Assalamualaikum semua,
Saya antara peminat fiksyen shasha, boleh dikatakan setiap hari saya akan baca kisah-kisah yang ada dalam website ni..Terpanggil juga nak berkongsi cerita dengan anda semua.
Ok tanpa buang masa jom kita hayati cerita yang akan menjadi pengajaran seumur hidup aku..
Peristiwa ini berlaku sekitar 13tahun yang lalu, ketika aku baru lepas selesai menduduki peperiksaan SPM. Masa tu, pelajar yang terpilih dan sudah selesai SPM perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan yang ditetapkan oleh kerajaan dahulu.
Program ini ada tiga batch, batch pertama dipanggil ngam-ngam abes peperiksaan SPM. Aku seorang jek pelajar perempuan yang terpilih untuk batch pertama di sekolah aku tu, rasa macam tak nak pergi pun ada. Yelah sorang-sorang kan. 3 bulan aku fikir taklah lama mana, jadi pergi jeklah.
Oh ya, aku ditempatkan di kawasan ladang di selatan tanah air. Mula-mula sampai disana, biasalah buat hal sendiri, sebab tak da kawan yang aku kenal. Lama-lama aku rapat dengan 3 orang kawan perempuan yang alhamdulilah kitorang kekal kawan sehingga hari ini.
Cerita bermula ketika kami semua kena bermalam di hutan. Semua pelajar bertolak seawal 10 malam dan perlu berjalan kaki lebih kurang 5 km untuk sampai ke kawasan tersebut. Latihan-latihan yang kami buat sepanjang di kem ni membuatkan 5km tu tak lah jauh sangat, cehh berlagak pulak ye.
Sepanjang perjalanan ke sana, mulut aku paling banyak bercakap, ketawa, buat lawak. Oh ya, antara kami bertiga, aku terkenal dengan perangai yang periang, ada sahaja yang nak dibualkan, yelah da rapat kan. Ada juga warden kami yang tegur jangan suka sangat dalam hutan ni, baca surah-surah yang patut. Tapi budak kan masa tu tak rasa benda tu boleh membawa perkara yang serius.
Sepanjang perjalanan ke hutan tu kami kena pimpin tangan sesama sendiri, sebab jalan sangat gelap dan hanya berpandukan lampu picit yang tak semua pelajar ada. Memang ada kawan yang lain juga depan dan belakang kita tapi tak kan nampak jelas sebab gelap. Lupa nak bagitahu, kami ada 4 kumpulan, satu kumpulan lebih kurang 50 orang pelajar dan perlu melalui kawasan kelapa sawit sebelum sampai ke hutan tersebut.
Sepanjang perjalanan tu aku dengan kawan aku ni Mina berpimpin tangan berbual. Aku perasan Mina ni tak respon langsung perbualan aku, aku tak fikir laen lagi masa tu. Namun aku mula perasan masa tangan Mina ni sejuk semacam, aku tegur dia, tapi dia senyap, masa tu aku perasan yang tu bukan kawan aku, sebab aku panggil-panggil dia tiba kawan aku yang sebenarnya tu sahut kat belakang.
Mina yang sebenarnya tu selang satu baris jek kat belakang aku, Aku apa lagi, tangan sapa yang aku pegang ni, rasa nak lari namun kaki terkunci, rasa nak jerit suara tak keluar. Aku baca jugak la ayat-ayat lazim dalam hati, tu jek yang termampu, slowly tangan yang aku pegang tu hilang.
Mina datang cuit aku dari belakang sambil cakap “kenapa wei, aku kat belakang lah tadi, kau jalan sorang jek berani betul kau ye”. Aku tanya Mina “dari tadi aku berbual kau tak dengar ke?” Mina jawab ” Mana ada kau berbual, senyap jek dari tadi, alih-alih panggil-panggil aku, tu yang aku datang ni”.
Lagi lah aku terkejut, punya lah rancak aku berbual dia boleh tak dengar. Kawan-kawan yang lain pun mengangguk seolah-olah setuju dengan kata-kata Mina. Walaupun aku rasa nak pengsan dengan peristiwa tu, aku gagah kan jugak, buat-buat cool depan Mina dan yang lain-lain, kitorang teruskan juga perjalanan ke hutan. Tak nak lah sebab aku program tu tergendala dan sampai sekarang aku terfikir-fikir tangan siapa yang aku pegang tadi wei…
Kisah tak abis kat situ ye kawan-kawan..
Tiba di khemah masing-masing, aku rasa nak buang air kecil, di kawasan hutan tu warden kami da siap-siap gali lubang dan letak kan daun nipah untuk lokasi tandas. Aku pun pergi bertemankan Mina, sebab takut punya pasalkan. Tandas tu tak berapa jauh dari khemah-khemah yang lain, tapi aku rasa juga diperhatikan, namun alhamdulilah tiada sebarang penampakan yang tak diingini, haha lega aku.
Selesai membuang hajat, kami kembali ke khemah, dan sambung berbual lagi di luar khemah. Biasa lah aku yang paling banyak cakap, walaupun peristiwa di hutan tadi da cukup menyeramkan tapi aku tak serik ya. Tiba-tiba aku ternampak dengan jelas ya kawan-kawan di sebalik pokok-pokok yang ada di dalam hutan sosok pocong tengah menjengah dan mata nya tepat memandang aku.
Mukanya hitam macam hangus terbakar, hidung nya masih ada lagi disumbat kain kapas. Mata nya putih memang tepat pandangannya. Kali ni aku terdiam kakuh. Sepatah ayat tak keluar dari mulut. Kawan aku yang perasan tegur, “kenapa kau tiba-tiba diam ni?”. Mungkin panik dengan perubahan aku, kawan aku tu segera panggil warden. Warden tersebut memberikan aku air untuk memulihkan semangat, katanya tempat macam ini memang tempat dia, kita yang datang tumpang ni, jaga la adab dan pertuturan.
Mungkin pengajaran buat aku yang cakap tak berhenti serta ketawa tak sudah-sudah sepanjang di dalam hutan tersebut. Itu sahaja kisah aku kali ini, kalau diberikan kesempatan aku akan sambung kisah pengalaman seram di rumah baru kerana rumah aku itu tempat laluan ‘mereka’.
Sekian terima kasih.
Kucing Hitam 88
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
hurm mcm tak betul je citer ni, sbb sy sebagai jurulatih kem plkn, mmg takde aktiviti malam di dalam hutan. kerana PLKN hanya pelatih, bukan askar / tentera / unit beruniform. hanya ada sekali sahaja aktiviti mlm pun bukan di dlm hutan, iaitu di pinggir hutan. dan aktiviti berkhemah bermula jam 8pg dan tido semalaman di pinggir hutan
semua kem sama ke? saya dulu ada masuk plkn juga. tak masuk hutan pun. pergi berkhemah pun sekali dan mula waktu pagi.
sepatutnya sama. modul yg di berikan standard oleh Kementerian Pertahanan. Berkhemah semalaman di hutan atau di tepi pantai. tp aktiviti bermula pagi dan tak perlu meredah hutan 5km.
Saya dulu ade xtvt bermalam jugak. Tapi dipinggir hutan. Memang berjalan jauh, sbb melalui ladang sawit utk smpai ke kawasan untuk bina khemah.xsilap saya nama modul tu “ikhtiar hidup”.plkn siri 2004.
Saya ex trainer PLKN jugak. Dulu masa tahun 2004-2005 ada navigasi Malam. Selepas tu memang dah X ada. Sebab banyak kes YG berlaku. Mungkin awak bukan trainer Di tahun tu kot. Tp KEM tu memang Ladang Nasuha Pagoh
Errmm. .. malam. .. dlm hutan. .. ceria gelak ketawa??
Aku rasa ni mesti Kem Ladang Nasuha Pagoh…sebab dekat ladang herba…kena naik bukit bagai…tak jauh pun cuma kena pusing tu nampak jauh…aku rasa ni time belajar perimeter ni…