Nama aku Johar. Salah sorang peminat fiksyen shasha. Selalu aku jadi pembaca je. Tapi kali ni aku terdetik nak kongsikan kisah pengalaman aku sendiri.
Pada tahun 1997, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia atau lebih popular dipanggil HUKM di Cheras, Kuala Lumpur masih baru dibuka dan aku diterima berkerja sebagai Atendan Kesihatan. Aku masih lagi bekerja di situ hingga ke hari ni, Alhamdulillah.
Tahun pertama dibuka, hanya ground floor, 1st floor, 2nd floor dan 4th floor sahaja yang beroperasi. Tingkat 3 masih dibiarkan kosong kerana masih belum cukup kelengkapan. Gelap, lampu pun tak ada. Kosong sekosong kosongnya.
Ditakdirkan satu hari aku ditugaskan berkerja waktu malam. 12 – 7 pagi. Keadaan hospital sangat sunyi pada waktu ni. Kurang staff di waktu shift malam kerana kekurangan pesakit, ye lah hospital pun masih baru.
Dipendekkan cerita, aku menaiki lif untuk ke tingkat 4 dan untuk tujuan apa, aku dah lupa. Maklum dah tua, umur pun dah 40 lebih. Jam di tangan menunjukkan waktu pukul 2 pagi. Dari ground floor, aku picit butang lif.
Aku sangat pasti dan masih segar dalam ingatan aku yang butang lif tingkat 4 menyala lampunya setelah aku tekan. Aku keseorangan dalam lif sambil merenung paparan LED dari GF bertukar ke 1. “Cepat la sampai tingkat 4, nak balik semula ke meja, nak main game solitare di komputer”, aku cakap sorang2. Tiba2 lif berhenti di tingkat 3, “ah sudah!”. Aku perhati butang lif, lampu di nombor 3 memang tak menyala. Bermakna ada orang yang tekan dari tingkat yang kosong dan tak ada orang tu. “takkan pekerja buat bangunan kot? Takkan dia simen lantai pagi2 buta mcm ni?” berdialog aku perlahan seorang diri. Pintu lif terbuka.
Tangan aku dah bersedia nak menekan butang CLOSE DOOR. Aku tak nak tengok lama-lama tingkat 3 gelap tu waktu2 macam ni. Tiba2 berdiri di luar pintu lif seorang lelaki tua berbaju kemeja lama lengan panjang dan berkain pelikat sambil mukanya menunduk ke bawah sampai aku tak nampak langsung wajahnya.
Posisi aku waktu tu adalah di sebelah kanan berdekatan dengan butang2 lif berdiri menghadap ke depan pintu lif. Pakcik tadi masuk perlahan terus ke bahagian belakang ruang lif. Aku masih terus dengan posisi tadi. “salah turun tingkat agaknya pakcik ni”. Butang lif tak ditekan, mungkin naik ke tingkat sama.
Sunyi sepi dalam lif. Tak ada satu bunyi pun. Waktu aku tarik tangan aku dari poket seluar, “tung!” lighter jatuh ke lantai. Aku pun membongkok badan menonggeng ke bawah nak mengutip lighter tadi. Terkejut beruk aku nampak pakcik tadi tengah terapung tanpa kaki. Tak jejak lantai. Aku cepat-cepat bangun semula.
Tiba-tiba aku berpeluh macam tengah sauna walaupun lif ada aircond bukan main sejuk. Macam-macam dalam kepala otak aku, ayat Al-Quran entah kemana. Waktu tu aku cuma nak cepat-cepat sampai di tingkat 4. Lif bergerak dari tadi tapi tak sampai-sampai. Aku kaku sebab cuma aku dan benda tu dalam lif yang tak besar mana. Aku nak lari mana? “Ya Allah cepat la sampai tingkat 4”. Tiba2 “ting!” lif berhenti semula di tingkat 3. Di tingkat pakcik tadi naik. “aku rase lif ni berjalan dari tadi. Takkan berhenti sini balik?”. Pintu lif terbuka, Pakcik tadi lalu perlahan menyebelahi aku, keluar dari lif. Kali ni terdengar pakcik tu bernafas seperti orang dalam keadaan nazak.
Aku perhatikan ke bawah bahagian kakinya. Bergerak tanpa kaki, terapung tak jejak lantai. Kosong di bawah kain pelikatnya. Aku pejam mata. Sumpah aku tak berani tengok, takut dia pusing muka. Dengar pintu lif tertutup. Aku buka semula mata perhatikan lif bergerak menuju ke tingkat 4. Alhamdulillah.
Sampai tingkat 4 dalam keadaan berpeluh2, aku terus ke meja kawan aku Mail. Dia tanya, “eh ko pegi jogging ke tadi? Bukan main lencun lagi?”. Aku pun cerita la apa yang jadi tadi. Dia dah cuak, ajak aku lepak sekali malam tu sampai habis syif. Tu la kali pertama dan terakhir aku berdepan dengan benda2 macam tu.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
ringkas dan menarik
berani btul ye… klu org lain agaknya dh histeria dah
mcm kes kawan aku dia keje dkt sblh hukm bahagia rehab tu.dia keje shift mlm.dia cite.dia nk trun kbwh tingkt 1 ke ground floor tu aku xigt tp dia ckp mse tu dia pelik dia rasa lme sgt lift tu xsmpai2 sbb dia leka main hp skali dia tgk lift tu tunjuk arah -1 tp trs kebwh2 mengigil dia dok tkn butang bukak xbukak2 lift dia ketuk2 last2 bru lift tu naik n benti dkt mne yg dia nk trn.cuak dia we trs dia lari pg dkt guard mntk teman.
Hospital rehab tu tapak hospital lama. Lady Templer Hospital. mmg selalu dengar dorang cakap kat situ kuat mengacau.
serius seram.
ni sumpah seram.
Mujur dia tak keluar suara. Keluar suara, mau tercirit tangĀ² tu juga..
kalo aku kt tmpt penulis, mau terkincit. hahahah seram bak ang. baca cite pun boleh meremang ni
Seram..
Sama la dgn pengalaman saya dekat HUKM ni.. naik lift yg dekat bilik mayat.. tau tu bilik mayat pun mse dh trun bawah.. pkul 1pagi hantar brg utk anak buah yg dimasukan wad.. otw nk trun dr tkgt 6 (aku redah je naik lift ni sbb nk cpt) tekan butang LG.. tup tup lift berhenti di tingkat 4.. pintu terbukak aku pejamkan mata haa sudah sape pulak nk masuk ni.. bukak skit mata tgok flor yg gelap gelita.. ttp blk mate dlm mse sama aku ckp dlm hati (cpt la tutup jgn la keluar bende bukan2.. Alhamdulilalh smpi LG trus lari ke parking toleh ke belakang ade singboard BILIK MAYAT di sebelah hahaahahahha.. aje gile aku.. nasib x nmpk ape2
Ringkas dan seram… Giler la.. Aku tak tahu aku macam mana nak hadap, bygknla.. Ko dah tau dia tu sape.. Dia pn confirm tahu ko dah tahu… Naseb la dia tak cakap, ‘ anak dah tahu ke???’
nasib baik benda tu kacau sekali je, kalo dye buat benda yg sama dekat penulis dua atau tiga kali la kan…memang boleh gila la kan
Pernah tinggal di tingkat 12 semasa belajar 4 thn. & kebetulan ada pesakit psikiatri bunuh diri kat tingkat 12 masa tu.
Memang banyak kali bila oncall terutamanya malam (slalu kes lepas pukul 12mlm), lif akan berhenti di tingkat 3 walaupun tak boleh tekan butang. Biasanya akan lama terbukak, pernah tengok jam sampai 3 minit.
Alhamdulillah tak nampak apa2 yg menakutkan.