#Timah Menulis – KOMA

Kau pernah dengar cerita roh orang koma? Bukan. Ini bukan cerita roh berjalan yang biasa-biasa. Mengingatkan cerita ini saja sudah menyebabkan Timah mengucap dua kalimah syahadah berulangkali.

Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan kisah ni.
Aku Timah, menyewa di Lembah Klang. Disitu aku kenal hati budi kak Nur. Ini kisah Kak Nur.

—————————————————————————————————————————-

13 tahun dahulu, Kak Nur menginap di kolej kediaman sebuah universiti awam. Besar kolejnya. Bangunan cafe dan dewan di tengah-tengah. Ada tasik di laman bangunan tu.

Kak Nur aktif dengan persatuan. Dan salah seorang ahli persatuan ni (kita namakan Abang Hasan) ada keupayaan buka dan tutup hijab. Juga menginap di kolej yang sama.

Jam menghampiri tengah malam. Satu mesej masuk. Minta Kak Nur turun ke anjung yang menghubungkan bangunan blok Kak Nur dan dewan. Kawan sepersatuan maklumkan, Abang Hasan minta ahli persatuan yang tinggal di kolej ini berkumpul. Adalah dalam 5,6 orang.

Sampai di anjung, beberapa orang kawan Kak Nur termasuk junior-junior dah ada di sana. Semuanya perempuan. Ada yang duduk di lantai, berdiri, melingkungi seseorang.

Badan dia membongkok. Kantung matanya besar menunjukkan tak cukup tidur. Tangan dia menggeletar. Dia banyak memandang ke lantai. Sesekali mata meliar, macam cari sesuatu. Lebih tepat lagi, takutkan sesuatu!

“Lama dah saya nampak dia. Tapi saya buat tak tahu je. Sampailah dia ganggu tidur saya.” Ima bercerita. Suara dia kadang-kadang tenggelam dengan esak tangis.

Ima mula tahu dan nampak kewujudan makhluk ni sejak kanak-kanak lagi. Sering menemani dia menonton kartun. Juga teman berbual. Selalunya duduk di anak tangga ke tingkat atas rumah.

Sejak tu, bila nampak makhluk ni dia akan tengok sekali pandang sahaja. Lagak seolah-olah tidak melihat apa-apa.

Kata Ima, makhluk tu akan tahu apabila nampak ‘kilat’ di mata orang yang melihat dia. Dia akan rasa tercabar jika tahu manusia nampak dia. Semacam mengganggu ‘privacy’.

Berbalik kepada gangguan terbaru ini.

Ima bercerita, tidur dia kerap terganggu.
Seringkali Ima tersentak daripada tidur, dalam gelap dia melihat bayangan berdiri tegak di penjuru bilik.

Daripada samar-samar cahaya lilin yang dipegang bayangan ini, Ima percaya bayangan ini ialah anak gadis sebaya Ima, barangkali lebih muda.

Wajah gadis ini sugul. Kelihatan pucat. Ada kesan air mata di pipi. Dari sinar matanya mengharapkan sesuatu daripada Ima.

“Abang Hasan dah janji nak tolong. Ima takut, tak tahu nak buat apa. Muka dia tak menakutkan. Tapi salib yang tergantung di rantainya buat dada Ima nak pecah!” Ima melanjutkan cerita.

(MAAFKAN TIMAH PEMBACA-PEMBACA MUSLIM DAN BUKAN MUSLIM. TIMAH TAK BERNIAT NAK CETUSKAN KONTROVERSI. MOHON BACA SAMPAI HABIS YA)

Beberapa malam berikutnya, Kak Nur dan kawan-kawan berkumpul lagi.

Kali ni Ima berlagak tenang. Sebab apa Kak Nur katakan Ima berlagak sedemikian kerana jari-jemari Ima masih kelihatan menggeletar.

Ima menyambung cerita. Dalam tidur, Ima seperti bermimpi berhadapan dengan anak gadis tersebut. Ima dan dia berbual dalam hati. Macam telepati. Dia mengharapkan bantuan Ima. Sambil memimpin Ima, mereka ‘terbang’ jauh sampai ke satu bangunan.

Di dalamnya, sepasang suami isteri agak berusia di tepi katil. Air mata di tubir mata si ibu. Surat Yasin di tangan ayah. Terbaring di situ jasad anak gadis tersebut. Pucat. Memakai topeng oksigen. Kelihatan seperti sudah beberapa lama koma.

Anak gadis memimpin Ima terbang lagi. Kali ini masuk melalui tingkap sebuah bilik tidur. Ruangnya sedang-sedang saja. Gadis tersebut menghampiri meja studi. Seperti mengarahkan sesuatu.

Ima tarik laci meja studi. Di dalamnya ada buku-buku. Paling bawah seperti buku catatan. Di dalamnya rantai salib tersebut.

(Ya Allah, meremang tengkuk Timah mendengar cerita Kak Nur. Kau bayangkan jika ibu ayah dia tahu kenyataan ni. Pasti remuk hati mereka. Anak yang dibesarkan dan dididik, tersilap jalan akidah.
Kasihannya ibu ayah gadis ini.
Kasihan lagi nasib anak gadis ini.
Adakah dia akan m**i dalam murtad?
Ya Allah bantu dia Ya Allah.)

Ima dah berbincang dengan Abang Hasan apa patut dibuat seterusnya. Perlu tak mereka cari ibu ayah gadis ni? Perlu tak memberitahu kisah aib ini?

(Pembaca FS, Timah berhenti menulis dahulu ya. Timah usahakan sambung tulisan secepatnya.

Kepala Timah terasa berat memikirkan kebarangkalian ramai lagi anak muda yang tersilap jalan. Timah percaya, menghukum mereka bukan jalan penyelesaian. Apatah lagi kita bukan Pihak Berautoriti.

Timah sahaja ke rasa, mereka perlu diberi peluang kedua?)

Timah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

20 thoughts on “#Timah Menulis – KOMA”

  1. Padan muka Timah. Gatal sangat nak cerita. Dahla susah nak tulis elok-elok. Lama-lama tulis rasa macam dah panjang. Kan dah kena marah dengan dengan korang. Tak pe. Terima kasih sudi baca.

    Sakit kepala teringat kisah budak ni murtad. Ni pun tak hilang lagi.

    Timah tulis ni, kau sekadar terhibur ke rasa gerun dengan iman sendiri?

    Timah takut. Iman naik turun.

    Reply
  2. knape nk smbung2 ni timah, lain kali klau ade rse xselesa nk menulis ke save dlu dlm draf lpas tu bila tenang sikit smbung.. rse admin dh bgtau jgn buat cerita bersambung.. hurrrrmmmmmmmm…

    Reply
  3. cerita dh menarik, tapi part hujung2 tu alahai.. buatkan sis rasa x b est..
    admin rasa hari tu dh suruh jangan buat sambungan… save draft dulu..nanti dh habis baru post..
    hmmm…..
    takpe…nanti sambung cepat2 yer…..

    Reply
  4. Timah oi..jangan pos lagi..cerita tergantung aku x approve timah oi…lagi tau jalan cerita kau org xphm..kejap kaknur kejap ima..ape ni..ape ni…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.