Puaka Pulau Buluh

Assalammualaikum dan salam sejahtera, jumpa lagi kita. Terima kasih admin up cerita aku dan kepada semua pembaca atas sokongan dan komen positif yang diberikan. Cerita aku sebelum ni tentang Sahabat 4. Tapi kali ni aku bawa cerita lain. Pasal kampung aku.

Di hujung kampung aku ni ada sebuah hutan yang dipenuhi buluh. Antara hutan dan kawasan kampung hanya di pisahkan oleh sebatang sungai mata air yang kecil. Airnya jernih mengalir sehingga nampak batu² dan pasir. Sejuk mencengkam tulang. Kawasan ni tidak pernah sunyi dengan suara kanak² kampung bermandi manda suatu ketika dulu. Termasuk aku pernah mandi di sini. Ada satu jambatan buluh yang dibuat untuk ke dalam hutan buluh itu. Elok jambatannya. Warna buluh jambatan itu tidak pernah bertukar warna menjadi kuning. Tetap hijau seperti buluh itu baru dan hidup. Di dalam kawasan hutan buluh itu, hanya dipenuhi buluh² yang tinggi dan lurus. Hijau seperti zamrud. Tiada yang mati tiada yang patah. Semuanya hijau, lurus dan cantik. Terpesona mata yang melihat. Orang kampung selalu mengambil buluh di situ untuk dibuat lemang, dinding rumah, pelenggar dan macam² lagi. Tapi itu semua dulu. Kawasan itu kini telah menjadi kawasan larangan untuk dimasuki. Kerana satu kejadian.

Bermula dari 3 orang yang masuk untuk mengambil buluh. Hassan, Umar dan Mat (bukan nama sebenar). Mereka ni 3 beradik. Umar dan adik beradiknya berumur dalam lingkungan 50-an ke atas. Suatu hari di waktu petang, mereka masuk ke dalam kawasan buluh itu yang kami gelar “Pulau Buluh” untuk mengambil buluh nak dibuat lemang. Mereka masuk dalam jam 4 petang, setelah dapat buluh yang dicari, Umar dan Mat keluar dari pulau tersebut. Sambil mencari abang sulung mereka. Tapi tak ada bersama. Sangkaan mereka Hassan sudah pulang terlebih dahulu. Lalu Umar dan Mat pun turut melangkah pulang. Lagi pun jam sudah 6 petang. Semakin lewat. Mat sampai di rumah, menanyakan anak² nya sama ada ternampak Pak long mereka lalu di jalan atau tidak. Jawapan yang diberi anak² mengatakan tidak merisaukan dirinya. Tanpa berlenggah dia pergi ke rumah Hassan. Memanggil abangnya dari luar rumah. Isteri Hassan muncul di pintu mangkabarkan suaminya belum pulang. Bertambah risau dibuatnya. Dia kemudian ke rumah Umar, memberitahu Hassan belum pulang. Terus Umar dan Mat, bergegas kembali ke Pulau Buluh mencari abang mereka. Jam sudah 7 malam. Abang mereka masih belum ditemui. Mereka keluar. Berharap abang mereka sudah pulang. Tapi hampa. Selepas mereka ke rumah Hassan. Ternyata Hassan belum pulang.

Malam itu mereka masih meneruskan pencarian. Bersama-sama orang kampung. Tapi hasilnya tetap mengecewakan. Kemudian, keesokkan harinya, seorang ustaz yang ada di kampung datang membantu. Dia tinggal di kampung yang sama. Jadi dia tahu ada yang tak kena. Manakan tidak akan jumpa kalau 1 kampung orang pergi cari. Kawasan pulau tu bukan besar. Ustaz yang pergi ke pulau itu dapat merasakan sesuatu yang aneh. Kemudian ketika dia hendak melangkah lebih ke dalam kawasan itu, dia tersadung kakinya dengan buluh yang tajam menyebabkan kakinys berdarah teruk dan terpaksa di bawa pulang.

Waktu petang, selepas azan asar. Ketua kampung tiba² datang ke rumah aku. Minta untuk berjumpa dengan ayah aku. Ayah aku ni berketurunan siam. Moyangnya adalah orang pertama yang membuka tanah kampung dan telah lama menetap di sini dari zaman penjajahan Jepun lagi. Katua kampung yang datang menceritakan kejadian yang berlaku dari awal sehingga habis dan meminta tolong ayahku untuk bantu mencari Hassan. Sebab dia percaya mungkin ayah aku dapat tolong kerana moyang ayah aku lah yang pertama buka tanah kampung. Ayah aku yang dengar semua tu kemudian berkata, “dia ada di dalam. Dikurung. Aku boleh tolong. Sebab memang hanya keturunan moyangku saja yang boleh. Tapi aku minta terimalah apa yang akan berlaku dan apa yang diberitahu nanti dengan sabar.”

Lepas tu ayah aku dibawa pergi ke sana. Aku pun ikut. Saja nak menyibuk. Aku ingat akan ada upacara ka apa. Tapi tak ada pun. Ayah aku masa sampai di situ, dia terus saja masuk ke dalam Pulau Buluh tu. Lama juga kami tunggu. Dalam 1 jam. Kami yang diluar kawasan ni tengok pokok² buluh tu bergoyang ke kiri ke kanan dengan kuat seolah olah ditiup angin. Padahal mana ada angin. Masa tu juga langit mula redup. Seperti akan hujan. Aku ni dah risau. Ayah aku tak keluar lagi. Dah dekat jam 6 petang baru ayah keluar. Dia pergi dekat Umar dan Mat. Kemudian ajak mereka masuk ke dalam. Untuk ambik Hassan katanya. Sebab Hassan dah tak mampu nak berjalan sendiri. Ya, Hassan tak boleh berjalan lagi untuk kini dan selamanya. Hassan telah meninggal dunia. Dia ditemui dalan keadaan yang menyedihkan dan mengerikan. Kepalanya telah dipatahkan dan terpusing ke belakang. Bahunya jatuh sebelah. Bahagian perutnya penuh kesan cakar dan badannya penuh kesan lebam kebiruan seperti diberkam. Matanya terbeliak. Mulutnya terbuka. Ayah memberitahu, Hassan telah membuat pemilik tempat ini marah kerana telah membuang air besar atas rumahnya. Dalam ruang tamunya. Ya, memang mereka ada terjumpa tahi masa mencari Hassan. Tapi tidak jumpa Hassan. Sebenarnya Hassan ada sebelah itu saja. Dekat sangat. Tapi diselindung. Benda itu terlalu marah lalu menghukum Hassan. Terduduk dua adiknya melihat keadaan abang mereka sebegitu. Mayat Hassan dibawa keluar.  Dia dikebumikan keesokkan harinya. Hanya beberapa orang kampung yang tahu kisah yang berlaku pada tahun itu. Termasuk ayah aku. Orang lain hanya disampaikan Hassan meninggal kerana terjatuh semasa mencari buluh. Itu sahaja.

Selepas kejadian itu, aku sangka semua telah selesai. Tetapi silap. Satu kampung telah diganggu. Setiap pintu rumah orang kampung diketuk kuat seakan akan ingin roboh. Kadang kala dicakar. Tapi apabila dibuka tiada orang. Tapi akan nampak seekor beruk yang sangat besar setinggi 5 kaki di tengah² jalan kampung. Matanya merah, bertaring dan kelihatan ganas. Terus berita itu tersebar ke satu kampung. Dinding rumah yang dibuat dari buluh semua dirosakkan, buluh yang disandar dengan pokok dijatuhkan dan dipatahkan. Orang kampung mula risau. Malam mereka diganggu. Sampai pagi sebelum subuh. Bunyi beruk seperti bergaduh juga membingitkan telinga.

Hampir dua minggu gangguan ini berterusan. Ayah aku kemudian bertekad. Dengan membawa sebilah kapak. Dia pergi ke Pulau Buluh itu. Aku pon ikut jugak. Sebab mak aku yang suruh. Mak aku masa ni kurang sihat jadi tak dapat ikut. Sampai saja sana, ayah aku terus cakap.

“Duhai pemilik kawasan ini, aku tahu telah ada yang melakukan kerosakkan di tempat kau yang buat kau marah. Aku tahu, kau juga marah kerana aku membawa orang itu keluar. Aku tahu kau marah. Mendayu angin meniup, indah permai bunyi siulan burung. Tiada yang indah dari kedamaian ini. Aku ke mari membawa taruhan dan perjanjian. Selagi hayat ku dikandung badan. Selagi keturunan ku berterusan. Akan ku sumpah kawasan ini menjadi kawasan larangan. Tidak akan ada siapa² diberi kebenaran. Hatta raja sekalian juga. Maka damailah kau dalam dunia kau. Kami dalam dunia kami. Dengan bertuhankan yang 1. Terpisahlah kita di sini. Akan musnahnya jambatan ini. Jambatan yang dibina oleh moyangku dan kau. Jambatan yang melambangkan kebenaran dan perjanjian untuk tinggal di tanah ini. Tapi kami manusia telah melakukan sesuatu yang tidak kau suka. Maka sungguh malu dan hina kami rasa. Biarlah musnah sahaja, putus sahaja hubungan kita. Memang dari awal kita tidak boleh bersama. Cuma ku pinta, jangan diganggu lagi orang kampung. Dan kami juga tidak akan lagi ke sini.”

Lepas tu, ayah terus memusnahkan jambatan tu. Lalu jatuhlah serpihan buluh² ke dalam sungai. Hujan renyai juga turun membasahi bumi. Seakan mengerti suasana yang berlaku. Kemudian ayah dan aku berlalu pulang. Dalam perjalanan dia sempat berpesan. “Jangan lupa sumpah kita. Jangan pergi ke sana. Kini dan selamanya. Jika ada orang yang ingin masuk ke sana. Halang lah. Selagi mampu. Jika mereka tetap berdegil, maka lepaskan mereka pergi. Dengan iringan doa agar mereka akan selamat kembali.”

3 hari selepas kejadian, jam 1 pagi. Ayah aku yang belum tidur dan sedang duduk di pelenggar bawah rumah tiba² memanggil aku turun. Kebetulan aku terbangun dari tidur sebab nak ke bilik air. Jadi aku pun pergi kat ayah. “Tengok tu,” sambil tunjuk kat aku suruh tengok ke arah halaman rumah. So, aku pun tengok ke arah yang ditunjuk. Apa yang aku nampak adalah sesuatu yang tak akan aku lupa sepanjang hayat aku dan punca aku terbantut nak pergi lepaskan hajat di bilik air malam tu.

Di halaman rumah, ada seekor beruk yang besar setinggi 5 kaki, bertaring tajam yang panjang, bermata merah sedang melihat ke arah kami duduk. Dia pandang ke arah aku dan ayah aku. Silih berganti. Kemudian dia mengeluarkan bunyi “Kruh”… Seram aku masa dengar. Lepas saja dia berbunyi macam tu, dia pusing lalu berlalu pergi dalam kelam malam. Aku tengok saja. Lepas sedar apa yang berlaku aku pandang ayah aku. “Apa benda tu ayah?” Ayah aku selamba ja cakap, “tu lah tuan buluh tu.” Terkejut aku. Selama ni aku dengar cerita ja. Ni aku nampak depan mata kepala aku sendiri. Aku tak puas hati tanya ayah aku, “dah tu kenapa tunjuk kat orang?” Geram gak aku sebab benda tu aku sekarang dah terbantut nak lepaskan hajat. Takut. “Dah dia nak tengok keturunan ayah. Benda tu masih marah, masih tak puas hati. Tapi sebab perjanjian dan sumpahan ayah buat, dia terima. Sebab tu dia mai sini, nak tengok betul ka ayah ada keturunan. Kalau betul, dia akan pegang janji dan sumpahan kita tu.” Aku dengar dan faham apa ayah cakap. So benda tu ingat ayah aku akan menipu pasal apa yang ayah aku cakap la ya. “Hurm…okay, tapi la ni ayah kena teman orang p bilik air.” Lepas tu boleh pulak ayah aku gelak besar. Sakit hati aku.

Kampung aku selepas tu aman damai. Tapi kawasan tu dah tak ada yang pergi. Malah laluan ke sana juga sudah dipenuhi semak samun. Dah tak ada yang berani nak  jejakkan kaki ke sana. So nasihat aku, kalau korang nak ke hutan kena hati² dan baca doa untuk lindungi diri korang. Jangan buat sesuka hati di dalam hutan. Ingat, dalam dunia ni bukan ada kita manusia saja. Sekian sampai di sini sahaja dulu cerita aku. Semoga berjumpa lagi dalam cerita lain.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

13 thoughts on “Puaka Pulau Buluh”

  1. Alahai korang… biar la dia nak cerita.. korang nak percaya ke tak tu korang nye pasal la kan… x yah la nak maki hamun bagai… adab mana weh? Pelik la aku… kalo ngan alam ghaib semua pakat nasihat.. tau.. jaga adab.. jaga mulut jgn celupar… tapi sesama manusia selamba je maki hamun… haish…

    Reply
  2. betui nasihat tu. tapi aku tengok penulih ni macam nak terlebih lebih takut, hormat, gerun, tunduk kat depa. pasai pa. hanya kerana depa makhluk halus? kalau masuk hutan, kita jaga perangai kita berpada-pada dah la. amalkan yang patut, sudah. kita dah bercermat tapi kalau nak jadi jugak, depa nak marah lelebih pasai pa, tak belajaq pasai takdir Allah ka? depa bukan ada hak.. dimensi kita pun lain-lain, tang mana yang boleh terkena, ter-rosak, ter-cemar pada depa? selalu hat gini biasanya setan-setan buat 1001 alasan nak kacau manusia saja..

    Reply
  3. Cuba baca komen kt 4 shabat tu. Rasanya penulis ni mmg lauk utk pemuda2 di kg dia kot. Mungkin dia nie bohsia. Sbb tu beruk tu dtg tgk dio sbb nk doggy

    Reply
  4. aku tahu la tumblr dah block porn. tapi yang ko bersidai kat group mistik ni buat apa malaun?

    aku songkek anus kau baru tahu puiii

    Reply
  5. ayat kau betol2 macam sial . tak suka jgn baca tak payah maki . nak sekolahkan orang tapi tak sedar diri , perangai kau pun mcm tak sekolah . malaysia ka bangla nie ??

    Reply

Leave a Comment