Hantu beras

Assalammualaikum kepada semua reader FS. Ini adalah kali pertama aku berkongsi kisah di sini. Kisah misteri yang pernah terjadi dalam hidup aku.
Kisah ini berlaku 5tahun lepas. Disebabkan kilang yang aku kerja da mula tutup, so aku pun tak bekerja. Kakak aku mengajak aku bekerja di Alam flora. Aku pun on je la. Asalkan dapat duit. Kerja pun tak berat mana pun. Balik awal pula. Mula la rutin harian aku sapu sampah dibeberapa kawasan yang telah ditentukan pegawai atasan.

Satu hari aku ditugaskan menyapu dikawasan pantai. Sambil menyapu,aku perhatikan banyak beras warna warni ,bunga warna warni,pokok pisang dan beberapa kawasan bakar unggun api diatas pasir.Kawan aku nasihat supaya jangan pergi ke situ. Kerana itu adalah kawasan orang india upacara sembahyang pada malam sebelumnya.

Ketika leka menyapu, tiba- tiba aku terjumpa sebiji kerongsang kecil ditepi kerusi kayu.kerusi tu pun nampak baru masih kukuh. Dan kerongsang tu mungkin terjatuh dari sipemakai. Aku tak berminat nak kutip. Aku abaikan je. Tapi makin jauh aku dari kerusi tadi makin hati ni macam dipanggil- panggil supaya ambil kerongsang tu.Aku memang bukan yang jenis yang suka mengutip.Nak-nak yang bukan barang aku. Tapi kali ni rasa macam nak sangat ambil. Nak sangat sangat. Aku pun berpatah balik dan terus ambil, pakaikan pada tudung aku. Hari tu ramai yang tegur muka aku nampak lain. Bengis. Padahal aku dah habis senyum.Aku ni pulak jenis yang friendly. Selalu buat lawak dan bergurau.

Habis kerja, aku balik ke bilik sewa,Aku tak duduk dengan kakak aku, dia pun dah berkahwin.Tak sedap la kan. Aku pun mandi dan memasak macam biasa. Hari dah mula gelap. Tiba- tiba kawan aku datang. Ehh taw je kau ek. Langkah kanan lah kau. Leka aku memasak, terdengar dia membebel. Beras dalam bekas dah habis. Dia ambilkan dan masukkan beras baru ke dalam bekas. Namun dek kecuaian, tertumpah la sikit. Dulu-dulu mak aku cukup marah kalau beras tumpah, kau gi sapu pakai penyapu. Aku pun suruh dia kutip betul-betul sampai habis guna tangan. Tumpah pun ada la dalam tak sampai segenggam. Lepas makan. Dia pun balik.

Malam tu aku rasa panas lain macam. Tak boleh nak tidur. So aku pun mandi supaya boleh la tidur lena kononnya.Da siap mandi ,tutup lampu dan aku pun mula nak tidur.

Baru nak terlelap, aku terasa tangan kiri aku digenggam.Mak aiii terkejut betul rasanya. Seorang perempuan muka putih melepak, bentuk muka bujur macam beras,rambut panjang dok pegang tangan aku sambil merayu-rayu dengan bahasa yang aku tak faham langsung. Aku teringat pesan arwah atuk aku. Kalau kena ganggu baca ayat kursi, ludah belah kiri tiga kali.Ludah syarat la. Bukan ludah betul-betul.

Dalam perasaan takut campur nak marah, aku cuba beranikan diri tarik tangan aku sambil jerit tanya hantu tu “ko nak apa haa setan”.Hantu tu hilang.

Tiba-tiba aku nampak belalang melompat pada langsir tingkap.Aku pun berlari On kan suiz lampu. Lampu pulak tiba- tiba tak menyala. Menyumpah betul aku waktu tu. Dekat 10 minit aku berdiri sebelah suiz,dalam hati berdoa je cepatlah menyala lampu oi.Lampu pun menyala.

Lega rasa hati.Aku dok intai kat langsir tu kot ada la nampak belalang tu.Tak jumpa plak. Baik aku tidur. Aku tukar posisi tidur, baca doa tidur n ayat kursi, alfatihah, 3 kul. Aku pun tidur.Esoknya aku cuti. Aku bangun dari tidur, tengok tempat tidur aku penuh dengan beras.

Petangnya kawan aku datang,aku pun membebel pada dia, kenapa tak kutip habis beras tu. Dia kata dah kutip habis. “Kalau tak, masa kita duduk makan malam tadi. Mesti nampak beras bersepah kan.” Betul jugak apa yang dia cakap tu.Tengah bertekak tiba-tiba aku rasa orang genggam tangan kiri aku. Kuat sangat, sampai aku rasa sakit. Kawan aku pulak nampak bayang hitam kat pintu menerpa pada aku. Dia berlari panggil jiran- jiran lain.

Aku dah mula menjerit, tak sedarkan diri dah. Aku pun tak taw apa yang jadi. Bila sedar terasa tangan dan kaki aku diikat. Aku nampak ramai jiran- jiran datang, tapi semuanya nampak jauh. Aku panggil kak ina. Aku bagitahu kenapa ikat tangan aku. Dia kata dia tak ikat. Kalau tak ikat cuba tarik. Memamg…tak boleh tarik, terlekat, macam kena ikat. Dia panggil laki dia, tolong tarikkan tangan aku. Sambil baca ayat-ayat alquran, baru la boleh tangan aku boleh ditarik.

Lepas isyak sekali lagi aku tak sedarkan diri. Aku menjerit-jerit, mengilai, ketawa macam suara nenek tua. Sewaktu bos, ustaz dan kawan-kawan sekerja (semuanya lelaki seramai 8 orang) datang. Aku mula duduk bersila ala-ala tok guru silat tu.Berlagak betul cara aku waktu tu.Sambil jari aku tunjuk pada ustaz. Warning supaya jangan kacau aku.

Ustaz tarik tangan aku, bos dan lain- lain baringkan aku, ustaz duduk dikepala yang lain pegang lengan dan kaki. Tapi tah dari mana datang kekuatan, aku tepis 7 orang kawan aku terbaring.

Part ni memang aku tak sedar, tapi jiran aku ceritakan pada aku. Malam tu memang aku jadi orang lain. Jin yang duduk dalam badan aku perbodohkan ustaz tu. Mula dia kata nak keluar, rupanya dia tipu. Badan aku jangan cakap sakitnya tak terkata.

Akhirnya jin tu kata nak keluar, semuanya dah selesai. Ustaz dan kawan- kawan semua balik ke rumah masing-masing. Malam tu aku tak boleh duduk dalam bilik aku. Aku tumpang bilik kak ina. Aku tak boleh tidur, aku paksa pejam mata.badan aku lemah sangat.Tiba-tiba kak ina menangis sambil menjerit. Katanya ada hantu cucuk mata dia. Sebab kak ina tolong aku tadi. Suami k. Ina ambil al-quran dan mula mengaji. Sampai ke siang kami semua tak tidur. Hantu tu tengok je kami dari luar tingkap yang terbuka sikit. Tingkap tu memang tak boleh tutup rapat.

Malam esoknya aku pergi berubat cara kampung dengan seorang pakcik. Namanya Paksu. Sebelum kami mula bertolak ke rumah paksu.Hujan selebatnya.Aku duduk dalam bilik.Sambil menunggu. Perasaan hati ni sedih sangat. Rasa nak menangis je. Tak tahu kenapa. Aku cuba tahan dan kawal.

Hampir 30minit kami sesat dihadapan rumah paksu. Tak nampak rumah. Kami call paksu bagitahu dah sampai.Dia pun keluar, baru lah kami nampak paksu. Padahal betul betul depan rumah dia. Selepas sesi rawatan selesai, dia mandikan aku dengan limau. Untuk pulih semangat. Sambil duduk berborak ramai-ramai diruang tamu. Paksu tanya ada ambil barang sesiapa atau jumpa barang dan ambil tak?

Aku cuba ingat, setahu aku tiada. Tiba-tiba aku teringat kerongsang yang aku jumpa tepi kerusi beberapa hari lalu. Semua yang ada disitu semuanya meremang bulu roma lepas aku sebut KERONGSANG.

Betullah jawapannya.Ada benda yang dibuang bersama kerongsang tu pada malam upacara yang aku sebutkan sebelum ni. Benda tu nak aku jadi tuan dia. Sebab tu dia merayu genggam tangan aku. Katanya dia suka dan sayang aku..Adoiii…lesbian ke hantu nih.Apa kaitan dengan beras? Dalam upacara tu memang ada beras bewarna warni kan?Wallahualam.Aku pun tak tahu apa kaitannya.

Malam tu aku kena balik ke bilik, ambil kerongsang tu dan kena pergi buang semula ditempat yang aku ambil.Sambil buang tu aku kena tuangkan sekali air yassin yang paksu bekalkan.

Malam tu jalan ke pantai tak boleh lalu akibat banjir disebabkan oleh hujan lebat. Kami terpaksa redah jugak. Akhirnya selesai buang kerongsang tu kami balik ke rumah masing-masing. Aku balik ke bilik sewa.Semuanya selesai. Tiga hari kemudian, waktu maghrib aku dengar ada orang panggil nama aku. Aku tengok sekeliling.

Tak ada sesiapa pun.Aku ingat pesan paksu, kalau ada yang panggil jangan layan, sebab benda tu saja nak mengacau. Semangat aku pun da pulih waktu tu.So aku tak la takut.

Dua minggu kemudian aku pergi ke pantai. Apa yang mengejutkan kami semua. Kerusi kayu tempat aku buang kerongsang tu dah buruk dan runtuh macam dah bertahun2 tak digunakan.Padahal mula-mula aku jumpa kerongsang tu bukan main baru lagi nampak kerusi ni. Lepas dari tu aku selalu je lagi kena kacau. Tapi aku buat tak tahu je.

Moral of story janganlah ambil barang yang bukan hak milik kita. Kadang-kadang kita tak tahu niat seseorang tu buang barang tu kan. Mungkin masa dia buang, dia sertakan dengan khadam dia sekali. Kita tak nampak kan. Sama-sama beringat ye. Sekian terima kasih.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Cik Penyapu lidi
Hantu beras
9.5 (95.46%) 97 votes

7 comments

  1. Dlm agama hindu, mereka akan gunakan pelbagai benda spt limau dan sebagainya utk buang penyakit, buang sial, buang saka dan keronsang adalah salah satu daripadanya. Jika telah diketahui ianya adalah bahan2 yg digunakan oleh kaum india utk tujuan ritual keagamaan, usahlah disentuh. Apalagi diambil. Kerana apa yg telah dibuang itu akan berpindah kpd sesiapa yg menyentuh atau mengambilnya. Pesanan ini sy terima sendiri drp kwn2 sy yg beragama hindu.

  2. betul cerita penulis ni..

    sentiasalah beringat.. jadikan amalan bentengi diri dengan amalan yg lazim..

    1- jgn suka2 pungut apa2 saja barang berharga yg berada kebetulan pada laluan kita sedang berjalan / berkenderaan.. dibimbangi akan memudaratkan diri kita / ahli keluarga kita di kemudian hari..

    2- setiap kali melangkah kaki keluar rumah biasakan jadi amalan, mulakan baca doa keluar rumah & ayat kursi..
    begitu juga sebelum kaki melangkah masuk ke dalam rumah..

    3- didik diri banyak hafal doa2 harian..
    mula2 yang pendek & ringkas, insyaAllah lama2 boleh hafaz doa lazim yg panjang2 pula..

    4- didik diri kurangkan amalan yg sia2, buang masa & leka hingga jadi jauh dr Allah S.W.T.. dengan selalu membasahkan lidah kalimah2 zikrullah, sekurang2nya 1000x insyaAllah berada dlm lindungan & rahmat Allah S.W.T..

    5- didik diri 1 hari 1 muka surat baca al-quran..

    6- jangan tinggal / menangguh2kan solat fardhu..

    SEMOGA BERMANFAAT..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.