17.7.2018
Assalamualaikum..
Menurun
Apabila kita cerita bab menurun kita boleh agak dah.. Mesti ada kaitan dengan jin.. Ada menurun untuk mendapatkan nombor ekor dan ada bomoh menurun kononnya dimasuki oleh wali, panglima dan sebagainya.. Yang sebetulnya tetapkan jin….
Teringat pokcik suatu masa dahulu kala.. Lama berzaman dah cerita ini. Masa itu pokcik menyewa di sebuah rumah di Panching Kuantan. Jiran pokcik bernama Mak Wan. Dia tinggal bersama cucunya. Ketika itu muda lagi cucunya. Kini dah kahwin dan dah beranak pinak… Selalu juga Mak Wan datang bertandang ke rumah. Maklumlah orang tua. Walaupun sudah tua dia masih bekerja.. Dia bekerja di sebuah estet…
Walaupun nampak tua, dia mampu berjalan kaki menuju ke estet tempat kerjanya… Suatu malam anak buah pokcik datang bermalam di rumah pokcik.. Elok maghrib tiba-tiba baby menangis.. Adoiiiiiiiiii laa. Apahal pulak kali ni. Mak Wan datang.. Katanya pii panggil Pak Leman (nama samaran). Elok pokcik nak panggil tiba-tiba terasa ada sesuatu di atas belakang pokcik seperti nak menghalang. Masa tu nak karate pun tak tahu sangat. Silap karate, makan diri… Hahahhahhahha..
Apabila Pak Leman sampai, baby masih menangis. Tiba-tiba, Pak Leman memanggil baby suruh datang kepadanya. Mari kat atok katanya.. Terkejut pokcik.. Baby merangkak dan pergi ke arah Pak Leman.. Mari duduk atas riba atok, katanya lagi.. Baby terus naik dan duduk di atas paha Pak Leman.. Dah jangan menangis, atok dah halau dia pergi.. Jahat tu, kata Pak Leman.. Terus baby berhenti menangis dan tidak lagi melihat ke atas syiling.
Biasalah. Maghrib katanya katanya lagi.. Setelah dihidangkan air, Pak Leman terus meminta diri. Dia tak nak duit yang dihulurkan. Setahu pokcik dan kalau tak salah pokcik, Pak Leman juga merupakan seorang guru silat. Setelah Pak Leman balik, alhamdulillah baby tidur dengan nyenyaknya sehinggalah ke pagi esok.. Hari-hari yang berikutnya tiada lagi berlaku kejadian yang tak diingini.. Semuanya berjalan seperti biasa…
Suatu hari, mak Wan datang bertandang lagi. Kali ini berkisar tentang anak cucunya. Katanya si anaknya Zali (bukan nama sebenar) suka sangat menurun nombor ekor. Tapinya nak dijadikan cerita, pada suatu malam di pergi ke suatu jirat cina.. Dia kali ni bertekad nak dapatkan nombor ekor baik punyaaaaa. Dengar kata ada satu jirat laa kononnya yang jadi tumpuan para kaki nombor ekor.. Lama dia di situ. Dia memuja dan menyeru di jirat cina itu. Tiba-tiba dia melihat satu lembaga duduk bercangkung di jirat itu.. Badannya busuk dan dipenuhi kudis buta…
Terkejut dia melihat hantu cina tu.. Kebetulan dia dengar sebelum itu cina itu mati dan badannya dipenuhi kudis buta.. Dia dapat jugalah nombor sebabnya hantu cina tu tanya.. Jawab jugaklah dalam terketar-ketar. Hihihihihi.. Dia balik dan demam selama beberapa hari.. Sempat jugalah rasanya dia membeli nombor.. Tapinya macam biasalah. Memang tak kena. Hahhahahhahha. Setelah itu badannya mula ditumbuhi dengan kudis buta seperti hantu cina itu.. Setelah puas berubat di beberapa tempat akhirnya perlahan-lahan kudis butanya hilang.. Entah insaf entah tidak sekarang ni pokcik tak tahu.. Tak nak buat sebarang spekulasi takut jadi fitnah..
Kini pokcik berpindah ke rumah sendiri. Lama tak dengar cerita tentang menurun ni tapinya pokcik banyak keluar ke Johor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Terengganu dan sebagainya.. Keluar jalan-jalan.. Bukannya buat apa pun.. Suatu hari kawan orang rumah pokcik ajak orang rumah pokcik menemaninya pergi berubat. Katanya dia ada masalah dengan suaminya. Pokcik mengizinkan orang rumah pokcik pergi bersamanya.. Kali ini mereka pergi ke Pantai Sepat Kuantan untuk berubat…
Pokcik tak nak ambil tahu perihal tempat kawannya pergi berubat itu. Pokcik pun tak nak tanya jenis perubatan yang dibuat. Biarlah. Namun, apabila orang rumah pokcik balik ke rumah, dia bercerita tentang rawatan yang dijalankan. Katanya perawat itu menggunakan perantaraan. Dengan kata lain orang itu menggunakan kaedah menurun. Hihihihihi. Macam menarik pulak pokcik dengar.. Pokcik pun mula pasang telinga….
Mulanya apabila mereka tiba, mereka disambut oleh seorang lelaki yang agak berusia. Katanya klinik belum buka lagi.. Lebih kurang macam tu laa perbualannya.. Kemudian si pesakit dipersilakan duduk di hadapannya.. Si sakit bercerita tentang masalah yang dihadapinya. Kemudiannya lelaki itu membacakan Fatihah dan beberapa ayat lagi.. Setelah itu dia membakar kemenyan.. Asap naik berkepul-kepul… Semerbak laa rumahnya berbau kemenyan, kan…..
Setelah perasap lebih kurang tiba-tiba suaranya berubah…. Dia kini menjadi budak lelaki. Namanya Awang. Tudia jadi Awang pulak. Suara Awang perlahan sahaja. Lembut. Cakap budak kecil, kan.. Takkan kasar pulak… Awang beritahu ada pakaiannya dah hilang diambil oleh emak mertuanya. Emak mertuanya kenakan dia sebab nak pisahkan anak lelakinya dengan si sakit. Tudia aih Awang pun. Ganaih sangat.. Kini dia meminta dibawakan pakaiannya sebagai syarat untuk memulihkan sihir yang dikenakan..
Setelah itu lelaki itu pun sedar apabila si Awang meminta mengundurkan diri. Macam biasalah.. Apabila dah sedar, barulah si bomoh tanya apa yang dikatakan oleh si Awang.. Pesakit pun berceritalah dari A to Z. Setelah salam kokot maka baliklah si sakit bersama orang rumah pokcik. Setelah beberapa hari, waktu yang dijanjikan oleh mereka telah tiba. Kali ini dia nak bawa pokcik pergi sekali. Hahahahhaha.. Pokcik memang nak tengok laa kan.. Maklumlah, orang rumah pokcik dah bagi gambaran tentang cara pengubatan si bomoh itu kepada pokcik sebelum ini…
Akhirnya kami pun pergilah ke rumah yang berkenaan.. Kami bertolak selepas Maghrib ke sana kalau tak salah pokcik. Pokcik tengok sendiri apa yang berlaku.. Semua kaedah yang dilakukan itu sama seperti yang diceritakan oleh orang rumah pokcik sebelum ini. Setelah baju, kain dan beberapa barangan lain berada di hadapan si bomoh barulah upacara memanggil si Awang dilakukan.. Sebaik sahaja si bomoh berubah menjadi Awang barulah dia menjampi, meludah dan sebagainya pakaian tersebut.. Si Awang berpesan agar baju itu dihanyutkan ke laut….
Setelah berpesan, si bomoh pun tersedarlah. Macam biasalah, apabila sedar si bomoh akan bertanya apa yang disuruh oleh si Awang. Si pesakit sekali lagi akan bercerita dari A to Z apa yang berlaku.. Selesailah upacara pada malam itu dan kami memohon diri untuk pulang. Sepatutnya si sakit sendiri yang perlu melontar baju itu tetapi dia berasa takut. Jadinya dia meminta pokcik tolong buangkan. Tak apa laa.. Pokcik bersetuju. Apalah sangat nak buang baju dan pakaian. Bukannya berat pun.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di bawah jambatan Tanjung Lumpur.. Jambatan Tanjung Lumpur menjadi saksi laa kononnya, pokcik buang baju dan pakaian si sakit.. Hahahhaha. Tak ada apa berlaku sebaik sahaja pokcik buang ke laut.. Tapinya kalau nak buat video, pokcik akan letakkan kabait dalam plastik tu.. Barulah real nampak asap naik. Silap-silap berlaku letupan lagi. Gurau-gurau… Hihihihihi. Jangan marah aaa…
Setelah itu kami pun pulang ke rumah masing-masing. Agak-agak, adakah hubungan mereka suami isteri menjadi semakin baik? Jawapannya tidak. Si pesakit semakin menderita. Kalau dahulu, hubungannya dan suaminya sahaja yang retak, kini dia sering sakit-sakit.. Banyak jugaklah tempat dia usaha tetapi masih tidak menemui jalan penyudah. Akhirnya disebabkan terlalu kasihan melihat keadaannya dan anak-anak semakin tidak terurus, orang rumah pokcik mencadangkan agar dia meminta pokcik tolong ikhtiarkan..
Seingat pokcik, ada dua kali dia datang ke rumah. Kedua-duanya berkaitan dengan sakit tubuhnya dan dia begitu tidak tenteram. Alhamdulillah semuanya Allah permudahkan. Sampai sekarang pokcik tak dengar lagi kisah dia disihir oleh ibu mertuanya sebagaimana yang diceritakan dahulu sehinggakan rumahtangga mereka menjadi seperti retak menunggu pecah.. Alhamdulillah, lama dah dia tak datang ke rumah selepas itu.. Pokcik doakan dia dan suaminya kembali baik dan tidak lagi menaruh syak kepada si ibu mertua. Sekian perkongsian pada kali ini. Moga peroleh manfaat. Maaf andai ada terkasar bahasa dan sebagainya…
Moga berjumpa lagi dalam episod lain. Wallahuaklam.. Salam hormat..
First.
Teringin juga nak jadi 1st ni.
Jgn marah.
Bisoo pokcik!! Hahaha!!!
Hahaha..memanglah Zali tu tak kena nombor, hantu penjaga kat 4D tu lagi kuat dari hantu jirat tu..dahlah berpenyakit…kwang3
Fiksyen shasha ni bila nak buat night mode , sakit mata aku baca dalam gelap. Pembaca selalu baca waktu malam
Assalamualaikum pokcik. Sy nak tnya..ada seseorang yg sy kenal ada menggunakan kaedah menurun mcm yg pokcik crita. Cara dia menurun selepas solar dy akn baca apa tah. Lpastu kononnya akn masuk 3 jenis wali. Jeniis harimau, panglima ,sheikh . yg plg kuat adalah sheikh.Dan kononnya dy boleh berubat mcm2 lah . sy cuma musykil .betol atau tidal dy pndai berubat sebab dy solat pun tunggang langgang. Sy tringin nak tahu sebab dia kenalan rapat sy.