Pak Long – Semakin Tinggi Ilmu, Semakin Besar Tanggungjawab

Assalammualaikum, terima kasih kepada admin menerbitkan cerita ini(jika cerita ini diterbitkan lah..hahaha). Saya mulakan penulisan ini dengan sedikit pengenalan diri. Saya berasal dari Sarawak.Kisah yang akan saya beritahu ini adalah berkaitan dengan bapa saudara saya atau untuk lebih senang saya panggil Pak Long.

Mari kita mulakan dengan sedikit pengenalan berkaitan dengan Pak Long saya ini. Pak Long berumur lebih 50an. Ada tiga orang adik beradik, Pak long, pak Ngah(ayah saya) dan pak su. Dalam 3 orang adek beradek ni hanya Pak Long seorang yang mewarisi ilmu dari arwah atuk.Mengikut cerita ayah saya,atok seorang yang mempunyai ilmu yang sangat tinggi dan sangat mahir dengan beberapa jenis silat.Orang kampung panggil Haji Aab.

Maaf atas pengenalan yang panjang dan membosankan, tujuan adalah untuk para pembaca mengetahui apa peranan Pak Long dalam cerita ini.

Cerita 1
Pada umur Pak Long dalam lingkungan 20an kalau tak silap saya, Pak Long membantu arwah atok menjaga kebun.Satu hari ketika membersihkan kawasan kebun Pak Long terlihat sesuatu seperti beruk tengah berkeliaran di kebun atok. Waktu itu Pak long fikir mungkin binatang itu hendak merosakkan tanaman. Ternyata apa yang dibayangkan jauh meleset, rupanya benda tersebut sedang meratah ayam dan kambing(mungkin binatang ternakan kawan atok yang terletak hanya bersebelahan kebun)

Pak Long cuba untuk menghalau makhluk tersebut dengan membaca beberapa ayat suci al quran,tetapi apabila makhluk tersebut menyedari bahawa pak long cuba untuk membuat sesuatu kepadanya.Makhluk tersebut cuba hendak menyerang Pak Long tetapi pak long sempat mengunci pergerakan makhluk tersebut.Makhluk tersebut semakin marah dan cuba untuk melepaskan diri dari Pak Long.Kemudian Pak Long merasa ada angin yang kuat menerpa ke arah nya, rupa-rupanya makhluk ini mempunyai tuan. Jika Pak Long tidak segera menumpaskan makhluk ini pasti nyawa pak long dalam bahaya.Segera pak long membuka langkah silat (pak long cakap silat ini silat lama dan sangat bahaya untuk dipelajari).Lalu pak long menumbuk tanah dan makhluk itu pun tengelam hingga ke paras leher, dengan segera pak long mengeluarkan parang yang terselit di pinggang nya dan membaca doa(maaf tak tahu baca apa sebab dia cerita tak detail sangat) lalu pak long p*****l kepala makhluk tersebut dan kepala tersebut bergoleng lalu hilang sama juga badannya.

Tak lama selepas itu, Pak long terdengar jeritan seseorang yang sangat garau dan sedang menjerit dalam keadaan marah. Tiba-tiba ada seseorang pakcik yang menegur pak long supaya berhati-hati dan balik ke rumah segera kerana orang itu hendak membuat jahat kepada keluarga pak long.Waktu itu atok tidak ada dirumah beberapa hari sebab berjumpa kawannya.

Lalu Pak long segera menuju ke rumah,setelah hampir tiba di kawasan Pak Long terlihat bebola api berlegar-legar di atas kawasan rumah hendak cuba memasuki kedalam rumah. Nasib baik lah keluarga atok ni sering mengamalkan membaca Al mathurat(antara salah satu kelebihan zikir ini adalah tidak dihampiri syaitan dan rumah & keluarga terselamat dari perkara yang tak di ingini).

Saya berhenti menulis disini sebab kalau tulis panjang sangat tapi tak diterbitkan pun penat tangan jer….haha. Banyak lagi cerita pak long saya ni,banyak sangat sampai saya tak tahu nak cerita mana satu.Kalau berkesempatan saya akan menceritakan pertarungan epik antara atok dan pak long dengan makhuk belaan seseorang ni.

Kongsi kisah anda: https://fiksyenshasha.com/submit.

Angah
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

19 comments

  1. Gilo kau panjang…
    3 hari 3 malam baca baru nak habis…
    Sampai marah abg long kau ni akak x masak..
    sila sambung 🙂

  2. Ini mcm senak perut mcm tak sabar nak membuang, alih2 duduk mencangkung tapi taik tak keluar pun. Hampeh. Mohon lepas taip tu ko baca la semula, panjang sgt ke mcm tu? Wei..panjang sgt ke hah.

    Eh..sakit plak hati aku.

  3. aku punya laa exited nak baca dengan bersungguh sungguh sementara menunggu shipment nak sampai. aku tengah kerja ni, tapi takda shipment sampai lagi so aku pun curi curi buka fiksyen shasha ni nak baca. hareyy betull aku tngah betul betul semangat tapi cerita tergantung pulak.

  4. Ok, tp be honest. Bia la aku yg tlg terus terang mewakili geng² yg tgah bengang lpas baca ni..
    Cite ni pendek sgt kot. Teramat pendek. Lebih kurang macam baru baca mukadimah, tetiba dah abes. So frust kat ctu. Padahal citer best. ade episod lak tu.. hampeh.. tp x pe laa. Aku terima alasan kononnya tu, takut admin x published kan.. so lepas ni pastikan setiap 1 episod karangan ko melebihi 3 muka surat..Kehkehkeh.. mampus ko nak taip kannn.. ala, taip je laa. Dah alang-alang nak bercerita, cerita je la bio abes. Wink…?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.