Aku perkenalkan diri aku dgn nama Ash (bukan nama sebenar) dan ini kisah aku yg berlaku beberapa tahun lepas. Actually bukan kisah seram sangat, hanya pengalaman berubat arwah ayah aku.
Cerita ni berlaku di negeri di Pantai Timur dan ayah aku pada masa itu dah dekat 2 tahun sakit. Mengikut kata beberapa pengamal perubatan, terkena gangguan akibat buatan orang, manakala dari segi sains pula, doktor menyatakan ayah aku terkena kanser tulang + leukemia. So aku simpulkan kat sini yang ayah aku ada 3 penyakit; kanser tulang+leukemia+buatan orang.
Aku skip bab bomoh/ustaz yg berubat ayah aku yg sebelum² ni sebab itu semua temberang yang tiada penyudah. Apa yang aku nak cerita kat sini adalah pengalaman semasa berubat dengan ustaz terakhir sebelum arwah ayah aku pergi selamanya beberapa bulan kemudian.
Ceritanya bermula pada hampir jam 12 malam, kakak aku call aku dan bagitahu yang ustaz nak datang rumah berubat ayah aku. Masa tu adik beradik aku semua ada kat kampung (public holiday). So, nak dijadikan cerita, pukul 12 lebih, ustaz & pembantu, kakak & abang ipar aku sampai.
*sedikit info, ustaz ni dah seminggu lebih merawat ayah aku dengan perubatan islam & aku kenal ustaz ni sebab ada bau² bacang biras sebelah saudara aku.ustaz ni OKU tiada kaki, so pergerakan dia agak terbatas dimana dia hanya berjalan menggunakan tangan. Sebab itulah, dia hanya mengarah sahaja.
Sampai je kat depan rumah, ustaz pun panggil la sukarelawan dalam family aku yang memang ada pertalian darah dengan ayah aku untuk turut sama membantu tangkap hantu (malam tu adalah rawatan terakhir untuk tangkap & bunuh hantu).
Masa ustaz panggil tu, aku tengah tgok tv dan aku memang malas la nak follow sebab aku penakut. Seriously bukan penakut yang melampau, tapi ini kerja gila yang aku tak pernah join, so memang takut la.
Masa tu abang² aku ada je, semua tengah elok belum tidur lagi, masa ustaz panggil, semua buat² tido tepi bini masing². Memang siot la perangai sorang² dan last² aku yang kena turun kat bawah kat depan rumah dan terpaksa rela bantu ustaz tersebut.
Dan disinilah bermulanya cerita….
Tugasan Pertama! Ustaz suruh aku tabur beras keliling rumah, sambil² ustaz dan abang ipar aku sediakan apa yang patut untuk tugasan kedua.
*Sebagai info, keliling rumah aku dikelilingi dengan pokok getah dan agak gelap la sebab semuanya pokok getah + semak.
Dengan hati yang berat, aku pun start tabur beras keliling rumah sedikit demi sedikit dan apabila aku melalui kawasan belakang rumah, ada suara menegur :
” Tengah Buat Apa Tu?”
Disebabkan terkejut + takut, aku terus cepatkan urusan tabur beras tadi dan terus berlari ke arah hadapan rumah. Setel! Tapi aku pendam je hal ni tanpa aku inform sesiapa kat depan rumah.
Next, Tugasan Kedua! Aku tengok barang² dah siap semuanya. Pulut kuning dalam mangkuk dan diatasnya diletakkan colok 3 batang yang dinyalakan dan dilayurkan atas pulut tadi, darah merpati hitam, serta dipecahkan telur mentah ayam kampung. Seingatan aku, semua ada dalam 7 mangkuk kesemuanya ( ingat² lupa sebab dah lama ).
Dan part ni, aku dan abang ipar aku ditugaskan masing² membawa mangkuk berisi pulut dan meletakkan kesemuanya di tepi jalan berdekatan dengan rumah aku. Time ni dah pkul 1 pagi, tak perlu cakap la, angin dah macam ribut menyahut santapan yang kami sajikan untuk setan² ni semua.
Aku cuba risik dari ustaz, untuk apa semua pulut ni semua, katanya untuk mengumpan setan tu semua datang dekat. Senang nak tangkap & bunuh katanya.
Bila dah setel part tu, aku berkumpul balik dihadapan rumah kat tempat ustaz dan pembantunya duduk sedang rawatib.
Sedang kami menunggu setan datang, angin dah macam kelam kabut. Kejap angin kuat dan kejap tiada angin langsung. Dan bermulalah episod suara hilai tawa datang dari jauh. Seram boSsku! hahahah bapak ah, awal² pagi camtu suara setan kejap ketawa, kejap sayu sedih, kepala bana dia macam² bunyi keluar yang aku tak pernah imagine sebelum ni yang aku kena hadap.
Setel part tu, ustaz lagi sekali suruh aku dan abang ipar aku bersedia dan tunggu tangkap hantu. Masa inilah ustaz sebut,
“Tembak!!”
Lantas pembantu dia terus baling paku ke arah 1 arah dalam hutan. Masa tu ustaz tu suruh aku pergi ambil hantu tu.. Memang kelu la aku masa tu, dalam kepala asyik fikir camner la rupa hantu tu, elok aku selak dalam belukar, pegang kepala hantu ke apa.
Sebab aku kaget dan tak tahu nak buat camner, so abang ipar aku yang pergi ambil dan aku hanya membuntuti dari belakang dan tadaaaaaa, ada jumpa 1 kayu besar dalam belukar. Terus abang ipar aku balutkan dengan kain kuning dan bawa ke hadapan rumah serta campak dalam baldi. Masa tu juga ustaz suruh kami tuang cuka makan dalam baldi, terus bunyi suara mengilai dan naik asap yang memang amat busuk.
Okay, dah setel 1 hantu! Dan aku dah faham konsep tangkap hantu! hahahaha.
So next, aku punya turn pulak. Macam² hantu yang kena tembak! Ada yang dalam botol minyak Attar, botol minyak Mestika, dan macam² botol la.. Tapi yang sadisnya, nak tangkap benda ni agak susah! Sebabnya bila dah kena tembak dan hendak ditangkap, botol tu melompat dan aku terpaksa kejar botol tu. (gaya macam tangkap katak).
Dan proses ini berulang sampai 7 ekor setan kami tangkap dari pelusuk tempat : dalam belukar depan rumah, bawah rumah, kat ruang tamu rumah, dalam toilet. Semuanya selesai pada perkiraan aku.
Segala hilai tawa nyaring dah start sunyi sepi. Dan tiba² kami tercium wangi dan aku tanya pada ustaz, ” bau apa ni?”
Ustaz menjawab, ” Ada setan datang dan ini setan luar yang tiada kena mengena dengan rawatan malam ni, tapi sebab dia datang, kita bunuh sekali! Siapa suruh datang!”
Lagi sekali, ustaz tembak ke arah kawasan getah! Kali ni, abang ipar aku pergi tangkap sebab aku pun dah penat. Masa tu dah pukul 4 pagi.
Dan ceritanya habes pasal tangkap hantu ni…
So, masa ni lah aku borak dengan ustaz beberapa benda yang aku agak curious.
Soalan aku:
1) kenapa guna colok dan bukan kemenyan? kenapa nak umpan setan datang?
Jawapan Ustaz= Sunnah, sebab nabi guna colok dan bukan kemenyan. Nak umpan dia sebab nak mudahkan urusan, kalau tidak, susah dia nak datang.
2) Kenapa hantu tu semua jatuh dalam botol/kayu dan bukan jatuh hantu sekor.?Dan botol tu semua dari mana?
Jawapan Ustaz= Botol tu semua adalah ‘rumah’ bagi hantu. Setiap makhluk halus, ada rumahnya sendiri untuk dia tinggal. Aku sengaja tembak dan bagi dia jatuh sekali dengan rumah sebab nak mudahkan proses tangkap, kalau dia jatuh sekor, kau berani ke nak tengok dan tangkap sekor camtu?
Setelah setel tu semua, abang² aku yang ada kat atas rumah, semua bangkit bangun dan buat² tanya “Eh, dah siap ke? Cepatnya! Camner progress?”
Bana dia, aku ni dah habes hilang semangat dah gara² bnda ni! So end up, kami semua jumpa ustaz dan tanya satu persatu tentang setan ni semua dan apa yg kami dapat tahu adalah:
Setan ditangkap= 7 ekor
Buatan orang = 5 ekor
Tiada kena mengena = 1 ekor
Terpijak secara tidak sengaja = 1 ekor
So, malam itu selesai dengan jayanya dan besoknya aku pergi campak semua setan tu dalam sungai… hahahah hbes dah cerita…Itu sahaja, tidak seram pun. Just kongsi pengalaman. Mana tahu lah kan, mungkin turn korang pula lepas ni, so tak delah terkejut macam aku ni…hahaha
~ Ash K ~
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best
1st time aku dgr tgkp hantu pakai colok..betul ke cara ustaz tu?selalu dengar kalau nk halau hantu guna ayat al-quran…confius kjp ni
tlg baca btul ii dik.. dia ckp tngkap hntu.. bkn halau hantu..
Jaga bahasa
Asal ek klau tangkap hantu gi buang dlm sg buatnye ade org gi bkk botol tu xke kne plak kt die.🙃
Thats why la orang cakap , kalau jumpa apa2 dalam botol ke apa kat sungai @ laut jangan amek . kang kau terbawak “kawan” balik rumah pulak 😛
terbaekk. nak lagi.
Weyhhh best gilerr citer kau. mcm maen tgkap katak 🐸 je weyyhh 🤭🤭🤭
Hantu boleh tangkal yer…baru teman tau
Kena game ngan kononnya ustaz
cerita sebenor adalah lain versinya.. penulis tukaq dan olah konon dia terpaksa jadi hero walau dalam takut.. sambil cover bab perangai takut yang dia dok buat dan tak habaq sebetuinya apa yang abang ipaq dia yang buatkan.. nampak sangat penulih macam mintak dipuji dipuja saja
Terbaik. Cerita lah lgi klu ad…
Penceritaan ok, walaupun kurang seram. Tp dari konsep perubatan, tu bukan perubatan Islam. Bukan ustaz tu, tp bomoh sbb ada beberapa “kaedah” dia yg tak mengikuti syariah. Apa-apa pun, benda dah berlaku. Cuma diharap tiada yg tersalah anggap perkenaan perubatan Islam sbb kaedah di atas mmg bercanggah dari ruqyah yg disunnahkan oleh Rasulullah. (Rasulullah tak guna atau tak bahasakan “colok”. Baginda ada sunnah berkenaan membakar kayu-kayu utk menghasilkan bauan wangi tp itu atas tujuan kesihatan dan kebersihan, bukan atas tujuan ruqyah)
Tu la…citer kat atas lawak, sebab so called ustaz tu balik gelak guling guling layan kebodohan orang orang tu…pakai colok boleh claim perubatan islam, main tembak tembak hantu? Perubatan islam la sangat…Akal Allah dah bagi, gunalah sebaiknya…
Tolong pandai sikit bezakan ustaz dengan ostat ..
1st dgr cerita camni…best….
Lepas tembak natang tu jatuh dah jd kayu dan botol? Ke mmg kayu dan botol tu dah siap2 ada kat situ? Ko depa dimasukkan ke dalam botol/kayu?