FELDA Taib Andak pada tahun 1998 pernah digemparkan dengan kewujudan Hantu Tetek.
Pada hari Rabu 2 September 1998 — Malaysia digemparkan dengan pemecatan Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri
Pada tahun 1998, 2 September, pemecatan Anwar tidak dapat mengatasi betapa heboh lagi gemparnya kewujudan Hantu Tetek di FELDA Taib Andak.
Semua budak-budak lelaki dan perempuan di Taib Andak dirundung ketakutan — lazimnya, dari pukul 5:00 petang hingga 7:00 Maghrib, budak-budak Taib Andak akan hurrah-hooray mundar-mandir bermain tanpa sebarang ketakutan — kini suasananya sungguh berbeza — sunyi dan sepi suasananya seperti membungkam di dalam kelambu.
Antara budak lelaki yang pernah terserempak dengan Hantu Tetek di Taib Andak pada tahun 1998 ialah Atan bin Abu Maon.
Semasa Atan sesorang menunggang basikalnya mengelilingi serta menghayati keindahan halaman kampung tup tup tup Atan ternampak sekumpulan rama-rama sedang berterbangan di kawasan semak berdekatan rumah keluarga Mawi.
Sebenarnya Atan sedang menuju ke rumah keluarga Mawi kerana hendak mengajak Mawi keluar berpusing-pusing mengelilingi kampung dengan menunggang basikal — disebabkan Atan ternampak sekumpulan rama-rama ini — niat Atan menuju ke rumah keluarga Mawi serta-merta tergendala.
Atan memarkir basikalnya di celah-celah semak berhampiran pokok kekabu, terus Si Atan mendekati sekumpulan rama-rama ini.
Cantik! Atan terpesona melihat kecantikan banyak rama-rama berterbangan — rama-rama ini tidak bertempiran mengibas-ngibas sayapnya menjauhi Atan pabila budak yang baru sebulan baik jahitan kulupnya selepas berkhatan ini mendekati rama-rama — ya, Atan sudah bersunat/berkhatan.
Ketika Atan menghampiri rama-rama ini, banyak yang hinggap di pakaiannya — di betis, di paha, di pinggang, di perut, di dada, di bahu, di belakang badan hinggalah di kepala, di telinga, dan di dahi — terukir senyuman di bibir Atan melihat kejinakan rama-rama.
Jika pada tahun 1998 ini sudah wujud telefon pintar skrin sesentuh — sudah tentu gambar Atan dikerumuni rama-rama menjadi tular zaman-berzaman mengatasi gambar Muhammad Syukur bertenggek di atas kerbau-kerbau di Negeri Penyu sekitar bulan January 2019.
Atan menjangkakan rama-rama yang sedang mengerumunnya hanya berlonggok di tepi semak sahaja, rupa-rupanya ada banyak rama-rama sedang berterbangan di hadapannya hingga terlihat sebuah lorong rama-rama yang indah memanjang ke dalam semak berpokok-pokok yang tumbuh meliar.
Disebabkan terpersona melihat kecantikan rama-rama — Atan mula melangkah kakinya berjalan merentasi lorong rama-rama di hadapannya.
Atan berjalan perlahan-lahan kerana tidak mahu terpijak atau mencederakan banyak rama-rama ketika kakinya melangkah.
Semasa Atan berjalan di lorong rama-rama — Atan masih nampak bumbung rumah keluarga Mawi.
Atan tidak menjerit memanggil-manggil nama Mawi hingga Si Mawi berdesup keluar daripada rumah.
Dalam benak fikirannya — Atan ingin merahsiakan kewujudan taman rama-rama yang wujud berhampiran rumah keluarga Mawi — sesudah Atan puas melakukan XPDC merentasi taman/lorong rama-rama ini, barulah Atan beritahu kepada Mawi.
Atan berjalan di lorong rama-rama ini sehingga ternampak sebuah rumah usang — di rumah usang ini juga terlihat longgokan rama-rama sedang berlonggok di anjung rumah.
Rumah usang ini memang sudah lama wujud di belakang rumah keluarga Mawi — sejauh 50 meter jika Mawi keluar daripada dapur rumahnya dan berjalan/menuju ke rumah usang ini.
Sesampai di halaman rumah usang — Atan berjalan perlahan-lahan menuju ke anjung rumah.
Sampai sahaja di anjung — Atan melihat rama-rama sekadar berlonggok di anjung rumah sahaja — tidak terlihat seekor pun rama-rama di dalam rumah usang.
Disebabkan sifat kebudak-budakan yang gemar mengetahui perkara baharu — Atan melangkah masuk ke dalam rumah — kot-kot dalam rumah ini ada pistol mainan atau bar basikal GT berbentuk petak seperti penumbuk Muhammad Ali.
Setelah masuk ke dalam rumah usang ini — Atan berhenti di tengah-tengah ruang tamu — Atan menoleh kepalanya memandang ke kanan — terlihatlah rama-rama berterbangan di luar tingkap di anjung rumah yang memanjang di sebelah kanan — Atan menoleh pula ke kiri, serta-merta Atan terperanjat gaban dan mukanya betul-betul cuak!
Ketika kepalanya menoleh ke kiri — Atan ternampak sepasang tetek yang besar — Atan betul-betul terperanjat melihat sepasang tetek besar di dalam rumah usang ini — cuak dan panik, cepat-cepat Atan memusingkan badannya dan terpontang-panting berlari keluar daripada rumah usang.
Ketika dirinya sudah keluar daripada rumah — Atan terperanjat dan terjegil matanya kerana rama-rama yang banyak di anjung sudah tiada — seekor rama-rama pun tidak terlihat berterbangan di anjung rumah bahkan, lorang rama-rama yang Atan lalui tadi sudah tiada — hilang sekelip mata, hilang entah ke mana?
Dalam keadaan cuak dan panik ini, Atan laju-laju berlari sambil menjerit memanggil-manggil nama Mawi.
Atan : Mawi!! Mawi!!! Tolong aku Mawi!
Atan : Mawi!! Tolong aku Mawi! Hantu Tetek, Mawi! Hantu Tetek!!
Atan terpontang-panting berlari, sambil berlari ini sekali sekala kepalanya menoleh ke belakang kerana khuatir Hantu Tetek mengejar dirinya dari belakang.
Atan berlari menuju ke arah basikal yang diparkirnya di celah-celah semak berhampiran pokok kekabu — Atan tidak berlari ke arah rumah keluarga Mawi.
Di dalam rumah, Mawi cepat-cepat menjengah ke tingkap memerhatikan sekeliling rumah kerana terdengar namanya dipanggil — Mawi cuma dengar namanya dipanggil, tetapi tidak nampak siapakah gerangan yang memanggil namanya?
Mendengar namanya dipanggil dan tidak terlihat gerangan orang yang memanggil namanya — benak fikiran Mawi bermonolog sendirian…
Mawi : Siapa pula yang panggil nama aku petang-petang macam ni?
Sesudah Atan terpontang-panting berlari menjauhi rumah usang, dan kini sedang menggelabah mengangkat basikalnya di celah-celah semak ke atas jalan tar — sesudah kedua-dua tayar basikal terletak di atas jalan tar — menggelupur Atan mengayuh basikalnya sambil menangis dan menjerit!
Atan : Hantu Tetek! Hantu Tetek!
Atan laju-laju mengayuh basikalnya menuju ke rumahnya sambil menangis dan menjerit!
Atan : Hantu Tetek! Hantu Tetek! Hantu Tetek!
Ketika laju-laju mengayuh basikal — Atan melintas deras di hadapan sekumpulan abang-abang teruna Taib Andak (TA) yang sedang berkumpul dan bertenggek di atas motor — ketika melintasi sekumpulan abang-abang teruna TA ini, mereka semua terkebil-kebil melihat Atan menangis serta mendengar jeritan suara Atan serak-serak kering seperti jeritan Papa Rock — Ramli Sarip.
Atan : Hantu Tetek! Hantu Tetek! Hantu Tetek!
Terkebil-kebil semua mata abang-abang teruna TA melihat Atan laju mengayuh basikalnya sambil menangis dan serak-serak kering suaranya menjerit: “Hantu Tetek!”
Petai : Woi! Apa hal dengan Atan tu?
Seorang abang teruna TA bernama Petai bertanya kepada kawan-kawan di sekelilingnya pabila melihat Atan menangis dan serak-serak kering suaranya terjerit-jerit.
Buyung : Entah, terkena sampuk kot Atan tu.
Ketupat : Ishhh… kalau betul Atan kena sampuk — adoi… kes berat ni!
Petai : Ye larr… aku rasa Atan kena sampuk ni.
Rendang : Aku rasa pun macam tu.
Tapai : Betullah Atan kena sampuk — dia terjerit-jerit dan menangis tu.
Tempe : Ye larr… kena sampuk ni, tapi dia jerit apa arr tadi? Aku dengar hantu jer.
Bayung : Aku pun dengar dia jerit hantu jer — ayat belakang tu macam dia jerit betik.
Ketupat : Ishh… takkan dia terjerit-jerit hantu betik kot — selama ini kita petik batang betik jantan time nak berdengung — tak pernah pun ternampak hantu.
Tapai : Memanglah kita tak ternampak hantu — kepala nak berdengung jer — hantu pun tak bernafsu nak mengusik.
Tempe : Jangan sampai time kepala dah berdengung ternampak polis — terus hilang dengung dalam kepala.
Ketupat : Hahahaha! Time kepala berdengung, komfem kaki berdengung lebih takut kepada polis berbanding takut kepada hantu.
Rendang : Hahahahahaha!!
Petai : Dah dah dah, jomlah kita ramai-ramai pergi rumah Atan — kesian pula aku tengok budak tu.
Masing-masing bersetuju dan cepat-cepat menyalakan deruman enjin motor dan terus menuju ke rumah Atan.
Sampai di halaman rumah keluarga Atan — abang-abang teruna TA ini dengar tangisan Si Atan dari dalam rumah.
Selepas memadamkan deruman enjin motor — Petai memberi salam.
Petai : Assalamulaikum.
Keluarlah Pak Maon — bapa kepada anaknya (Atan) dari dalam rumah menuju ke anjung rumah.
Pak Maon : Waalaikummussalam.
Petai : Pak Maon tadi saya dan kawan-kawan nampak Atan laju kayuh basikal sambil menangis — in…
Belum sempat Petai menghabiskan kata-katanya — Pak Maon terus mencelah…
Pak Maon : Atan nampak Hantu Tetek.
Terjegil semua mata abang-abang teruna TA ini di atas motor, pabila mendengar kata-kata Pak Maon.
Petai : Betul ker Pak Maon?
Pak Maon : Entahlah, susah nak percaya, tapi inilah yang berlaku.
Petai : Dekat mana Atan nampak Hantu Tetek?
Pak Maon : Dekat belakang rumah Mawi — rumah kosong tu.
Pak Maon mengacung tangannya menunjuk ke arah rumah keluarga Mawi yang tidak kelihatan, tetapi tahulah abang-abang teruna TA ini kedudukan rumah keluarga Mawi.
Buyung : Ha’a… dekat belakang rumah Mawi, memang ada sebuah rumah kosong — rumah tu sudah lama tak berpenghuni.
Tapai : Aku tak pernah nampak pun rumah kosong di belakang rumah Mawi!
Pak Maon : Rumah kosong tu sekelilingnya dah macam hutan belentara — memang tak nampak — jauh sikit daripada rumah Mawi.
Petai : Kalau betul rumah kosong tu ada Hantu Tetek — sekarang juga saya dan kawan-kawan pergi terjah rumah tu!
Ketupat : Kau biar betul Petai — dah Maghrib ni.
Terjegil semua mata kawan-kawan Si Petai mendengar kata-katanya.
Petai : Kenapa, engkau orang semua takut?!
Ketupat : Bukan takut — dah Maghrib larr — lebih baik kita bagi tahu pada imam masjid dulu.
Tempe : Ha’a lebih afdal kita bagi tahu imam masjid dan juga jemaah masjid.
Petai : Alarr… lambat larr nak bagi tahu imam — kita terus jer terjah — tak kesian ker dengar suara Atan menangis?
Pak Maon : Pakcik kagum semangat kekar yang ada pada anak-anak muda di kampung ini — macam inilah, engkau orang semua pergi perhambat Hantu Tetek dekat rumah kosang tu — pakcik pergi masjid, lepas solat Maghrib pakcik bagi tahu imam.
Petai : Cantik larr pakcik — dah dah dah jom jom jom kita terjah rumah kosong tu, kita perhambat Hantu Tetek sekarang juga!
Masing-masing terkebil-kebil melihat Petai menyalakan deruman enjin motornya.
Petai : Engkau orang semua tak pergi — biar aku pergi terjah rumah kosong tu, perhambat Hantu Tetek tu — sorang-sorang!
Petai terus memasukkan gear motornya dan memulas minyak motor, meninggalkan kawak-kawanya terkebil-kebil — menggelupur semua kawan-kawan Si Petai ini menyalakan deruman enjin motor dan terus mengejarnya.
Sekarang, semua abang-abang teruna TA ini sedang menunggang motor selaju 50 km/j menuju ke rumah keluarga Mawi.
Petai : Hahahaha! Menjadi juga reverse psikologi aku.
Buyung : Hawaw kaw Petai.
Petai : Hahahaha! Kalau aku tak buat macam ni — engkau orang semua komfem tak ikut.
Tapai : Buyung! Kau tahukan rumah kosong tu!
Buyung : Ye! Aku tahu!
Rendang : Sampai sana nanti, nak parkir motor dekat rumah Mawi ker?
Petai : Tak!
Rendang : Habis tu nak parkir motor kat celah mana?
Petai : Kita parkir motor dekat bawah pokok kekabu — jauh sikit daripada rumah Mawi.
Masing-masing setuju pada cadangan Petai — mereka semua melajukan tunggang motor selaju 90 km/j menuju ke destinasi di pokok kekabu.
Sampai sahaja di bawah pokok kekabu, dan masing-masing memarkirkan motor — suasana ketika ini, sudah berwarna kuning keemasan senja menuju ke kegelapan malam.
Petai membuka tempat duduk di atas motornya — mengeluarkan skru driver — melihat Petai sudah menggenggam skru driver — masing-masing mengeluarkan senjata seperti spanner hidup, rantai sprocket, penguis tiub, sprocket motor, ada juga hanya membawa menggenggam sebagai senjata pelangkung.
Sesudah masing-masing menggenggam senjata — Petai mengeluarkan kotak rokok dari poket seluarnya untuk menyalakan sebatang rokok — melihat Petai sudah berasap — masing-masing menyalakan juga rokok di bibir — semua kelihatan macho dengan rokok terselit di celah-celah bibir dan tangan memegang senjata untuk melindungi diri.
Petai : Jom kita redah sekarang sebelum gelap.
Petai memulakan langkahnya meranduk semak, tetapi langkah Petai terhenti seketika pabila terdengar Tapai menyebut: “Bismillah hirrahma nirrahim.”
Petai tersenyum sambil menggedik-gedikkan keningnya memandang Tapai, terus masing-masing bersama-sama menyebut kalimah yang sama: “Bismillah hirrahma nirrahim.”
Kini, semua abang-abang teruna TA sedang meranduk semak sambil memerhatikan suasana kuning keemasan senja di sekeliling mereka yang bersemak serta berselirat terpacaknya pokok demi pokok tumbuh meliar.
Tidak sampai lima minit — kini mereka semua sudah sampai di hadapan anjung rumah usang kerana nekad hendak perhambat Hantu Tetek.
Petai : Jom kita masuk ke dalam.
Sebelum masuk ke dalam — Petai mengeluarkan pemetik api dari poket seluar kerana melihat suasana dalaman rumah usang ini gelap.
Masing-masing mengeluarkan pemetik api daripada poket seluar sebelum mereka semua masuk ke dalam rumah.
Petai melangkah kaki kanannya melepasi pintu rumah usang ini — terpijak sahaja selipar Petai melepasi pintu rumah, terdengar satu suara jeritan kuat seakan-akan datang daripada dalam rumah — masing-masing terperanjat mendengar jeritan kuat ini: “Wuuuaaaakkk akk akkkk!!!”
Buyung : Perghhhhh! Berderau jantung aku — ini bunyi suara lotong ni — hawaw punya lotong.
Masing-masing tersenyum mendengar omelan Si Buyung.
Rendang : Hmmm… lotong bercanda-canda dekat belakang rumah ni — memang time-time Maghrib macam ni, kaum kerabat lotong seronok bergurau-senda.
Petai mengabaikan canda-candaan kaum kerabat Si Lotong di belakang rumah usang ini — Petai melangkah masuk ke dalam rumah, dan dibuntuti oleh semua kawan-kawannya di belakang.
Masing-masing mengacung-acung pemetik api sambil memerhatikan suasana dalaman rumah.
Petai mengacung-acung pemetik api serta berwaspada memerhatikan sekeliling ruang tamu — tiada sebarang tanda-tanda kehadiran makhluk menyeramkan yakni Si Hantu Tetek di dalam rumah usang ini.
Petai masih mengacung-acung pemetik api dan terus berjalan ke kiri tup tup tup terdengar Petai mencarut!
Petai : Apa kepepek larr Hantu Tetek!
Mendengar Petai mencarut — masing-masing cepat-cepat menghalakan pemetik api memerhatikan Petai yang sedang menghadap ke dinding rumah usang ini.
Masing-masing tersenyum melihat gambar model perempuan berbogel melekat di dinding.
Buyung : Si Hawaw mana larr yang tampal gambar bogel ni kat dinding rumah ni?
Melihat gambar perempuan berbogel di dinding — Tapai menutup matanya dengan telapak tangan sambil terhinggut-hinggut bahunya menahan ketawa pabila melihat gambar model lucah Omputeh berbogel di dinding — teteknya besar macam buah tembikai.
Rendang : Woi! Tanggalkan larr gambar perempuan tetek besar ni — potong stim larr gambar ni.
Petai merentap gambar model lucah Omputeh berbogel ini hingga tertanggal daripada dinding.
Selepas menanggalkan gambar model lucah berbogel di dinding — masing-masing berjalan keluar daripada rumah dan berkumpul di halaman rumah usang.
Petai membakar gambar model lucah perempuan tetek besar berbogel ini yang disangka Atan terlihat Si Hantu Tetek.
Selepas keseluruhan gambar model lucah berbogel ini rentung dijilat api — abang-abang teruna TA, terus berjalan menuju ke arah motor yang diparkir di bawah pokok kekabu.
Suasana senja ketika ini, sudah semakin redup warna kuning keemasannya kerana sedang ditelan oleh kegelapan malam — terdengar sayup-sayup azan Maghirb berkumandang.
Sampai sahaja di bawah pokok kekabu, abang-abang teruna TA menyalakan deruman enjin motor, dan terus berdesup laju menuju ke rumah masing-masing.
Malam, selepas solat Maghrib — di anjung masjid, Pak Maon terlihat Ketupat, Rendang, dan Tapai berbaju Melayu, berkain pelekat serta bersongkok sedang duduk di anjung masjid.
Pak Maon : Mana Petai, Buyung, dan Tempe?
Rendang : Kejap lagi mereka sampai sebelum Isyak.
Pak Maon : Macam mana, dapat tak perhambat Hantu Tetek dekat rumah kosong tu?
Ketupat : Hmmm… takde Hantu Tetek larr Pak Maon.
Pak Maon : Kalau takde Hantu Tetek — hantu apa yang anak aku nampak dekat rumah kosong tu?
Tapai : Mungkin Atan ternampak gambar buah tembikai besar kat dinding rumah kosong tu — tu yang Atan sangka Hantu Tetek.
Pak Maon : Maksudnya memang takdelah Hantu Tetek kat rumah kosong tu?
Rendang : Ye! Memang takde Pak Maon — saya dan kawan-kawan dah usyar dalam rumah kosong tu — memang takde Hantu Tetek — komfem takde.
Pak Maon : Jadinya, tak perlulah bagi tahu pada imam.
Tapai : Jangan jangan jangan, memang takde Hantu Tetek — memang takde.
Pak Maon : Kalau macam tu terima kasihlah kerana keperihatinan engkau orang semua kepada anak aku.
Ketupat : Sama-sama Pak Maon.
Pak Maon berjalan meninggalkan Ketupat, Rendang, dan Tapai — Pak Maon pergi menghampiri jemaah vateren yang sedang berbual-bual di anjung masjid.
Kisah ini masih lagi memiliki misteri yang tidak terjawab ketika Atan dikerumuni oleh sekian banyak rama-rama.
Terkadangkala misteri tidak memiliki jawapan kepada insan yang tidak melihat sendiri di hadapan matanya kejadian misteri dalam maksud, kun fayakun ianya berlaku bukan kerana spontan, tetapi kerana kun fayakun — dalam kisah ini, kun fayakun ianya terjadi kepada Atan ketika dikerumuni warna-warni kecantikan rama-rama.
/// Feb 7, 2019 / Penulis Tepak Kemenyan
Hahahaa … camane la cerita mcmni leh lps pagar. Dh boring agaknya asyik dok komen mencarut, dpt buat cerpen mengarut pn jadi la.
rasanya yang selalu komen lucah tu lah kak mun.huhu😂🤣
Sape lg klu bkn dia. ni seru² karang dia msk jd perdana menteri malaya lak kang. jenuh nk baca khutbah dia yg pnjg² tu😂
entahlah kak mun.min xbuat sesuatu ke,?yang saya xberkenan kalau ada bebudak bukak web ni pastu baca komen2 lucah.xelok untuk bacaan bebudak takut jadi ikutan.saya rasa yg suka komen lucah tu dia dari family yg berpecah belah kurang kasih sayang kak mun,pastu dia mungkin selalu tngok ayah dia maki marah mak dia.tu jadi ikutan dia tu.bnyak pula masa dia dok bersidai kat ruang komen ni.pelik kan kak mun,?, 🤣🤣🤣
elok sgt. aku komen ko, ko jwb aku blk. lantak ko la syed .. eh sori, dayah! tersebut lak nama pena ko😂
Maaf aku pinjam komen di bahagian ruang ini kerana mudah untuk kaki komen yang meloncat-loncat marah kecam diri aku — membaca komen aku.
Aku tidak peduli malah, aku tak ambil pot langsung kepada kaki komen yang meloncat-loncat kritik aku — lucah atau mencarut atau mengarut.
Sebenar aku cuba menulis kisah seram yang tidak terlalu berat seperti heavy-metal kugiran XPDC (Selendang Merdeka) atau terlalu berpuitis seperti jiwang Siti Nurhaliza (Ting tak keting tang-ting).
Aku sebenarnya sangat respek kepada semua penulis yang berkongsi kisah seram mereka dalam Fiksyen Shasha (FS).
Aku memang jarang menulis komen dalam ruang komen FS — kalau aku tulis komen pun — aku hanya kritik kelucahan admin FS menghalang penggunaan right button click pada mouse/tetikus — pada hemat aku, tindakan admin ini boleh dianggap lucah kerana menyusah aku.
Terima kasih admin kerana tepekkan kisah seram aku dalam laman seram FS.
Secara diam-diam, aku memang gila-gila menyokong agenda admin menghimpunkan kisah seram dalam satu ruang laman web seperti menyumbat bermacam-macam jenis hantu ke dalam sebiji botol minyak attar.
Admin telah deactivate fungsi menghalang klik-kanan sebentar tadi. Semoga berbahagia. 😀
Terima kasih banyak-banyak admin Fiksyen Shasha (FS) kerana deactivekan klik-kanan.
Kalau admin tak deactivkan klik-kanan — setiap kali aku merayap dalam laman FS — aku akan tekan ctrl dan klik button kiri — mudah kata ctrl+klik botton kiri ini seakan-akan klik button kanan.
Kalau majoriti yang guna telefon pintar ketika merayap dalam laman FS — mereka takde sebarang masalah dalam bab klik.
Aku kesian sangat kepada pengguna komputer Windows kerana mereka memang banyak klik-kanan.
Ohh… jangan tersilap, aku TAK pakai Windows aku GUNA Linux.
Akhir kata, terima kasih admin — kau memang admin yang paling cool pernah aku terserempak ketika mengembara mengumpulkan kisah-kisah hantu dalam internet setakat ini.
Ada sedikit keciciran perkataan dalam kisah ini — justeru, aku wajib membetulkannya.
Petai membuka tempat duduk di atas motornya — mengeluarkan skru driver — melihat Petai sudah menggenggam skru driver — masing-masing mengeluarkan senjata seperti spanner hidup, rantai sprocket, penguis tiub, sprocket motor, ada juga hanya membawa menggenggam sebagai senjata pelangkung.
/Pembetulan pada keciciran perkataan/
Petai membuka tempat duduk di atas motornya — mengeluarkan skru driver — melihat Petai sudah menggenggam skru driver — masing-masing mengeluarkan senjata seperti spanner hidup, rantai sprocket, penguis tiub, sprocket motor, ada juga hanya menggenggam helmet sebagai senjata pelangkung.
biasa la dorang yang konon acah marah/suci ni la manusia paling busuk dan hipokrit ….. tak perlu beri Komen la kalau ada komen² lucah abaikan je baca cerita diam² ni gigih benor dok cari kalau ada komen 18sx korang nak kondem acah PU online kuakuakuakua
Kecewa…
Aku pernah baca gaya penulisan macam ni. Gaya cerita Din Beramboi dalam majalah komik Ujang era awal tahun 2000. Style lawak, kartunis dia pakai nama Petai, Bawang, Lengkuas…
ntah2 tepak kemeyan ni salah 1 dari kartunis ujang dulu.
Err first time baca cerita camni..
ni cite ape hanat. mesti cite merapu org2 yg slalu komen lucah dlm fs ni
min tido ke min? awat keluar cerita begini min. aku mmg da kawen min. tapi ramai lagi yg belum kawen baca cerita ni. buatnya dorg dok terbayang2 perkataan t**** tu tak ke naya min oi…tlg la wake up dan jgn post cerita begini serta delete komen2 lucah min.
bosan.penulis sampah
Penulis ni nmpak ‘try hard’ sngat nk buat suasana lucu and kelakar. Tpi tak jadi pun.
Storyline pun meleret2, tpi bole try lagi tulis la…tq
FIKSYEN SHASHA.. You make me cry…..try to do something admin..please… Kurang sudahkah cerita hantu bermoral di Malaysia ni..?
serius la cter mcmni boleh tersiar FS eh?
Bagi balik 10 min aku woiiiiii bazir masa baik aku tido
xkn la xpnh dengar kisah hantu tetek..kesiannya la..