Assalamualaikum peminat2 FS semua.. First of all aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada admin seandainya kisah aku ini dipaparkan di page FS…
Aku ni tak dak lah minat membaca sgt.. Sekali sekala ja singgah dekat page FS yg kdg2 naik dekat wall aku.. Tu pon klu aku rasa topik menarik lah. Aku start gigih skrol FS nih since aku masuk praktikal dekat sebuah company nih. Kerja dia tak byk sgt pon. Alhamdulillah tak ada pulak kena buli apa2 dgn senior.. Aku byk berlakon mcm busy jerr sepanjang praktikal dekat situ.. So aku mmg isi masa lapang aku dgn baca cerita2 dekat page FS. Lepas tu aku suka take note surah2 pelindung yg diamalkan dan hint-hint dari mereka yg hijabnya terbuka bahawa ada makhluk lain di sekeliling kita.. Nampak la mcm tgh study pasal kerja kan, sambil pen menulis di atas buku. Tapi aku bukan nk cerita tentang pengembaraan aku skrol page FS ni.. Aku nak cerita pengalaman pahit aku ternampak benda tu..
Kisah aku nih bagi aku seram laa sbb aku yg mengalami kejadian tersebut.. Bermula dimana aku ada terbaca satu kisah seseorang yg hijabnya terbuka dan boleh melihat makhluk-makhluk ghaib nih.. Aku baca dalam FS ni jugak kisah hamba Allah tu.. Aku tak igt tajuk apa cerita dia.. Antara yg dikongsikan oleh saudara tersebut adalah tanda-tanda kewujudan pontianak di sekeliling kita, jenis-jenis pontianak, pocong dan lain-lain lagi.
Aku tak berapa igt sgt kisah dia.. Satu ja tanda atau hint yg paling melekat dalam kepala otak aku and aku rasa aku selalu alami kejadian tu.. Hint yg pling aku igt tu adalah, kalau masuk tandas atau bilik air, lepas tu ada rasa macam suam or berkuap mcm masuk dalam kereta lepas korang parking dekat bawah matahari.. Maknanya ada makhluk lain dalam toilet atau bilik mandi tu.. Lebih kurang macam tu la hint yg aku baca.
Btw untuk pengetahuan korang aku ni memang suka mandi malam tau.. Habit ni memang dari zaman skolah masa aku stay dekat asrama sekolah, asrama politeknik sehingga lah aku balik dekat rumah.. Mak aku tak larat nak bebel dekat aku sebab selalu mandi malam.. Wajib mandi okay!! Aku tak boleh tidur klu tak mandi waktu malam.. Jadi aku buat keputusan mandi time semua org dah tido.. ye ye aku tau tak elok mandi malam.. ada yang kata tak bagus untuk kesihatan dan ada sebab tertentu yang lain2.. huhuhuhu..
Okayy.. Aku selalu sangat alami hint tu masa dekat shower asrama politeknik aku belajar dulu.. Tapi aku tak fikir apa-apa pon la & tak rasa pelik or seram. Masa tu aku fikir maybe sebab cuaca je kot. Tandas dan shower pon tak ada lubang2 angin masuk sgt.. Sedapkan hati sendiri la katakann.. Errr aku tak igt lahh tjuk cerita yg bagi tanda-tanda makhluk halus tu.. Tapi mmg aku baca dalam FS.. Yg pasti mmg wujud lah klu korang pernah terbaca cerita tu.. Kisah aku mcm ni tau…..
Aku alami pengalaman ni dekat rumah aku sendiri.. Dalam bilik air dekat rumah aku !
Ceritanya, pada suatu malam tu, seperti kebiasaannya aku akan mandi dulu sebelum tidur dan yang pastinya aku akan make sure parents aku dah tidur sbb tak nak kena bebel.. Masa tu jam pkul 10.50 mlm something.. Orang dalam rumah aku semua tidur awal tau untuk pengetahuan korang.. Lepas isyak dlm 9.30 mlm mcm tu rumah aku memang dah bergelap sebab mak ayah aku both of them bekerja so letih dan memang selalu tidur awal..
Lepas dah settle dgn gosip-gosip dekat whatsapp.. Aku pon ambil lah towel yang di sangkut dan get ready nak mandi.. Otw nak pergi toilet aku singgah kat dapur dulu nak minum air sbb haus.. Tengah tuang air tetiba aku dengar mcm bunyi org tuang pasir atas bumbung rumah aku.. Aku buat bodoh je lah.. Tetiba kepala aku teringat cerita arwah tokwan pasal langsuir yang singgah atas bumbung rumah akan kedengaran mcm org tuang pasir sbb rambut dia yg panjang tu kena permukaan bumbung.. Lubang hidung aku dah kembang kempis telan air.. Tapi acah berani dan masih positifkan diri.. Masa ni musim timur angin kuat dekat sebelah utara.. Apatah lagi musim lepas ambil padi.. Selalu angin kuat kalau petang2 ni.. Malam-malam pon kuat jugak la kottt.. Mungkin terbang habis pasir tah dari mana datangnya atas bumbung rumah aku..
Aku pon teruskan niat aku nak mandi sambil baca surah lazim. Aku ketaq sangat time tu sbb dok fikir ada langsuir singgah atas bumbung rumah.. Aku tak masuk bilik air lagi tau, sebab aku dok fikir tak elok baca ayat quran dalam bilik air.. Baru berdiri dekat suis lampu sambil-sambil baca ayat kursi dan zikir sebab aku rasa tak sedap hati time nk masuk bilik air tu.. Selepas aku rasa mcm dah confident sikit baru aku hidupkan suis lampu.. Tapiiiii deyyemmmmmm !! Alamakkk… Lampu tak menyala pulakkk baq hianggg.. Baru aku ingt abah cakap lampu bilik air terbakar. Dilema nak mandi ka dak time tu. Sedang dalam dilema tu baru perasan bunyi pasir atas bumbung tu dah tak kedengaran lagi.
Aku cancel niat aku nak mandi malam tu.. Aku masuk bilik semula. Sangkut semula towel aku kat tmpat asalnya. Lepas tu aku termenung kejap, guling2 atas katil sambil usaha nak lelapkan mata, sambil fikir nak pergi mandi ke takk ? Dok brfikir tu kesudahannyaa aku mmg tak boleh.Tak bolehh tidor Aku gagahkan juga diri ni bangun lagi sekali untuk pergi mandi.. Masa tu dah pukul 11.20 mlm something.. Aku dok sedapkan hati sendiri ‘Ish takpaaa aihhh.. Belum pukul 12.00 tgh mlm lagi.. Mandi bagi basah badan dah arr.. Kena 5 cebok ayaq pon okay dah.. Settle mandi boleh tidoq lena !’
Disebabkan lampu bilik air tak menyala.Aku ni pergi lah selongkar torchlight abah aku haa dekat almari simpan barang-barang.. Tetiba trdngar lagi bunyi pasir. Aku diam kejap, tengah brain logik akal bunyi apa benda tu.. Dan mmg bunyi tu dtg dri atas bumbung dan mmg bunyi mcm org tuang pasir.Lepas tu aku sambung cari semula torchlight sbb masa tu aku dah malas nk layan bunyi yg aku dngar.. Aku berpegang dgn prinsip aku yg awal tadi bahawa tu bunyi angin bawak pasir jer.. Positifkan aku ?.. Aku pikir nak mandi jerr, lepas tu nak tidor terus lepas mandi, sebab esk aku kena bangun awal nak pergi kerja.. Andd finally… Aku dah jumpa torchlight. Legaaa.. Here we go !!! Timee to mandiiii !!!
Dalam kegembiraan dan kebahagiaan tu tetiba aku nampak mcm rambut panjangggg dekat tingkap luar rumah.. Rambut tu bergerak mcm nyiur pantai merdeka yg melambai ke kiri ke kanan sebab angin tolak barangkali.. Tapi memandangkan aku ni jenis positif orgnyaa.. Aku mmg fikir tu daun pokok kelapa dekat luar rumah jerr wlupun nampak mcm byk dan unik daun pokok kelapa tu.. Aku rabun ja.. So aku mmg nampak kembang jerr semua benda.. Siapa rabun tu dia faham lah.. So aku beredar dari almari dan otw nak pergi mandi..
Masa nk masuk bilik air tu perasaan aku still sama.. Rasa tak best sgt2.. Tak mcm selalu klu aku mandi mlm… Tapi arghh lantak arr, peduli apa aku.. Sejurus sampai depan pintu bilik air tu.. Aku jenguk-jenguk ke dalam bilik air sambil menyuluh ke segenap ruang utk sedapkan hati yg gundah gulana. Tah datang dari mana idea nak suluh segenap ruang tu.. Kononnya nak make sure selamat lah… Aku baru masuk selangkah dua, tetiba aku rasa berkuap dalam bilik air tu.. Hah sudah !! Terus muncul dalam kepala aku hint yang aku baca dok tu.. Tapi aku positif lagi gais.. Aku fikir aku ni manusia lagi mulia dari jin dan setan.. Aku kena berani dan jangan fikir pasal hantu setan jin nih… Nanti diaorg lagi sukaa.. So aku teruskan langkah dan letak torchlight atas kolah dgn yakinnyaa.. Tiba-tiba !!! NAH ambik hang !! Aku nampak kepala baru nak timbul dari dalam air kolah tu dengan rambut yang penuh dalam kolah.. Slow-mo ja kepala tu naik.. Nampak clear sbb aku guna lampu suluh yg org guna masuk gua tu.. Cahaya dia mmg terang.. Dan kedudukan torchlight tu mmg aku letak ke arah kolah..
Tak cakap banyakk.. Apaaa lagiii. Aku keluaq bilik air lari masuk bilik tutup pintu laju-laju mcm benda tu kejar aku padahal tak kejar pon.. Aku pasang yassin kuat2 guna speaker kecil molek yg aku beli dekat pasar malam.. Lepas tu teriak (menangis) serupa org gila sorang2 tapi diam2 lahh.. Ketaq (ketar) tak tau nak habaq sampai aku tertidor dalam mnangis..
Esknya aku terjaga pukul 5.45 pgi sbb mak aku kejutkan bangun mandi nk pergi kerja dgn solat subuh.. Mak aku siap berleter sekali masa kejutkan aku sebab aku kantoi mandi waktu malam.. Puncanya aku tinggal torchlight masih menyala dalam bilik air.. Aku suruh mak aku tggu dekat dapur teman aku mandi sebab lampu bilik air tak menyala.. Mak aku on volume suara dia lagi kuat sebab dia cakap ‘Lampu bilik air dah menyala elok ja.. Tua2 nak kena teman lagi kaa !?’ Pungpang kena beletiaq. Aku pon pi la mandi lepas azan subuh.
Habis mandi aku cerita dekat mak aku tentang bunyi pasir dgn hantu kepala dalam kolah tu.. Mak aku ckp dia selalu dgr bunyi pasir atas bumbung kalau bangun kencing malam-malam. Mak aku cakap langsuir la tu singgah.. Then peristiwa hantu dalam kolah tu mak aku bersyarah dekat aku ‘Tu lah mandi lagi malam2.. Allah nk tunjuk la tu bantah cakap mama dgn abah.. Dia bayaq cash dah sbb tak mau dengaq ckp mama.. Padan muka hg ketegaq (degil) sgt.. Org suruh mandi awai tak mau.. Mujuq (nasib baik) dia tunjuk kepala jaa. Nasib baik jugak lahhhh hg tak londeh habis semua lagi.. Kalau tidak pagi nih dok teriak dari semalam sambil telanjang paa..’.
Sejak hari itu, aku akan mandi sebelum maghrib dan sebelum family aku tidur. Serik dah ! Ceq tak mau dah la. Mintak simpang.Pesanan aku, kalau nak masuk bilik air bacalah doa dlu even dekat dlm rumah sendiri.
Rasanya kebanyakan dari kita masuk bilik air dekat rumah tak baca doa pon kan ? Sbb rasa selamat dan selesa dengan surrounding rumah kita.. Yelahh rumah sendiri kot.. . Jangan bila kena ganggu bru nk baca2 semua.. . Jangan jadi mcm aku tau. Aku sendiri admit, aku pon tak baca doa klu masuk bilik air dkat rumah aku.. Pengajaran utk diri aku dengan apa yg terjadi ni supaya tak lupa kepada Yang Esa dan sentiasa meminta perlindungan dari-Nya..
Tamatlah sudah kisah aku ni. Maaf andainya tak seram mana pon cerita aku.. Aku cuma kongsi pengalaman dan pengajaran yg aku dapat sahaja.. Sesungguhnya yg baik itu dari Allah dan yg buruk tu daripada diri aku sendiri.. Terima kasih utk masa korang semua yg sudi baca kisah aku.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
panjangnya intro…. hahahha jalan cerita dan selingan yang menarik
Aku tak tergolong dalam kebanyakan orang yang kau cakap tu…kalau nama bilik air memang aku baca doa sebelum masuk …
Betul..wjib baca doa
Alhamdulillah
rajin nya taip…. panjang bebenorrr……
lol
kalau mau Abg ni.yg temankn mandi, boleh lh jugak…..
Mukadimah panjang naw… Sampai kene skroll…carik isi crita. Tapi tahniah jugak lah dpt bersiaran kat sini
Aku rasa cerita yang ko maksudkan tu penulis dia Carlito Rockers… Dia cerita detail pasal makhluk halus ni semua…
1 soalan je
wajib mandi ke atau mandi wajib.???
🙂
Memang orang cakap tak elok mandi waktu tengah malam sebab waktu tu cuaca sejuk dan badan kita lemah. Boleh dapat penyakit paru paru berair. Itu kata oranglah, betulnya tak tahul lagi.
Cerita yg dia bagitau pasal hint2 ada hantu berdekatan tu cerita mana eh, minta tolong … nak baca huhu