Tetamu Misteri

Kisah ni berlaku masa aku kecik kecik dulu. Masa tu mak aku kerja jadi pembantu tadbir dekat sekolah rendah di kawasan Saratok,Sarawak. Masa tu mak baru dipindahkan ke sekolah tersebut,so kami sekeluarga pun ikut mak pindah dan tinggal di quarters sekolah itu(rumah yang disediakan untuk staff) .

Jadi dipendekkan cerita, pejam celik pejam celik tidak terasa sudah 4 bulan tinggal di kawasan tersebut, untuk pengetahuan korang, ada 3 buah rumah panjang(rumah orang iban) berdekatan dengan kawasan sekolah itu, pada suatu hari tu ada seorang pak cik guard meninggal masa sedang bertugas, yang aneh nya, dia mati mengejut, mati masa tengah angkat meja kelas, dengan mata yang terbeliak dan mulut ternganga, lepas kematian pak cik tu, macam macam benda pelik berlaku, tapi itu tak seram sangat lah. Hehehe.

But this is my real story, benda ni berlaku depan mata aku jugak,oh ya! lupa nak bagitahu, masa tu, sekolah tersebut belum ada bekalan elektrik lagi, so kami pakai generator(enjin api) jadi kalau pakai enjin api ni rule dia enjin api ni dipasang pukul 6 pagi sampai pukul 9.30 malam je. Lepas tu pakai lilin lah jawabnye.

Malam tu ayah dan 2 orang kawan dia lepak sambil minum kopi di ruang tamu (aku panggil kawan dia jack dan boy) aku dan ibu juga turut duduk menemani mereka sambil berbual bual, masa tengah khusyuk berbual tadi kan aku ternampak ada sesuatu di sebelah ayah , aku amati betul betul benda tu, Ya Tuhan! Seekor ular sawa sebelah ayah ku, tapi yang pelik nya ular tu tidak melawan atau menunjukkan sebarang reaksi, ular tu seolah olah turut serta melayan perasaan dan tumpang lepak kot! Jadi ayah usir je ular tu, tidak dibunuh sebab dia tidak menunjukkan sebarang tanda untuk memberontak.

Setelah lama berbual tadi, jack dan boy pun nak balik, maklum lah kan, sembang duk sembang tak terasa pulak pukul 11.30 malam, masa tu ayah baru je nak tutup pintu ,tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki. “nak, tolong pakcik”.

Masa tu ayah buka balik pintu.Tidak jauh dari rumah kami kelihatan seorang lelaki yang tak berapa tua sangat,umur dalam lingkungan 50 tahun. Pelik jugak , tak pernah tengok pun lelaki tu sebelum ni, kemudian lelaki tu melangkah ke depan rumah kami . “Nak,pak cik lapar .sudah beberapai hari tak makan, sesat.”  Ayah ni kalau bab bab kesian kat orang ni tak kira kenal atau tidak, jadi ayah jemput dia masuk k rumah.

Jadi lelaki tu berbual dengan ayah. Mak cuma hidangkan kopi dan roti kosong je, masa tu kejadian pelik berlaku. Aku pelik , masa dia makan roti tu, kelihatan sisa sisa roti tu macam lekat dekat leher dia , makin banyak roti dia makan, makin banyak serpihan atau sisa roti krakers tu di leher. Lepas tu dia ambil pulak air kopi, masa tu aku ni ala ala detektif konan laa  duk perhatikan lelaki tu, basah weiiii tekak dia, basah sampai ke baju. ‘jangan jangan leher dia tembus kot’ ah sudah. Lepas tu lelaki tu bagitahu dia nak balik, tapi ayah cuma cakap okey jer. Tak banyak tanya . Malah lelaki tu sempat pesan “nanti saya datang lagi ye” .

Keesokan harinya, oleh kerana aku dan keluarga ku tertanya-tanya akan lelaki tu, jadi ayah pun ada lah tanya dengan jack tadi, apa yang jack bagitahu kat kami tu sangat tidak dapat kami sangkakan. Rupa-rupanya lelaki itu pernah tinggal bersebelahan rumah kami.  Jack cakap lelaki tu mati kelaparan sebab terlalu uzur tidak dijaga anaknya. Jadi Jack sarankan kami sekeluarga untuk gantung jala(pakai menjala/pukat ikan)depan pintu rumah, supaya dia tak dapat masuk rumah.

Malam tu seperti yang dijanjikan , lelaki itu sekali lagi datang. Masa dia nak masuk rumah, dia seakan terkejut dan mengundur(mungkin sebab jala itu) dan dia cakap dia tak jadi masuk rumah , dan dia terus hilang entah kemana. Lepas kejadian tu dia tidak lagi datang ke rumah.

Kisah ini sudah 16 tahun berlalu dan kami sudahpun berpindah ke tempat lain.Sorry lah yer tidak seseram cerita The Nun tapi kalau korang alami sendiri baru korang tahu seram ke tidak!

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

8 thoughts on “Tetamu Misteri”

  1. kalau aku saat tgk tetamu misteri tu makan smpi bocor leher dh cabut da tak sempat nk bertukar jadi detektif conan.

    Reply
    • Petua je kot. Mcm juga org ckp pakai duri mengkuang xnak bg penganggal kacau org lepas bersalin. betul atau tak, Allah je tahu.

      Reply

Leave a Comment