#HH Homestay Gurun

Assalamualaikum dan salam sejahtera, terima kasih admin sudi siar cerita aku sekali lagi diruangan ini. Kisah ni antara kisah terbaru dalam koleksi cerita-cerita yang aku alami mungkin kurang seram cuma sekadar berkongsi.

Tahun lepas anak buah aku kahwin, aku memang antara mak sedara termuda antara abang-abang dan kakak-kakak aku, yelah dah aku bongsu kan..anak buah aku berjodoh ngan orang Kedah bak ang.. so kami ni bagaikan rombongan Cik Kiah setiap adik beradik sebuah kenderaan masing-masinglah, yang dari Pantai Timur direct ke Kedah, Cuma aku dan kakak yang no 2 saje bergerak dari KL ke Ipoh, kemudian ke Gurun.

So bila sampai di Gurun, kakak aku dah sewakan 2 buah homestay untuk kami adik beradik stay selama 2 hari 1 malam. Kedua-dua homestay tu dalam satu kawasan perumahan yang sama, cuma homestay pertama berada di pertengahan masuk simpang perumahan, manakala homestay kedua berada di hujung deretan perumahan. Senang cite homestay kedua tu berada diblok terakhir dan di tepi dan hadapan homestay tu dah semak samun dan kawasan belukar yang tidak menebal.

Homestay pertama didiami kakak sulung aku,(Kak Izan) anak-anak dia yang dah berfamily dan abang aku yang no 4 (Abg Haidi) bersama 3 orang anak dan isterinya. Manakala homestay kedua ni lebih besar dari homestay pertama yang memuatkan aku dan 3 orang anak, kakak aku yang no 3 (Kak Fyza),laki dia dan 5 orang anak dia dan kakak aku yang no 7 (Kak Erra) ngan 2 orang anak dia, abang aku yang no 5 (Abg Aire) dia pergi solo tak bawak anak bini dia, kakak aku yang no 2 (Kak Zaniah) dan laki dia ni stay di hotel berdekatan (sebab dia suka privacy sket, balik kampung pun dia lebih suka dok hotel) dan akhir sekali yang no 6 (Abg K) tu memang tak suka bergaul mesra dengan family sendiri, sebab? Aku sendiri takde jawapan…so terungkaplah aku ni semuanya 8 adik beradik.

Ok back to the story, homestay yang aku stay ni, sangat besar..mula-mula memasukki pagar rumah tu ada dibuat satu pondok tinggi, kalau nak ke pondok tu kena panjat tangga (ala-ala rumah atas pokok gitu) lepas tu ke bahagian sisi kiri rumah tu dibina satu surau kayu (aku pun tak tau untuk tujuan apa surau tu dibina) dan dalam surau tu siap ada tempat sinki mungkin untuk amik wudhuk, wallahualam..masuk dalam rumah tu aras bawah dia ada 2 stor dekat pintu utama satu dan satu lagi nak menghala ke dapur, ruang tamu ada 2 hall, masuk ke dapur ada satu bilik yang agak besar jugak, dapur pun sangat luas dan hujung dapur tu ada bilik air dan ada 1 pintu yang di grill dari dalam, kalau nak kata grill untuk tujuan menghalang pencuri, mesti grill tu belah luar kan, pelik tak? Sebelah atas pulak, bilik pertama ialah master bedroom, bilik kedua tak besar sangat tapi sesuai untuk anak bujang, bilik ketiga plak macam dorm memuatkan 4 buah katil dan satu bilik air tapi sumpah aku rasa lain macam bila jejak ke bilik tu. So aku pilih master bedroom sebab biliknya cukup untuk aku 4 beranak dan banyak tingkap so takdelah gelap waktu siang hari.

Hari pertama sampai tu semua keletihan no, aku pun dah dapat bilik, terus bukak tudung aku tak kuhirau pelawaan kakakku yang menjerit memanggil aku dari bawah suh turun makan meehun kat dapur, dah letih sangat orang lain dah ada anak yang boleh tolong drive kete tak pun ade laki, aku ni single mingle ngan anak-anak haruslah aku cekalkan sendiri. Anak-anak aku berlari keriangan turun bawah, bukan sebab nak makan, tapi excited dapat together gether ngan sepupu sepapat dioranglah. Aku yang kat atas ni amik satu bantal aku campak kat bawah, aku tak teringin nak tido kat katil yang dah siap bercadar tu sebab was-was baru ditukar ke atau sejak penyewa yang lalu tido situ cadar tu tak bertukar, kadang jahat jugak pikiran aku ni was-was kat owner, so aku terus amik satu bantal aku campak kat lantai memandangkan nampak lagi selesa dari katil, tambah lagi lantai tu dah di pasang tile kayu so aku bukak je beg travel aku dan amik towel untuk jadikan alas, terus aku bentangkan atas bantal dan sepenuhnya dilantai tadi.Aku terus baring dengan posisi tangan kat dahi, aku tahu sangat tido selepas waktu asar ni mengundang tak baik, tapi badan letih nak cakap apa dah tak hirau apa dah..

Dah memang sejak kecik lagi aku ni jenis bukan tido mati orang tua cakap, so masa aku pejam mata tu, aku perasan ada kedengaran macam orang sedang menyangkut pakaian pada dinding almari tu, aku bukak mata ingatkan anak-anak aku dah naik untuk tukar baju, tapi takde kelibat sape-sape pun, aku wat tak tahu aku stay positif yang badan aku ni letih je, selang beberapa minit aku cuba nak tutup mata ni aku perasan macam ade orang tengah main hide and seek ngan aku, dan bayangan tu ada dibalik almari besar tu, ok..FYI bilik tu dari pintu katil berada di sebelah kanan dan tepi katil tu ada meja kecik dan tepi sekali ada tingkap yang boleh nampak jelas surau kayu dan pondok tinggi tu dari atas, manakala depan katil pulak ada sedikit ruang yang boleh memuatkan seorang imam dan seorang makmum untuk solat dan depan imam tu ada almari yang ditempah khas dan dilekatkan terus pada lantai dan saiz almari tu memang besar sehingga menghalang separuh daripada 4 buah tingkap yang boleh nampak ruang hadapan rumah itu.

So belakang almari tu ade sedikit ruang untuk tuannya menukar pakaian, so almari tu macam penghadang untuk tukar pakaian. Manakala bilik air tu belah kiri sebelum smpai ke almari tadi. So aku baring di tempat imam dan makmum tadi ok…bila aku bukak mata aku luas-luas takde pun sape-sape kat situ, automatic badan aku bangun terus menuju belakang almari tu untuk kepastian betul ke aku nampak kelibat manusia tadi, tapi hampa takde ape-ape..aku rebahkan bontot aku ke katil sambil bingung pikir aku ni salah pilih bilik ke, tak lama kemudian pintu bilik air tu macam ditolak (seolah ada orang nak masuk ke bilik air tu) aku terus pandang kat situ sebab pintu tu berbunyi..aku amati je pintu tu, lepas terbukak, pint utu pun tertutup balik, seolah-olah ade orang tengah tolak pintu bilik air tu, masuk dan kemudian tutup balik, jantung aku berdebar-debar tahap gaban dah, tiba-tiba aku rasa bulu roma aku dah mula bagi sign, terus aku angkat kaki turun ke bawah tanpa off kan kipas semua.

~Tamat kisah salam perkenalan hari pertama aku tiba ke homestay tu~
Malam tu aku tido dikatil, aku pinjam selimut kakak aku untuk alas kat tilam tu malam tu. Anak aku Bella dan Fawwaz nak tido di bilik kakak aku K.Erra sebab sepupu diorang yang baya-baya diorang ada sekali, so aku tinggallah ngan sibongsu aku, Aeril. Si Aeril ni matanya memang tak boleh stay sampai jam 11 malam dia akan automatic pejam mata dah awal-awal, so malam tu aku memang tak boleh nak tido, masa awal-awal kedengaran anak-anak aku dok share pasal apps di telefon pasal game lah ngan sepupu-sepupu diorang, masa tu mata aku gile-gile punya tak boleh bukak, ngantuk yang amat, bila dah diorang senyap mata pun dah tutup maknanya tido time tu lah plak mata aku tak leh lena. Tapi nasib lah takde adegan-adegan main sorok-sorok ngan aku malam-malam buta tu. Badan penat, bila aku cuba nak tutup mata rasa macam ada je orang macam nak tunggu sergah aku, baru terlena terkejut tak tau apa yang buat aku terkejut, terjaga je aku tengok jam tangan aku, pikir..lamanya nak tunggu subuh! Tiba-tiba aku tengok jam dah kul 2 lebih, tiba-tiba hujan turun selebatnya..”Patutlah tadi panas”..fikir aku sendiri. Rasa dah tak boleh nak tido aku amik phone aku layan fb lah ig lah , tagged lah, tgk whtsapp status lah, tiba-tiba aku dengar bising sangat, macam orang pijak-pijak zink plak..
Tiba-tiba Bella muncul di pintu terkejut aku,
Aku : Nape ni?
Bella : Aiik..ibupun tak tido lagi?bukan tadi ibu dah lena ke?
Aku : Tido jugak tapi macam tak boleh lena, asyik terkejut-terkejut je
Bella : Kakak takleh nak tidolah ibu, pastu tadi bunyi bising-bising, ada dengar tak?
Aku : Oh..kakak pun ada dengar ke?

Aku ngan Bella terus intai kat tingkap bilik aku, tak nampak apa-apa
Bella : Macam bunyi tu dari arah surau lama tu
Malam tu Bella tido sebelah aku satu katil nampak dia lena je tido tapi aku sampai pagi luas je bijik mata aku ni.

~Tamat bab malam tu yang menjadi misteri bunyi ape sebenarnya~
Keesokan haritu anak buah aku (Scha) anak kepada kakak aku Kak Fyza bernikah di masjid terdekat, kami bersiap-siap mandi dan pakai cantik-cantik. Si Bella yang awalnya excited tiba-tiba muncung, rupanya baju merahnya takde dalam beg, mungkin miss place masa tengah mengemas baju lah tu. Puas aku pujuk dia takpe pakai je apa yang ada dia berkeras tak nak pergi. Keras hati punya pasal aku biarkan jelah dah dia tak nak ikut.
Kebetulan masa tu Kak Fyza aku cakap yang laki dia tak ikut ke masjid sebab dia penat travel jauh ( FYI..abang ipar aku dah lama mengalami strok dan sukar berjalan, hanya menggunakan wheel chair) so aku pun bagitau Bella suruh dia duduk aje kat rumah memandangkan abang ipar aku pun ada kat rumah, aku pesan suruh dia tengok-tengokkan ayah (panggilan semua anak-anak buah kat abang ipar aku)

Kami pun berangkat ke masjid lebih kurang jam 9 lebih masa tu. Kakak aku Kak Zaniah dah lama sampai kat masjid, aku tengah cari parking tiba-tiba Bella call
Bella : Ibu….(suara tangisan)
Aku : Ha..dah kenapa plak ni?
Bella : Baliklah ibu..kakak takut ni
Aku : Eh budak ni, tadi kan dah cakap, suh ikut tak nak, boleh je pakai warna apepun tapi degil
Bella : Ibu… ada bunyi dalam bilik air atas, mana ayah, ibu kata ayah tak ikut, kakak tengok kat bilik takdepun
Aku yang tergamam bila Bella cakap camtu that’s mean she all alone there. Allah !..aku toleh ke kanan aku tengok abang ipar aku tengah dipeluk Scha yang sedang bergambar kat luar masjid, akupun terus patah balik, sepanjang aku drive tu aku keep on receive call dari Bella.

Bella : Ibu…baliklah, rumah ni black out tiba-tiba, kakak takut ni
Aku tak jawab apa-ape just drive je, ada luang boleh potong aku terpaksa potong kenderaan lain sebab nak cepat punya pasal, panic jugak aku bila anak dah sah-sah dok sorang, rumah plak creepy..

Menurut cite Bella mula-mula lepas kami semua gerak ke masjid, dia lepak-lepak sambil layan phone dia atas katil bilik yang aku stay tu, tak lama kemudian dia dengar orang bukak paip dan dengar air mengalir dari dalam bilik air tu, kemudian dia dengar seolah-olah macam ada orang menyanyi sambil mandi, dia pun bergegas turun ke tingkap bawah. Sampai je tingkap bawah, dia duduk di sofa kat ruangan living room tengah-tengah tu, tiba-tiba dia dengar macam orang tengah alihkan plastik makanan kat meja makan kat dapur, masa tu dia tak rasa apa-apa lagi, dia fikir dia berdua ngan ayah kat rumah tu, dia pun jenguk ke dapur, takde orang, dia pun menuju ke bilik nak jenguk ayah tengah buat apa, alangkah terkejutnya dia sebab ayah takde di katil, dia terus cari sampailah ke hujung dapur tu dan barulah dia sedar yang dia ternyata keseorangan kat rumah tu.

Elok saje Bella sampai kat ruang tamu, tiba-tiba black out…Bella dah mula cuak terus berlari keluar dari rumah tu nangis-nangis, barulah dia sedar yang telefonnya tertinggal kat sofa tadi, nak tak nak dia terpaksa beranikan diri masuk balik ke rumah tu untuk ambil phone dan menelefon aku. Sepanjang menunggu aku balik dia duduk je kat luar rumah tu menangis-nangis. Masa aku tiba kat perkarangan homestay tu pun aku nampak dia dengan phone sambil nangis-nangis kat luar rumah. Aku terus batalkan plan nak tengok Scha diijabkabulkan, dengan mood kenduri aku pun kelaut, aku masuk rumah tu elok je lampu bernyala, kipas berputar, aiik…hantu punya hantu betul lah!

Aku naik atas memang betul dalam bilik air tu air tak ditutup, aku beranikan diri tutup pili air dan tutup pintu bilik air tu.

~Tamat kisah anak aku kena kacau~
Selesai ijabkabul dan kenduri Scha aku sempat borak-borak ngan kakak aku Kak Erra, dia bagitau yang dia rasa rumah tu lain macam je, pastu dia ajak aku tengok bilik belakang yang aku mention pasal di grill dari dalam tu, sebab dia pun sama macam aku rasa pelik kenape grill dari dalam.. so dia bawakkan kunci yang ada bersama kunci pintu utama homestay tu, dia pun cuba satu persatu hinggalah pintu grill tu berjaya dibukak, lepas bukak grill tu kami cari lagi kunci untuk bukak daun pintu tu, lepas dah berjaya bukak, tak tahu nak gambarkan macamana, pelik pun ada, seram pun ada sedih pun ada, bercampur baur perasaan kami masa tu. Kat bilik tu ada satu katil single dan satu sinki dan siap ada bilik air dan satu wheel chair, bilik tu memang betul-betul gelap dan bersambung ke surau lama tu. Masa kami tengah tinjau-tinjau bilik tu (aku memang tak melangkah masuk pun walau setapak aku hanya pandang dari luar sebab seram) Kak Fyza pun datang “Ooo..bilik ke, tulah tengok pelik aje, ade grill ingatkan satu lagi stor” katanya.Kami tiga beradik assume yang itu tentu bilik mak/ayah kepada owner yang stay dengannya, mungkin sebab itu dibuat surau untuk mak/ayah dia, tapi yang jadi tanda tanya tu perlukah digrill sedemikian rupa, adakah dia dikurung sebenarnya?wallahualam…aku dengar-dengar owner tu berhasrat nak jualkan rumah tu, aku tak tahu apa kisah rumah tu, kenapa dia buat surau kayu kat luar, kenape bilik tu digrill, dan di setiap stor rumah tu mesti ade wheel chair, semua tu menjadi kisah misteri yang tak terjawab dan aku biarkan berkubur macam tu je… sekian kisah kali ni.

27 thoughts on “#HH Homestay Gurun”

    • Hahah kita ni dok kata xpnh g lah jmpa hntu ni..Jgn kata jmpa hntu..byg hntu pn xpnah nmpk my g lah..dok rsa2 dgr cmtu ad lah..😂

      Reply
    • Saya tak berani nk dedah nama homestay tu takut nnt menjejaskan reputasi pemiliknya…tapi yg nyata dlm blog dia gambar terbaru bagaimana rupa dalam homestay tu takde..yang ada gmbr2 lama je yang sebelum siap surau tu..

      Reply
  1. Cerita mcm tak lengkap lah pasal kak fyza Dan laki dia tu… Bukan dia kata laki dia tak ikut ke habis tu asal tiba2 je laki dia ikut… Maknanya kat sini kak fyza yg bagitahu laki dia nk rehat tu sebenarnya bukan kak fyza lah? Entiti lain yg menyamar sebagai kak fyza? Ke laki dia last minute baru bagitahu yg dia nk ikut? Takkan lah sampai cancel last minute lepas tu biarkan budak tu duduk Sorang2 kat rumah… Musykil ni……

    Reply
    • Mungkin betul kak fyza yg btau HH ayah xnak pegi sbb Penat & HH pun maybe x btau kat kak fyza yg Bella xnak pegi.. (it’s like HH just ckp dlm hati.. owh OK la ayah xnak pegi Bella ada kwn nnt..) Aku pun pakai assumptions je sbb cuba meletakkan diri as mak2 kat tmpt HH..
      Hahahaha jgn gelak kan aku Klw salah ye HH..

      Reply
    • Mmg btul K.Fyza yg bgtau laki yg suaminya dok rmh sbb penat travel, tp last2 minute suaminya nak ikut sbb dia teringin nk tgk ank pompuannya diijabkabulkan, so mmg kmi g asing2, tak tau plak last2 tu abg ipar ikut.

      Reply
  2. bukan kot, sebab katanya homestay ni semak samun ditepi dan depan…tapi homestay ni bersimen semua…

    Reply
  3. Patutnya fmly belah sana pn ambik taw jg la hal besan. Klu x tlg carikan rumah penginapan pn at least tnya la depa stay mana. Kita ni org luar mana la taw apa sejarah dan tmpt yg ok or x ok dkt tmpt org.
    Kesian btl dgn fmly HH.

    Reply
  4. @dawsa : oh yeke? logik jugak tu sbb bilik tgkat atas tu yg blkg skali mcm dorm mmg katil single banyak…dan sebenarnya yg di link oleh sahabat kita tu mmg itulah homestay nya..cuma gmbr dia xupdate sje…ms sy stay sna semak samun dah makin ade walau xmenebal..utk pemilik homestay tu sy xbmaksud nk jtuhkan reputasi tapi perlu ikhtiar cari ustz kot utk usir entiti2 yg ada dlm tu..

    Reply
  5. berani sis tglkan ank dara sis dgn pakcik dia. huhu jgn dibuat lg sis. zaman skg ni xblh pcye. maaf lari topik nk igtkn je. prevention is better than cure.

    Reply
    • @missoctober : ye alert ttg itu..abg ipar sy sakit…dan spanjang wktu sihatnya dia juga bnyk bjasa kpd kluarga kami…dia bhskan dirinya ayah kpd anak2 buahnya tmasuklah ank2 sy yg xprnh diambil peduli oleh ayh mereka..sy pun bharap anak2 smpat bls jasa..sbb tu sy xkisah utk tgglkan dia di rumah krn sy nk anak tlg jagakan juga smbil2 dia yg mmg sngaja xnk ikut tu..

      Reply

Leave a Comment