Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, terlebih dahulu aku nak berterima kasih kepada admin jika kisah aku ini dapat diterbitkan. Benda ni berlaku kat aku dalam tengah tahun 2018, masa tu aku baru lagi start kerja kat company ni. Office ni tak ada lah besar mana tapi muat lah dlm untuk 20/30 orang pekerja, cuma yg aku tak minat dengan layout dia sebab terlalu banyak glass partition. So senang benda tu nak main sorok2 .
Ok kisah dia bermula macam ni, time tu aku baru lagi start kerja dlm 3 4 bulan. So sebab paling junior memanglah work phase aku sangat slow, aku kat sini aku tak paham sangat tapi memang jarang lah aku tengok pekerja diorang stayback, usually around 7 memang mostly semua dah balik. Tapi untuk hari tu aku terpaksa stay back juga sebab nak selesaikan BQ yang dah nak kena submit.
Time tu dah pukul 7, memang senior yang lain dah ready nak balik, department lain tak payah cakap memang dah kosong. Aku tak berapa nak kisah sangat yang aku tahu aku nak siapkan kerja je. Dalam 7.30 mcm tu manager aku dah tegur aku suruh balik suruh sambung kerja esok je, one thing manager aku ni selalunya mmg dia balik paling last.
Aku terpaksa juga lah ingkar arahan dia yang aku suruh balik tu, sebab aku memang yakin kalau aku stop ni memang kerja aku tak akan dapat submit on-time. Tapi yang aku pelik adalah satu pesanan dia ini, “you jangan balik lewat sangat make sure about 8.30 mcm tu you wajib tutup lampu.”. Aku tak berapa nak paham, ye lah kan project manager aku ni cina so aku assumed susunan ayat dia memang macam tu. Aku pun sambung lah kerja aku.
Alang2 dah tak ada orang kat office, yang penting HR pun tak ada aku pun pasang lah lagu kuat2 mcm office ni bapak aku punya, rupanya kat situ lah silap aku. Jam dah masuk pukul 8.15 dgn maghrib pun tidak lagi.Dalam tengah layan buat BQ tu aku tak perasan pun dah 8.45. Hati aku mula menegur kenapa wajib tutup lampu pukul 8.30? Untuk hilangkan bosan aku pun keluar lah sekejap nak hisap rokok, office lot aku ni dekat tingkat 3 memang sunyi sebab kiri kanan xde office lain, tapi tingkat tingkat atas ada lah.
Lepas dah puas merokok aku pun masuk lah balik, ha kat sini yang pelik sebelum masuk ke bahagian work office aku kene lalu dulu reception counter (Ruang Utama) and tepi tu ade bilik meeting. Lampu bilik terbuka. Seingat aku,masa aku lalu nak keluar lampu tertutup. Aku pun jengah lah kedalam, aku nampak manager aku tengah buat kerja tapi pakai kertas, tulis2 semua, aku dgn tak fikir apa-apa aku pun tegur lah, “Mr.W***, you bukan dah balik?”. Dia Cuma senyum cakap baru teringat ada banyak kerja.
Aku pun proceed je lah ke work station balik. Memang aku x fikir apa-apa sebab lagi pun baju yang dia pakai pun masih sama dgn pakaian dia pagi tu.So it was around 9.30 bila part yang aku nak siap kan untuk hari tu dah hampir siap, aku pun decide untuk kemas slow2 sambil buat kerja.
First aku kemas is drawing plan yang tengah terabur kat atas meja depan aku, so aku pun selit lah drawing tu semua dalam hangar clamps. Aku yakin aku dah screw clamp tu ketat2 so that bila aku hang drawing tu dia tak jatuh. Aku pun jalan lah bawak masuk ke dalam bilik drawing and filing. Bilik tu kat hujung sekali sebelah pantry. Selesai gantung aku pun jalan lah nak keluar bilik then suddenly “prap prap prap” aku pun toleh ke belakang balik habis semua drawing tu terabur atas lantai. Korang ingat kan aku cakap aku yakin aku dah screw ketat clamps tu? Ye bila aku check screw tu, seakan dah dilonggarkan. Benda ni berlarutan 2 kali sampai lah kali ketiga bila bulu roma aku mula meremang.
Alhamdullilah kali ketiga tu tak jatuh dah, aku keluar bilik tapi dgn cara Jalan mengahadap ke belakang sebab nak tgk drawing tu. Memang lawak bila ingat balik tapi tu lah yang aku buat. After keluar bilik tu,aku singgah pantry buat black coffee ganti preworkout untuk aku gym later, dalam tengah prepare tu aku dengar sliding door pantry kene buka, aku pun toleh lah tapi,kosong, tak ada pula nampak orang lain. Aku time ni sumpah dah rasa lain macam.
Aku pun jalan cepat gi department aku blk, ingat kan awal2 cite aku ada ckp office aku ni ade banyak glass partition, since project department at the other end so aku kene lah lalu couples of division dulu, ye dalam aku tengah jalan tu dekat hujung mata aku, beberapa kali aku nmpk bayangan orang sebalik glass partition tu. Aku yakin mmg aku kene kacau ni tapi aku x berapa nak kisah sebab aku tahu manager aku masih ada kalau apa2 jadi pun dia ada. Sesampai kat department aku, benda first aku Nampak is manager aku.
Dia tengah berdiri depan bilik dia tapi dia x masuk, dia jengah ke dalam dari pintu kaca bilik dia. Perasan tak dari awal cerita aku ni suka bertanya kalau aku Nampak benda pelik? Aku pun tanya dia “Mr W*** cari apa?” die Cuma senyum cakap rasa mcm tertinggal barang. Pastu dia terus jalan keluar balik kearah bilik meeting tu.
Aku pun sambung balik kerja sikit lagi. Time tu dah pukul 10.30. Kerja aku pun dah hampir siap, dalam tengah tekun meneliti screen desktop aku, hujung mata aku ternampak susuk tubuh orang tengah pandang aku dari sebelah belakang glass partition yang membahagi kan ruang kerja dgn ruang utama.
Aku pun terus pandang ke arah susuk tu. Rupanya tu manager aku. Aku pun senyum lah sambil berkata “Mr.W*** I sudah mahu habis, nanti lepas ni kita pergi minum sesama.” Dia Cuma membalas dengan senyuman lepas tu dia berjalan balik kearah bilik meeting. Lepas dah settle kemas semua, aku pun capai bag sandang aku tanda aku dah bersedia nak balik. Tutup lampu ruang kerja, aku berjalan ke arah bilik meeting nak panggil manager aku. Tapi bila buka tengok dah tak ada orang. Getus hati aku celaka orang tua ni kata nak minum sesame. Confirmed kes x nak belanja minum lah ni, tak apa lah boleh aku proceed ke gym terus. Aku pun tutup lampu ruang utama kunci pintu semua. Aku pun turun lah pergi ke parking ambik kereta, parking dia memang seram weyh dgn sunyi tak ada orang dah.
Esok pagi tu lepas aku dah print BQ aku bawak la jumpa manager aku. Lepas dia dah check semua, aku pun tanyalah smlm Mr.W*** balik pukul berapa? Dengan selamba die jawab time I suruh u balik tu lah I balik. Time tu bulu roma aku memang meremang beb! Dalam otak aku satu je, SIAPA YANG TEMAN AKU BUAT KERJA SEMALAM TU? KENAPA AKU TAK PERASAN YANG TAK ADA ORANG LALU MASUK OFFICE MASA AKU TGH MEROKOK KAT LUAR MALAM TU?
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Buat kerja sekali dengan hantu nasib baik dia tak kacau kerja kau.
Baik noh klon manager ampa tolong teman.. Heh
ok la tu ada teman
Natang tu temankan ko dik sbb die xnak ko kena kacau antuuuuu…
Lg pn die xnak ko rase takot sgt…
Heheheheheee…
Dahsyat kena game ni. Siap sembang lagi…
Aiyohhhh😱tp nasib yg teman ko tu hantu positif. Dpt jgk ko settlekn keje tnpa sebarang masalah .. hihiii
Ada lg pengalaman lain mohon share yer👍
Tu la lain kali orang2 lama kat tempat tu pesan dengar je
Hantu baik tu
Tak seram langsung. Awat lh admin release cite bengong mcm nie
mana ko punya cerita?
aku rasa kalau ko hantar certot pun admin tak approve kan.
Nsib baek buat rupa manager, xde la rse seram..tp,bile dh tau tu yg seram
kalau yg mnjelma n jd temankn engko tu teman kerja pomuan, aku gerenti engko akan doggy stlye punya. Kn sunyi tuu.. apa salahnye engko doggy natang tu..