Maze Runner dalam HUKM

Assalamualaikum wbt kepada team FS dan pembaca setia sekalian. Syukur ke hadrat Ilahi diberi kesempatan berkongsi kisah benar dan seram disini. Semoga kalian semua dalam perlindungan, kerahmatan Allah swt. Kisah ini berlaku sekitar 2015 di HUKM ketika saya melawat kawan yang isterinya baru bersalin anak ke-2 tika itu. Begini kisahnya walau pendek sedikit..

Malam itu saya masih lagi bekerja sebelum menumpukan lebih perhatian dalam dunia perubatan. Usai saya habis kerja pukul 8malam, saya terus lihat whatsapp dan ada terima mesej dari rakan bahawa isterinya baru lepas bersalin anak lelaki. Dengan pantas lepas saja solat maghrib, saya bergegas membeli buah tangan kerana hendak pergi melawat di wad.

Selesai beli barang asas keperluan bayi, saya sampai di HUKM lebih kurang dalam pukul 10.30 malam. Kerana pintu utama telah tutup, saya masuk melalui pintu kedua berdekatan dengan emergency. Disitu ada lif untuk ke tingkat wad isteri kawan saya. Sampailah saya di tingkat 3 atau 4,kurang ingat sebab waktu tu penat yang amat selepas kerja. Saya tidak lama disitu lebih kurang dalam 30-40 minit sahaja. setelah selesai saya pergi ke lif nak turun ke tingkat bawah.

Lif pun terbuka dan mcm biasa saya tekan ke tingkat G. Saya seorang didalam lif itu, maka sampailah ke bawah dan pintu terbuka. Untuk pengetahuan saya turun guna lif yang sama semasa saya naik tadi.

Apabila lif terbuka saya perasaan saya di tingkat bawah tetapi laluan tadi saya guna tiada. Saya pun hairan dan tengok directory di dinding. Ini adlah tingkat G bukan tingkat yang salah. Saya mencari laluan tadi namun tidak jumpa juga. Saya ternampak satu lorong gelap dan panjang, maka saya dah terlampau penat sangat demi memikirkan nak balik rumah, saya redah juga. Saya berjalan hingga hujung lorong dan tiba-tiba saya sampai di satu lobby yang terang benderang warna putih. Seingat saya tak pernah jumpa lobby ini, dan kenapa semua perabot dan lantai serta dinding warna putih? Saya berjalan seorang diri terpinga-pinga mencari jalan keluar dan masa itu saya seorang diri. Masa ini x teringat nak baca apa-apa ayat hanya fikir nak balik saja.

Pusing punya pusing masih tak jumpa jalan keluar, saya perasan banyak lot kedai dah tutup, yelah mungkin dah lewat malam waktu ni. Siapa yang nak datang makan kan. Saya duduk rehat sekejap hilangkan penat sebab terasa berjalan lama dan jauh sangat. Kaki pun sakit, saya mula berpeluh dan teringat untuk baca ayat 22-24 dari Surah Al Qasas dan doa kepada Allah untuk guna ilmu lipat bumi. Kerana saya merasakan ini bukan keadaan biasa yang ambil masa lama nak keluar dari HUKM. Saya baca ayat Kursi 7 x dan Al Fatihah 7x. Saya mulakan berjalan semula cari jalan keluar, tiba-tiba muncul seorang pakcik sedang bawa beg tegur saya. Dialog antara saya dan pakcik tu

pakcik : assalamualaikum nak.
saya : wassalamualaikum acik.
pakcik : nak cari jalan keluar ke?
saya : ye acik, dah lama jalan tapi x jumpa-jumpa.penat dah ni
pakcik : acik pun sama ni. dari tadi cari jalan keluar xjumpa-jumpa.anak acik sakit tu yang kena balik lambat jaga.
saya : saya pun ye kan je dan senyum
pakcik :nak, tadi acik jumpa satu jalan tapi gelap, seram acik nak lalu sorang diri. jom temankan acik, mana tahu ada jalan keluar.
saya : okay gak tu acik. mana tahu ade jumpa blok lain ke.

kami pun berjalan sama-sama.saya mengekori acik tu dari belakang. Lorong tu memang gelap serupa dengan lorong yang saya lalu tadi sebelum sampai di lobby yang warna putih tu. Lantas kami menghampiri dan sampai ke hujung lorong gelap tu, and guess what? saya ada di tempat lif saya turun tadi dan sebelah lif tu ada pintu untuk keluar ke emergency unit. Saya terus panggil acik oh acik dah jumpa jalan keluar ni. Boleh saya belanja acik air jap sebelum saya balik. Saya toleh je ke belakang acik tu dah hilang, padahal mana ada pintu lain yang terbuka, semua dah berkunci. Saya keluar dari blok hospital tu dan mencari acik tadi, x mungkin dia berlari laju, sebab saya lagi muda dari dia dan jalan keluar lurus. Jika acik tu lari mesti saya perasan.

Saya pun kata dalam hati maybe xde rezeki nak blanje aciik tu air, saya perasan something, bila tengok jam terkejut saya. Kerana jam menunjukkan dah pukul 4.30 pagi. Saya x percaya dan bertanya kan waktu pada abam polis bantuan di situ. Memang betul masa dah 430 pagi. Ceritakan apa yang jadi dan polis bantuan tu cakap dah biasa orang kena sorok dalam ni. Maknanya saya sesat hampir 5 jam dalam HUKM itu sendiri. Dan polis bantuan tu cakap x wujud lobby dan perabut yang semuanya berwarna putih. Allahu syukur Allah lindungi dan selamatkan saya, mungkin pertemuan dengan acik tu Allah hantar sebagai asbab bantuan dari saya terus sesat. Dan polis bantuan tu cakap dia ada nampak saya dalam cctv di depan lif sedang bercakap seorang diri, tapi waktu itu acik tu berada didepan saya sedang kami menuju ke arah lif. Ini masih lagi menjadi misteri dan ajaib pada saya.

Persoalannya saya sesat dalam dimensi lain? Siapa acik tu? Sampai bila orang akan sentiasa sesat lagi?

Wallahua’lam…semoga kita kuatkan iman dan taqwa kepada Allah swt dan jangan lalai dalam hidup.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

20 thoughts on “Maze Runner dalam HUKM”

  1. banyak nye cerita kau sadeq segaraga

    aku perasan kan dalam banyak cerita – cerita dalam FS ni.
    biasanya yang kena kacau tu bukan orang – orang biasa.
    mesti orang yg boleh nampak alam lain tak pun mak atau bapaknya yg boleh nampak.
    ataupun yang jenis mmg menghafal surah – surah atau ayat – ayat al quran yang orang kebanyakan tak tau pun perlu hafal ayat – ayat tu.

    macam encik sadeq ni siap dgn ilmu melipat bumi lagi. kemaih.

    Reply
    • maaf cik puan..saya baru je mula berkongsi kisah2 misteri tahun ni di FS..sebelum ni hanya timba pengalaman yg x seberapa…inshaa Allah ada beberapa lagi kisah saya yang belum di approve..hanya menunggu green light dari team FS

      Reply
    • lipat bumi dan jalan angin serta nama2 lain yang biasa orang panggil untuk ilmu ini. kalau ikut kitab tajul muluk asal banyak ilmuan yang boleh diamalkan..namun elok dibaca menggunakan ayat Al Quran dan bukan dari mantera2 yang x difahami.

      seperti dalam surah Al Qasas ayat 22

      “Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku,”

      BUkankah ini yang kita mencaridalam setiap perjalanan kita di dunia sama ada yang zahir atau batin. X kira perjalanan yang dekat,mudah,sesat dan hilang..kerana kebenaran yang di cari dalam setiap bentuk yang terjadi.itu sebab kena tahu apa yang tauhid,ditauhidkan dan pengtauhidan

      wallahua’lam

      Reply
  2. Baru je Rabu lepas bersalin kat sana. Pastu Jumaat masuk balik sebab baby kena tahan nicu. Pergi tandas sebelah lift tu, rasa seram je sensorang. Yela… Dah 0400hrs pagi kot. Mata nie pula taknak diam nak meliar tengok atas. Konon ada benda tenggek. Muahahaha.. Sabo jela. 😂😂😂

    Tapi masa baca tadi.. Dok terpikir tah-tah area bilik mayat. Huhu. Serammmmm…

    Reply
  3. Alhamdulillah writer selamat dalam lindungan Allah. Sbb tu pentingnya kita menghafal ayat2 tertentu kan. takutnya kalau jadi kat diri sendiri

    Reply
  4. hukm berhantu??
    dua kali sambut anak2 di sane.
    bekas isteri pun dah berkali2 admitted kt sane.
    alhamdulillah xde plak jumpa ape yg pelik2 dan kena sorok ke..
    cuma masa urus jenazah pakcik je kt bilik mayat kt bawah tu ade sikit kejadian pelik.
    yg lain alhamdulillah.

    Reply

Leave a Comment