yg tahu serba sedikit pasal agama barulah Minah ni stabil. Minah sebenarnya terkejut masa dia buat kerja, dia merasakan ada sesuatu di belakangnya sampai naik bulu roma. Dia kemudian ternampak wajah makhluk seperti beruk sedang memerhatikannya di sebalik cermin.

Bermula dengan kisah si Minah inilah, setiap hari atau selang selang beberapa hari berlaku histeria. Ada satu hari tu, si Mia yg kena rasuk. Dia berbadan kecik je tp Ya Allah bila dia jerit satu floor terdiam tergamam sbb terdengar jeritan dia yg kuat.

Jeritan dia tu sebenarnya disebabkan ada makhluk yg singgah dekat dia. Suara dia menjerit tu boleh didengari sampai ke department sebelah.

Dan sorang Cik Timah ni nak sangat tgk sape yg menjerit kat department sebelah tu (Mia), Masa dia bukak pintu tu dia pulak yg terkena singgahan makhluk tu. Bayangkan dua orang terkena rasukan dlm satu hari.

Cik Timah mula membebel bebel tak tau apa yg dia cakap. Setelah dilaungkan azan dan ditenangkan oleh staff yg tahu cara barulah dia sedar.

Cik Timah cakap masa dia bukak pintu tu dia ternampak asap tebal melalui kaki dia, lepas tu dia tidak sedarkan diri.

Ada juga kisah dimana, seorang staff lelaki bernama Amir ternampak seorang budak perempuan melintas depan dia. Amir orang yg ceria dlm department tu tiba2 jadi pendiam. Dan sepatutnya kilang tu ada OT terpaksa dibatalkan. Ada juga staff ternampak sesuatu masa dia tidur di celah celah rak masa waktu rehat.

Kilang tu kalau masa rehat lampu akan ditutup. Maka staff yg malas makan pergi tidur je dekat celah2 rak. Dan salah seorang staff ternampak satu lembaga hitam yg tinggi berdiri di penjuru bangunan kilang sambil memandang tepat ke arahnya. Semenjak itu, dia tak tidur lagi dan paksa diri makan. Itu je lah kisah seram yg aku boleh ceritakan. Terima kasih kerana sudi membaca.

12 thoughts on “Puaka Kilang Baru di Bandar Bukit Raja”

  1. sapa la yg rajin sgt nk karang cerita pasal kilang ne…hahahaha.tp bgus pada tuan yg bt cerita sbb ramai je yg masuk kje kt situ yg lama bhnti pn masuk blk..actually…..kilang tu xde la sepuaka mcm tajuk…kilang lama maybe..hahahaa

    Reply
  2. komen ikhlas – ok not bad.. cuma pendek sngat.. citer psl tmpat / ketika bkeje bg aku lg best nk dibace compare dengan citer kenangan zaman kanak2 yg bole dpertikaikan kesahihannya.. kalo diolah kasi pnjang siap ade kesudahan ape yg belaku kompom lg best.. tp kalo utk karangan skolah yg x lebih dari 100 patah perkataan dh bole la dpt A dh ni..

    Reply

Leave a Comment