Puteri Sayang

Okay, pertama sekali aku berharap sangat admin FS ni siarkan cerita aku, sebab ni first time aku hantar cerita. Nama aku Azeem, berasal dari Sarawak. Aku nak bercerita tentang sepupu aku. Puteri namanya.

Kisah ni berlaku pada bulan November tahun lepas. Aku nak kenalkan latar belakang sekejap. Keluarga aku berasal dari keluarga yg agak besar (bukan nak show-off, aku cuma bagitahu jer). Aku taknak cerita sangat pasal ni. Aku mempunyai lapan orang adik-beradik dan aku merupakan anak kelima (dan yang paling kacak kot). Haha.

Okay, dah.

Sekarang ni kita masuk bahagian intro sepupu aku. Nama sepupu aku ni, Puteri. Puteri ni nak dikatakan pemalu, ya memang pemalu. Dia mempunyai rupa paras yang cantik, sopan dan sentiasa malu bila aku tegur. Puteri ni anak kepada abang kepada ayah aku. Dia anak sulung dan mempunyai kacukan ibunya yg berasal dari Brunei. Itu sebab dia cantik. Eh, terlebih pulak. Maaf.

“Puteri tinggal sini elok-elok, ya? Mama dengan abah ada hal. Jaga diri. Selamat tinggal,” itu ayat terakhir mak dia sebelum tinggalkan Puteri dekat rumah keluarga aku. Ya, mak dan abah dia memang selalu busy dan jarang meluangkan masa dengan Puteri. Sebab tu disuruh tinggal dengan keluarga aku buat sementara waktu. Jadi, masa tu mak aku suruh angkat semua beg Puteri, bawa masuk dalam rumah. Aku iyakan sajalah.

Hari pertama Puteri dekat rumah aku, okay je. Tak ada apa-apa yang berlaku. Tapi yang aku pelik, Puteri ni berkurung je dalam bilik sepanjang hari. Kalau dipanggil keluar untuk makan, baru dia keluar. Entah apa bendalah dia buat dalam bilik tu. TV pun tak ada. Mungkin tidur.

Sampailah hari kedua dia dekat rumah aku.

Malam tu aku tidur lewat sebab masih leka lagi main game dekat komputer. Tengah syok aku main, tiba-tiba nampak Puteri lalu depan bilik aku, macam menuju ke arah dapur (pintu bilik aku tak tutup masa tu). Aku tengok jam, pukul satu pagi.

“Aik, apasal pulak Puteri bangun waktu ni?”

Aku pun berfikiran positif. Mungkin dia lapar ke, nak minum ke. Tak lama lepas tu, aku nampak lagi dia lalu sambil bawa sesuatu dekat tangan. Aku cubalah panggil dia, “weh, puteri! Kau buat apa tu?”

Senyap. Tak ada suara menyahut panggilan aku tadi.

Aku terus bangun dari meja komputer aku, nak tengok mana Puteri. Aku tengok dapur, gelap. Tak ada orang. Jadi aku ambil keputusan untuk pergi ke bilik Puteri, sebab aku rasa macam ada something dia sembunyikan. Sampai depan pintu bilik Puteri, aku dengar suara Puteri macam beracakap dengan seseorang. Aku cuba dengar dan apa yang aku dengar, bunyi dia macam ni, “Abah, Mama, Puteri sayang dia…”

Aku masa tu dah rasa lain macam, sebab suara Puteri seram sangat kalau dengar waktu pukul satu pagi. Fuhh! Aku terus berlari anak masuk bilik aku, kunci pintu dan cuba untuk pejamkan mata. Entah bila masanya, aku terlelap.

Keesokkan harinya, masa tngah sarapan, aku tanya Puteri yang duduk menghadap aku di meja makan. Aku tanya, “weh, kau buat apa malam tadi dekat dapur?”

Puteri jeling aku. Lepas tu dia senyum, biarkan soalan aku tidak berjawab. Aku yakin dia ada sembunyikan sesuatu malam tadi. Petang tu aku keluar dari rumah dan mengambil angin di sekeliling rumah. Tengah aku menghirup udara segar, tiba-tiba trdngr nama aku dipanggil, “Azeem!”

Aku tngok dari jauh, Nina dan Azam datang dengan motor sambil “vroomm! Vrommm!” motor diorang yang entah pape tu. Nina dengan Azam ni kawan baik aku masa sekolah. Diorang ni gila-gila sikit perangai.

“Yo, Azeem! Lama aku tak jumpa kau,” kata azam sambil ambil kunci dari motor dan letakkan dekat dalam poket seluar.

“Lama apanya? Baru tiga hari lepas kau datang sini,” jawab aku dengan yakin.

“Azeem, aku dengar, sepupu kau Si Puteri tu ada datang sini, mana dia?” tanya Nina.

“Ada, haa. Dalam rumah tu. Berkurung dalam bilik.”

Nina terus dekatkan diri dia smbil perhati kiri kanan. Azam dengan muka hairannya melihat tingkah laku Nina.

“Kau tahu tak, orang dekat sekitar kawasan ni tak senang duduk bila sepupu kau si Puteri tu ada dekat sini!”

Aku terus berkerut dahi, cuba memahami kata-kata Nina tadi. “Apa benda kau merepek ni, Nina? Apa yang tak senangnya? Tak ada pulak aku tengok Puteri tu bawak pistol ke, apa ke datang sini.”

Nina terus berubah riak muka bila Puteri tiba-tiba berdiri depan pintu rumah aku. Dengan serta-merta Nina ajak Azam pergi. Belum sempat dia jawab soalan aku. Puteri menghampiri aku dengan wajah yang amatlah manis tu. Fuhh!

Puteri tanya, “kawan awak ke tu?”

Aku terkejut. Sejak bila pulak dia pndai ber-awak dengan aku ni?

“Haa… a’ah. Kawan saya,” aku jawab, walaupun masih pelik dengan perubahan dia. Selalunya, aku yang mulakan percakapan. Tapi sekarang, dia dah macam tak malu lagi dengan aku.

“Awak…” Puteri bersuara. Aku pandang dia.

“Ya, kenapa?” Aku rasa lain macam bila berdiri sebelah dia.

“Kenapa Mama dengan Abah saya tak setuju kalau saya cintakan awak?” jantung aku masa tu macam nak tercabut. Aku terkejut siot dengar dia luahkan perasaan dia.

“Eh, Puteri… kita ni kan sepupu. Kenapa cakap macam tu?”

Macam biasa, dia biarkan saja soalan aku tak berjawab dan berlalu pergi dengan muka yang tak kedekut memberi senyuman. Aku banyak berfikir. Yang pertama, aku kalau bercakap dengan dia, dulu “aku-kau”, tapi sekarang dia guna “awak-saya”. Yang kedua, kenapa Nina macam takut jer bila tengok Puteri tadi? Hmm… pelik.

Malam tu aku tak boleh tidur. Entah kenapa. Aku nak main game, tapi bila dah depan komputer, hilang pulak mood main game tu. Aku berpusing kiri kanan, tak ada hasil. Aku terus bangun, ambil balang yang berisi gula-gula atas meja. Sambil aku tengah layan kemanisan gula-gula tu, tiba-tiba…

PRINGG! PAKKK! PRING PAKK!

Nak terlompat juga aku. Aku diam, cuba amati dari arah mana datangnya bunyi tu. Aku cuba panggil mak dan abah aku Tak ada sahutan. Aku panggil abang, kakak dan adik aku pulak. Tak ada jugak sahutan. Bunyi tu makin lama makin ganas!

“Takkanlah aku seorang jer dengr bunyi ni?” aku bermonolog sendiri. Lepas tu, bunyi tu hilang. Aku terus keluar dari bilik, pergi ke ruang tamu. Nak tahu apa aku jumpa?

“YA ALLAH! PUTERI!”

Aku bergegas mendapatkan Puteri yg tidak sedarkan diri. Di sekelilingnya terdapat lukisan-lukisan yang pelik dan lilin yang bertaburan. Aku letakkan kepala Puteri atas ribaku.

“Puteri! Bangun! Apa kau dah buat ni? Ya Allah…”

Akhirnya seluruh ahli keluarga aku tersedar dan bergegas turun ke tingkat bawah. Bila sampai je mak aku dekat ruang tamu, mak aku tiba-tiba menjerit, lepas tu tunjuk satu sudut dan cakap apa yang dia nampak, “Azeem, jangan dekat situ, Azeem! Sini! Meh sini cepat!”

Aku masa tu memang dah chuak, sebab aku nampak sendiri makhluk tu, live depan mata aku, macam tengah sembah Puteri. Aku terus tarik Puteri dari makhkuk tu. Aku amati rupa makhluk tu, hodoh. Kulitnya macam menggelupas. Makhluk tu macam sebut perkataan asing sambil sujud dekat Puteri walaupun Puteri dah jauh dari dia.

Ayah terus bersuara, “apa kau nak dari budak ni?!”

Makhluk tu jawab dalam bahasa yang tidak difahami kami.

Mak terus suruh abang aku call Ustaz Saidi. Abang terus bergegas mendapatkan telefon apabila melihat keadaan yang semakin tak terkawal tu. Ayah aku tak ada cara lain melainkan melaungkan azan. Semakin kuat ayah azan, semakin melawan rupanya makhluk tu! Makhluk tu menjawab dalam bahasa asing. Nada suara dua memang jelas marah benar.

Tak lama selepas tu, Ustaz Saidi datang. Ketika dia masuk ke dalam rumah kami, dia dengan cekapnya seperti mengelak dari sesuatu. Tiba-tiba Puteri bangun. Terkejut melihat keadaan sekeliling. Puteri bersuara dalam bahasa asing kepada makhluk itu seperti memberitahu makhluk itu untuk berhenti. Aku melihat makhluk itu seperti akur dengan arahan Puteri. Dalam hati aku berkata, “mungkin puteri tuan dia…”

Ustaz Saidi terus datang dapatkan Puteri yang berada dengan aku. Mulut Ustaz Saidi terkumat-kamit membaca sesuatu lalu ditiupkan ke muka Puteri. Dengan serta-merta Puteri pengsan di riba aku. Malam tu kami sekeluarga tak tidur untuk kemas keadaan rumah yang berselerak akibat kejadian tadi.

Tengah aku mengemas, Ustaz memanggilku.

“Ya, Ustaz? Ada apa?” jawabku sopan.

“Azeem… sebelum ini kamu ada menyakiti Puteri ke?” tanya Ustaz Saidi.

“Tak ada rasanya Ustaz. Saya tak pernah pun berkasar dengan dia,” jawabku.

Ustaz Saidi terus memberi penerangan, “beginilah Azeem… Puteri tu sudah lama cintakan kamu. Tapi dia diam. Dia tak berani luah, jadi dia guna cara ni nak dapatkan kamu walaupun dia tahu, kamu tak dapat bersama dia.”

Aku trgamam. Aku teringat hari dia luahkan perasaan dia. Aku masa tu rasa macam mimpi. Aku cuba tanya lagi dekat Ustaz Saidi, “Ustaz, macam mana Ustaz tahu dia cintakan saya?”

Ustaz tersenyum. “Dengan izin Allah. Dengan melihat mata Puteri saya sudah tahu.”

Aku iyakan saja. Aku yakin apa yang Ustaz cakap tu betul.

Ibu dan ayah Puteri datang menjemput Puteri, namun kami sekeluarga tidak memberitahu tentang kejadian yg menimpa Puteri. Tapi, ibu Puteri pandang aku dengn wajah seakan marah, seperti dia tahu apa yg berlaku. Namun wajah ayahnya pula tenang saja. Aku melambai Puteri yang dah berada dalam kereta. Dia tidak senyum. Tenang juga mukanya. Dia membalas balik lambaian aku walaupun aku macam melukai dia (cehh, macam drama pulak ayat).

Tak lama kemudian, mereka hilang dari pandangan mata aku. Aku bersyukur semua telah selesai meskipun kejadian tu hanya satu malam saja. Aku terus terfikir tentang kawanku, Azam dan Nina. Aku terus meluru keluar dari rumah lalu mengambil basikal fixie (yalah, aku mana ada motor macam mereka) dan berlalu pergi ke tempat lepak mereka. Tekaan aku betul, mereka ada di situ. Aku terus menghampiri Nina, “weh, apasal kau macam takut je tengok Puteri hari tu?”

Nina tarik nafas panjang, “kau tahu tak, aku nampak dekat belakang Puteri haritu ada makhluk besar! Pelik rupa dia. Makhluk tu suruh aku berambus. Macam bagi isyarat jangan dekat dengan kau.”

Azam mencelah, “aku pun nampak!”

Sampai sekarang aku tengah cuba fahamkan, apa benda sebenarnya yang ikut Puteri tu. Malangnya, sampai sekarang persoalan aku tak berjawab. Aku tak rasa Puteri betul-betul cintakan aku. Aku rasa makhluk tu yang nak sesuatu dari aku atau keluarga aku sebenarnya. Entahlah.

Apa pun, terima kasih sudi baca kisah aku ni. Ini bukan kisah rekaan.

Bye!

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mhdazeem
Rating Pembaca
[Total: 17 Average: 4.4]

20 thoughts on “Puteri Sayang”

  1. Azeem kat s’wak duduk mana..? Dulu sy prnah keja kat s’wak, daerah miri.. terus terang ckp la, aku memang suka duk kat sini, nyaris2 nk jd org s’wak.. tp yelah.. takder jodoh.. bnyk kisah mistik yg aku alami ms duduk kat miri ni.. tp mls aku nk ingat balik.. sbb tk best..

    Reply
  2. Makcik bawang putih.. kat miri dulu aku stay kat permyjaya.. tp keja kat tudan.. ala dkt pulau melayu tu.. dr thn 2006 sampai 2014 aku kat situ.. lama kn aku duk s’wak…

    Reply
  3. abis skarang ada jmpe puteri lg tak?? kau kata dia cantik nape trima aje?? hahaha..pape pon aku hrap ad smbungan..crita mudah pham n best laa..

    Reply
  4. Macam pelik ja keluarga puteri ni ? Yang heran lagi tu ayah encik kan adik beradik kandung debgan ayah puteri kenapa tak terus terang ja ? Hmm . Banyak persoalan bermain diminda ku sekarang . Btw, best cerita anda

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.