Assalamualaikum wmt, salam sejahtera. Terima kasih admin menyiarkan cerita aku ini.
Aku Ali, bertugas di Kota Kinabalu. Tahun Baru Cina bakal tiba. Terimbau kembali peristiwa menjelang Tahun Baru Cina 2018. Aku dan 2 orang sahabat selalu mendaki bukit di sekitar Kota Kinabalu sebagai aktiviti riadah di waktu petang.
4 hari sebelum Tahun Baru Cina 2018
Destinasi kami adalah Bukit Tirig (track 900 meter agak mencanak dari kaki bukit ke puncak). Selain beriadah, kami akan buat video “times lap” matahari terbenam. Memang cantik pemandangan dari puncak bukit ini.
Kita dapat menyaksikan laut, bukit bukau, kampung-kampung, jalan raya dan kawasan sekitar. Gunung Kinabalu juga kelihatan. Matahari akan terbenam dari arah laut. Setelah sampai di puncak, kami berehat sebentar sebelum merakam. Rakaman dimulakan 1/2 jam sebelum matahari terbenam hinggalah 10 minit selepas matahari terbenam.
Sayup-sayup terdengar azan maghrib berkumandang dari masjid kampung di kaki bukit. Selesai menunaikan solat maghrib, kami pun berjalan turun. Kami bercadang akan kembali pada esok petang memandangkan video kurang menarik kerana awan agak tebal melindungi matahari. Lebih kurang 20 meter turun dari puncak, aku terpandang satu susuk tubuh lelaki tinggi dan tegap berdiri membelakangi kami, sedang melihat biasan terakhir matahari terbenam. Tiba-tiba dia menoleh ke arah aku, mungkin dia perasan yang aku boleh melihatnya. Sahabat-sahabat aku memang tidak nampak. Aku buat tidak tahu dan kami meneruskan penurunan. Makhluk itu pun tidak berbuat apa-apa, hanya menghantar kami dengan pandangan sahaja.
3 hari sebelum Tahun Baru Cina 2018
Kami kembali lagi. Selesai rehat, seperti biasa 1/2 jam sebelum matahari terbenam, kami memulakan rakaman. Seusai solat maghrib, kami berjalan turun. Malang bagi kami, “times lap” pada hari itu juga kurang menarik dan kami merancang untuk kembali lagi pada keesokkannya. Aku agak hairan kerana malam ini, jumlah labah-labah, lipan dan ulat gonggok besar yang keluar dari belukar kiri dan kanan melintasi denai, agak banyak.
Ditambah pula dengan bau wangi bunga hutan juga kerap dihidu. Serangga-serangga tadi dapat juga dilihat oleh kedua sahabat aku kecuali lipan manakala bau bunga hutan hanya aku seorang sahaja yang dapat menghidu. Rupa-rupanya itulah petanda penghuni bukit itu ingin menunjukkan diri. Kali ini bukan makhluk semalam sahaja yang menjelma, malah satu kampung (gamaknya) keluar berdiri di kiri sepanjang denai bermula lebih kurang 40 meter dari puncak hinggalah ke pintu gerbang di kaki bukit berhadapan laman sebuah rumah salah seorang penduduk kampung. Makhluk-makhluk itu hanya memerhatikan. Muka mereka tidak kelihatan, hanya bentuk badan dan berwarna hitam.
2 hari sebelum Tahun Baru Cina.
Kami kembali lagi. Hari ini nasib kami baik. Pemandangan matahari terbenam sungguh indah. Hasil “times lap” sangat memuaskan. Semasa mendaki, kami diiringi dengan bunyi gendang cina tarian naga dari kampung di kaki bukit. Gendang berhenti dimainkan semasa azan maghrib hinggalah usai solat maghrib, kemudian gendang cina tarian naga diiringi letupan mercun kembali berkumandang.
Untuk pengetahuan hang pa semua, beginilah penduduk setempat di bumi Sabah ini, hidup rukun walau berlainan bangsa dan agama serta saling memahami dan menghormati agama dan budaya masing-masing. Perkahwinan campur adalah biasa, dalam sesebuah keluarga, ada berbagai agama dan masing-masing boleh hidup sesama tanpa masalah. Jika dalam keluarga itu terdapat ahli keluarga yang beragama Islam, ahli keluarga akan memastikan peralatan memasak dan sebagainya diasingkan. Khinzir diharamkan dibawa masuk ke dalam rumah. Kalau nak makan, mereka akan pergi ke kedai. Nampak tak betapa bagusnya mereka walau anak menantu yang beragama Islam hanya pulang sesekali sahaja.
Baik, kembali kepada cerita tadi, semasa berjalan turun selepas solat maghrib, seperti semalam juga, jumlah serangga-serangga yang melintas agak banyak dan labah-labah kali ini saiznya lebih besar. Hairan aku penghuni-penghuni semalam tidak kelihatan sepanjang denai hinggalah tiba di tengah-tengah bukit aku dikejutkan dengan suara lelaki berteriak “hoi” betul-betul disebelah kiri aku. Nasib baik aku tak melatah. Dah lah kuat, berdesing telinga aku, hampeh. Aku menoleh dan perhatikan makhluk tersebut, dia tak memandang kepada aku. Perhatiannya adalah kepada hutan dan belukar sebelah kanan denai. Aku alihkan pandangan ke arah kanan. Di situ terlihat dua gumpulan asap tebal berwarna putih. Pada asap-asap itu terdapat wajah perempuan, 2 gumpulan asap, 2 wajah.
Selepas berteriak “hoi” lelaki itu macam marah-marah. Dia suruh 2 makhluk perempuan tadi cepat, katanya diorang dah lewat, pertunjukkan gendang cina dan tarian naga telah bermula, semua penduduk telah ke sana, hanya tinggal mereka sahaja yang lambat. Salah satu gumpulan asap itu menjawab “sekejap lah, tengah bersiap nie” dan satu lagi gumpulan asap hanya tersenyum memandang aku sambil melayang melintas depan salah seorang sahabat aku.
Bila sampai kepada aku, aku dapat melihat rupanya dengan jelas, sungguh cantik, cukup-cukup cantik. Dia berbisik pada aku “semua penduduk kampung kami ke kampung sana, menonton tarian naga, jom lah ikut sekali”. Aku hanya tersenyum sambil mengeleng kepala. Satu gumpulan asap lagi melintas di belakang kami tanpa memandang. Anehnya sahabat-sahabat aku langsung tidak menyedari akan kehadiran mereka apatah lagi mendengar suara mereka.
Bahasa yang dipertuturkan bukan seperti bahasa manusia, macam mana aku boleh faham, jangan tanya, aku tak tahu, anugerah barangkali. Kadang-kadang hijab aku terbuka, biasa-biasa tertutup. Tapi deria rasa aku terhadap kehadiran-kehadiran mereka, 24 jam terbuka. Kami singgah minum di gerai dalam perjalan balik dan aku ceritakan apa yang berlaku selama 3 petang berturut-turut. Tercengang dua-dua orang. Mereka mengakui yang tidak melihat dan mendengar apa-apa termasuk lipan. Mereka hanya nampak labah-labah dan ulat gonggok, itu pun tak sebanyak seperti yang aku ceritakan. Banyak lagi pengalaman yang aku alami, insyaallah, lain kali aku ceritakan. Semoga terhibur.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
menarik cerita ni 👍👍👍
Penunggu hutan! seram laks .. cite best. smbg lg keh👍
Best cte awak ni ali.
time lapse
sama-sama kita betulkan yang biasa, biasakan yang betul
Baik cikgu, terima kasih
Aku ingin tukar nama daripada Dr Perdana Menteri Malaya kepada/menjadi Tepak Kemenyan.
Oleh kerana aku sudah tukar nama menjadi Tepak Kemenyan
Aku ingin belanja satu gambar untuk kaki-kaki komentar Fiksyen Shasha (FS) — click-lah link gambar di bawah ini — jangan risau ini bukan gambar tak senonoh — aku masih menghormati privacy kabilah Imam Muda dan Ustazah Dara yang bertandang ke laman FS — click-lah!
https://pbs.twimg.com/media/DsO4vqbXQAI0Rqo.jpg:small
Mahluk ni memang boleh tau kan kalau hijab kita terbuka. Atau dorang dapat rasa ada apa pada badan kita.
Dulu setiap posting ada nama penulis,senang nk cari semula hasil tulisan/cerita mereka di kolum search.kini tiada. Ke saya yang tak reti?
kahwin campur? Means kalau dia Islam dia boleh kahwin dgn bukan Islam? What?? Or aku yg salah faham nie?
Yupp dea boleh kawan dengan yang non-Muslim dengan syarat non-Muslim tue perlu revert ke Islam.
*kahwin