Assalamualaikum semua pembaca , pertama kali menulis di Fiksyen Shasha tapi selalu baca kisah – kisah misteri dekat sini . Tergerak hati nak menulis di halaman ni tentang pengalaman sendiri yang baru berpindah ke Selangor .
Cukuplah sekadar mengenali aku sebagai ‘Mrs M’ . Aku seorang ibu dan memiliki 2 orang anak perempuan , seorang berada di kampung dan seorang lagi dengan aku .
Cerita nya bermula ketika aku mula berpindah ke rumah suami ku yang terletak di Selangor , melangkah kaki ke dalam rumah tersebut ibarat merasakan satu bahang api yang sedang membara , waktu tu aku masih lagi positif , dalam hati berkata ” mungkin sebab rumah bertingkat-tingkat macam ni , jadi memang rasa panas kot ” . Agaknya la.
Dipendekkan cerita , masa aku mengandung , memang selalu kena kacau . Kalau aku sorang-sorang dekat dapur selalu ada orang melintas , laju dia berlari melintas aku . Kalau nasib tak baik dia tunggu belakang aku . Dengar hembusan nafas je . Bab bertukang , tarik kerusi dari tingkat atas tak payah cerita la . Bunyi dia tahap maksima sampai nak pecah kepala otak .
Aku ada patung bear besar , yang aku letak atas almari , pernah satu hari tu aku buka pintu bilik , aku ternampak patung bear besar aku tu ada dua . Masa tu aku memang tak perasan tapi otak aku ligat fikir , kenapa bear tu ada dua , satu warna coklat(memang bear aku warna coklat) dan lagi satu warna hitam . Jadi aku buat keputusan nak tengok balik . Aku pulas tombol bilik , sah !! Memang bear aku beranakkan bear satu lagi . Waktu tu , aku tutup pintu bilik terus aku duduk je dekat ruang tamu . Mengeletar satu badan weh .
Waktu bersalin memang selalu benda tu kacau , jenis lalu-lalang , panggil-pangil nama aku , kekadang perhatikan aku dari jauh . Memang aju dapat rasa. Ada org lain selain aku dalam rumah tu ( Time semua org pergi kerja )
. Sebab waktu mengandung , aku tak bekerja . Dek kerana dia selalu sangat usik-usik aku macam tu , jadi aku dah terbiasa . Malam-malam aku tak tidur , suami aku pergi kerja pukul 6.30 pagi baru aku akan tidur dengan nyenyak . Siang-siang pun dia sibuk usik aku . Pernah sekali aku tidur , tetiba mak aku kejut , “bangun , pergi makan , mak dah siapkan makanan dekat dapur” . Aku terjaga daripada tidur dan bangun basuh muka . Lepas tu , aku termenung kejap , aku pandang dapur , mana datang nasi , satu makanan pun tak nampak .
Dalam hati aku berkata sambil bengang “Bila masa entah mak aku datang , mak aku dekat kampung , ni mesti kerja nak kenakan aku” bentak aku dalam hati . Tak habis-habis nak pedajal orang .
Lepas beranak pun sama , pantang aku tinggal dengan anak aku , ada je dia punya idea nak takut kan anak aku . Kadang-kadang lepak atas katil , anak aku cakap “mama tok-tok(mama,atuk) sambil tunjuk dekat pintu bilik . Aku macam biasa la , jenguk kat pintu bilik tak ada apa pun . Ada sekali tu , anak aku menangis yang tak boleh nak dipujuk , macam kena pukul . Aku tak tahu kenapa , sambil menangis dia tunjuk-tunjuk atas almari , mulut dia cakap “mama , tu kakak” . Makin menjadi-jadi penyamaran si syaitan ni .
Haishh . Ada masa , anak aku suka , terkekek-kekek gelak ketawa . Mungkin waktu tu dia tunjukkan rupa yang elok kot , sebab tu anak aku tak menangis . Pernah sekali tu , kami semua dah nak tidur , sebelum semua aku tutup lampu semua , anak aku lambai dekat atas almari sambil ‘flying kiss’ . Tergamam jugak aku .
Dalam bilik , suami aku ada bela ikan puyu , selalu la 10 malam ke atas , kalau aku tinggal dengan anak , ikan tu berdentum-dentam langgar akuarium . Aku mula-mula tak tahu kenapa , lepas tu aku tanya suami aku , patut la kemungkinan ikan tu nampak ‘sesuatu’ .
Bukan tak pernah panggil orang datang tengokkan rumah tu , tapi itu la , ustaz-ustaz ada maklumkan rumah tu kemungkinan dah jadi jalan utama dia disebabkan belakang rumah aku tu ada kawasan lapang , so memang jadi tempat kesukaan dia .
Dulu , sanggup aku tunggu suami aku balik kerja , jadi aku dengan anak aku lepak dekat kedai makan sampai la suami aku balik , kalau pukul 12 malam , terpaksa la aku tunggu . Sampai tertidur budak tu dekat atas meja . Takut punya pasal .
Masa tu , tak terbiasa lagi tengok ‘dia” , badan besar . hitam dan berbulu . Sekarang , Alhamdulilah lepas suami aku dah panggil orang pagar kan rumah tu , kurang sikit gangguan tu . Kalau ada pun , dia try buat gangguan luar rumah .
Nanti kalau ada masa aku update lagi , maaf ya kawan-kawan kalau cerita ni tak seram . Cuma nak berkongsi kisah yang dah 3 tahun aku alami sampai sekarang . Anak aku pun mungkin dah kenal ‘mereka-meraka’ ni .
Assalamualaikum .
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Rumah yg biasa jadi laluan makhluk halus biasanya rumah yg betul2 menghadap jalan/simpang. Tambah2 pintu depan rumah straight hadap jalan/simpang. Kaum cina akan elak beli rumai mcm ni. Dan jin2 yg mengganggu adalah berbeza dari semasa ke semasa, mereka singgah kacau sambil lalu je, tapi kerap la sbb laluan dia
Hubungi whtsaap saya, 01110697986 saya kenal perawat, insyaa Allah boleh halau jin ni,
sekarang masih tinggal kat situ ye?